Chapter 23

Seeking for Love (Malay version)

Sunggyu mengerjap matanya beberapa kali bagi membiasakan cahaya masuk kedalam retina. Sebaik sahaja dia tersedar, Sunggyu mendapati dirinya terbaring ditengah taman seorang diri. Tidak pula dia teringat dia ada kesini, tetapi Sunggyu cukup yakin yang dia cukup sedar untuk tidak tertidur disini SENDIRIAN, kalau iya pun dia ‘minum’, pasti dia akan mengajak Howon. Dan kalau dia ingin ‘minum’ sendiri, Sunggyu akan ‘minum’ dirumah. Siapa pula yang membawanya kesini?

 

“Hyung,” Suara yang tidak asing di telinga Sunggyu membuat dia terhenti melangkah. Sungguh dia amat merindui suara itu.

 

“Woohyun, saya rindu awak sangat.” Langsung sahaja bibir Sunggyu merekah dengan senyuman saat matanya menangkap figura yang amat dia rindui. Woohyun terlihat sangat cantik dengan tubuhnya terbalut dengan warna putih dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tambah - tambah pula bunga warna warni dibelakangnya memberi kesan ekstra kepada Woohyun.

 

“Apa hyung buat dekat sini?”

 

“Entah. Sedar je dah ada dekat sini, tak ada orang langsung. Nasib baik saya jumpa awak.” Woohyun hanya tersenyum mendengar Sunggyu.

 

“Saya dekat mana ni sebenarnya? Dekat syurga ke sebab saya tak pernah tengok bidadari secantik awak dalam hidup saya.” Sunggyu berjaya menukarkan warna air muka Woohyun.

 

“Hyung tak patut ada disini. Hyung baliklah”

 

“Kalau macam awak kena ikut saya. I miss you.” Sunggyu maju kehadapan, merapatkan jarak antara mereka. Tetapi semakin dia mendekat, terasa seperti Woohyun semakin menjauh. Dia tdak mampu menyentuh Woohyun, seolah - olah isterinya itu holo.

 

“Woohyun, kenapa saya tak boleh pegang awak?”

 

“Kita berbeza hyung. Awak ken cari orang lain yang setaraf dan lebih layak untuk berdamping dengan awal.”

 

“Tak! Tak! Tak! Saya cuma cintakan awak seorang Woohyun! Tak akan ada orang lain yang boleh ganti tempat awak.”

 

“Pergilah hyung, kita tidak ditakdirkan bersama. Tetapi walaupun begitu hyung, izinkan saya mencintai hyung hingga akhir hayat saya. Selamat tinggal Kim Sunggyu. Terima kasih atas segalanya yang awak berikan.”

 

Sunggyu tidak mampu menghalang Woohyun. Kakinya seperti digam ke tanah, manakala suaranya pula seperti tersangkut di tekak. Cuma air mata sahaja yang deras mengalir saat matanya melihat perlahan - lahan tubuh Woohyun hilang disebalik kabus. Sunggyu jatuh menyembah tanah selepas Woohyun benar - benar ghaib dari pandangannya. Dia tidak mahu kehilangann Woohyun.

 

WOOHYUN!!” Tidak semena Sunggyu menjerit kuat nama Woohyun dari tidurnya. Deru nafasnya kencang, peluh membasahi badan sehingga pijamanya turut basah. Mata kecil Sunggyu segera memerhati sekeliling takut jika tadi itu bukanlah sebuah mimpi.

 

Sunggyu menyandarkan badannya pada kepala katil. Tangannya memegang kepalanya sendiri, memikirkan mimpi tadi. Setiap babak dalam mimpi tadi Sunggyu ingat satu persatu. Dia ingat bagaimana dia tidak dapat menyentuh Woohyun. Semua itu terasa seperi benar. Sunggyu menggelengkan kepalanya membuang fikiran negatif yang mula datang.

 

”Itu hanya mimpi Sunggyu. Kau pasti akan dapat bawa kembali Woohyun kesisi kau semula.”

 

 

---

 

Bunyi deringan dari telefon pintarnya menandakan satu mesej masuk. Sunggyu melangkah kearah meja kecil ditepi katil. Tuala kecil diselempang ke bahu sambil tangannya membuka mesej yang masuk tadi. Tak sangka L yang mesej. Dia memberi alamat Woohyun.

