Chapter 13

Seeking for Love (Malay version)

Woohyun tidak perasan akan kehadiran Howon dibelakangnya kerana dia sedang sibuk mengepilkan kertas. Tepukan dibahunya menyebabkan Woohyun tersentak lalu berpaling ke belakang.

 

“Oh, Encik Lee. Baru sampai ke?”

 

“Haah. Saya rindu awak sebab tu saya ke sini.” Ucap Howon selamba seraya menyandarkan badannya ke dinding memerhatikan Woohyun. Matanya seolah sudah terpaku melihat Woohyun. Rindunya pada lelaki comel ini menggunung sejak dia outstation minggu lalu.

 

“Kenapa Encik Lee datang.”

 

“Saja, saya ingat nak ajak awak keluar lunch.”

 

“Maaf, saya sibuk.”

 

“Tapi ini penting Woohyun. Ada benda saya nak bincang sikit dengan awak.”

 

Woohyun diam seketika. “Baiklah, saya beritahu Encik Kim sekejap.” Woohyun menyambung semula perkerjaanya sebelum dia menghilangkan diri dibalik pintu Sunggyu.

 

 

“Seminggu lagi birthday Sunggyu sebab tu saya nak bincang. Macam mana kalau kita buat surprise party untuk dia?”

 

Kata - kata Howon sebentar tadi menarik perhatian Woohyun. Minggu hadapan adalah hari lahir Sunggyu, bermakna pada 28 April. Woohyun tersenyum sendiri apabila dia cuba memahatkan tarikh tersebut dalam ingatannya. Baru inilah dia tahu birthday Sunggyu.

 

“Woohyun,” Howo memanggil nama Woohyun setelah dia perasan Woohyun seperti mengelamun. Woohyun sedikit tersentak tetapi segera meneutralkan ekspresinya.

 

“Jadi macam mana?” Soalan tadi diulang kembali oleh Howon.

 

“Saya mana tahu, Howon-shi. Mana pernah saya buat benda - benda macam ni.” Woohyun memberitahu kegusarannya. Dia tidak mahu kerananya plan ini nanti tak jadi.

 

“Woohyun, saya cuma minta pendapat je.”

 

“Macam mana?” Soalan Howon tadi dijawab semula dengan soalan. Melihat muka comel Woohyun yang blur sedikit sebanyak berjaya menggelitik hati Howon.

 

“Saya tanya awak dulu kan.”

 

“Saya memang tak ada idea, Howon-shi. Kan saya dah cakap, saya tak ada pengalaman buat benda macam ni. Bukan ke personal department yang sepatutnya handle? Saya yakin idea diaorang mesti meletup.”

 

“Awak tahu jawatan Sunggyu kan?” Woohyun terdiam. Howon ada point.

 

Mahu tidak mahu, akhirnya Woohyun mengalah. “Baiklh, saya buat tapi kena tolong saya, boleh?” Woohyun cuba berunding. Planner yang dibawa tadi dicapai, bersedia utuk menulis segala butiran.

 

“Itu sahaja ke?” Senarai butiran tadi disemak semula. Woohyun memastikan bahawa dia tidak tertinggal mana - mana perkara yang penting.

 

“Lagi satu awak kena cari hadiah untuk dia tapi pastikan dia tak tahu.” Woohyun tersenyum meyakinkan kepercayaan Howon.

 

“Dan sebelum saya terlupa, jangan lupa jemput Soyou sekali.” Mendengar nama perempuan itu sahaja sudah cukup untuk mematikan mood Woohyun. Lambat - lambat tangannya menulis nama Soyou.

 

“Saya rasa itu sahaja.” Howon mengakhhiri perbincangan mereka.

