Chapter 12

Seeking for Love (Malay version)

“Hyung jom makan.” Sungyeol menggoyangkan lengan Woohyun yang masih sedang leka menaip sesuatu di komputer.

 

“Kan ada 15 minit lagi sebelum pukul 10. Awak tak ada kerja ke?” Woohyun menoleh sekilas kearah Sungyeol yang separa duduk ditepi mejanya.

 

“Dah siap. Jomlah hyung.” Sungyeol masih memujuk. Woohyun memutarkan bola matanya mendengar suara manja Sungyeol. Dia tahu Sungyeol sengaja menggunakan nada itu untuk membuat Woohyun bersetuju.

 

“Sekejap, bagi hyung siapkan ni sikit lagi.” Woohyun menyambung kembali kerjanya.

 

Sungyeol diam memberi masa untuk Woohyun menyiapkan kerjanya. Sementara itu, tangan Sungyeol menyentuh apa sahaja yang ada diatas meja Woohyun untuk menghilangkan rasa bosan.

 

“Hyung rasa bos kita handsome tak?” Soalan Sungyeol memecahkan kesunyian antara mereka. Tangan Woohyun sudah berhenti menaip dan memandang pelik muka Sunggyeol.

 

“Maksud saya, hyung tak ada hati ke dekat dia? Semua orang crush on him. Siapa je tak fall dekat muka handsome dia. Dah lah tu baik pula.”

 

“Hyung tak ada rasa macam tu.” Jawab Woohyun pendek.

 

“Ala hyung, serius lah tak ada. Saya tahu hyung bukannya straight macam saya. Even saya tengok dia pun saya bekenan.” Sungyeol masih belum mengalah. Takkan hyung dia seorang ini hati batu tak bekenan dekat sesiapa. Mustahil lah.

 

“Hyung mengaku bos kita tu handsome tapi hyung tak berminat dekat dia, faham. Lagipun dia kan dah ada Soyou jadi buat apa.”

 

“Tapi saya tak suka Soyou. Saya lagi suka tengok hyung dengan Encik Kim. Macam pinang dibelah dia gitu.” Sakat Sungyeol namun tidak diendahkan oleh Woohyun. Dia cuma memasangkan muka datar menanggapi penyataan Sungyeol tadi.

 

“Apa kata hyung try tackle dia. Siapa tahu Encik Kim jatuh hati.”

 

Woohyun memutar malas kedua bola matanya. Dia kenal sangat budak Sungyeol ni. “Iyalah Sungyeol, nanti hyung try bos kita tu ya.” Woohyun mengiyakan sahaja Sungyeol. Dia malas mahu memperpanjangkan lagi benda ini.

 

Try siapa?” Woohyun membeku dikerusi bila telinganya menangkap suara Sunggyu.

 

Sungyeol tersengih. “Urmm, Woohyun hyung kata dia nak try bos.”

 

Mata Woohyun hampir terkeluar dari soketnya mendengar jawapan bodoh Sungyeol. Matanya menangkap sengihan Sunggyu. Segera Woohyun melancarkan serangan ketam ke pinggang Sungyeil gara - gara mulut celuparnya tadi.

 

“Iya Woohyun?” Sunggyu memandang Woohyun.

 

“Cepatlah Sungyeol, kata nak makan.” Woohyun cepat - cepat mengalih topik.

 

Muka Sunggyu bertambah bahagia. Dia memandang Sungyeol. “Saya ikut. My treat.

 

“Yahoo! Terima kasih bos ku sayang!”

 

Sungguh Woohyun mahu mengetuk kepala Sungyeol sekarang. Elok tadi diaorang berdua sekarang Sunggyu nak ikut pula. Semua salah Sungyeol. Kalau tak kerana mulut tak ada insuran dia tu, Sunggyu tak ikut tau. Dah lah dah jaja cerita bukan - bukan pada Sunggyu.