 

'No. 7, 9/3 Jalan Tulip, Golden Residency, Johor Bahru, Johor. Rumah dia warna biru yang ada kereta Honda Jazz silver. Goodluck.’

 

Selepas membalas mesej adiknya, Sunggyu menyambung kembali bersiap. Dia sudah tiba di Malaysia sehari selepas L memberi tahu keberadaan Woohyun. Cepat dia mengambil penerbangan terawal menuju ke Malaysia selepas berita itu. Hatinya berkobar - kobar untuk berjumpa dengan pujaan hati setelah lama terpisah. Dia amat merindui Woohyun.

 

Sunggyu malah tidak menyempat sehingga dia meninggalkan sarapan kerana terlalu excited mahu berjumpa Woohyun. Hanya pada alarm pertama Sunggyu sudah terjaga dan terus mandi bersiap. Selesai sahaja mandi, Sunggyu memastikan penampilannya kemas, bagi melengkapkan lagi gayanya Sunggyu menyembur sedikit minyak wangi dileher. Berpuas hati dengan penampilan sendiri, Sunggyu segera beredar setelah malam - malamnya tidak tenang tanpa Woohyun.

 

 

---

 

“No. 7, 9/3, Jalan Tulip, betul dah rasa.” Sunggyu membaca sekali lagi alamat yang ditulis diatas secebis kertas. Matanya memandang semula kehadapan untuk melihat sama ada rumah itu sama atau tidak seperti yang diberikan.

 

Setelah yakin, Sunggyu mematikan enjin lalu terus meninggalkan perut kereta dan menuju ke pagar tersebut dengan hati berbunga. Sebaik sahaja kakinnya tiba dihadapan pagar, tangan Sunggyu terus memicit loceng ditembok dengan senyuman duta Colgate. Tak lama kemudian, pintu automatik itu termuka menyebabkan Sunggyu mengambil beberapa tapak kebelakang, taku mengenai dirinya.

 

Woohyun membuka pintu pagar tersebut tanpa berfikir apa - apa kerana baru sahaja lima minit yang lepas Eunji (adik kepada Dongwoon) ada menelefon memberitahu untuk buka gate sebab dia terlupa membawa kunci. Disebabkan alasan itulah Woohyun santai sahaja membuka pintu kayu untuk Eunji masuk tetapi tetamu yang ada dihadapannya amat mengejutkan sekali. Bertalu - talu soalan mula menerjah. Mengapa dia disini? Macam mana dia tahu? Siapa yang beritahu?

 

Setelah hilang rasa terkejutnya, Woohyun menolak semula daun pintu itu tetapi pantas dihalang oleh Sunggyu. “Encik Kim nak apa?”

 

“Awak tak nak jemput saya masuk ke?” Lembut sahaja kedengaran suara Sunggyu. Matanya tidak lepas dari memerhatikan wajah cantik Woohyun.

 

“Ini bukan rumah saya. Lagipun tak elok kalau saya bawa orang luar masuk tanpa keizinan tuan rumah.” Santai sahaja suara Woohyun membalas.

 

“Tapi sayakan suami awak, bukannya orang luar pun.” Sunggyu merengek, menghentakkan kakinya sedikit. Bibirnya sudah panjang beberapa centimetre kehadapan, tetapi Woohyun masih lagi dengan muka datarnnya.

 

“Awak je yang tahu, aunty dengan jiran - jiran tak tahu pun Encik Kim.”

 

“Tak baik tau buat suami macam ni Woohyun.” Sunggyu masih belum berputus asa memujuk Woohyun.

 

Hati Woohyun mendadak panas mendengar statement Sunggyu tadi boleh Sunggyu menjadikan dia watak antagonis sedangkan dia adalah mangsa disini.

 

“Habis selama apa yang awak buat baik sangat lah! Ada awak pernah fikir hati dan perasaan saya! Ada awak beri saya peluang untuk bercakap! Apa yang awak buat cuma seksa emosi saya kan! Awak sedar tak!” Suara Woohyun meninggi. Sunggyu cuma menunduk mendengar luahan hati Woohyun. Dia tahu dia bersalah, sebab itulah dia mahu membetulkan semula keadaan seperti dahulu.

 

Woohyun menahan air matanya dari mmengalir. Dia tidak mahu terlihat lemah dihadapan Sunggyu. Sekali sahaja dia mahu terlihat kuat dihadapan Sunggyu agar Sunggyu tahu yang dia boleh hidup tanpanya.

