Chapter 30

Seeking for Love (Malay version)

“Tahniah Encik Kim! Tahniah Woohyun!”

“Tahniah!”

“Tahniah! Jangan lupa buat baby comel – comel!”

Congrats!

Tak putus putus orang mengucapkan selamat kepada mereka. Rasa macam nak patah pinggang Sunggyu dengan Woohyun asyik membungkuk dari tadi. Urat senyum pun rasa macam nak putus asyik senyum je dari tadi. Tak sabar rasa Woohyun nak balik golek – golek atas katil. Nak nak pula muka dia mesti selekeh sekarang lepas menangis tadi.

Well, well,well. Tengoklah couple ni.” Baru sahaja pasangan tadi mahu menarik nafas lega datang pula Sungyeol tersenyum simpul. Sunggyu memandang menyampah kearah Sungyeol manakala Woohyun rasa nak tumbuk je muka dia.

“Ya Sungyeol.” Sunggyu bertanya dengan nada menyampah.

“Kenapa berahsia dari saya? Kenapa tak cerita je dari awal masa saya tanya?”

Woohyun memandang Sunggyu meminta izin untuk menjawab soalan Sungyeol. Setelah memerima anggukan daripada Sunggyu barulah Woohyun membuka mulutnya.

“Bukan macam tu Yeo. Kami pilih untuk berahsia supaya adil kepada semua. Kalau hyung cerita dekat awak sahaja, takut kekok pula kita nanti.”

“Eh! Taklah hyung. Saya lagi suka sebab apa yang saya banyangkan tu realiti.”

“Maaf Sungyeol, kami ada alasan sendiri.”

“Tak apalah kalau macam tu. Lagi sekali tahniah untuk kamu berdua.”

“Terima kasih. Bawa kereta elok – elok.”

Pasangan tadi menghantar pergi punggung Sungyeol dengan pandangan maaf dan lambaian. Mereka kekal disitu sehinggalah kereta Sungyeol hilang ditengah kepekatan malam.

“Jom sayang. Hari dah makin sejuk.” Sunggyu memeluk pinggang Woohyun. Kaki mereka membawa ke tempat parkir kereta yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri tadi.

Woohyun baru sahaja mahu memasuki keretanya tiba – tiba namanya dipanggil Sunggyu. Kepala ditoleh berseta kening terangkat bertanya. Langit dah semakin gelap dan cuaca semakin sejuk sekarang ni, jadi Woohyun nak cepat masuk kereta panaskan diri.

“Ya hyung.”

Woohyun memerhatikan gerak geri Sunggyu. Suaminya menutup semula pintu kereta kemudian bergerak kearahnya. “Naik dengan saya. Esok saya minta tolong staf saya hantarkan kereta awak.”

“Kenapa?”

“Rindu.”

Pipi Woohyun bersemu merah mendengar kalimat yang diucapkan Sunggyu. Tanpa sedar seulas senyuman terukir dibibir Woohyun sementara badannya tertarik dengan sendiri ke samping Sunggyu. Kereta dikunci semula lalu Woohyun pergi ke kereta Sunggyu.

“Cepatlah hyung! Saya kesejukan dah ni.”

---

Kelat mata Hyunah tiba – tiba cahaya memasuki retinanha. Dia menompang siku mencapai telefon bimbit di sebelah katilnya selepas lampu tidur dinyalakan. Sebaik sahaja nama pemanggil tertera, hati Hyunah berdebar. Kenapa hospital menelefon malam – malam macam ni? Ada sesuatu yang berlaku pada suaminya ke?

Dengan tangan bergetar, Hyunah menerima panggilan tersebut. “Ya doktor.”

“Maaf saya telefon Puan waktu macam ni tapi ini berkaitan dengan keadaan Tuan Kim.”

 

“Iya doktor?!” Separa terkejut, separa tergamam. Matanya mula mengabur dengan air mata dipelupuk.

“Terima kasih doktor. Saya ke sana sekarang.” Talian pun dimatikan. Tilam yang dibaringi tadi ditanggalkan segera, Hyunah bergegas bersiap ke hospital. Dia terus memaklumkan perkara ini kepada pemandunya.

