Chapter 22

Seeking for Love (Malay version)

Beberapa bulan kemudian…

 

*knock.. knock..*

 

“Masuk.”

 

Pintu terbuka menampilkan Sungyeol yang masuk dengan senyuman yang hangat. “Encik Kim ada tetamu.”

 

Pandangannya jatuh kearah sosok yang berada dibelakang Sungyeol. Sejurus selepas itu Sunggyu terkejut melihat pemuda perang yang dikenalinya. Kim Kibum. Tipu kalau Sunggyu tidak mengingati pemuda ini walaupun mereka hanya baru pernah sekali berjumpa di medan selera sebelum ini. Lelaki ini jugalah yang mengaku bekas teman lelaki kepada Woohyun dan masih menunggu Woohyun untuk dikahwini.

 

Sungyeol kembali menutup pintu selepas diarahkan oleh Sunggyu. Kibum melangkah menuju kearah Sunggyu dengan sepotong senyuman maaf. “Maaf sebab datang tak buat janji temu dulu.”

 

“Tak apa. Nasib awak baik sebab saya taklah terlalu sibuk hari ini.” Sunggyu berbasi. “Duduklah.”

 

Kibum menarik kerusi dan duduk disitu, memberi masa kepada Sunggyu untuk merapikan sedikit meja kerjanya. Sementara itu, Kibum mencuri pandang kearah wajah tampan Sunggyu. Tidak silapnya, tiga bulan lalu masa mereka terserempak, Sunggyu tidak nampak begitu serabut seperti sekarang. Apa yang berlaku sehingga Sunggyu jadi seperti ini.

 

“Baiklah, Kibum-shi, ada apa awak ke sini?”

 

“Saya cuma nak tanya tentang Woohyun.” Jawapan Kibum membuat Sunggyu kelu lidah untuk beerkata tetapi dia tetap berlagak seperti tiada apa yang berlaku, mengelakkan Kibum perasan.

 

“Boleh saya tahu kenapa?”

 

“Beberapa minggu lalu saya ada terserempak dengan dia depan kedai. Dan waktu tu dia menangis.”

 

Sunggyu tidak menyampuk, serta merta ingatanya kembali pada hari dimana dia melihat Kibum memegang tangan Woohyun. Hatinya seperti disimbah minyak panas melihat adegan itu. Hari itu jugalah dia memaksa Woohyun untuk ‘melayan’nya.

 

“Saya datang dekat dan tarik dia keluar. Waktu tu saya terkejut tengok muka dia penuh dengan air mata. Bila saya tanya dia tak jawab, lepas tu dia tolak saya dan pergi macam tu je.”

 

Sunggyu tidak boleh menipu hatinya sendiri. Perasaan cemburu mula menjalar disegenap pelosok hatinya. Perhatian yang diberikan Kibum kepada Woohyun sedikit sebanyak berjaya menggugat dirinya. Dia sendiri suami Woohyun tidak tahu masalah yang membelenggu isterinya. Hari ini telah menyedarkan Sunggyu mengapa dia perlu bertanggungjawab keatas tindakannya. Dia sudah membabi buta menuduh Woohyun curang dibelakangnya bersama kibum, sedangkan lelaki itu langsung tidak tahu masalah antara mereka.

 

“Woohyun sebenarnya isteri saya. Kami ada masalah sikit, mungkin sebab itu awak nampak dia menangis.” Sunggyu sudah fikir masak - masak. Sudah tiba masanya untuk Kibum tahu hubungan dia dan Woohyun. Sunggyu tahu Kibum masih lagi berharap Woohyun akan kembali ke pangkuannya. Sekurang - kurangnya selepas ini Kibum sudah tahu batasnya. Jadi, tak perlulah dia terhegeh - hegeh mengejar Woohyun.

 

“Maksudnya?”

 

“Kami dah lima tahun berkahwin, saya dan Woohyun.” Sunggyu menjawab. Sengaja dia tidak bercerita lebih lanjut. Biarlah selebihnya menjadi rahsia dia dan Woohyun.

 

Lima tahun.

 

Kibum terbayang semula memorinya lima tahun yang lalu. Jika diingat semula, lima tahun yang lalu juga Woohyun tiba - tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita. Sekarang persoalannya sudah terjawab. Rupanya Woohyun menghilang kerana telah berkahwin dengan Sunggyu. Tetapi Kibum tidak mengetahui cerita penuhnya.