 

 

Howon dan Woohyun berjalan beriringan saat mereka menuju ke tempat parkir. Sebenarnya Howon yang beriya - iya mahu berjalan bersama dan terpaksalah diikutkan Woohyun kerana dia tahu Howon tetap akan melakukannya walaupun Woohyun menolak. Tiba - tiba langkah Howon terhenti menyebabkan Woohyun nyaris terlanggar. Tangan Woohyun diraih kedalam genggamannya, kedua anak matanya merenung jauh kedalam anak mata lelaki dihadapannya.

 

“Encik Lee buat apa ni?” Woohyun terkejut dengan tindakan Howon. Dia cuba menarik kembali tangannya sambil matanya melihat sekeliling, takut ada staf atau mana - mana orang yang mengenali mereka. Woohyun takut akan menimbulkan fitnah.

 

Howon tetap diam dihadapan Woohyun. Dengan lembut, ibu jarinya membelai belakang tangan Woohyun, menghayati kehangatan sentuhan kulit Woohyun. Kedua irisnya tidak beralih dari terus mengamati wajah Woohyun. Sungguh hatinya sudah terlalu mencintai lelaki cantik ini.

 

“Saya merayu pada awak Woohyun, tolonglah beri saya peluang. Saya janji saya akan mencintai awak setulusnya.” Rayu Howon namun didiamkan Woohyun. Tidak tahan melihat bibir Woohyun yang menggoda, Howon sedikit merapatkan wajah mereka tetapi sempat dielak Woohyun.

 

“Saya tak boleh.” Tangan mereka berjaya dilepaskan. Woohyun tidak mampu untuk melihat kekecewaan yang jelas terpancar di wajah Howon. Dia sedar akan statusnya sebagai isteri Sunggyu. Woohyun berharap suatu hari nanti Howon menjumpai jua pasangan hidupnya.

 

Howon menghantar pemergian Woohyun dengan pandangan yang lirih. Kakinya melangkah ke pintu pemandu. Satu keluhan berat dilepaskan oleh Howon. Dia tidak faham mengapa begitu susah Woohyun mahu menerima dirinya. Apakah Woohyun sudah mempunyai pilihan hatinya? Tetapi kalau betul sekalipun kenapa Woohyun tidak pernah bersikap seperti orang yang sedang bercinta.

 

 

Gerak geri howon dan Woohyun tadi rupanya diperhatikan Sunggyu dari keretanya dengan pandangan yang sukar diungkapkan. Niatnya tadi mahu ke restoran tetapi matanya menangkap kelibat Howon dan isterinya berjalan bersama. Pada mulanya Sunggyu tidak peduli kerana Woohyun sudah memberitahunya tadi, tetapi bila saat Howon memegang tangan Woohyun, Sunggyu mula memikirkan yang bukan - bukan. Walaupun dia tidak dapat menangkap butiran perbualan mereka, namun Sunggyu yakin Howon pasti mengungkap isi hatinya. Sunggyu yakin kerana ekspresi Woohyun terlihat seperti terkejut dan tidak selesa.

 

Kemudian mata Sunggyu teralih kepada kotak velvet kecil ditangannya. Serta merta perlbagai perasaan mula bercampur. Sedih, marah, cemburu, dikhianati, semua menjadi satu. Kotak kecil tadi dilemparkan ke kerusi sebelah. Scene mesra tadi masih lagi ligat bermain dalam fikiran Sunggyu sehingga menyesakkan dada kirinya.

 

Sebelum ini Sunggyu berharap jika dia masih berpeluang untuk bersama dengan Woohyun yang dikahwininya dahulu tanpa rasa cinta. Ya, dahulu dia tidak merelai perkahwinan tersebut, tetapi itu semua dahulu, darah muda dan belum matang. Sekarang usianya sudah pun menghampiri 28 tahun, dirinya semakin matang. Dia tidak boleh lari dari tanggungjawabnya.

 

Selepas melihat adegan tadi, Sunggyu mula meragui hatinya. Syaitan mua menghasut fikirannya. Adakah Howon yang sebenarnya layak untuk mencintai dan melindungi Woohyun? Mungkin memang sudah jodoh Sunggyu dan Woohyun berhenti setakat ini sahaja.

