Chapter 20

Seeking for Love (Malay version)

Kopi panas yang dihidangkan pembantu rumah tadi dihirup dengan penuh berhati - hati oleh Sunggyu. Sambil itu, tangannya mencapai senaskah majalah sukan diatas meja untuk membuang rasa bosan sementara menanti ibunya. Sebab kedatangan Sunggyu ke mansion Kim adalah disebabkan perkara semalam.

 

“Dah lama sampai?” Suara Hyuna memecah kesunyian.

 

Mommy, saya baru je sampai adalah dalam 10 minit lepas.”

 

“Gyu ada masalah ke?” Hyuan bertanya. Bahu tegap anaknya dirangkul dengan penuh kelembutan.

 

Soalan Hyuna tadi dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Sunggyu menarik nafas dalam - dalam sebelum dia membuka mulut. Bagaimana dia mahu menyusun kata untuk memberitahu ibunya tentang masalah dia dan Woohyun? Memang niat utama kehadirannya adalah untuk bertanya pendapat pada Hyuna.

 

“Gyu, masalah tak akan pernah selesai kalau kamu tak cari jalan penyelesaiannya.” Hyuna memujuk.

 

“Entahlah Mommy. Gyu tak nampak pengakhirannya.” Ujar Sunggyu perlahan dengan nada yang lemah. Mendengar keluhan Sunggyu, Hyuna segera memahami isi hati anak lelakinya.

 

“Dalam perkahwinan Gyu, tolak ansur adalah kunci utama dia. Dua - dua pihak kena bertolak ansur, bukan hanya satu pihak sahaja. Orang putih panggil give and take. Cuba kamu letak diri kamu pada pihak lagi satu, try faham masalah dia dan cuba fikir balik, adil tak keputusan yang kamu dah ambil?” Hyuna diam seketika.

 

“Kalau masih ada ragu - ragu, cuba tanya pada pasangan kamu baik - baik. Jangan terlalu mudag melatah dan buat keputusan.”

 

“Tapi Mommy kenal saya kan. Mesti dia yang punca semua ni.”

 

Hyuna memilih untuk tidak menjawab, sebaliknya dia hanya tersenyum tawar. Untuk pertama kalinnya Hyuna melihat Sunggyu gagal dalam membuat keputusan. Kim Sunggyu yang dia kenali adalah seorang yang teramat jarang menjatuhkan keputusan tetapi bila melibatkan hati dan perasaan, Sunggyu tewas. Dia membenarkan amarah menguasai akal warasnya.

 

“Kamu dah dengar penjelasan dari Woohyun?”

 

“Untuk apa lagi Mommy. Saya dah nampak dan dengar semuanya. Kalau saya tanya dia, entah apa dongeng lagi dia nak rangka.”

 

“Kadang - kadang dalam dunia ni tak semua kita boleh nampak dengan mata kasar, Gyu. Contohnya, kuman. Kamu boleh nampak ke dengan mata kasar?” Hyuna sengaja mahu bermain dengan psikologi Sunggyu.

 

“...”

 

“Kamu perlukan mikroskop untuk lihat. Samalah macam kes ni, kamu tak boleh terus telan bulat - bulat apa yang kamu nampak atau dengar. Kamu kena guna mata hati dan akal untuk menilai, Kim Sunggyu.”

 

Hyuna membiarkan anaknya tenggelam dalam fikirannya sendiri. Sebagai orang yang lebih berusia, Hyuna hanya mampu memberi nasihat dan pandangan kepada Sunggyu. Dia tidak boleh sesuka hati mencampuri urusan peribadi mereka. Memang Hyuna mahu Sunggyu menyelesaikan masalah ini dengan sendiri suppaya dia tahu mana letaknya salah dia dan menjadikannya pengajaran untuk masa hadapan.

 

Mommy harap kamu buat keputusan yang betul sebelum terlambat. Jangan pernah ambil mudah dengan peluang yang diberikan sebab kita tak tahu sama ada dia akan datang lagi atau tidak. Kamu fikirkan masak - masak, Gyu. Masa tak menunggu kita.” Bahu Sunggyu sitepuk lembut sebelum Hyuna bangun untuk kedapur, meninggalkan Sunggyu merenung kembali nasihatnya tadi.