 

 

Telefon Sungyeol berbunyi tepat ketika mereka tiba di kereta Sunggyu di basement. Sungyeol meminta diri sekejap untuk menjawab telefon dan meninggalkan Sunggyu dan Woohyun berdua.

 

“Kenapa nak tackle. Kan saya memang hak awak.”

 

“Jangan dengar cakap Sungyeol tu. Dia suka main - main.”

 

“Tapi sayakan suami awak Woohyun.” Sunggyu memasang muka terluka yang agak hodoh dimata Woohyun.

 

Tak lama kemudian Sungyeol kembal semula dengan senyuman bersalah. Tadi yang menelefon adalah tunangnya. Dia baru sahaja kembali dari Amerika dan mahu berjumpa dengan Sungyeol.

 

“Maaf saya tak dapat ikut.”

 

“Tak apa Sungyeol. Masa untuk bersama yang tersayang tu penting.” Sengaja Sunggyu melirik kearah Woohyun bila dia menyebut ayat terakhirnya tadi.

 

“Terima kasih banyak bos. Bye hyung.”

 

Sunggyu berpaling ke Woohyun. “Awak nak makan dekat mana?”

 

Food court.” Jawab Woohyun pendek kemudian meninggalkan Sunggyu di belakang.

 

“Tak payahlah berebut. Saya nak menghayati setiap saat bersama dengan awak.” Ucap Sunggyu setelah langkah mereka bersaing.

 

 

Sunggyu menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya dihadapan Woohyun. Seorang pelayan datang mengambil order merek berdua kemudian berlalu pergi. Sementara menunggu makanan, Woohyun membuang pandangan kearah pelanggan disekelilingnya berbanding menghadap Sunggyu. Dia masih terasa janggal berdua dengannya.

 

“Saya suka momen macam ni, makan dengan awak. Kan bagus kalau selalu macam ni.” Sunggyu dengan beraninya mengambil tangan Woohyun kedalam genggamannya.

 

Woohyun terkejut dengan tindakan Sunggyu. Dia menarik semula tangannya dan meletakkan di atas pahanya. “Nanti orang nampak Encik Kim.”

 

“Kenapa awak selalu mengelamun setiap kali kita berdua, Woohyun?” Sunggyu menyoal Woohyun.

 

“Mana ada saya mengelamun.” Nafi Woohyun.

 

“Awak okay ke?”

 

“Saya okay.”

 

I don’t think so.

 

Woohyun semakin penat mahu menjawab soalan Sunggyu. Nasib baik makanan yang dipesan sampai tepat pada masanya. Desakan Sunggyu tadi dibiarkan berlalu oleh Woohyun.

 

“Soyou sihat?”

 

“Dia okay je. Macam mana dengan auntie?” Sunggyu kenal dengan Jiyoon sebab dia selalu datang ke banglo untuk menjemput Woohyun dan ibunya pulang.

 

Auntie sihat. Dah ada anak tiga sekarang.”

 

“Awak tak nak anak?”

 

Woohyun hampir tersedak mendengar soalan Sunggyu. “Jom makan.” Woohyun berdalih.

 

 

“Hai Woohyun! Lama tak nampak.” Seorang lelaki dalam lingkungan pertengahan 20-an menyapa Woohyun. Sunggyu memerhatikan sahaja lelaki tadi mengambil tempat disebelah Woohyun.

 

“Kibum,” Perlahan suara Woohyun menegur. Sunggyu yang perasaan akan perubahan riak Woohyun memandang isterinya pelik. Dari gaya mereka, Sunggyu pasti mereka pasti saling mengenali.

 

“Awak sihat?”

 

“Saya sihat. Kenalkan ini bos saya, Encik Kim, Kim Sunggyu.”

 

“Maaf, saya Kim Kibum.” Mereka berjabat tangan.

