Chapter 33

Seeking for Love (Malay version)

Woohyun terasa seperti nyawanya dicabut selepas matanya menyaksikan suaminya bercium dengan perempuan lain. Seluruh tubuhnya lemah, langsung tiada tenaga untuk menghapus air mata yang berjurai. Dia biarkan sahaja mukanya dibasahi air mata.

Sunggyu menolak kasar tubuh Soyou sehingga tautan bibir mereka terlepas selepas dia melihat Woohyun kaki berdiri dihadapan pintu. Matanya terlepas pandang akan senyuman kemenangan yang melengkung dibibir Soyou kerana dia sendiri tergamam akan kehadiran Woohyun. Mulutnya cuba berkata tetapi tiada satu suara pun yang keluar.

“Berhenti.”

Langkah Sunggyu terhenti, teragak – agak. Hati Sunggyu meronta – ronta mahu menarik Woohyun kedalam pelukannya dan menerangkan perkara yang sebenar kepadanya tetapi Woohyun tidak mahu mendengarinya. Egonya sudah lama dibuang, Sunggyu tidak malu untuk menangis atau merayu. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan Woohyun memberi peluang kepadanya.

“Woo, dengar saya dulu.” Woohyun menambah lagi jarak antara mereka, menitip kedua telinganya tidak mahu mendengar apa – apa dari Sunggyu.

Hati Sunggyu meruntun melihat Woohyun. Seperti dihiris hati Sunggyu apabila menyaksikan orang yang disayanginya dibasahi air mata tanpa membenarkan Sunggyu menyentuhnya, memujuk dirinya.

Walaupun ditolak Woohyun, Sunggyu tetap memeluk Woohyun. Dia biarkan tangan Woohyun memukul dan menyakiti tubuhnya kalau itu dapat menenangkan Woohyun.

“Woo, bertenang. Hati saya pedih tengok awak menangis macam ni sayang.” Pujuk Sunggyu. Dia cuba untuk mencium bibir merah Woohyun namun sempat dielak Woohyun.

Selama Sunggyu memujuk Woohyun, Soyou hanya diam memerhati dengan penuh kemenangan. Apa yang berlaku dihadapannya sekarang sangat memuaskan hati sampaikan dia mahu ketawa sepuasnya tetapi dia diam. Soyou menunggu saat yang sesuai untuk dia beraksi semula.

“Penipu!”

“Saya benci awak!”

Woohyun tak percaya apa yang berlaku. Sangkanya Sunggyu ikhlas mencintainya dan tidak akan pernah curang dibelakang, tetapi Woohyun salah. Suaminya menduakannya demi Soyou. Perempuan yang dikatakan tak pernah bertakhta dihati.

Rambut hitam separas bahu milik Soyou dikibas seksi sebelum dia menghampiri pasangan air mata tadi. Tubuhnya direndahkan setaraf Sunggyu lalu memeluk tubuh tegap milik lelaki tersebut. Kepalanya dilentokkan di perpotongan bahu lebar Sunggyu bagi melihat dengan lebih jelas muka Woohyun.

“Kesian you, Woohyun. You mesti ingat suami you cinta mati dekat you, walhal sikit pun dia tak. Sunggyu masih tak dapat lupakan cinta pertama dia. Tapi I tak salahkan you sebab I faham susah nak move on.” Jari Soyou membelai pipi Woohyun yang dibasahi air mata. Sengaja bibirnya meniru mimik sedih bagi memancing emosi Woohyun.

Hati Woohyun semakin disiat mendengar ucapan Soyou. Tangannya semakin kuat menggenggam baju Sunggyu untuk menahan emosinya. Air matanya semakin deras mengalir, tidak menunjukkan tanda untuk berhenti.

“Diam Soyou! Selama ni I diam tak bermakna I tak peduli! I dah bagi amaran dekat you jangan munculkan diri lagi kan! JANGAN GANGGU KAMI!!”

Bentakan Sunggyu hanya membuat Soyou tertawa kuat sampai punggungnya jatuh menyentuh lantai. Mata Sunggyu tajam memerhati gerak geri Soyou yang ketwa mengilai – ngilai macam orang gila. Soyou menghapus air mata yang tersisa di hujung matanya barulah nafasnya kembali teratur.