 

 

---

 

Waktu bekerja sudah pun berakhir 30 minit lalu tetapi Woohyun sengaja tidak langsung terus pulang kerana dia mahu mengemas sedikit tempat kerja Sunggyu yang agak bersepah. Lagipun sejak perang dingin antara mereka meletus, boleh dikira pakai jari sahaja berapa kali Woohyun terserempak dengan Sunggyu di pejabat. Memang mereka seruangan, tetapi jarang sekali bersama.

 

Fail - fail yang bersepah diatas meja disusun kemas oleh Woohyun dan diletakkan di rak belakang meja Sunggyu. Kemudian dia menyusun pula kertas - kertas kedalam document tray dihujung meja. Sedang asyik Woohyun mengerjakan tugasnya, tanpa disedari ada satu sosok manusia telah masuk ke ruangan tersebut.

 

“Ehemm…” Serentak itu Woohyun memalingkan badannya mengahadap kearah sumber suara tadi. Langsung sahaja takut menguasai diri apabila dia melihat gerangan yang sangat dia takuti.

 

“L-shi…”

 

“Jangan risau, aku tak ada niat jahat pun.” L menerangkan niatnya. Entah kenapa sejak dia mendengar pengakuan Woohyun tempoh hari, hatinya dihambat rasa bersalah.

 

Woohyun agak ragu - ragu dengan pengakuan L. Pantas sahaja Woohyun membawa kaki melangkah kearah pintu. Baru sahaja tangannya menyentuh tombol pintu, Woohyun merasakan lengannya dipegang.

 

“Maaf L-shi, saya rasa tak ada apa yang perlu dibincangkan.”

 

“Kan aku dah cakap, aku tak ada niat jahat pun.” Sekali lagi L membela diri.

 

“Tolong lep…” Ayat Woohyun tergantung apabila pintu terkuak dan menampilkan sosok yang lain.

 

“Kebenaran dah terbongkar. Mata dan telinga aku tak pernah menipu.

 

Mulut Woohyun terkatup rapat, tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Suasana didalam bilik itu pun mula terasa tegang dengan pasangan kembar tersebut saling merenung antara satu sama lain.

 

“Tinggalkan dia, Woohyun. Dia bukannya cintakan kau pun. Aku akan ambil kau jadi isteri aku.” Tanpa rasa gentar L menuturkan ayat tersebut sambil matanya tidak sedetik pun teralih dari muka Woohyun. Menurut L, Sunggyu sudah terlalu melampau. Dia membiarkan syaitan menguasai kewarasannya.

 

Mendengar pengakuan berani mati L, serta merta darah Sunggyu mendidih. Dah lah kehadiranya sedikit pun tidak dipedulikannya, dan dia berani pula cakap macam - macam. Dia ada hak keatas Woohyun. Tanpa berfikir panjang, Sunggyu melayangkan sabiji penubuk tepat mengenai muka kacak L menyebabkan dia hampir terjatuh kebelakang. Namun, L tidak membalas perlakuan abang kembarnya.

 

“Aku akan jaga kau lebih baik daripada Sunggyu.” L tidak menghiraukan Sunggyu.

 

Babak tumbuk menumbuk yang berlaku dihadapan Woohyun membuat dia diam kaku seketika. Keadaannya seolah - olah dipukau sehingga tidak mampu untuk menggerakkan anggota tubuhnya. Woohyun tergamam lagi apabila sebiji lagi penumbuk singgah di pipi kiri L.

 

“Kau tak layak untuk jaga dia, Gyu.”

 

“Kalau kau dah bosan, lepaskan dia biar aku kahwin dengan Woohyun.” L mengapi - apikan lagi keadaan.

 

Kali ini Sunggyu menolak L ke dinding sehingga badan mereka rapat tiada jarak. Mata sepet Sunggyu tajam mencerlung L Kalau mampu mata Sunggyu membunuh, pasti L sudah pun mati. Muka Sunggyu merah padam kerana api kemarahannya. Tetapi kali ini L tidak lagi berdiam diri. Dia membalas semula perlakuan Sunggyu. Dan pergaduhan bertambah panas.

 

“Berhenti!!”

 

Serentak dengan itu, pasangan kembar terbabit berhenti dan memandang kearah Woohyun.

 

“Dua - dua bodoh!”

 

 

“Berhentikan kereta sekarang!” Teriak Woohyun kepada L. Selepas Woohyun meninggalkan tempat kejadian, L berjaya menghalangnya dan menarik dia masuk kedalam kereta.