 

“Saya nak ke tandas sekejap.” Woohyun bangkit dari kerusinya dan bergerak meninggalkan mereka berdua. Yang sebenarnya Woohyun mahu melarikan diri daripada Kibum. Dia tidak bersedia lagi.

 

“Kawan atau teman lelaki?” Tanya Sunggyu tanpa berbasi. Dia tahu pasti ada sesuatu antara mereka. Pandangan Kibum pada Woohyun sahaja sudah cukup meyakinkan andaian Sunggyu.

 

“Saya bekas teman lelaki dia. Kami belajar di universiti yang sama tapi kemudian dia hilang tanpa berita lepas final. Lepas grad, kami lost contact terus.”

 

“Kenapa?”

 

“Saya tak tahu. Saya dah cuba contact dia tapi Woohyun dah tukar nombor. Rumah pun dia dah tak duduk dekat alamat lama. Saya sayangkan dia. Kami dah janji dak kahwin lepas grad, tapi dia hilang.”

 

Woohyun kembali semula ke meja. “Maaf, saya balik office dulu ya Encik Kim.” Woohyun meminta izin kemudian berlalu pergi bersama emosi yang bercampur. Sunggyu dan Kibum hanya memandang pemergian Woohyun.

 

“Woohyun memang macam tu ke?”

 

“Tak. Woohyun yang saya kenal dulu ceria orangnya, selalu tersenyum.”

 

Jam ditangan dipandang Sunggyu. “Maaf Kibum, saya terpaksa pergi. Saya ada meeting lagi 45 minit.” Sunggyu meminta izin. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sekeping kad. “Ini kad saya. Kalau awak berminat nak berbincang apa - apa boleh contact.”

 

 

Sekembalinya Woohyun ke pejabat, dia terus mengasingkan diri bersendirian di pantri. Jauh Woohyun mengelamun mengingatkan pertemuan tak disangka tadi. Kibum adalah bekas kekasihnya semasa mereka belajar dulu. Mereka sangat bahagia dan teah berjanji untuk berkahwin setelah tamat belajar. Namun takdir telah menetapkan jalan cerita lain untuk mereka. Selepas kejadian malang itu, Woohyun bersama makciknya telah membawa diri ke Daegu dan tinggal disana selama beberapa tahun. Kesemua maklumat dirinya telah ditukar tidak mahu dijejaki.

 

Daripada seorang yang periang, Woohyun berubah menjadi pendiam. Keadaan Woohyun menjadi lebih teruk selepas kematian ibunya. Dia menolak sentuhan fizikal dengan mana - mana orang kecuali Jiyoon. Woohyun lebih suka menyediri berbanding berjumpa dengan orang. Bertahun masa diambil oleh Woohyun untuk dia kembali pulih. Setelah pulih, Woohyun berpindah semula ke Seoul untuk mencari kerja.

 

Apabila Woohyun yakin dia sudah boleh melupakan masa lalunya, Kibum kembali semula. Dia yakin Sunggyu pasti menyoal Kibum dengan bermacam soalan tadi. Woohyun juga yakin Sunggyu pasti dapat menghidu sesuatu antara mereka kerena dia perasan Sunggyu memandang Kibum dengan penuh persoalan.

 

Satu keluhan berat terlepas dari bibir Woohyun. Bagaimana dia mahu menceritakan perkara yang sebenar kepada Sungyu kalau dia bertanya. Woohyun tidak tahu mahu mula dari mana. Rasa bersalah menggunung dalam diri Woohyun kerana telah merahsiakan sesuatu daripada suaminya. Tetapi Woohyun takut akan reaksi Sunggyu nanti. Adakah Sunggyu akan bersikap tenang atau sebaliknya?

 

 

---

 

Kebenaran yang diungkapkan oleh Kibum pagi tadi masih lagi tidak dapat dilupakan oleh Sunggyu. Hati suami mana tak cemburu bila tahu isterinya dahulu pernah bercinta dengan orang lain tetapi dia tidak pernah bercerita. Jujur Sunggyu takut kalau Kibum masih lagi menyimpan perasaan terhadap Woohyun kerana berdasarkan pandangan Kibum dia masih lagi merasakan rasa yang sama seperti dahulu. Sunggyu takut kalau satu hari nanti Kibum datang merampas Woohyun darinya.

