Chapter 29

Seeking for Love (Malay version)

Hari yang dinanti – nanti telah pun tiba. Selepas bertahun – tahun merahsiakan status hubungan mereka, akhirnya malam ini akan didedahkan. Kesemua staf syarikat rersebut sudah menerima undangan ke majlis makan malam tahunan syarikat. Kesemua bahagian staf yang terlibat dengan persiapan majlis sudah pun memulakan kerja seperti mana yang diarahkan Sunggyu.

 

Woohyun berdiri di hujung dewan memerhatikan kesemua staf yang sedang leka melakukan tugas masing – masing. Sengaja dia singgah sekejap melihat gerak kerja mereka sementara kerjanya tidak terlalu banyak. Walaupun dia tidak terlibat, Woohyun tetap turun padang untuk menyemangati mereka untuk menyiapkan persiapan malam ini.

 

Secara jujurnya, Woohyun berdebar – debar menanti majlis malam nanti. Bila Sunggyu menyuarakan hasrat untuk memberitahu status mereka, hati Woohyun tidak terasa berdebar sehinggalah semalam bila gerak kerja mula terlihat. Memikirkan perkara tersebut, Woohyun sukar untuk tidur. Otaknya sibuk berfikir bagaimana reaksi orang? Adakah mereka akan menyokong? Atau mereka akan menghukum?

 

Satu keluhan berat terlepas dari mulut Woohyun. Kedua bahunya terjatuh lemas setiap kali dia memikirkan tentang perkara tersebut. Takut, berdebar, gembira, semuanya berkecamuk.

 

“Bencinya perasaan macam ni.”

---

Terdengar satu ketukan dibalik pintu. Tanpa mengangkat muka dari berkas kertas yang sedang dibaca, Sunggyu memberi izin untuk masuk keruanganynya.

“Ya?” Sunggyu membalikkan kertas yang dibaca sambil menunggu tetamu tadi bersuara. Selepas beberapa ketika, Sunggyu mula bengang bila dia masih belum mendapat jawapan. Kertas yang dipegang tadi dihempas kasar ke meja lalu mengangkat muka memandang kearah tetamu tadi.

“Soyou?!”

Pemilik nama tadi cuma tersenyum gatal dan terus duduk dikerusi tanpa tahu malu. Sengaja kakinya disilang sehingga nampak ke pangkal paha.

Bulat mata Sunggyu melihat keberadaan Soyou didalam ruangannya. Apa sebebnya ke mari? Matanya menyorot kearah perempuan seksi dihadapannya, menunggu jawapan. Sedikit nafsunya tergugat melihat pakaian seksi yang membalut tubuh seksi Soyou. Belahan dadanya tercetak jelas menjamu mata Sunggyu. Untung sahaja Sunggyu masih mengingatkan Woohyun dan hanya isterinya yang bisa membangkit ghairah Sunggyu. Tubuh Woohyun sudah menjadi candu buat Sunggyu.

“Terkejut tengok i?”

“Apa you buat dekat sini?”

Soyou mencebik sedih. Ekspresinya sengaja dibuat – buat. “Sampai hati you buat I macam ni. Tak suka ke kekasih you datang?”

Amarah mula membangkit dalam diri Sunggyu. Dah puas di menyuruh Soyou untuk pergi dari hidupnya, namun tetap sahaja wanita ini kembali. Ingatkan bila dia sudah jujur pada Soyou akan perasaannya, Soyou akan menyerah. Ternyata dugaanya salah. Sepatutnya dia sedar Soyou bukanlah jenis yang mudah menyerah.

“Berapa kali I cakap dekat you kita tak pernah bercinta! I anggap you macam kawan I tak lebih dari tu.” Suara Sunggyu semakin meninggi. Badannya membelakangi Soyou, mencuba untuk menenangkan hatinya yang membara. Takut kalau dia memandang muka Soyou, dia akan terlepas kendali.

Then kenapa you bagi I harapan? Kenapa you layan I macam you pun ada hati pada I?” Kali ini Soyou memberanikan diri mendekati Sunggyu. Dadanya berombak menahan amarah.