 

 

---

 

I’m sorry?” Kening Sunggyu terangkat apabila mendengar penerangan Woohyun.

 

“Kita tengah buat survey kepada semua staf mengenai pilihan hadiah hari lahi mereka.” Sekali lagi Woohyun mengulang semula penerangannya. Sudah terang lagi bersuluh, Woohyun mengelak dari bertembung dengan mata Sunggyu.

 

Sunggyu masih lagi dengan ekspresinya. Apakah Woohyun terkena demam panas? Setelah bertahun - tahun dia bekerja dengan syarikat ini, tidak pernah pula ada survey. Lagi yang peliknya, survey hadiah hari lahir. Pelik bin ajaib.

 

“Encik Kim sibuk ke? Kalau macam tu saya datang semula lepas Encik Kim dah selesai.” Woohyun cuba melarikan diri.

 

“Kenapa?” Soal Sunggyu setelah beliau kembali ke keadaan asal. Tetapi tak bermakna dia sudah melupakan perkara ini.

 

Woohyun mula menggigit bibir, memikirkan alasan yang sesuai untuk menjawab pertanyaan Sunggyu. Jawapan yang diberikan haruslah logik dan paling penting Woohyun tak boleh gagap, kalau tak mesti Sunggyu tak percaya.

 

“Polisi baharu.” Pendek sahaja jawapan Woohyun. Kalau panjang takut mengarut pula jadinya.

 

Sunggyu mengalah. Dia malas mahu memikirkan benda ini memandangkan kerjanya masih menimbun. “Baiklah, saya pulang balik minggu depan. Awak letak je atas meja.” Sunggyu cuba memerhatikan reaksi Woohyun.

 

Mendengar jawapan Sunggyu, mata Woohyun membesar dan menggoyangkan tangannya sebagai tanda tidak boleh kepada Sunggyu. “Survey je pun buat apa simpan sampai seminggu.”

 

“Kalau macam tu awak kena makan malam dengan saya. Waktu tu juga saya beritahu.” Sunggyu mengerlingkan sebelah matanya kepada Woohyun.

 

Nyaris sahaja rahang Woohyun tidak tertanggal melihat kerlingan Sunggyu yang tiba - tiba. Pantas sahaja Woohyun merasai haba menjalar ke pipinya. Kepalanya ditundukkan takut jika Sunggyu nampak akan perubuhan warna kulit mukanya.

 

“Baiklah Encik Kim.” Suara Woohyun hampir sahaja tidak didengari Sunggyu. Mendengar jawapan Woohyun, Sunggyu tersenyum ria. Akhirnya dia dapat berdua dengan Woohyun diluar waktu pejabat.

 

 

---

 

Lampu malap menyoroti ruangan restoran mewah tersebut. Sebaik sahaja pintu dibuka, alunan merdu daripada biola dan piano menjamah telinga pengunjung. Suasana dalam restoran tersebut membangkitkan perasaan romantik kepada para pengunjung. Tak jarang juga beberapa pasangan leka dalam dunia mereka sendiri, bersama dengan yang tersayang.

 

Woohyun tidak menafikan pilihan Sunggyu out, cumanya dia berasa kurang selesa berada dalam tempat begini. Mereka dikelilingi dengan pasangan elit membuatkan Woohyun merasa rendah diri. Tambah - tambah pula berdua sahaja dengan Sunggyu. Tak yahu pula Sunggyu membawanya ke tempat ini, nasib baik pakaian Woohyun sesuai. Bukan dia tidak tahu, Sunggyu dari tadi memandangnya tanpa berkelip.

 

Rasa gugup mula mengusai Woohyun bila dia melihat penampilan Sunggyu pada malam ini. Dua butang teratas kemejanya sengaja tidak dikancing, mempamerkan bayang dadanya yang sedikit berotot. Matanya dilarikan agar tidak terlalu lama memerhatikan dada putih Sunggyu, takut terlepas.