 

“Hey, relaks.” L masih lagi berlagak seolah - olah tiada apa yang berlaku.

 

“Apa yang awak nak daripada saya, L-shi!” Bentak Woohyun.

 

“Aku nak tebus balik salah aku pada kau, Woohyun. Izinkan aku Woohyun.” Dengan beraninya L menarik tangan Woohyun kedalam genggamannya tetapi segera direntap semula oleh Woohyun.

 

“Siapa awak untuk buat keputusan atas saya?! hidup saya, saya yang akan tentukan!” Woohyun menarik nafas untuk menenangkan dadanya yang berombak laju.

 

“Awak ingat saya akan terima awak lepas apa awak dah buat pada saya? Sekalipun abang awak dah buang saya dari hidup dia, saya tetap tak akan terima awak, L-shi!”

 

L terpana dengan pengakuan tulus Woohyun. Jujur, ayat Woohyun sebentar tadi amat menikam hatinya. Kalau sebelum ini dia akan cium bibir merah itu untuk membungkam kata - katanya, kali ini L rasa berbeza. Perasaan yang sama hadir saat dia tedengar pengakuan Woohyun tempoh hari. Kata - kata Woohyun sedikit sebanyak berjaya menyedarkan L bahawa biar macam mana sekalipun dia berjuang untuk mendapatkan cinta Woohyun, pada akhirnya dia tidak akan pernah memiliki. Kerana pada Woohyun dia hanyalah mimpi ngeri yang dia ingin lupakan.

 

“Aku hantar kau balik.”

 

 

---

 

Sunggyu menyewa sebuah bilik di hotel bajet di tengah kota metrapolitan Seoul bagi menenangkan semula fikirannya selepas insiden tadi. Awalnya dia tidak merasakan apa - apa, tetapi selepas L mengaku mahu merampas Woohyun daripadanya, serta merta Sunggyu mendidih. Entah dia tidak faham perasaanya. Akal dan badannya tidak mahu bekerjasama. Biarpun akalnya menentang, tetapi matanya mengiyakan keraguan cinta Woohyun. Jujurnya, Sunggyu sudah tidak lagi mengenali dirinya. Dia seperti terperangkap dalam badan orang lain.

 

Cinta Sunggyu terhadap Woohyun amatlah kuat, namun selepas salah faham ini, Sunggyu ingin sekali melempar jauh perasaan tersebut. Memang dia ingin membenci Woohyun, tetapi hati kecilnya menentang kuat. Semakin dia cuba untuk membenci Woohyun, semakin kuat pula rasa cintanya tehadap Woohyun.

 

Tambah pula selepas melihat keberanian L untuk meraih cinta Woohyun, Sunggyu semakin bengang. Sekali lagi syaitan membisikkan kejahatan pada akalnya. Mindanya berjaya menghasut Sunggyu untuk percaya Woohyun dan L pernah ada hubungan sebelum ini. Dia cuma digunakan untuk menutup kesalahan mereka.

 

“Arghh!”

 

 

---

 

Woohyun menjadi pemerhati setia kepada ragam setiap pengunjung di kafe resort ini. Kebanyakan antara mereka adalah pelancong asing dan golongan berada. Melihat senario ini, Woohyun mengela hembusan kasar, memikirkan jurang yang ketara antara golongan elit dan golongan biasa. Lihat sahaja bagaimana seorang pelanggan itu memarahi pelayan kafe hanya kerana dia tersalah memulangkan baki. Boleh sahaja dia menegurnya lembut, tidak perlu meninggikan suara.

 

“Awak mesti Nam Woohyun kan?” Satu suara dalam lelaki khas dalam umur lingkungan 50 an menegur Woohyun dari belakang menyebabkan Woohyun sedikit terkejut.

 

Dia segera bangun untuk memberi hormat kepada tetamu tadi. “Ya, saya Tuan.”

 

“Nasib baik betul.” Lelaki berusia tadi tergelak kecil. Pantas seorang pelayan datang ke meja mereka untuk mengambil order. Selesai sahaja, lelaki tersebut menghantar pergi pelayan tadi dengan seulas senyuman. Melihat perkara tersebut membuat Woohyun membuang fikiran negatifnya terhadap lelaki itu.

 

“Baiklah Woohyun, kita terus sahaja ke inti. Saya, Kang Daesung, ayah kepada Soyou.” Lelaki separuh abad tadi mengenalkan diri. Matanya tidak langsung menatap Woohyun. Lelaki inilah yang menghubungi Woohyun untuk bertemu semalam.