 

Kurang daripada 30 minit akhirnya Hyunah tiba ke destinasi yang dituju. Terus sahaja kakinya membawa diri ke ruangan rawatan yang menempatkan suaminya. Terlihat di luar bilik itu doktor yang bertanggungjawab memantau perkembangan suami. Dia sedang bercakap dengan seorang jururawat mungkin berkaitan dengan perihal suaminya.

“Dr. Ai, macam mana keadaan suami saya?” Soalan pertama yang terpacul keluar dari mulut Hyunah setelah perbualan antara doktor tadi dan jururawat tamat. Dengan sopan jurirawat tadi mengundur diri dan meninggalkan mereka bersama dengan sebuah fail. Kini, Hyunah menanti penerangan Dr. Ai.

“Maaf Puan Kim mengganggu malam – malam ni. Macam yang diberitahu tadi, Tuan Kim dah sedar tapi saya tidurkan balik untuk beri dia berehat. Esok baru saya benarkan pelawat.”

Terasa seperti sebiji batu besar diangkat dari bahu Hyunah selepas mendengar penerangan Dr. Ai. Matanya melirik kearah cermin di pintu bilik rawatan. Menebusi kaca tersebut, Hyunah dapat melihat wajah suaminya yang sedang tidur dengan tenangnya. Dia juga perasan segala macam wayar berselirat ditubuh suaminya tempoh hari sudah ditanggalkan. Yang tinggal cuma IV drop dan beberapa wayar yang mungkin masih penting bersambung dengan badan Siwon.

“Terima kasih Dr. Ai. Boleh saya jaga dia malam ni?”

“Boleh. Kalau ada apa – apa, Puan tekan je butang kecemasan nanti saya datang.”

---

Sunggyu dan Woohyun terus pulang selepas majlis tadi tamat. Sepanjang perjalanan tadi Sunggyu tak henti – henti mengusik Woohyun sampaikan isterinya malu, muka bertukar merah. Woohyun yang sudah penat melayan, merajuk dengan kelakuan Sunggyu memilih untuk mendiamkan lelaki tersebut sehinggalah mereka tiba di rumah. Sebaik sahaja kereta diparkir didalam garaj, Woohyun terus keluar dari perut kereta meninggalkan Sunggyu sendirian. Sunggyu yang memerhati cuma tergelak.

Pintu sudah pun dikunci elok. Sunggyu mendaki anak tangga menuju ke bilik mereka. Tiada pula Woohyun didalam bilik tetapi bunyi air mengalir di bilik air, Sunggyu tahu isterinya sedang membersihkan diri.

“Ahh! Penatnya.” Desah Sunggyu sambil merebahkan badannya keatas katil empuk. Tangannya ligat mengetik skrin telefon pintarnya sementara menunggu Woohyun siap.

15 minit kemudian bunyi pintu dibuka kedengaran dan menampilakan Woohyun yang sudah siap berpakaian melangkah keluar. Woohyun terus menuju kemeja solek dan mencapai pengering rambut tanpa menghiraukan tatapan Sunggyu.

“Pergi mandi hyung.” Akhirnya Woohyun memecahkan kesunyian antara mereka. Matanya memandang kearah Sunggyu dari pantulan cermin.

“Kenapa tak tunggu saya? Boleh mandi sama, jimat masa.”

ert.” Gumam Woohyun perlahan takut didengari Sunggyu. Selepas memastikan Sunggyu sudahpun masuk kedalam bilik air, Woohyun menuju ke alamari pakaian mengambil baju tidur. Tadinya dia lupa membawa masuk baju tidur kedalam.

Usai bersalin, Woohyun beralih ke katil. Remote pendingin udara dicapai, meletakkan suhu yang bersesuaian. Tubuhnya diselesakan dibawah gulungan selimut sementara Sunggyu bersiap. Jujurnya, semenjak dia dan Sunggyu tidur bersama, dia jadi ketagih dengan kehangatan tubuh Sunggyu. Entah kenapa dia berasa selamat berada dalam pelukan suaminya. Masa mereka berpisah sekejap sebelum ni, Woohyun susah sikit nak lelap waktu malam sebab tak ada Sunggyu yang memeluk. Rasanya begitu sakit.