 

“Macam mana dengan jawapan saya?” Woohyun menutup rasa gugupnya. Kalau dibiarkan tanpa perbualan, Woohyun yakin jantungnya boleh pecah.

 

“Awak ada sembunyikan apa - apa ke daripada saya? Pelik sebab awak setuju keluar dengan saya, selalunya saya terpaksa pakai kuasa veto barulah awak setuju.” Pandangan tajam Sunggyu mengecutkan perut Woohyun. Manik musang tersebut tepat memandang kearahnya.

 

“Mana ada. Kan saya cakap polisi baharu.” Woohyun berjaya menuturkan ayatnya tanpa tergagap.

 

Sunggyu diam berfikir bagaimana dia mahu menjawab Woohyun.

 

“Kalau hadiah.. saya nak…” Ayat tadi sengaja dia biarkan tergantung. Sunggyu mahu mengusik Woohyun.

 

Mata Woohyun mula berkilat, kedua tangannya dilpilat keatas meja tidak sabar menunggu jawapan Sunggyu. Kalau dilihat sekarang, telatah Woohyun tak ubah macam anak anjing sedang menunggu upah dari tuannya. Cuma bezanya tak ada ekor dibelakang Woohyun.

 

Tangan Sunggyu dilipat kedada seraya menyandarkan badannya kebelakang. Dia masih lagi mahu mengusik Woohyun. Lagipula Sunggyu suka melihat anak mata Woohyun bersinar menunggu jawapannya. Sangat comel.

 

“Saya nak boxer Crocodile.

 

Woohyun tak dapat menahan gelaknya. Bayangkan Sunggyu terima boxer sebagai hadiah depan ramai staf, tersangatlah kelakar. Woohyun tak dapat bayangkan macam mana reaksi orang waktu tu nanti. Mata Woohyun sudah berair akibat gelak sakan tak ingat dunia, dia sendiri terpaksa memegang perutnya yang senak.

 

Untuk seketika Sunggyu rasa seperti di syurga yang ditemani bidadari. Kelu lidah untuk berkata melihat reaksi Woohyun. Matanya seolah terpukau melihat Woohyun. Ini adalah kali pertama dia melihat Woohyun ketawa. Mata sepetnya hilang saat tertawa, kulitnya yang putih bertukar kemerahan membuatkan Sunggyu terbuai dalam keindahan Woohyun. Betapa Sunggyu mahu mencium pipi merah tersebut sepuasnya. Tawa Woohyun terdengar lebih indah daripada alunan piano ini. Tanpa disedari, Sunggyu ikut tersenyum melihat Woohyun.

 

Akhirnya Woohyun mula tersedar. Segera bibirnya ditutup rapat bagi mengelakkan tawanya terburai lagi. Sunggyu sedang memandang tepat kearahnya. Seulas senyuman terukir dibibir Sunggyu menyebabkan Woohyun tidak senang duduk.

 

“Puas?” Tanya Sunggyu dalam nada yang serius. Woohyun diam ditempatnya, tidak mengangguk mahupun menggeleng.

 

“Sekali lagi awak gelak, saya bawa balik rumah. Faham?” Woohyun mengangguk faham. Kepalanya masih lagi tertunduk, takut dengan pandangan Sunggyu.

 

“Kelakar sangat ke jawapan saya?” Laju Woohyun menggeleng kepala sehingga pening.

 

 

---

 

L meneguk hingga ke titisan terakhir arak arak dari botol ketiganya. Malam ini dia berehat di balkoni sambil fikirannya dipenuhi Woohyun. Dari muka, senyumannya, badannya, aroma tubuhnya, semua yang ada pada Woohyun memabukkan L Sejak pertemuan pertama hari itu, L semakin tidak dapat melupakan Woohyun sebaliknya dia semakin bersungguh mahu memiliki Woohyun. Dia menyesel melepaskan peluang dahulu. Sekarang abang kembarnya yang memiliki Woohyun.