I tak pernah bagi harapan. You je yang pandai – pandai mengaku I ni boyfriend you. I ingatkan you semula, awal perkenalan kita I dah clarify hubungan kita cuma kawan kan. Dan setiap kali kita keluar, I akan cakap benda yang sama.”

Kata – kata tajam Sunggyu tadi berjaya menjentik tubir mata Soyou sehingga aor matanya tumpah. Ya, dia mengaku cuma dia sahaja yang beriya – iya dengan hubungan ini. Dia masih ingat lagi apa yang Sunggyu cakap semasa pertemuan mereka pertama. Bagaimana Soyou dapat melupakan perkara tersebut bila Sunggyu mengucapkanya dengan santai tanpa mempedulikan perasaanya. Mulai dari saat itulah Soyou bertekad mahu memenangi hati Sunggyu kerana dia sudah terlanjur mencintai lelaki terbabit walaupun dia cuma bertepuk sebelah tangan.

“Kenapa you tak habiskan je dari awal? Kenapa you tetap keluar dengan I?” Suara Soyou semakin mengecil bersama dengan air matanya yang semakin deras membasahi pipi. Tipu kalau hati lelaki Sunggyu tidak bersimpati, tetapi Sunggyu takut Soyou tersalah erti pujukannya.

Daddy kita yang paksa I untuk tetap keluar dengan you. Lebih lebih lagi your daddy. Dia yang paling neriya suruh I kawan dengan you. Katanya you dah berubah lepas boyfriend you dumped you. Pada mula lagi I tolak sebab takut bendi ni terjadilah. Tapi I tak boleh cakap apa lepas dia melutut pada I.”

Suasana bilik tadi bertukar senyap dan tegang. Yang kedengaran cumalah esakan Soyou dan bunyi dari pendingin hawa. Perkara yang paling ditakiti Sunggyu akhirnya benar terjadi. Masa dia diperkenalkan dengan Soyou, dia sudah tahu Soyou jenis yang tidak mudah menyerah dan akan mendapatkan kehendaknya walau bagaimana sekalipun. Atas alasan itu jugalah Sunggyu sentiasa mengingatkan hubungan mereka yang sebenar.

Tubuh Sunggyu tertolak kehadapan sedikit apabila Soyou menghamburkan diri memeluk erat Sunggyu dari belakang. Sunggyu terkejut dengan tindakan berani Soyou. Dia dapat merasakan belakang kemejanya dibasahi demgan air mata Soyou. Segera Sunggyu melepaskan pelukan tangan Soyou dipinggangnya dan menolak tubuh wanita tersebut menjauhi.

You buat apa ni Soyou! I dah kahwin? Apa kata isteri I nanti kalau dia nampak!?” Jerkah Sunggyu. Matanya menyepet memandang Soyou. Tubuhnya bergetar menahan marah.

I love you Sunggyu. I tak boleh hidup tanpa you.” Tangan Sunggyu diraih oleh Soyou tetapi pantas ditepis Sunggyu. Kaki Sunggyu melangakah ke pintu lalu membukanya.

“Keluar sekarang?” Perintah Sunggyu keras. Nasib baik kesemua stafnya sedang sibuk melalukan persiapan. Kalau tak habis kecoh arasnya.

Amaran Sunggyu tidak diendahkan Soyou. Dia tetap diri mematung ditempatnya tadi. Tubuh rampingnya dipeluk tanpa menghiraukan perintah Sunggyu. Yang menambahkan lagi marah Sunggyu ialah Soyou sengaja melarikan pandangannya daripada Sunggyu.

“Keluar sekarang atau I panggil security.” Kesabaran Sunggyu semakin menipis. Hendak pula si pelaku malah menyandar tubuh di meja kerja Sunggyu.

Tanpa membuang masa Sunggyu terus meluru learah Soyou lalu menarik tangannya kasar ke muka pintu. Tubuh kurus Soyou ditolak leluar sebelum Sunggyu menutup kembali pintu. Tetapi sempat telinga Sunggyu menangkap ayat terakhir Soyou,

I tak akan pernah putus asa. I tak peduli you dah kahwin, I tetap nakkan you. Kalau sampai perlu hapuskan isteri you, I akan buat.”