Mata Woohyun terus terpejam bila dia melihat Sunggyu melangkah keluar dan berjalan ke almarinya. Woohyun tak nak Sunggyu perasan dia masih belum lagi tidur. Tak lama kemudian sisi kiri Woohyun termendap sedikit menandakan Sunggyu sudahpun mengambil tempat. Tetapi Woohyun masih lagi enggan membuka mata sampailah tubuhnya ditarik Sunggyu kedalam pelukan.

“Ingat dah tidur tadi?. Usik Sunggyu. Woohyun yang mendengar rasa nak pukul je kepala suami dia ni. Macam mana pula dia tahu.

“Memang dah tidur sampailah ada orang tu buat saya macam bantal peluk.”

“Tak baik tipu suami. Lagipun nafas awak laju bila saya bering sebelah. Mana ada orang tidur badan kaku macam awak.”

Woohyun mengembungkan pipinya tanda protes. Dia tahu suaminya mesti tengah tersenyum simpul dibelakang dan betapa Woohyun nak hapuskan smirk tu dari muka kacak suaminya.

“Peluk saya ketat – ketat.” Badan Woohyun dipaling agar menghadap Sunggyu tanpa memutuskan tautan dipinggangnya. Woohyun merebahkan kepalanya didada Sunggyu lalu leka terbuai dengan bunyi degupan jantung suaminya.

Melihat gelagat comel isterinya Sunggyu jadi geram. “Aku kahwin dengan budak ke? Sebab comel sangat untuk jadi orang dewasa ni.” Sunggyu pun turutkan sahaja permintaan Woohyun dan memeluk tubuh kecil tadi. Jarinya seronok membelai surai hitam Woohyun. Tiba – tiba dia terbayangkan imej dia dan Woohyun sedang bermain dengan seorang anak kecil. Mereka terlihat comel dan bahagia. Tanpa disedari, bibir Sunggyu menguntumkan senyuman membayangkan perkara tadi.

“Dah kenapa awak senyum sorang – sorang ni. Menakutkan tau.” Tanya Woohyun selepas dia mendongakkan kepala memandang Sunggyu dan disogokkan dengan suaminya yang sedang tersenyum. Jari yang tadi bermain dengan rambutnya pun sudah berhenti.

Daripada menjawab pertanyaan Woohyun, senyuman Sunggyu bertambah lebar. Beberapa saat kemudian Sunggyu pula yang bertanyakan soalan sehingga Woohyun terdiam.

“Sayang, macam mana kalau kita ada anak?”

Tiada sahutan. Yang kedengaran cuma bunyi pendingin hawa. Woohyun mengangkat mukanya dari dada Sunggyu dan kemudian memandang ke dalam matanya. “Kenapa?”

“Tak adalah, umur kita makin bertambah lagipun dah lama kita kahwin. Saya rasa dah tiba masanya kita mulakan keluarga, betul tak?”

Perbualan ini bertambah berat. Ada juga Woohyun terfikir tentang perkara ini tetapi dia malu untuk mengutarakan kepada Sunggyu. Mestilah dia nak mengandungkan anak Sunggyu sebab dia cintakan Sunggyu. Bahagia rasa hati membayangkan suami kacaknya bermain dengan anak – anak comel, dialah yang paling beruntung sekali dapat mengabadikan momen tersebut.

“Awak nak anak ke?” Tanya Woohyun pula dengan suara yang hampir berbisik. Mukanya memerah dengan soalan sendiri manakala Sunggyu pula pantas mengangguk.

“Boleh ke?”

“Sayalah manusia paling beruntung dapat mengandungkan anak awak, Gyu.”

“Maksudnya ya ke?” Sunggyu was – was bertanya, takut dia tersalah faham pula. Tapi kerutan didahinya terus hilang dan digantikan dengan senyuman lebar selepas Woohyun malu – malu mengangguk.

Elok je lepas tu, terus Woohyun rasa bibirnya bertemu dengan sesuatu yang sama kenyal dan badannya semakin dirapatkan kepada suaminya. Woohyun terasa bahagia melihat reaksi suaminya dan memeluk batang tubuh lelaki tersebut.