 

Woohyun mula tak sedap hati. Dari gaya lelaki ini, Woohyun yakin pasti ada sesuatu yang disembunyikannya. Hatinya kuat mengatakan dia bakal menerima berita buruk. Sesuatu yang mungkin boleh menghancurkan hatinya.

 

“Siwon beritahu saya awak dah berkahwin dengan Sunggyu. Betul ke?”

 

“Ya, Tuan.”

 

“Boleh saya merayu agar awak izinkan Sunggyu untuk berkahwin dengan anak perempuan saya?

 

Permintaan Daesung membuat Woohyun tergamam. Sunggyu berkahwin dengan Soyou sedangkan dia masih lagi sah sebagai isteri Sunggyu? Siwon sudah terlalu melampau. Woohyun tahu memang sengaja bapa mertuanya mahu melihat dia terseksa. Siwon mengambil kesempatan diatas pergaduhan mereka untuk mengahwinkan Sunggyu dengan Soyou.

 

Woohyun kembali membuka matanya yang dia sendiri tidak perasan bila ditutup. Pandangan terhenti kearah Daesung. Permintaan lelaki separuh baya ini terlalu berat untuk dirinya. Betul pun apa yang terdetik dihatinya sebelum dia ke sini. Perjumpaan ini hanya membawa kedukaan dan kesedihan buat dirinya.

 

“Lepas saya tahu Sunggyu dah kahwin, saya cakap dengan Soyou supaya dia stop kejar Sunggyu. Tapi tak lama lepas tu, Soyou cuba untuk bunuh diri. Sebagai seorang ayah, saya tak nak anak saya mati. Perkara ini saya dah berbincang dengan Siwon dua minggu lalu dan dia usulkan penyelesaian ini. Maafkan saya Woohyun, sebab ini sahaja penyelesaiannya. Maafkan saya,”

 

Berat untuk Woohyun membuat keputusan. Siwon yang paling berkuasa sekarang. Dengan berat hati Woohyun membuat keputusan.

 

“Saya izinkan Sunggyu untuk berkahwin dengan Soyou.”

 

Daesung terkejut mendengar jawapan Woohyun. Wajah tenang Woohyun dipandang dengan penuh rasa terkejut. Sangkanya Woohyun akan mengamuk dan meminta dia untuk menarik semula, tetapi sebaliknya yang berlaku. Woohyun terlalu tenang memberi keputusannya, seperti dia sudah maklum sebelum ini.

 

“Woohyun, kalau awa-” Ayat Daesung terpotong.

 

“Saya izinkan Sunggyu, Tuan. Saya faham semua ayah mahu melihat anak mereka bahagia, dan Tuan tidak terkecuali.”

 

Woohyun menyambung semula. “Kalau sudah tiada apa - apa lagi, izinkan saya untuk mengundur diri. Saya ada perkara lain selepas ini.”

 

Daesung hanya mengangguk mengiyakan permintaan Woohyun. Selepas mendapat lampu hijau dari Daesung, Woohyun bangun meninggalkan kafe tersebut dengan mata yang bergenang. Tiba sahaja di kereta, terus Woohyun menyandarkan kepalanya ke stereng lalu menumpahkan air matanya. Kesakitan yang dirasai sekarang terlalu dalam buat dirinya. Penderitaannya masih belum mahu berakhir. Masih belum ada pelangi kebahagian buat Woohyun. Dia sudah putus harapan.

 

 

---

 

Sunggyu memasuki banglo gelap gelita buat kali pertama selepas dia menghilangkan diri selama seminggu lalu. Sengaja dia pulang lewat malam kerana dia tahu Woohyun pasti sudah masuk ke biliknya. Dengan itu, Sunggyu tidak perlu terserempak dengan Woohyun.

 

Saat Sunggyu melintasi bilik Woohyun, dia melihat masih ada cahaya dar dalam bilik itu menandakan isinya masih lagi berjaga. Dia hanya memandang sekilas pintu bilik itu sebelum dia terus menuju ke biliknya untuk menyegarkan diri. Kepulangannya ke bangllo ini hanya menimbulkan api kemarahan Sunggyu. Dia sudah penat mahu melayan perasaanya, Sunggyu terus menarik tuala putih di penyangkut dan masuk ke dalam bilik air.