 

Kotak memori L berputar kembali saat pertama kali dia bertemu Woohyun dahulu. Mesih segar lagi diingatannya senyuman manis Woohyun saat dia bergurau bersama ibuya. Jika ada anugerah manusia paling comel, nescaya Woohyunlah pemenangnya. Bibir munggilnya akan muncung bila diusik ibunya. Selalu L memerhati dari balkoni biliknya bila Woohyun sedang bekerja di halaman. Kadang - kadang bila Woohyun mengangkat pasu, L mencuci mata melihat punggung Woohyun. Tak kadang juga bajunya tersingkap, memperlihatkan kulit mulusnya yang menjadi fantasi L. Sejak hari itu, L semakin haus mahu merasakan tubuh indah itu.

 

Apabila nafsu sudah menguasai diri, L melakukan perkara diluar rasional. Woohyun telah dirogolnya setelah lelaki malang tadi keluar dari bilik air. Tanpa belas kasihan L meratah tubuh Woohyun semasa semua orang tiada. Sedikit rasa kasihan pun tidak terbit dihati L saat Woohyun menjerit dan merayu dengan air mata. Persetan segalanya asalkan dia dapat apa yang dimahukan. Setelah puas, L meninggalkan sahaja Woohyun sendirian didalam bilik tersebut dalam kesakitan.

 

Kemudian bila ibu Woohyun datang menuntut bela, L lari ke luar negara kerana tidak mahu bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan. Dia tidak mahu mengaku anak yang dikandung Woohyun ketika itu. L hanya mahu kepuasan, dia tidak bersedia lagi mahu menjadi seorang ayah. Difikirannya, dia masih lagi muda dan seharusnya menikmati masa mudanya. Dan berakhir dengan Woohyun yang menjadi hak Sunggyu.

 

Tetapi itu bukannya masalah sekarang. L tidak peduli dengan semua itu. Dia hanya mahukan Woohyun semula. Dia mahukan mengambil semula apa yang sepatutnya menjadi haknya dahulu.

 

Telefon pintar diatas meja dicapai. “Daddy, L nak cakap sikit.”

 

“Esok tak boleh ke?” Suara serak Siwon menyambut dihujung talian menandakan dia terjaga dari tidurnya.

 

“Tak boleh Daddy. Ini penting.” Tegas L.

 

“Beritahu Daddy cepat, apa dia.”

 

“L nak jawatan dalam syarikat.”

 

“Apa?! Kamu serius ke?”

 

“L serius Daddy.”

 

“Baiklah, esok kita bincang.”

 

Talian telah dimatikan. L tersenyum sinis mimikirkan berbagai idea di kepalanya.

 

“Ini langkah pertama aku Woohyun. Aku akan pastikan kau akan jadi milik aku.”

 

 

---

 

“Kamu nak jawatan Sunggyu?!” Mata Siwon terbeliak dek terkejut dengan permintaan anaknya.

 

L diam hanya tersenyum menandakan dia tidak bermain. Selepas bertemu dengan Woohyun tiidak sengaja di pejabat, L mahukan posisi Sunggyu agar dia dapat sentiasa dekat dengan Woohyun.

 

Daddy tak setuju. Sunggyu dah buat yang terbaik untuk syarikat, Daddy tak benarkan kamu ambil tempat dia. Kamu tak layak.” Untuk pertama kalinya Siwon tidak memihak kepada L. Memang dia berat sebelah, tetapi dia dia menafikan usaha keras Sunggyu dalam memacu syarikat mereka. Siwon tidak akan membiarkan L meruntuhkan begitu sahaja.

 

“Kalau macam tu buat sesuatu. L tak peduli, L nak jawatan.”

 

Daddy cuba tapi BUKAN post abang kamu.”

 

“L tak peduli.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?