 

“Anak Mommy fikir apa?” Hyunah duduk di hujung katil.

 

Mommy,” Sunggyu menarik kakinya dan mengesot mendekati Hyunah. Kepalanya direbahkan keatas paha Hyunah dan menikmati belaian kasih ibunya di kepala. Sentuhan Hyunah sentiasa menenangkan Sunggyu.

 

“Apa yang kamu fikirkan?” Satu kucupan mendarat didahi Sunggyu. Kembali Sunggyu membuka mata dan merenung kedalam anak mata Hyunah.

 

Hati ibu tidak pernah salah. Hyunah perasan Sunggyu senyap sahaja semasa dia datang petang tadi. Jarang Sunggyu bersikap seperti itu, biasanya Sunggyu akan menegurnya dengan ceria dan tak henti - henti bercerita tentang harinya. Tetapi wakt makan malam tadi Sunggyu lebih banyak diam, seolah - olah sedang memikirkan sesuatu. Sepatah ditanya, sepatah jugalah jawapan yang diterima.

 

“Tak ada apalah. Masalah pejabat je.” Dalih Sunggyu.

 

“Tak nak kongsi?” Hyunah memujuk. Dah 28 tahun dia besarkan Sunggyu, dia tahu Sunggyu ada meyembunyikan sesuatu darinya.

 

“Atau berkaitan dengan Woohyun?” Teka Hyunah dan dia yakin tekaannya betul. Riak wajah Sunggyu berubah bila Hyunah menyebut nama Woohyun.

 

“Gyu dah jumpa dia Mommy.” Bisik Sunggyu. Hyunah mengunci mulut memberi ruang untuk Sunggyu bercerita.

 

Mommy ingat lagi tak pasal penggabungan mall kita dengan mall uncle Lee Jinhyuk? Woohyun kerja dengan anak dia, Howon, sekretari dia. Gyu jumpa dia masa meeting besar haritu. Lepas rombak balik semua post, Woohyun jadi PA Gyu.” Terang Sunggyu panjang lebar. Sudah tiba masanya ibunya tahu tentang perkara ini.

“Gyu nak Woohyun semula?”

 

“Dia isteri Gyu, Mommy, tanggungjawab Gyu.”

 

“Kalau macam tu menanglah balik hati dia. Perkahwinan kamu masih sah.” Hyunah menyokong. Dia mahukan yang terbaik untuk Sunggyu.

 

“Tak semudah tu Mommy. Woohyun tu jinak - jinak merpati. Walaupun dekat tapi susah untuk dicapai”

 

“Kamu sayang dia? Dah luahkan perasaan kamu pada dia?”

 

Sunggyu diam seketika. “Entahlah Mommy. Macam mana nak cakap, Woohyun selalu letak jarak antara kami.”

 

Hyunah hanya mampu menasihati Sunggyu kerana dia hanyalah orang luar dalam hubungan mereka. Dia tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi Sunggyu dan Woohyun. Biarlah mereka mencari jalan menyelesaikan permasalahan ini. Hanya doa yang mampu mengiringi mereka berdua.

 

 

---

 

Beberapa hari kemudian…

 

Waktu operasi pusat beli belah ParadiseLove sudah tamat pada jam 10 malam sejam yang lalu. Semua lot - lot kedai telah berhenti beroperasi dan sudah pulang kerumah masing - masing, tetapi tidak buat semua staf pusat beli belah ini. Kesemua department turun padang pada malam ini untuk melakukan stock check. Biasanya rutin ini dilakukan setiap dua kali setahun.