 

Usai sahaja membersih diri, Sunggyu memilih untuk berbaring di katil empukya, merehatkan minda dan badannya. Elok sahaja Sunggyu mahu terlelap, tiba - tiba dia terfikir kemungkinan yang L dan Woohyun lakukan pada saat ini memandangkan Woohyun masih lagi berjaga. Mulanya Sunggyu biarkan sahaja perkara itu, namun semakin dibiar, semakin kerap pula dia datang.

 

 

Woohyun sedang duduk mengelamun sendirian di balkoni biliknya semasa Sunggyu tiba - tiba memasuki bilik tersebut. Dengan refleks Woohyun memalingkan badannya menghadap Sunggyu yang sudah pun berdiri beberapa centimeter sahaja darinya. Mata Woohyun menangkap sesuatu yang dipegang oleh tangan kanan Sunggyu.

 

“Berapa banyak L bayar kau?” Tanya Sunggyu mendatar. Suaranya kedengaran dingin sahaja.

 

“Apa yang Encik Kim maksudkan?” Kening Woohyun bertaut kehairanan. Tidak pula dia perasan kepulangan Sunggyu, malah Sunggyu juga agak lama tidak masuk ke pejabat.

 

“30k cukup?” Sunggyu melemparkan sehelai kertas kearah Woohyun.

 

Mata Woohyun jatuh ke tempat dimana kertas tadi mendarat. Dia menunduk untuk mengambil kertas tadi.

 

“Apa ni?” Kertas tadi digenggam ditangan seraya dia maju melangkah kehadapan. Ianya merupakan sekeping cek.

 

Sunggyu diam tidak berkutik dengan pertanyaan Woohyun. “Cukup ke jumpal tu untuk kau ‘tidur’ dengan aku?” Santai sahaja Sunggyu berkata sambil tangannya memeluk tubuh. Matanya tidak lepas dari memandang manik hitam Woohyun yang sudah berkaca.

 

“Encik Kim ingat saya ini apa? Pelacur?”

 

“50k?” Sekali lagi sekeping cek dilemparkan kepada Woohyun. Muka angkuh Sunggyu dipandang sekejap oleh Woohyun.

 

Baiklah kalau itu yang Encik Kim minta, saya akan beri.” Tutur Woohyun dengan nada sedikit bergetar. Lalu kemudian dia mengambil kedua - dua keping cek tadi bersamanya ke tandas.

 

 

---

 

Woohyun berdiri memerhatikan pantulan dirinya didalam cermin. Matanya terlihat sembab dan merah kerana dia baru sahaja menangis didalam tandas sebelum itu. Perlahan tangannya mencapai sikat diatas meja solek tersebut lalu menyisir rapi rambut hitamnya. Sedikit bedak dioles kemuka bagi menutup mukanya yang pucat. Tak lupa juga secalit pelembab bibir bagi menaikkan sedikit seri diwajahnya. Beberapa semburan miyak wangi dihalakan ke tubuhnya, untuk seketika dia memejamkan mata saat haruman tersebut memasuki rongga hidungnya.

 

Selesai sahaja menyiapkan diri, Woohyun menatap kembali pantulan dirinya. Bathrobe sutera berwarna merah sepanjang lutut membalut kemas tubuh munggilnya. Air mata yang berderai dipipi dihapus lembut oleh Woohyun. Malam ini Sunggyu akan mendapatkan haknya sebagai seorang suami.

 

 

Sunggyu menuntun tangan Woohyun ke katil. Hatinya tiba - tiba sahaja dihimpit rasa bersalah selepas melihat Woohyun berdiri dihadapan pintu biliknya. Bertambah lagi rasa bersalah Sunggyu bila dia melihat sendiri manik kristal Woohyun mengalir dengan air mata. Pada ketika itu juga Sunggyu sedar bahawa dia tidak akan mungkin membenci Woohyun kerana cintanya terhadap Woohyun terlalu kuat.

 

Sunggyu membaringkan Woohyun keatas katilnya sebelum dia naik keatas tubuh Woohyun lalu merengkuhnya. Seketika Sunggyu mengambil sedikit masa untuk melihat dengan lebih dekat lagi wajah isterinya. Satu demi satu anugerah diwajah Woohyun ditilik, sehinggalah matanya jatuh pada sepasang mata Woohyun. Pasangan kristal hitam tersebut terlihat polos berbanding dengan miliknya. Adakah memang benar isterinya berada di pihak yang betul? Adakah selama ini Woohyun bercakap benar?