“Excitednya lah suami aku ni. Macam budak – budak.”

Sebenarnya Woohyun pun tak sabar nak dengar anak – anak diaorang panggil Sunggyu papa dan kemesraan suaminya dengan budak – budak.

“Kalau macam tu kita kena mula sekarang. Bersiap sedialah sayang.”

---

Perlahan – lahan Hyunah menarik kerusi plastik disebelah katil takut mengganggu suaminya. Keadaan Siwon yang terlantar kaku diatas katil sedikit sebanyak meruntun hati Hyunah. Diam – diam air matanya mengalir menangisi nasib yang menimpa. Dah lebih sebulan Siwon tak sedarkan diri. Memanglah Siwon tak terlalu memberi perhatian kepadanya, tapi sebagai seorang isteri Hyunah amat menyayangi sosok tersebut. Dia tak mampu mengusulkan penceraian.

“Aban, saya harap abang berubahlah lepas ni. Lebihkan perhatian pada keluarga sikit.” Bisik Hyunah disela esakannya. Tangannya meraih tangan sejuk Siwon lalu digenggam erat memberitahu kehadirannya.

Takdir Tuhan pasti berbeza dengan kehendak manusia. Dari seorang usahawan yang disegani ramai, sekarang Siwon terbaring kaku diatas katil hospital tidak mampu untuk melakukan apa – apa. Sebelum ini mata Siwon sudah dikaburi dengan harta kemewahan sehingga dia tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Sedihnya, sikao buruk Siwon ini diwarisi Myungsoo. Hyunah terus teringat semula kejadian dimana anak bongsu mereka merogol anak pembantu rumah sehingga hamil tetapi menolak untuk bertanggungjawab. Sudahlah itu, disebabkan hal itu, Sunggyu terpaksa menjadi kambing hitam keluarga mereka.

Namun cerita tragis tersebut tidak berakhir disitu. Walaupun Woohyun berkahwin dengan Sunggyu, tetapi Siwon tidak pernah merestui Woohyun menjadi menantunya sampailah sekarang kerana benci. Sengaja dia menyuruh Sunggyu mengahwini Woohyun semata – mata mahu menyiksa batin dan emosi Woohyun.

Sampailah Woohyun mengusulkan kepada Hyunah agar perkahwinan mereka diputuskan. Tak ada gunanya mereka tetap bersama kalau masing – masing tidak saling mencintai. Tetapi Siwon tidak mengizinkan perkara tersebut berlaku. Sampai bila – bila pun dia tidak akan membenarkan Sunggyu menceraikan Woohyun dan Woohyun tiada hak untuk menghalang Sunggyu dari mencari pasangan hidupnya.

Bila mana Hyuna fikir keadaan kembali jernih bila Sunggyu memberitahunya akan kehadiran Woohyun semula, Hyuna salah. Siwon tidak pernah berubah. Disebabkan tuduhan kejamnya, beloau telah memaksa Woohyun untuk mengaku perkara yang dia tidak lakuakan. Hyunah tahu kebenarannya. Bukan Woohyun yang melakukan perbuatan keji tersebut. Kalau memang Woohyun tergilakan harta mereka, dah lama dia berbuat demikian. Hyuna cuba meyakinkan Siwon tetapi tidak diendahkan. Siwon tetap dengan keputusannya. Apa yang boleh diharapkan Hyuna sekarang cumalah doa agar kemelit ini segera berakhir.

---

Kedua insan dengan nafas yang terengah – engah meraup sebanyak mungkin oksigen untuk dihantarkan ke paru – paru selepas aktiviti panas mereka. Tangan Sunggyu mencapai alat kawalan jauh pendingin hawa lalu merendahkan suhu untuk menghilangkan hawa panas didalam bilik mereka.

Tubuh Sunggyu dipusing menghadap isterinya yang sedang cuba untuk terlelap. Tubuh kecil Woohyun dirangkul erat dan satu kucupan khas dihadiahkan didahi Woohyun yang berpeluh.

“Sayang,”

“Hmm…”

“Kalau sayang mengandung nanti, awak berhenti tak?”

“Kenapa?”