 

Pada malam ini, operasi akan dikepalai oleh Encik Hwang Ohseok, Senior Executive Officer dari administrative department. Sementara semua staf tekun mendengar taklimat ringkas dari Cik Min, Sunggyu memilih untuk bersandar di bingkai pintu dengan kedua tangan berada didalam poket, mendengar sekali taklimat tersebut.

 

“Semua orang jelas dengan tugasan masing - masing?” Kerani tadi menyoal, menanti jika ada sesiapa yang masih belum terang dengan tugas yang diberi.

 

“Kalau macam tu, kita dah boleh mula sekarang.” Masing - masing mula menuju ke pintu untuk melaksanakan tugas.

 

“Sekejap Cik Min, nama saya dekat mana?” Sunggyu bertanya setelah dia perasaan namanya tidak disebutkan.

 

“Nama Tuan tak ada dalam senarai. Bukan ke Tuan hanya memantau?”

 

“Saya beritahu Encik Hwang suruh masukkan nama saya sekali. Dia lupa lah kot.”

 

“Baiklah, kalau macam tu Tuan boleh pilin sendiri. Saya minta diri dulu.” Min membungkuk sopan sebelum meninggalkan Sunggyu.

 

Setelah mendapat kebenaran daripana Min, Sunggyu bergerak mencari department yang ada Woohyun. Tadi dia dengar Woohyun ditugaskan di bahagian bayi dan kanak - kanak. Daripada jauh Sunggyu sudah nampak kelibat Woohyun yang sedang mendengar penerangan Encik Danny. Langkah kakinya semakin laju dihayun menuju kearah mereka.

 

“Tuan Kim buat apa dekat sini.” Encik Danny menegur sopan manakala Woohyun memutar bola matanya, bosan dengan kehadiran Sunggyu.

 

“Saya nak tolong kamu berdua lah.” Jawab Sunggyu sambil matanya memandang Woohyun disebelah kanannya. Woohyun tidak menoleh kearah Sunggyu sebaliknya dia terus memulakan tugasnya.

 

“Ikut Tuan lah.”

 

Woohyun memeriksa nombor siri baju bayi yang berada diatas dengan kertas ditangannya. Kalau nombor sirinya sepadan, Woohyun akan tanda di bahagian kotak ditepi kertas. Dia sudah selalu terlibat dengan kerja ini sepanjang dia menjadi sekretari Howon dahulu. Selalunya Howon akan turut serta dalam pemeriksaan stok cuma pada kali ini Howon outstation.

 

Keadaan Sunggyu jauh beza nak dibandingkan dengan Woohyun. Kalau Woohyun cekap dalam tugasannya, Sunggyu pula sebaliknya. Setiap kali suara Encik Danny bergema, Woohyun yakin mesti Sunggyu melakukan kesalahan. Setiap kali itu jugalah Woohyun ketawa mengenangkan Sunggyu.

 

“Awak dah siap ke?” Tiba - tiba suara Sunggyu menjengah telinga Woohyun.

 

“Sikit lagi.” Woohyun menjawab tanpa memandang Sunggyu. Setiap tapak diambil Woohyun mesti akan diikut Sunggyu seperti anak kecil menemani ibunya.

 

“Nak saya tolong?” Sunggyu menawarkan diri.

 

“Tak apa. Encik Kim boleh pergi dulu.” Woohyun kembali fokus ke tugasnya. Dia mahu menghabiskan segera agar dia boleh pulang awal.

 

Tidak mempedulikan Woohyun, Sunggyu mengambil kertas ditangan Woohyun. “Awak baca nombor, saya check.” Woohyun tidak membantah kerana dia malas mahu bertegang urat dengan Sunggyu yang degil.

 

Selepas 20 minit, akhirnya bahagian Woohyun sudah selesai. Sunggyu bukanlah membantu sangat pun, sebaliknya dia berusaha untuk berbual dengan Woohyun dan selalu terlepas nombor yang disebut Woohyun.