 

“Saya tahu saya salah. Tapi tolonglah beri saya sekali lag peluang. Saya nak kita macam pasangan lain.” Sunggyu cuba sedaya upaya merapatkan jarak mereka dengan gril menjadi perantara. Betapa Sunggyu terdesak sangat mahu merangkul tubuh isterinya kemudian membisikkan ungkapan maaf beribu kali. Dia ingin menghapuskan air mata yang membasahi pipi mulus Woohyun.

 

“Saya dah penat Encik Kim. Ingat saya ni robot ke, tak ada hati perasaan. Awak tahu tak sakitnya hati seorang isteri bila dia dinafikan oleh suaminya sendiri.”

 

“Saya minta maaf sangat. Saya menyesal.”

 

“Tolonglah Encik Kim, jangan permainkan perkataan tu. Dia tak akan mengubah apa - apa pun.”

 

“Tak! Saya ikhlas Woohyun! Saya mengaku saya membabi buta jatuhkan hukuman pada awak tanpa beri awak peluang untuk menerangkan semuanya. Saya biarkan merah menguasai akal fikiran saya. Janji saya pada awak nak jaga awak sepenuh jiwa raga saya, saya nak musnahkan.” Jeda seketika.

 

“Sampailah satu tahap saya tersedar yang saya perlahan - lahan jadi L. Lelaki yang paling ditakuti oleh isteri saya. Tapi mommy dengan Howon sempat tarik saya sebelum saya terus berada dalam kegelapan.

 

Tiada kedengaran suara lagi antara mereka. Masing - masing sedang tenggelam dalam emosi sendiri. Woohyun sedang berperang dengan hatinya. Separuh darinya menjerit untuk membenci Sunggyu, namun separuh lagi meronta agar dia menerima Sunggyu kembali. Bukannya mudah kisah cinta mereka. Dari awal perjalanan lagi mereka sudah diuji, sehinggalah sekarang. Woohyun sudah penat. Kalau memang Sunggyu bukan jodohnya, dia akan berundur.

 

“Woohyun, beri saya satu lagi peluang untuk saya betulkan kesalahan saya.”

 

Woohyun sedikit tersentak dengan sentuhan ditangannya. Matanya melirik kebawah melihat Sunggyu menautkan tangan mereka.

 

“Saya tak akan lepaskan awak lagi,” Tangan halus Woohyun digenggam Sunggyu, bagi dia merasakan keihklasan yang tulus dari hatinya. Dari tadi matanya tidak lepas dari memandang Woohyun. Dia mahu Woohyun nampak cintanya terpancar dibalik kristal hitamnya.

 

Sentuhan Sunggyu membuatkan memori Woohyun kembali berputar saat dimana Sunggyu mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada dirinya. Tangan yang menggenggam miliknya dibiarkan sahaja. Walaupun seketika masa yang diberikan untuk Woohyun menikmati cinta Sunggyu, tetapi hatinya sangat bahagia.

 

“Balik semula ke sisi saya?” Sunggyu masih lagi dengan kata - kata manisnya memujuk.

 

“...”

 

Bibir merah Sunggyu mula merekah melihat ibu jari Woohyun mula membelai belakang tapak tangannya. Marah Woohyun kepada Sunggyu mula terpadam setelah dia melihat kesungguhan suaminya memenangi semula hatinya. Sunggyu tidak perlukan kata - kata dari Woohyun untuk tahu jawapannya, kerana Woohyun sangat mudah dibaca oleh Sunggyu.

 

“Apa Encik Kim nak buat ni?” Mata Woohyun membulat melihat Sunggyu mula melepaskan dua butang kemejanya. Peluh sejuk mula mengalir di pelipis Woohyun.

 

“Kalau awak masih degil lagi, saya terpaksa buat awak mengandung anak saya so, awak tak boleh lari.” Sunggyu sengaja mahu mengusik Woohyun. Mukanya sengaja dibuat serius mahu menakutkan lagi Woohyun. Yang sebenarnya dia suka melihat muka ketakutan Woohyun, rasa macam nak gigit je pipi pau tu.

 

“Apa jawapan awak?”