“Perempuan gila!” Terima jelah hakikat aku dah reject kau. Hati aku cuma untuk Woohyun! Sampai mati oun aku akan tetap pilih dia sebagai teman hidup aku!”

Pengakuan Sunggyu sebentar tadi hanya membangkitkan amarah Soyou. Dadanya berombak menahan amarah yang semakin memuncak. Terus Soyou meluru dan menarik kasar rambut Woohyun sampaikan lelaki malang tersebut menjerit kesakitan, merayu minta untuk dilepaskan.

Kejadian yang berlaku itu mengejutkan Sunggyu. Dia segera campur tangan menghentikan perbuatan Soyou dari terus menyakiti Woohyun. “Lepaskan Woohyun, Soyou! You sakitkan dia!” Sunggyu berusaha melepaskan tangan Soyou yang mencengkam, kemudian dia menggengam tangan kecil itu menghalang daripada menyakiti Woohyun.

*Plakk!*

Bunyi tamparan bergema kuat didalam ruangan itu. Tiada suara yang kedengaran, hanya sepi diantara mereka. Kepala Woohyun termiring ke tepi dengan sedikit kesan darah dihujung bibir. Melihat isterinya dikasari, Sunggyu tampil kehadapan membela, merengkuh tubuh kecil Woohyun kedalam dadanya.

“Kang Soyou!”

“Dengar sini jalang, Tak kira pun yang terjadi, aku akan pastikan Kim Sunggyu akan jadi milik aku! Milik A.K.U!! Faham!”

Woohyun memandang sahaja tubuh langsing yang baru sahaja meninggalkan ruangan itu. Serta merta sendinya melemah. Nasib Sunggyu setia menamping tubuhnya, kalau tidak dia sudah jatuh ke lantai. Tangisnya tidak mereda walaupun Sunggyu sudah memeluknya. Apa yang baru berlaku tadi menakutkan Woohyun. Dia takut akan kehilangan Sunggyu. Woohyun takut kalau ini menjadi kali terakhir dia dapat memeluk Sunggyu seperti ini.

---

“Ggyyuuu.. ttoolong jjangan tinggalkan saya. Saya merayu..” Rayu Woohyun disela tangisannya. Tangan kecilnya masih menggengam baju Sunggyu, seolah – olah lelaki itu akan pergi meninggalkannya.

Air mata Sunggyu sudah mengugut untuk tumpah apabila melihat kerapuhan isterinya sekarang. Tanpa disedarinya, air mata lelaki akhirnya tertumpah bersama – sama dengan air mata isterinya.

Mati hidup semula pun Sunggyu tidak mahu terpisah lagi dengan Woohyun. Cintanya buat Woohyun terlalu besar. Sekalipun jodoh mereka hanya setakat ini, Sunggyu tidak mahu berkahwin lagi kerana cintanya terhadap Woohyun. Dia sanggup menukar dengan nyawanya demi Woohyun.

Mata Sunggyu jatuh pada pipi Woohyun yang memerah bekas dilempang tadi. Lembut tangan Sunggyu mengusap bekas merah itu lalu menciumnya. Sunggyu tahu mesti sakit berdasarkan warna merahnya.

“Kesian isteri aku. Saya janji sayang, saya tak akan benarkan Soyou naik jari pada awak. Hatta berjumpa pun saya tak izinkan. Saja janji hanya awak seorang dalam hati saya.”

“Shhh, dah sayang. Saya tak akan tinggalkan awak. Ingat tak saya cakap hanya maut akan memisahkan kita. Selagi saya bernafas, saya janji, saya akan setia pada sayang.”

Woohyun membuat jarak antara mereka. Mukanya diangkat dari dada Sunggyu untuk melihat kedalam anak mata suaminya. Sepasang amak mata coklat itu membiaskan kejujuran dan kelembutan. Tetapi Woohyun tidak mampu menenangkan hatinya. Suaminya mungkin berkata benar, macam mana pula dengan Soyou? Dia tahu perempuan itu tidak akan mengalah. Soyou pasti sedang merancang sesuatu.