 

Woohyun menghampiri Encik Danny dan mengembalikan kertas nombor siri tadi. “Bahagian saya dah siap. Encik punya banyak lagi ke?” Tanya Woohyun sebaik dia melihat Encik Danny masih lagi memeriksa di bahagiannya.

 

“Tak lama lagi siaplah. Awak boleh pergi dulu Woohyun.” Encik Danny memberitahu. Woohyun membungkuk hormat sebelum mengundur diri bersama Sunggyu yang merasa bersalah menjadi sebab Encik Danny lewat.

 

 

“Woohyun, ikut saya ke bilik kejap. Tali leher saya tertinggal.” Sunggyu menghentikan langkah mereka. Woohyun merengek mendengar permintaan Sunggyu.

 

“Dah lewat ni Encik Kim. Esok tak boleh ke?” Woohyun cuba memujuk Sunggyu.

 

“Tak boleh sebab tie tu Mommy belikan untuk saya. Saya sayang.” Sunggyu cuba beraegyo kepada Woohyun agar isterinya bersetuju.

 

Akhirnya Woohyun mengalah. “Jangan lambat kalau tak kita terkunci.”

 

Mereka kembali semula ke tangga untuk ke bilik Sunggyu kerana lif sudah tidak beroperasi. Disebabkan keadaan gelap, Woohyun menempelkan badannya serapat mungkin kepada Sunggyu kerana dia takut gelap. Setelah tiba, Sunggyu memetik suis lampi dan memulakan pencarian tie kesayangannya.

 

“Daripada awak jadi patung cendana dekat situ, cuba jadi produktif tolong saya.” Sindir Sunggyu apabila dia melihat Woohyun setia berdiri di pintu.

 

Woohyun meletakkan beg kerjanya diatas sofa dan membantu Sunggyu mencari. Woohyun mengangkat berkas - berkas kertas diatas meja Sunggyu dan sekejap sahaja dia menjumpai tali leher Sunggyu. Tak sampai lima minit pun Woohyun mencari, sudah pun dijumpai.

 

Dengan muka sebal Woohyun menghulurkan tie tersebut kepada Sunggyu. “Nah.”

 

“Mana awak jumpa?”

 

“Kalau Encik Kim guna mata dengan otak dengan betul, saya yakin boleh jumpa.” Woohyun memulangkan paku buah keras kepada Sunggyu. “Dekat bawah kertas tu.”

 

Sunggyu cuma tersengih seperti kerang busuk. Tapi dia suka melihat bibir Woohyun muncung. Kataya comel.

 

“Cepat kalau tak kita terkunci.” Woohyun menyedarkan Sunggyu.

 

 

Langkah kaki Woohyun lebih cepat daripada Sunggyu. Dia terlebih dahulu sampai di pintu utama. Namun bila dia cuba untuk membukanya, Woohyun mendapati ianya sudah dikunci. Dekat situ juga Woohyun menghentak kaki melempaskan geram kepada Sunggyu. Melihat reaksi Woohyun, Sunggyu kecut perut.

 

“Kalau tak kerana tie bodoh tu, aku dah selamat balik.” Woohyun mengumpat dalam hati.

 

“Siapa yang pegang kunci?” Tanya Sunggyu hati - hati takut tersalah tekan butang.

 

“Encik Ahn, bahagian lelaki kalau tak silap.” Woohyun balas senada.

 

Sunggyu menyeluk poket belakang dan mengeluarkan telefon pintarnya untuk mencari nombor Encik Ahn. Dan sekali lagi Woohyun rasa nak pukul bila Sunggyu mula tersenyum, menggaru tengkuknya.

 

“Encik Kim tak ada nombor dia kan?”

 

Kali ini giliran Woohyun pula mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba membukanya tetapi skrinnya masih hitam. Tubuh Woohyun menggelongsor ke lantai, penat. Bateri phonenya sudah mati. Perlahan Sunggyu mendekati Woohyun dan mengusap lembut bahunya.