 

“Maafkan saya.” Kibum separa berbisik. Jelas terpancar kekecewaan dalam nada bicaranya.

 

Kibum meminta izin untuk beredar. Sebelum itu dia bersalaman dengan Sunggyu dan menunduk hormat. “Maafkan saya sekali lagi, Sunggyu-shi.”

 

“Takdir menetapkan saya menjadi suami Woohyun. Saya pun minta maaf juga, saya harap kita masih boleh berkawan selepas ini. Harapnya tak ada dendam antara kita.” Sunggyu memasang wajah profesional berserta senyuman hangat menghiasi wajahnya. Memang dia kasihan akan Kibum, tetapi dia tidak boleh berbuat apa - apa.

 

Sunggyu memandang sosok Kibum yang menjauh dengan pandangan yang sedih. Sunggyu dapat merasakan kekecewaan Kibum. Sunggyu tahu dia terluka. Akan tetapi Sunggyu tidak menyalahkan Kibum kerana dia tidak tahu apa - apa. Malah dia sendiri tidak tahu alasan kehilangan Woohyun, Kibum tidak tahu pun bekas kekasihnya itu menjadi mangsa rogol. Sesiapa pun yang berada ditempat Woohyun akan mengambil keputusan sedemikian. Siapa sahaja yang kuat untuk menghadap sang pujaan hati selepas harga dirinya dinodai.

 

Memikirkan perkara ini membuat kepala Sunggyu berdenyut. Lantas dia meraup kasar wajahnya dengan kedua tangannya. Mengapalah dia terlalu lambat mengetahui kebenarannya. Mengapa baru hari ini dia menyedari kebodohannya? Sunggyu sangat membenci dirinya sekarang kerana telah menghancurkan kepercayaan Woohyun. Mengapa dia memnyoalkan kesetiaan Woohyun selama ini? Apa dia terlalu dibutakan dengan amarah sehingga dia tidak nampak ketulusan hati Woohyun mencintainya?

 

Tanpa Sunggyu sedari, sebutir demi sebutir kristal jernih meluncur menuruni pipi tirus Sunggyu. Sungguh dia amat menyesali perbuatannya selama ini.

 

 

---

 

Seorang pelayan meletakkan secawan teh hijau hangat dihadapan Sunggyu. Pelayan tersebut kemudian meninggalkan Sunggyu selepas menerima sepotong ucapan terima kasih. Perhatian Sunggyu lebih tertumpu pada hiruk pikuk restoran itu. Fikirannya melayang memikirkan Woohyun. Hatinya tidak tenang.

 

Sejak dia pulang dari rumah makcik Woohyun, Sunggyu tidak pernak berhenti memujuk Woohyun. Ada dia menelefon Woohyun dua kali selapas itu, mngajaknya untuk pulang. Sekarang sudah mati akal mencari idea agar Woohyun kembali kepadanya. Sudah lah itu, semenjak dua ini, panggilan Sunggyu dijawab oleh peti mel suara. Sudah terang lagi bersuluh Woohyun sengaja menghindarnya.

 

Minggu lepas ada Sunggyu ke rumah Jiyoon semula. Tujuannya adalah untuk membawa Woohyun pulang semestinya. Tetapi harapannya hancur berkecai selepas makcik Woohyun memberi tahu Woohyun sudah tidak lagi tinggal disitu. Bila ditanya, Jiyoon mengelak, seperti dia menyembunyikan sesuatu. Sunggyu yakin Jiyoon tahu Woohyun berada dimana. Jiyoon cuma berpesan agar dia memberikan sedikit ruang untuk Woohyun menenangkan dirinya.

 

Sunggyu menghela nafasnya. Nasihat Jiyoon berputar - putar dalam otaknya dan secara tak langsung menerbitkan rasa bersalah dalam hati Sunggyu. Dia mahu memulakan semuanya kembali.

 

“Hey, boleh saya join?” Suara Howon mengembalikan Sunggyu ke alam nyata.

 

“Eh, duduklah.”

 

Howon memesan order pada seorang pelayan sebelum dia memulakan bicara dengan Sunggyu. Sejak dia masuk tadi, Howon sudah perasan kelibat Sunggyu, sepertinya CEO muda tersebut berada dalam masalah memandangkan wajahnya terlihat kusut dan serabut. Dia ingin membantu Sunggyu kerana dia mahu melihat senyuman di muka sahabatnya itu.

 

“Awak ada masalah ke?” Howon bertanya.