Selepas selesai mengungkapkan ayatnya, Soyou menyarung kaca mata hitam Levis meliknya sebelum berlalu pergi. Bibir nipisnya tersungging senyuman puas. Kaki jenjangnya mengatur langkah membawa badannya yang meliuk lentok ke pintu keluar meninggalkan Sunggyu yang terpana.

“Permainan kita baru sahaja bermula.”

*Bang!*

Sunggyu menghempas kasar pintunya. Ucapan terakhir Soyou hampir memaksa Sunggyu untuk menaikkan tangan ke wanita tadi. Nasib baik akal warasnya melarang, kalau tidak pasti wanita tadi sudah terkulai lemas ditangannya.

“Kalau kau berani sentuh tangan kotor kau pada Woohyun, aku sumpah aku akan balas berganda!”

---

“Hyung!” Woohyun segera memalingkan kepalanya kearah sumber suara tadi. Satu senyuman manis dihadiahkan kepada Sungyeol setelah pemuda tinggi lampai tadi berada disisinya.

“Hyung dari mana?” Soal Sungyeol sebaik sahaja langkah mereka seiringan. Lelaki munggil tadi cuma tersenyum tanpa menjawab soalan Sungyeol.

“Hyung baru balik dari dewan tadi. Saja tengok – tengok. Nampaknya dah nak siap hiasan disana.” Cerita Woohyun sementara mereka menunggu pintu lif terbuka. Selepas kedua mereka memenuhi perut lif, Sungyeol menekan butang 15 dimana aras mereka bekerja.

“Malam ni hyung pakai apa? Tema dia white domain kan?”

“Entahlah. Hyung pakai apa yang ada jelah.” Woohyun membalas santai soalan Sungyeol. Kedua dia lelaki tersebut kemudian melangkah keluar dari perut lif dan menuju ke pejabat.

Selepas mendengar jawapan Woohyun, dahi Sungyeol berkerut tetapi kemudiannya dia tersenyum penuh makna.

“Yeke hyung nak pakai biasa je… Cuba pakai grand sikit, untung – untung Encik Kim tertarik dengan hyung.”

“Ya! Shhh!” Tangan Woohyun membungkam mulat celupar Sungyeol. Kepalanya menoleh kekiri kekanan memastikan tidak ada yang mendengar ucapan Sungyeol sebentar tadi.

Lemas ditekup mulut lama, Sungyeol menyingkirkan tangan Woohyun dan berlari kecil meninggalkan Woohyun sendirian. “Good luck hyung!”

“Budak ni kan kalau aku dapat, nahas dia aku kerjakan.” Gumam Woohyun. Tangannya mengepalkan penumbuk mengekspresikan geramnya. Tanpa dia sedari tingkahnya diperhatikan oleh seseorang dari bilik pantri.

Tubuh tinggi tadi kemudiannya mendekati Woohyun yang sedang membebel lalu menutup mulut Woohyun sementara tangannya satu lagi berlingkar dipinggang Woohyun lalu membawa ke satu ruangan. Peluh jantan mula merecik di dahi Woohyun apabila dia mendengar bunyi pintu dikunci.

Sebaik sahaja tubuhnya dipalingkan, bibirnya tidak sengaja bertemu dengan sesuatu yang kenyal dan lembut. Aroma yang menguak hidungnya membuat Woohyun terus sahaja mengenali si pelaku. Perlahan Woohyun membalas lumatan dibibirnya dan membiarkan lelaki tadi mendominasi permainan.

Puas bercumbu, akhirnya tautan bibir mereka terlepas dan saling tenggelam dalam renungan masing – masing dengan ibu jari Sunggyu yang mengusap mesra tulang pipi isterinya. Sekali lagi bibir merah Sunggyu hinggap dibibir seksi Woohyun. Sunggyu sudah ketagih akan bibir tersebut. Hanya Woohyun sahaja yang mampu membuatnya ketagih.