 

“Saya benci Encik Kim.”

 

“Saya minta maaf.”

 

“Sekarang macam mana?” Woohyun hampir mahu menangis. Suaranya sudah bergetar.

 

“Kita tidur dekat bilik saya.” Sunggyu memberi usul. Dia membantu Woohyun berdiri, beg Woohyun digalas.

 

 

Sunggyu mendudukkan Woohyun di sofa kemudian ke pantri untuk mengambil air buat Woohyun. Gelas yang dihulur Sunggyu bertukar tangan. Woohyun meneguk habis air didalam gelas tersebut sebelum memulangkan kembali gelas tadi kepada Sunggyu.

 

“Awak tidur dekat sini.”

 

“Macam mana dengan Encik Kim?”

 

“Saya tidur dekat kerusi saya.”

 

“Tapi mesti Encik Kim tak selesa.”

 

Sunggyu tersenyum mendengar keprihatinan Woohyun. “Ke awak nak saya tidur sekali dengan awak?” Sunggyu menyengih melihat rona merah yang menghiasi pipi Woohyun.

 

 

Malam itu Sunggyu tidak dapat melelapkan matanya. Dah berkali kali dia memaksa matanya untuk tutup, tetapi tetap juga tidak tertutup. Penat memaksa diri untuk tidur, Sunggyu membuka laptopnya. Adalah lebih baik kalau dia menyiapkan kerjanya daripada dia membuang masa.

 

Sunggyu tekun menyiapkan kerjanya sehingga dia tidak perasaan jam sudah menunjukkan jam 3.15 pagi. Patutlah matanya rasa berat, rupanya sudah pukul 3.15 pagi. Sunggyu menyandarkan tubuh lelahnya ke kerusi sambil merelakskan otot - ototnya yang tegang. Laptop sudah dimatikan. Kini tumpuan Sunggyu teralih kepada Woohyun yang sedang lena disofa. Dada Woohyun turun naik perlahan seiring dengan nafasnya. Tanpa Sunggyu perasan, dia sudah pun berada disisi Woohyun.

 

Keindahan wajah Woohyun melalaikan Sunggyu untuk seketika. Matanya melusuri tubuh indah milik Woohyun sehingga dia berhenti pada kulit badan Woohyun yang sedikit terdedah. Sunggyu meneguk air ludah sendiri melihat kulit putih Woohyun dalam kesamaran malam. Matanya naik semula kedada Woohyun yang tenang menghembus nafas. Ada sesuatu dalam diri Sunggyu menghidupkan keinginan dia untuk mencium bibir ranum Woohyun. Lama mata Sunggyu berhenti di bibir Woohyun, memikirkan sama ada dia harus mencium bibir itu atau tidak. Namun bibir Woohyun sangat menggoda Sunggyu, membangkit ghairah dalam diri Sunggyu.

 

*Cupp*

 

Bibir Sunggyu menempel lama dibibir Woohyun. Lembut. Manis. Sunggyu membiarkan dirinya hanyut seketika dalam fantasinya. Lambat - lambat Sunggyu menarik semula bibirnya dari Woohyun dan mengusap bibir munggil tersebut dengan ibu jarinya. Sunggyu menahan nafasnya bila ada pergerakan kecil dari Woohyun. Kemejanya semakin terselak menyerlahkan lagi kulit halusnya.

 

Sunggyu hampir sahaja mahu menyentuh kulit Woohyun, namun akal warasnya lebih cepat menghalang. Sebaliknya Sunggyu mengambil kotnya kemudian menutup tubuh Woohyun daripada kedinginan. Setelah itu, Sunggyu pergi ke tandas untuk menurunkan suhu badannya disamping menyelesaikan ‘masalahnya’. Air sejuk disapu ke muka bagi membuang imej Woohyun tadi difikiran. Kemudian barulah Sunggyu kembali ke kerusi dan melelapkan matanya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?