 

“Taklah, okay je.” Pendek sahaja jawapan Sunggyu.

 

Bukan Howon kalau dia berputus asa. Dia tahu Sunggyu dalam masalah. “Pasal Woohyun ke?”

 

Semenjak dua ini Howon perasan Sunggyu selalu termenung sendirian. Tak kurang juga Sunggyu yang baharu ini lebih kurang bercakap dan tidak seceria sebelum ini. Sunggyu yang dia kenali sudah berubah. Mulanya dia tak perasan perubahan Sunggyu selepas kehilangan Woohyun, tapi lama kelamaasn Howon mula perasan. Dia ingatkan Woohyun mengambil cuti selama seminggu, tetapi keadaan Sunggyu memberi Howon andaian yang berbeza. Dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku antara mereka.

 

“Saya dah lukai hati dia.”

 

Howon tersenyum tawar. Dia sudah mengagak. “Kalau awak ikhlas cintakan dia, jangan putus asa. Kejar semula hak awak, raih kepercayaan dia semula.”

 

Senyap seketika sebelum Howon menyambung. “Woohyun seorang yang sangat baik. Dia macam angel. Janganlah awak sia - siakan dia.”

 

“Kalau saya jadi awak, Sunggyu, saya tak akan pernah lepaskan dia.”

 

Sunggyu cuma mendengar semua nasihat yang dilontarkan oleh Howon. Semua yang dikatakan Howon benar belaka. Dia tahu sahaja pengakuan cinta Howon buat Woohyun, bukan sekali tapi berkali - kali. Tapi Sunggyu terlalu buta untuk memahami maksud tersiratnya. Woohyun tidak pernah mencintai Howon. Kalau betul Woohyun mempunyai perasaan terhadap Howon, sudah pasti dia tidak akan menolak lamaran Howon. Walaupun Sunggyu dan Woohyun terpisah lima tahun, tetapi Woohyun sedar akan statusnya. Woohyun menolak lamaran Howon kerana dia masih lagi bergelar isteri orang.

 

Sunggyu sudah melukai hati Woohyun, lagi.

 

 

---

 

Sunggyu baru sahaja selesai mandi apabila dia melihat L duduk bersenang - senang diatas katilnya sambil bermain phone. Kehadiran adik kembarnya membuat Sunggyu muak dan menyampah. Sengaja dia tidak peduli kehadiran L dan langsung terus ke almari untuk memakai baju.

 

“Gyu,” Suara kecil L mengetuk gegendang telinga Sunggyu. Dahi Sunggyu serta merta bekerut. Bukannya apa, sejak bila L pandai memanggil namanya dengan lembut. Seingat dirinya L tidak pernah begini.

 

Bila L tidak mendapat jawapan daripada abang kembarnya, L memanggil nama Sunggyu dengan lebih jelas lagi. Senyuman nipis merekah dibibir merah L bila Sunggyu memandang kearahnya bersama satu kening terangkat.

 

“Kita perlu berbincang.”

 

“Apa lagi L? Tak ada yang perlu dibincangkan.” Ketus Sunggyu. Jujurnya, dia malas mahu bercakap dengan L. Dia takut hilang kendali dan bertumbuk lagi seperti kes sebelum ini.

 

“Tak, ini melibatkan Woohyun.” L terus ke inti dan berjaya menarik perhatian Sunggyu.

 

“Kenapa dengan dia?”

 

“Aku nak kau tahu kebenaran antara kami.”

 

“Kebenaran?” Sunggyu mula bingung.

 

“Dia bukan yang macam kau fikir.” L memulakan bicara. Selepas dia mendengar Woohyun mengaku dia sendiri yang menggoda L sehingga L menyetubuhinya, L dibelenggu rasa bersalah setiap hari. Itu bukanlah kebenarannya. L sendiri yang mengambil kesempatan keatas Woohyun sedangkan lelaki tersebut tidak bersalah sama sekali.

 

“Maksudnya?”

 

“Aku yang rogol dia.” Pendek tapi sudah cukup untuk menjelaskan semuanya. L mengaku bersalah, malah dia sendiri tidak mampu untuk mengangkat muka menghadap Sunggyu.

 

Pengakuan L sangat mengejutkan Sunggyu, otaknya masih lagi cuba untuk memproses maklumat itu. Hampir sahaja dia tidak mempercayai telinga sendiri, tetapi L sudah mengaku. L yang bertanggungjawab merogol Woohyun. L yang rogol Woohyun!