“Sayang pergi mana?” Soal Sunggyu seraya menautkan dahi mereka bersama. Posisi ini amat disukai Sunggyu kerana dia dapat melihat dengan lebih dekat wajah cantik milik isterinya.

“Saya ke dewan sekejap tadi, saja melawat.”

“Habis, suami awak macam mana? Kesian dia tak ada siapa sudi nak melawat. Isteri dia pun tak datang melawat.” Dah mula dah. Perangai budak – budak Sunggyu mula mendominasi, meninggalkan aura karisma dan seksi milik CEO muda syarikat besar ini.

Gemas dengan rajuk Sunggyu, Woohyun mencubit perlahan batang hidung suaminya seraya tergelak kecil dimana Sunggyu selalu menyukai mendengarnya. Sengaja Sunggyu mengigit jari Woohyun sampaikan isterinya terjerit kesakitan. Jarinya diusap bagi meredakan rasa sakit.

“Sakitlah! Awak ingat snek ke jari saya ni?” Sunggyu mengeryit sakit apabila Woohyun memukul dadanya bertubi – tubi sambil membebel.

“Habis mana nak tahan dah isteri saya comel sangat. Lagipun saya teringat malam panas kita haritu.” Goda Sunggyu dengan sengaja ke telinga Woohyun menyebabkan tubuh isterinya sedikit bergetar apabila bibir suaminya mengigit kecil cuping telinganya. Tangan yang berlingkar di pinggang Woohyun juga semakin erat sehingga badan mereka menempel erat.

“Hhyuungghh.. Kita masih dekat pejabat lagi ni.” Namun kata – kata Woohyun cuma tergantung di udara. Sunggyu tidak mempedulikan amaran Woohyun dan masih menikmati tubuh isterinya. Disebabkan ulah Sunggyu, Woohyun bermati matian menahan desahan daripada terkeluar dari mulutnya. Dada Sunggyu ditolak menjauh dari terus mencium mukanya.

Woohyun semakin geram bila Sunggyu tidak menghiraukan permintaanya. Bukan dia tidak mahu melayan Sunggyu tapi agaklah dekat pejabat ni. Kalau dekat rumah Sunggyu minta boleh juga dia melayan.

“Dah lah tu,” Rayu Woohyun lagi. Agak – agak Sunggyu masih lagi tidak mengendahkannya, Woohyun memijak sekuat hati kaki Sunggyu sampaikan suaminya menjerit. Puas hati dengan tindakannya, Woohyun meninggalkan Sunggyu seorang diri melayan rasa sakit. Dia kembali menyambung kerjanya yang tertunda.

“Encik Kim, baik siapkan cepat kerja sebab malam ni awak kena hadir makan malam syarikat.”

“Iyalah.” Dengan rasa sakit yang masih tersisa, Sunggyu bertatih ke meja kerjanya menyambung kerja. Bibirnya memuncung merajuk dengan Woohyun. Kepalanya ligat memikirkan hukaman untuk isterinya nanti.

“Siap sayang, kita tunggu nanti…”

---

 

Sedar tak sedar masa yang ditunggu semakin menghampiri. Selalunya Sunggyu dan Woohyun akan bergerak balik sekali walaupun kereta beransingan. Tetapi hari ini Woohyun menolak untuk pulang sekali dengan Sunggyu seperti biasa. Nampaknya Woohyun seperti ada sesuatu sampaikan Sunggyu merengek untuk pulang sekali ditolak Woohyun. Yang sebenarnya Woohyun mahu bersendirian sehingga majlis malam ini. Kalau dia balik mesti akan berakhir diranjang.

Kereta yang dipandu Woohyun diparkir di tempat parkir hotel yang bakal menjadi tempat Woohyun merehatkan diri. Tanpa sepengetahuan dari Sunggyu, Woohyun dah booking bilik ni semalam. Sebaik sahaja enjin dimatikan, Woohyun mengambil beg baju dan barangan yang lain keluar dari kereta dan masuk ke perkarangan lobi.

“Bilik under Nam Woohyun.”

“Sekejap ya,” Gadis receptionist itu tersenyum mesra lalu mengambil kunci bilik dan menghulurkan kepada Woohyun.