“Boleh saya percaya awak?”

Percaya.

Perkataan itu sudah membawa mimpi ngeri kedalam hidup Sunggyu. Disebabkan perkataan itu jugalah dia hampir kehilangan Woohyun seketika dahulu. Dia pernah meremehkan kuasa perkataan tersebut sampaikan dia melukai orang yang disayangi. Nasib masih menyebelahi Sunggyu. Seburuk mana pun perlakuan Sunggyu terhadap Woohyun, isterinya masih tetap setia disisinya. Sampaikan saat ini, Sunggyu sudah serik. Dia tidak mahu mempermainkannya lagi.

“Saya taklah sempurna, tapi sayang boleh percaya pada saya. Saya akan pasttikan kepercayaan yang sayang beri tu, saya hargai. Saya masih beruntung kerana sayang tetap mempercayai saya walaupun saya pernah merosakkan dahulu.”

Jari Sunggyu menyusuri setiap lekuk di wajah Woohyun dan berhenti di dagu runcing isterinya. Sunggyu mengambil masa sebentar menghayati keindahan wajah sempirna isterinya. Kalau dibandingkan kecantikan Woohyun dengan Soyou, Sunggyu dengan penuh yakin memilih Woohyun. Mungkin Soyou ada bonus sendiri tetapi Sunggyu tetap memilih Woohyun. Isterinya yang terindah. Woohyun ada tarikan yang tersendiri membuat orang memandangnya. Dia tak perlu solekan atau pakaian seksi untuk membuat Sunggyu jatuh daalm pesonanya, cukup dengan kehadirannya sahaja.

---

Semua mata memandang kearah Soyou selepas wanita tersebut melangkah keluar dari bilik bos mereka. Langkahnya terhenti seketika menjeling tajam kearah para staf sehingga mereka kecit perut. Puas hati dengan reaksi mereka, Soyou menyarung cermin gelapnya lalu mengatur langkah ke pintu keluar. Yang sebenarnya Soyou mahu menutup air matanya daripada terlihat. Itu sangat memalukan.

Remote kereta ditekan untuk unlock kereta mewah miliknya. Tali pinggang keselamatan direntap kasar. Soyou menbentur kepalanya ke stereng kereta, membiarkan air matanya mengalir deras. Habis stereng tidak berdosa itu menjadi mangsa pukulan Soyou melampiaskan kekesalannya.

“Pergi mampus kau Woohyun! Aku akan pastikan kau dapat balasannya!”

Lereta tersebut kemudian diundur laju sehingga terhasil bumyi decitan tayar. Pedal minyak ditekan kuat membawa kenderaan tersebut meluncur laju dicelah kota metropolitan. Meternya sahaja menunjukkan 130km/sejam ditengah kesibukan jalan kota. Soyou tidak peduli. Dia mahu memuaskan hatinya. Ekspresi wajahnya kekal kosong, cuma dibasahi dengan air mata marah dan kesal.

Bila ayahnya, Daesung mengenalkan Sunggyu kepadanya, Soyou tidak begitu tertarik. Sunggyu cuma digunakan sebagai pemangkin untuk melupakan bekas kekasih yang curang. Dengan layanan baik dari Sunggyu, lama kelamaan hati perempuan Soyou mula tertarik. Bohong kalau Soyou tidak mengaku hatinya tidak terusik dengan perhatian dan layanan Sunggyu. Dari suka terus Soyou jatuh cinta. Dia tidak boleh melihat kalau ada perempuan lain yang cuma medekati Sunggyu. Dia cemburu.

Tetapi nasib tidak menyebelahi Soyou. Cintanya bertepuk sebelah tangan. Sunggyu tidak merasai sama dengannya. Pada mulanya Soyou dapat menerima ketenteuannya tetapi seiring dengan masa berlalu, Soyou tersedar sesuatu. Dia sudah semakin dalam mencintai Sunggyu. Tak dapat dibayangkan hidupnya tanpa Sunggyu. Dia seperti oksigen, sebab mengapa Soyou masih dimuka bumi ini. Sunggyu telah mengajarnya erti cinta.