 

“Aku paksa dia.”

 

“Aku tarik dia atas katil, cabut tuala dia dan kemudian rogol… Woohyun tak bersalah. Dia lawan aku cuma aku sahaja yang tewas dengan nafsu…” Lirih sahaja kedengaran suara L. Andai dia dapat undurkan balik masa ke kejadian itu, pasti L akan menghalang dirinya daripada berbuat sedemikian. Perasaannya bercampur baur sekarang.

 

Pegangan Sunggyu pada tualanya semakin melemah dan berakhir jatuh ke lantai. Pengakuan L sebentar tadi membuat darahnya mendidih. Tak sangka L akan berkata jujur pada akhirnya. Jadi betullah memang Woohyun dipaksa.

 

“Kenapa kau tak cakap dengan aku!” bentak Sunggyu. Badannya sampai menggigil menahan amarah yang membuak - buak, dia menahan diri agar tidak berbuat sesuatu yang mungkin boleh membahayakan adiknya. Disebabkan hal ini, Woohyun telah meninggalkan Sunggyu

 

“Aku ingat aku bole dapatkan cinta dia..”

 

Bodoh!

 

“Kau dah rogol dia dan kau harap dia akan terima kau! Manusia apa macam kau! Bodoh!” Api kemarahan Sunggyu semakin menjulang tinggi. Matanya tajam menatap L seperti pemangsa bersedia menerkam si mangsa. Sunggyu menerpa kearah L lalu menolak tubuh adiknya sehingga terjatuh ke lantai.

 

L tidak melawan, sebaliknya dia membuang muka tidak mahu abang kembarnya melihat dia malu. Lagi pula L tidak berani untuk menatap lama mata tajam Sunggyu. Sesiapa pun yang berada di tempat Woohyun tidak akan menerima si perogol sebagai pasangan hidup. Cuma L sahaja yang terdesak mahu Woohyun perasaan akan hatinya.

 

Apabila L melihat sendiri bagaimana manisnya Sunggyu melayan Woohyun, dia jadi cemburu. Disebabkan itu jugalah L berkeras mahu merampas Woohyun daripada Sunggyu. Dia mahu menebus kembali kesalahannya yang lalu. Tetapi selepas dia terdengar sendiri pengakuan Woohyun, L sedar dia tidak akan pernah memiliki Woohyun kerana cinta Woohyun hanya untuk Sunggyu.

 

“Kalau kau betul sayangkan dia, pergi kejar dia. Kau ditakdirkan untuk dia.”

 

“Macam mana L! Dah merata aku cari dia.” Sunggyu masih menjeling L.

 

“Dia sekarang dekat Malaysia. Dia tinggal dengan adik pakcik dia di Johor Bahru.”

 

Selepas perang antara Sunggyu dan Woohyun meletus, L senyap - senyap mengikuti Woohyun. Mulanya dia mahu masuk jarum, tetapi selepas dia sedar yang Woohyun hanya mencintai Sunggyu, L memilih untuk berundur.

 

Kening Sunggyu tertaut kebingungan selepas mendapat informasi daripada L. “Mana kau tahu?”

 

“Itu kau tak perlu tahu. Pergi dapatkan dia semula, menangi hati dia. Kalau kau teragak - agak, aku akan rampas peluang ni.” L bangkit dari lantai. Kali ini L tidak bermain - main dengan kata - katanya. Dia serius.

 

Seketika langkah L termati, dia memiringkan kepalanya kearah Sunggyu bersama dengan smirk dibibirnya. “Kalau kau sia - siakan dia, aku sumpah tak akan teragak - agak akan rampas dia semula daripada kau. Kalau perlu aku menngandungkan dia semula, aku akan buat.”

 

“Dan aku ingat kau dah berubah.” Sunggyu membalas. Dia tahu L tidak bermaksud sampai begitu kerana dia boleh melihat pantulan keinsafan dari mata L. Sesuatu yang dia tidak pernah lihat sebelum ini. Sebuah penyesalan.

 

Kim Myungsoo sudah berubah!

 

Well, bad habits die hard.”

 

Sunggyu cuma tersenyum membalas ucapan L. Untuk pertama kalinya dalam sejarah mereka, Sunggyu dapat merasakan keserasian antara mereka. Lega hati Sunggyu L berubah lebih cepat dari sangkaannya. Dan Sunggyu berharap perubahan L ini akan kekal selamanya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?