“Ini kuncinya, terima kasih.”

“Terima kasih juga.”

Woohyun membuka pintu bilik yang disewa dengan riak penat. Matanya cuma nampak katil je sekarang dekat tengah bilik. Cepat – cepat Woohyun menanggalkan kasut lalu merebahkan diri ke tilam empuk itu. Matanya merenung kosong keatas siling sambil memikirkan perkara yang mungkin terjadi malam nanti. Kalau tak salah, kurang daripada lima jam lagi status mereka bakal diketahui umum.

Bunyi deringan dari telefon pintar Woohyun mematikan lamunanya. Kepalanya dimiringkan kekiri untuk melihat siapakah gerangan si pemanggil. Sebaik sahaja matanya menangkap nama si pemanggil, bibir Woohyun kembang menguntumkan senyuman lalu menekan butang jawab.

“Hello.”

“Sayang, baliklah~ Saya rindu sangat ni~” Rengekan Sunggyu diseberang talian menggelikan hati Woohyun mesti sekarang muncung suaminya dah sedepa.

“Nanti saya baliklah. Buat masa ni saya nak bersendirian sekejap.” Woohyun cuba memujuk suaminya yang masih lagi merengek.

Tapi saya nak masuk sama – sama dengan sayang.”

“Iya, nanti saya tunggu hyung dekat luar dulu pastu kita masuk sekali.”

“Janji?”

“Iya saya janji dengan sepenuh jiwa raga saya, Gyu.” Oopss! Cepat – cepat Woohyun menekup mulutnya selepas dia terlepas memanggil suaminya Gyu. Serta merta haba menjalar ke seluruh tubuhnya.

Seketika talian bertukar senyap sebelum gelak Sunggyu terburai diseberang talian. “Sayang panggil lagi nama saya. Last saya dengar sayang panggil masa kita ‘bercinta’ hari tu.”

“Diamlah hyung. Dah saya nak letak, bye!” Tanpa menunggu balas dari Sunggyu, Woohyun segera mematikan talian mereka. Bantal kepala menjadi sasaran Woohyun melampiaskan rasa malunya.

“Bodohnya kau Woohyun!”

---

Malas sahaja jari Sunggyu menyimpul ikatan tali lehernya. Semangatnya hilang bersama kepergian Woohyun yang sedang menyendiri. Puas Sunggyu mengeluh mengenangkan nasib diri. Setelah selesai menyimpul tali leher, Sunggyu melihat pantulan dirinya dicermin buat kali terakhir sebelum dia keluar dari bilik. Benz pitih mewah miliknya dihidupkan terus memandu ke destinasi yang dituju.

Kereta mewah Sunggyu diparkir ditempat khas seperti biasa. Kelihatan ramai orang sudah mula membanjiri dewan majlis. Seperti biasa, Sunggyu memasang senyuman manisnya yang telah mencairkan hati jutaan wanita diliar sana. Ramai staf yang berselisih dengan Sunggyu tersipi malu bertentang mata dengan bos kacak mereka.

Penampilan Sunggyu pada malam ni berjaya meruntuhkan keimanan sesiapa sahaja yang melihat. Kemeja kelabu kosong membalut kemas tubuh kekarnya bersama lengan kemeja yang dilipat hingga ke siku menambahkan kesan seksi kepada Sunggyu. Yang buat Sunggyu terlihat berganda handsome, rambut hitamnya digayakan keatas mempamerkan dahi mulusnya. Kacak. Seksi. Bergaya. Bagi melengkapkan tema majlis malam ini, Sunggyu mengenakan sepasang kasut putih yang memberi kesan eksklusif kepada Sunggyu.

Woohyun tiba di lokasi 10 minit lebih awal daripada Sunggyu. Seperti mana yang dijanjikan, Woohyun menunggu Sunggyu berdekatan dengan pintu masuk. Dia sedang asyik bermain dengan telefon bimbitnya semasa dia memdengar keriuhan daripada beberapa orang gadis. Langsung matanya tertarik ke keriuhan tadi dan berakhir dengan pipi yang memanas setelah matanya tertaut dengan manik suaminya.