 

Perlahan - lahan Sunggyu menyusuri rahang Woohyun dengan bibirnya. Tidak hanya berhenti disitu, bibir Sunggyu terus merayap sehingga dia menyentuh hidung mancung Woohyun, dan kemudiannya berhenti tepat di hujung bibir isterinya. Seketika Sunggyu melihat bagaimana reaksi Woohyun. Kedua mata isterinya tertutup saat dia merasakan bibir Sunggyu hanya berada dihujung miliknya.

 

Ini seperti satu penyeksaan buat Woohyun sendiri dan juga Sunggyu. Hingga akhirnya Sunggyu menempalkan jua bibirnya ke Woohyun, menyesap sepasang daging kenyal itu dengan penuh nikmat. Jarinya tidak hanya tinggal diam semasa dia asyik mencium Woohyun, mereka bergerak ke bawah sehingga dia menyentuh ikatan di pinggang Woohyun lalu meleraikannya. Sebaik sahaja terlerai, terdengar nafas Woohyun memberat saat tubuh polosnya terhidang di mata Sunggyu. Tautan mereka terputus sekita bagi Sunggyu melihat muka isterinya. Dengan penuh kelembutan Sunggyu mengelus ibu jariya di pipi Woohyun untuk menghapuskan air mata yang mengalir.

 

“Hyung…” Suara Woohyun memecahkan keheningan antara mereka.

 

“Shh..” Jari telunjuk Sunggyu menempel di bibir kenyal Woohyun. Jarinya terus mengelus kulit lembut Woohyun dengan penuh kasih. Hilang api kemarahannya setelah dia melihat muka isterinya yang tenang. Sunggyu yakin dia terlalu mencintai Woohyun.

 

“Saya-” Sekali lagi Woohyun bibir Woohyun dicium oleh Sunggyu.

 

Deru nafas Woohyun semakin tidak menentu saat bibir Sunggyu bermain dibahagian dadanya. Jelas terasa bibir nipis Sunggyu berhenti di dada kirinya. Woohyun menggigit bahagian dalam pipinya untu menahan esakan daripada meluncur kelua dari mulutnya. Woohyun mahu melihat Sunggyu puas dengan tubuhnya.

 

Woohyun bermati - matian menahan desahannya apabila Sunggyu mula menggenggam alat sulitnya. Cadar putih dibawah tubuhnya diremas kuat untuk melempiaskan rasa yang membawanya ke langit ketujuh. Tidak pernah Woohyun rasa sesensual ini dengan suaminya. Malam ini dia akan memberikan hak Sunggyu.

 

Sentuhan Sunggyu membuat Woohyun hanyut dalam kenikmatannya. Badannya tidak menolak perlakuan Sunggyu keatasnya. Buktinya walau dengan sedikit sentuhan, badannya akan memberi respon diluar kawalan. Haba memeluk tubuhnya seperti kulit kedua bila bibir Sunggyu tidak henti - henti merayap di setiap pelosok tubuhnya. Nafas Woohyun tersekat bila Sunggyu memasukkan satu jarinya kedalam bahagian sulitnya yang ketat. Pada mulanya Woohyun berasa sakit dan tidak selesa, Sunggyu memberi ruang sedikit kepada Woohyun untuk bertenang.

 

Selepas beberapa minit Sunggyu menyiapkan Woohyun, akhirnya Sunggyu mengarahkan miliknya ke bahagian sulit Woohyun. Kedua tangannya menompang setiap sisi kepala Woohyun, merenung dalam - dalam wajah polos milik isterinya dan melihat ucapan I love you yang terpantul dari mata Woohyun. Perlahan Sunggyu menghapus jarak bibir antara mereka, membungkam setiap desahan yang meluncur keluar dari mulut Woohyun saat dia menolak masuk miliknya kedalam Woohyun.

 

Sakit dan perih.

 

Itulah yang dirasakan Woohyun saat kebanggaan Sunggyu berjaya tertanam penuh didalam dirinya. Badannya terasa seperti dibelah dua. Tetapi rasa sakit sekarang ini tidak sama seperti mana cara Sunggyu meminta kepadanya. Sunggyu membuat Woohyun terlihat tidak lebih dari seorang pelacur.