Soyou tidak peduli dipanggil psiko. Dia terlalu mencintai Sunggyu. Perasaan itu semakin membuak – buak setiap hari. Semakin hari semakin mendalam sehinggalah dia mengetahui bahawa Sunggyu sudah berkahwin. Hatinya seperti dihiris sembilu. Berpuluh penyiasatbpersendirian diupah Soyou untuk mencari latar belakang isteri Sunggyu. Dari situ Soyou bertelad untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang menghalang dia mendapatkan Sunggyu.

Kim Sunggyu penipu! Kau mainkan hati aku!” Jerit Soyou macam orang gila. Eyeliner hitam dibawah matanya kini sudah rosal dek air mata tadi.

Kereta mewah merah itu terus membelah jalan dengan kelajuan yang tinggi. Destinasi yang dituju rumah Seolhyun. Dia mahukan kawan baiknya untuk menyelesaikan perkara ini.

---

Segelas air dihulurkan kepada Woohyun. Sunggyu mengambil tempat disebelah Woohyun sementara menunggu Woohyun menghabiskan air tersebut. Tangannya mencapai tangan Woohyun yang bebas untuk digenggam, memberikan kekuatan. Agak lama juga masa yang diambil Woohyun untuk dia berul – betul tenang dan berhenti menangis sampaikan suaranya menjadi serak. Matanya pun mula sembab.

“Terima kasih.” Ucap Woohyun halus seraya mengembalikan gelas kosong itu. Selepas meletakkan diatas meja, Woohyun cepat – cepat memeluk semula Sunggyu, membenamkan wajahnya ke dada Sunggyu.

“Bertenang sayang. Awak seksa diri awak kalau terus menangis macam ni.” Badan kecil Woohyun tersengguk – sengguk membuat Sunggyu pening kepala memikirkan. Bahu sempit Woohyun diusap lembut.

Sedikit paksa Sunggyu meleraikan pelukan kejap Woohyun. Wajah basah Woohyun dipandang lama oleh Sunggyu. “Sayang, menangis bukan penyelesaiannya. Saya nak awak percaya pada saya, pada cinta kita. Saya yakin kita boleh.”

“Gyu, Soyou tak pernah main – main dengan apa yang dia cakap. Dia berani lemoang saya apatah lagi benda lain. Kita tak boleh tengok masa depan Gyu.”

“Saya tahu. Tapi kita boleh rancangkan. Ambil perkara ni sebagai iktibar untuk kita di masa hadapan. Lagipun awak berhak keatas saya. Awak isteri saya bukannya Soyou.”

Keluhan berat meluncur dari bibir Woohyun. Malas dia mahu memperpanjangkan isu ini. Walaupun Sunggyu cuba meyakinkan dia semuanya akan baik – baik, tepi hati Woohyun mengatakan sebaliknya. Jauh dalam hati Woohyun dia dapat merasakan sesuatu bakal terjadi nanti. Woohyun hanya mampu berdoa agar hubungan dia dan Sunggyu dilindungi. Dia mahukan yang terbaik untuk mereka.

“Janji saya satu perkara sayang.” Suara Sunggyu mengembalikan semula perhatian Woohyun.

“Janji sayang jangan tinggalkan saya walau apa pun berlaku antara kita. Tolong tarik semula saya kalau saya tersasar. Percaya pada cinta kita. Itu kunci utama kepercayaan antara kita sayang.” Setiap ayat yang dituturkan Sunggyu penuh dengan serius dan keikhlasan. Seperti mana Woohyun risaukan, Sunggyu pun merasai benda yang sama. Dia bukanlah Tuhan yang boleh melihat masa hadapan, tetapi hatinya memberi tahu sesuatu buruk mungkin terjadi.

Hati Sunggyu kuat mengatakan ini hanyalah permulaan kepada permainan sebenar. Di penghujung permainan ini hanya seorang sahaja pemenang yang boleh mendapatkan hadiah.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?