“Saja je kotlah sayang nak jadi suri rumah sepenuh masa. Jaga anak – anak, ajar diaorang.”

Woohyun hanya mengangguk sambil jarinya melukis rambang didada Sunggyu. “Kalau saya tak nak?” Tanya Woohyun dengan senyuman nakal dibibirnya.

“Itu keputusan sayang. Saya tak paksa.” Sunggyu menjawab. Sepertinya isterinya sedang merencanakan sesuatu melihat daripada senyuman tersebut.

Tawa akhirnya meledak setelah melihat raut terkejut suaminya. Mungkin Sunggyu tak sangka Woohyun akan jawab macam tu. Yalah, selama ni Woohyun merupakan calon isteri mithali. Tapi gelak Woohyun tak bertahan lama. Die kemudiannya terjerit selepas merasakan pipinya dicubit kuat oleh Sunggyu.

“Sakitlah! Kenapa cubit!” Woohyun menggosok tempat pipi yang dicubit tadi. Sekarang bibir Woohyun memuncung merajuk.

“Siapa suruh awak gelakkan saya tanpa sebab.”

“Eh mana ada. Muka awak kelakar masa saya jawab tadi. Comel sangat!” Sekarang giliran pipi Sunggyu pula dicubit kuat sampaikan dia terpaksa menjerit.

Suasana kembali tenang seperti sebelum ini. “Sayang serius ke dengan jawapan tadi?” Woohyun diam sebentar sebelum menjawab.

Muka Sunggyu direnung sekilas. Pipi merah bekas dicubit tadi dielus lembut oleh Woohyun kemudiannya menghadiahkan satu ciuman dikiri dan kanan. Sepanjang itu jugalah Sunggyu leka memerhati Woohyun.

Kibum merupakan cinta pertama Woohyun bahkan mereka sempat berjanji untuk mengikat perhubungan mereka dengan sebuah perkahwinan. Namun begitu takdir mempunyai cerita yang berbeza. Saat dia diancam dengan kepahitan, Sunggyu hadir sebagai penyelamat. Mereka disatukan tanpa cinta dengan alasan yang memeritkan. Keduanya menjadi mangsa kesalahan orang lain.

Pada mulanya Woohyun tidak merasai apa – apa yang istimewa terhadap Sunggyu begitu juga sebaliknya. Namun selepas mereka terpisah lebih kurang lima tahun, cinta mula berputik dalam hati masing – masing setelah disatukan semula. Pertemuan semula dengan rasa cinta yang hadir.

Pada Woohyun, Kibum adalah masa lalunya manakala Sunggyu pula adalah masa hadapannya. Perkahwinan yang dipaksa antara mereka membawa Woohyun untuk mengenali Sunggyu lebih dalam lagi. Sudah semestinya dia sayangkan perkahwinan ini dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkannya.

Woohyun mahu mencipta sebanyak mungkin kenangan manis antara mereka sementara hayat masih dikandung badan. Tentang anak seperti mana yang disentuh Sunggyu, itu merupakan impian seorang Woohyun. Dia berasa beruntung dapat mengandungkan benih Sunggyu.

“Saya berhenti bila saya mengandung nanti. Tapi janji, awak jangan kerja lebih sangat. Cari orang ganti saya yang boleh jaga awak TAPI jangan menggatal.” Matanya ditajamkan menekankan perkataan dihujung ayat. Tapi pada Sunggyu muka Woohyun tak ubah macam anak anjing yang tengah marah. Comel!

“Terima kasih sayang.” Sunggyu mencium puncak kepala Woohyun. “Agak – agak muka anak kita macam saya ke sayang?”

“Baik macam saya sebab kalau tak nanti anak kita kena ejek dengan kawan – kawan sebab mata kecil macam awak. Kesian diaorang. Saya tak nak zaman budak anak kita menyakitkan.” Jawab Woohyun bersahaja sampaikan Sunggyu ternganga mulut.

“Hello! Mata saya ni seksi okay! Ramai yang tergila – gilakan saya sebab mata ni tau. Awak pun sama okay.” Teriak Sunggyu dengan muka merah. Nasib baik bilik mereka kedap suara kalau tak bergegar satu taman dengar jeritan Sunggyu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?