 

Mata Woohyun kembali menatap Sunggyu. Dia membawa tangannya untuk merangkul leher Sunggyu sebagai isyarat untuk suaminya meneruskan. Untuk permulaan, Sunggyu bermain lembut dan berhati - hati takut jika dia menyakiti Woohyun, tetapi lama kelamaan selepas dia melihat kenikmatan yang mula menjalar pada Woohyun, Sunggyu meningkatkan lagi rentaknya. Sunggyu terus hanyut dalam kenikmatan yang diberikan Woohyun. Semakin dalam dia menusuk pusat kenikmatan Woohyun, semakin ketagih Sunggyu mahu melihat reaksi yang diberikan Woohyun.

 

Malam ini telah memberi peluang kepada Sunggyu untuk melihat sisi kebenaran di pihak Woohyun yang dia gagal untuk melihatnya semasa mereka bergaduh. Wajahnya yang polos dan naif membuatkan Sunggyu akhirnya tersedar dari fikirannya. Isterinya tidak bersalah sama sekali. Apa yang diucapkan Woohyun sebelum ini adalah tidak benar. Isterinya dipihak yang benar. Tetapi mulut Sunggyu terkunci rapat untuk bertanya kisah yang sebenarnya daripada Woohyun.

 

 

---

 

Malam semakin pekat menandakan semua makhluk dibumi sudah pun lena diulit mimpi. Namun, saat ini Woohyun tersedar dari tidurnya selepas dia dan Sunggyu bersetubuh. Perlahan - lahan Woohyun mengangkat tangan Sunggyu yang berlingkar dipinggangnya, takut sang pemilik tersedar. Satu erangan halus terhasil dari Woohyun saat dia menunduk untuk mengutip bajunya di lantai. Sungguh bahagian sulitnya amat sakit, seperti dibelah dua.

 

Wajah tenang Sunggyu yang sedang diulit mimpi menjadi pemandangan terakhir buat Woohyun sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. Dia segera membersihkan tubuhnya dan kemudian mengemas pakaian miliknya. Woohyun sudah pun melaksanakan tanggungjawabnya yang tertangguh, sekarang Woohyun nekad untuk menghilang dari hidup Sunggyu.

 

Memang Woohyun tidak menafikan perhatian dan kadih yang diberikan Sunggyu pada episod awal dahulu sedikit sebanyak menghangatkan jiwanya. Woohyun juga tidak menafikan bahawa dirinya sudah perlahan - lahan menerima Sunggyu. Tetapi setelah apa yang berlaku, Sunggyu telah berubah. Woohyun tidak menyalahkan Sunggyu kerana dia tahu Sunggyu bukan dalam keadaah yang rasional.

 

Setelah dua kali Woohyun hadir kedalam hidup Sunggyu, dia akhirnya memilih untuk berundur kali ini. Biarlah dua kali kehadirannya sebelum ini menjadi kenangan manis buat Woohyun yang akan disemat elok didalam hatinya. Sunggyu layak untuk mendapatkan pasangan hidup yang setaraf dengannya. Seseorang yang boleh memberikan kebahagiaan kepadanya bukan seperti dirinya yang cuma memberi kesusahan kepada Sunggyu.

 

Skrin telefon pintar miliknya dikerling sekilas untuk melihat digit yang terpampang. Sudah hampir 3.30 pagi. Segera Woohyun mengambil sehelai kertas dan sebatang pen. Dia ingin menulis sepucuk surat buat Sunggyu.

 

Setelah Woohyun menutup ayatnya yang terakhir, dia menyelitkan kertas tadi bersama dengan dua keping cek yang dilempar Sunggyu dibawah sebotol minyak wangi. Bagasi yang berisi barang - barangnya ditarik bersama dengan wajah yang berlinangan air mata. Woohyun meneruskan kakinya melangkah keluar dari banglo mewah milik Sunggyu. Banglo putih dibelakangnya dipandang sekejap sebelum Woohyun benar - benar melangkah pergi.

 

Banglo mewah itu menjadi saksi 1001 kisah antara mereka. Ia juga menjadi saksi Woohyun menyerahkan tubuhnya kepada Sunggyu. Disini juga Woohyun merasakan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada Sunggyu. Begitu banyak kisah suka dan duka tersimpan didalam banglo ini. Masanya sudah tiba. Woohyun akan pergi jauh dari hidup Sunggyu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?