 

Smirk yang melekat dimuka handsome suaminya menandakan Woohyun sudah tewas. Nak taknak terpaksa juga dia mengangguk, bersetuju mahu mengikut dia pulang kembali ke Korea. Tanpa dia sedari, bibirnya ikut tersenyum melihat muka Sunggyu yang bahagia. Tak lama kemudian, Woohyun merasakan ada sesuatu lembut menempel dibibirnya. Ciuman itu membuat Woohyun mengalirkan air matanya kerana dia bahagia berada disamping Sunggyu.

 

“Saranghae,”

 

 

---

 

Eunji sedang berbual dengan Sunggyu semasa Woohyun kembali semula ke ruang tamu bersama dengan dua gelas jus segar di dalam dulang. Dengan penuh hati - hati Woohyun meletakkan hidangan tersebut diatas meja kopi, satu dihadapan Eunji manakala satu lagi dihadapan Sunggyu. Setelah itu, Woohyun mengambil tempat disebelah Eunji. Mukanya ditundukkan apabila dia tidak sengaja terpandang kearah Sunggyu. Lelaki terbabit mengeyitkan matanya saat pandangan mereka tertaut. Woohyun dapat merasakan haba mula menjalar ke seluruh tubuhnya.

 

“Pergilah duduk sebelah suami kamu.” Eunji mendesak. Woohyun rasa seperti ingin sahaja ditelan bumi sekarang. Aunty langsung tak membantu. Ingat Woohyun nak duduk sebelah suami dia lepas diaorang gaduh besar. Of course not!

 

Woohyun menghantar isyarat kepada Eunji, malangnya hari ini tidak memihak kepada Woohyun, sepertinya antena Eunji sudah rosak. Melihat Woohyun masih tidak berganjak, kesabaran Eunji semakin menipis. Cepat sahaja jarinya mencubit paha Woohyun menyebabkan lelaki terbabit menjerit kecil.

 

“Tak elok abaikan suami.”

 

Sunggyu bermatian menahan ledak tawanya daripada menghambur keluar bila dia melihat Woohyun protes. Comel! Sunggyu hanya mampu berharap dia yang sepatutnya berada ditempat Eunji, menggoda Woohyun sehingga dia malu. Tapi sekarang, dia nak menyentuh Woohyun pun tak mampu. Tubuh Sunggyu ditegakkan selepas tempat disebelahnya diduduki seseorang. Kepalanya terus menoleh melihat ke samping. Jarak Woohyun dan dia agak jauh dan Woohyun sedikit pun tidak memandangnya.

 

“Woohyun, ambilkan air saya.” Sunggyu sengaja menyuruh Woohyun sebab dengan cara ini dia dapat berinteraksi dengan Woohyun.

 

Tanpa menuturkan sebarang kata, Woohyun memberikan Sunggyu gelasnya. Semasa gelas tersebut bertukar tangan, Sunggyu sengaja menyentuh jari Woohyun.

 

“Terima kasih,” Sunggyu tersenyum puas melihat rona merah muda menghiasi pipi pau Woohyun.

 

“Jadi Sunggyu apa kata tinggal je sini sebelum balik Korea malam ni?” Eunji memberi cadangan. Tadi Sunggyu sudah menceritakan semuanya tentang dia dan Woohyun. Mulanya memang Eunji terkejut selepas Sunggyu memberi tahu dia adalah suami Woohyun dan sedang bergaduh besar sehingga Woohyun membawa diri. Tidak pula Dongwoon memberi tahu Eunji alasan Woohyun mahu menumpang semetara dirumahnya, Dongwoon hanya cakap Woohyun mahu berubah angin.

 

Tetapi Eunji tidak cepat melatah dan menghukum Sunggyu. Dia tahu dalam setiap ikatan pasti akan ada pasang surutnya. Dia juga kagum dengan tindakan Sunggyu yang seperti lelaki sejati sebab terus mencari Woohyun selepas itu. Eunji sika dengan sikap Sunggyu yang membuang egonya jauh semata - mata mahu mendapatkan kemaafan dari isterinya sebelum Woohyun bersetuju. Dia cuma berharap hubungan mereka akan berkekalan walaupun dugaan datang menimpa.

 

“Saya nak sangat tapi saya kena kemas barang dulu dekat hotel.”

 

“Tak apalah, lepas tu balik sini semula. Tengahari ini Woohyun masak.”

 

“Iya? Kalau macam tu saya balik sini semula sebelum tengahari.” Mendengar Woohyun akan memasak tengahri ini serta merta air liur Sunggyu mengalir. Sunggyu mengerling sekilas kesampingnya. Dia begitu merindui masakan isterinya.

 

“Awak nak makan apa?” Senyuman Sunggyu makin mengembang mendengar soalan Woohyun walaupun isterinya tidak memandang kearahnya. Tapi Sunggyu masih lagi boleh nampak Woohyun blushing.

 

“Apa pun awak masak saya makan. Saya rindu masakan awak.”

 

 

---

 

Galeri di telefon pintar L discroll perlahan. Dah lebih 30 minit L baring sambil merenung satu persatu gambar Woohyun. Folder gambar tersebut dibuat sejak hari pertama lagi Woohyun hadir dalam hidupnya, iaitu semasa Woohyun sedang cuti semestar. Dia ikut ibunya ke sini untuk membantu. Saat L menangkap sosok Woohyun, hatinya sudah terus terpaut. Setiap saat dia teringat akan tawa dan senyuman Woohyun yang menurutnya boleh membutakan. L tidak dapat melupakan wajah cantik Woohyun. Woohyun juga menjadi the one and only yang L tidak berani mahu mengambil kesempatan keatasya. Alasan L adalah Woohyun terlalu naif untuk dikotori. Dia tidak mahu kesucian Woohyun tercemar oleh kekotorannya.

 

Tetapi, semakin dia membiarkan, semakin kuat pula nafsu mahukan tubuh Woohyun. Ada sahaja imajinasi nakal bermain - main dalam fikirannya tentang Woohyun. Sehingga suatu hari itu L tahu Woohyun bersendirian di villa Kim. Detik itu juga kewarasannya hilang, diganti dengan nafsu serakah. L mematahkan janji dengan dirinya untuk tidak merosakkan kesucian Woohyun. Dia telah meragut benda yang paling dijaga Woohyun.

 

Setelah mendapatkan apa yang dimahu, L melarikan diri ke luar negara, tidak mahu bertanggungjawab terhadap perbuatannya. Dia masih muda, mana mungkin L mahu terikat dengan perkahwinan pada waktu itu. L tidak bersedia.

 

Sangkanya dia mampu melupakan Woohyun, tetapi L tersilap. Setiap hati bayangan wajah Woohyun yang dibasahi air mata menjengah fikirannya. Rintihan Woohyun terus berputar seperti kaset rosak. Selama itu jugalah L hidup dalam perasaan bersalah. Selepas lama berkelana di negara orang, L memilih untuk pulang ke tanah air. Lebih teruk lagi, takdir sudah menyiapkan jalan ceritanya sendiri. L semakin tidak tenteram selepas mengetahui Woohyun bekerja dengan Sunggyu.

 

Perkataan maaf tidak pernah wujud dalam kamus hidup L, tetapi selepas kehadiran Woohyun barulah L tahu. Akan tetapi dia tidak tahu menggunakannya. Jadi, L menggunakan caranya sendiri tetapi hanya membawa banyak lagi masalah. Woohyun bertambah takut melihat dirinya dan Sunggyu semakin protektif. Memberitahu ayahnya bukanlah idea yang baik. Hinggalah pada akhirnya L melihat satu cahaya yang menariknya keluar dari kegelapan. Dari itulah L mahu membantu abang kembarnya.

 

Walaupun sekarang hatinya pedih melihat orang yang dicintainya bersama dengan abang kembarnya, namun L tidak dapat berbuat apa - apa. Memang takdir mahukan mereka tetap bersama. Sunggyu adalah yang terbaik untuk Woohyun. Boleh sahaja mereka curang dibelakang semasa mereka terpisah, tetapi mereka memilih untuk setia. Lima tahun perpisahan itu cuma mematangkan mereka. L tersalah menilai ketulusan cinta Woohyun terhadap Sunggyu. Cinta mereka sejati.

 

Sekali lagi gambar Woohyun direnung buat kali terakhir sebelum L menekan logo tong sampah dihujung kanan galeri. Dia mahu membuang semua memori yang bersangkut paut dengan Woohyun. L menerima takdirnya. Lagi satu dia merasa berdosa kerana mencintai isteri orang. Lagipun, L sudah berjanj mahu berubah menjadi lebih baik dan mahu mencari pendamping hidupnya. Seseorang yang mencintainya dan menerimya setulus hati tanpa L teringat kembali kepada Woohyun.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?