Suaminya terlihat sangan tampan dan seksi malam ini. Tiba – tiba sahaja dia terasa kerdil dibandingkan dengan Sunggyu. Woohyun melirik sekilas penampilannya pada malam ini. Kemeja biru muda yang dipasangkan dengan vest putih tersarung di tubuhnya. Lengan kemejanya juga dilipat seperti Sunggyu tetapi aura yang dibawa mereka sangat berbeza.

“Hai, isteriku.” Woohyun tersentak dengan sapaan Sunggyu. Tak perasan pula bila Sunggyu sudah berada disampingnya. Berada sedekat ini dengan Sunggyu membuat Woohyun bertambah malu. Mukanya semakin memerah.

“Sayang nampak cantik dan seksi. Nasib baik kita dekat public kalau tak…” Ayat Sunggyu sengaja dibiarkan tergantung untuk menggoda Woohyun yang semakin merah mukanya.

“Dah jom masuk. Orang dah tunggu tu.” Woohyun cepat menarik tangan suaminya kedalam. Mereka berpegangan tangan memasuki dewan tersebut dan semestinya berjaya menarik perhatian ramai orang. Ada yang berbisik – bisik sesama mereka, ada yang memandang pelik, ada juga yang menjeling tajam kearah Woohyun.

Disebabkan pandangan semua tu Woohyun jadi kurang selesa. Tiba – tiba dia jadi paranoid. Woohyun bertinjit sedikit untuk membisikkan sesuatu ke telinga Sunggyu. “Hyung, lepas tangan saya. Orang tengok.”

“Biarlah orang tengok. Nanti diaorang akan tahu juga.”

 

Celoteh riang dari dua orang MC malam ini menambahkan lagi kelancaran majlis. Suasana ceria memenuhi dewan tersebut. Kesemua tetamu tidak kering gusi melayan lawak – lawak daripada pengacara majlis. Sambil itu juga, cabutan bertuah diselitkan setiap 30 minit untuk memberi sedikit masa rehat kepada pengacara majlis.

“Baiklah, rasanya macam dah lama sangat kita cakap kan Cik Min.”

“Betul juga tu En. Jaemin. Memandangkan perut semua dah berkeroncong, apa kata kita mula menjamu selera. Selamat menjamu selera!”

“Tetapi sebelum itu Cik Min, Tuan Kim kita ada sedikit ucapan. Katanya penting.”

Serta merta lampu menyorot kepada Sunggyu lalu menjadi fokus kepada tetamu. Tepukan gemuruh diberikan saat Sunggyu berdiri dan melangkah ke pentas. Beberapa saat diambil oleh Sunggyu untuk memberi peluang kepada para tetamu untuk bertenang semula sebelum dia memulakan ucapan.

“Pertama sekali saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Jujurnya saya bangga dengan kesungguhan yang kalian tunjukkan.” Ucapan Sunggyu terhenti seketika memberi peluang kepada para tetamu menepuk tangan. Ditengah – tengah keramaian itu, mata Sunggyu lekat memandang Woohyun yang tersenyum kepadanya. Sempat Sunggyu mengenyitkan matanya sebelum dia menyambung semula ucapan. Tetapi Sunggyu sempat perasan perubahan warna muka Woohyun.

“Seperti mana yang anda sedia maklum, syarikat ini sangat bermakna buat saya. Bermula pada usia yang muda, saya bersama – sama dengan syarikat ni. Over tak kalau saya cakap syarikat ni cinta pertama saya?” Sunggyu bergurau dan disambut dengan gelak dari para tetamu.

Sunggyu menyambung semula. “Tapi ini bukan cinta terakhir saya.”

Suara berbisik sesama mereka mula kedengran. Dari atas pentas, Sunggyu cuma tersenyum melihat reaksi para pekerjanya. Ada juga telinganya menangkap siulan nakal dari mereka.

“Nam Woohyun merupakan cinta terakhir dan selamanya buat saya.” Elok sahaja Sunggyu habis bercakap, satu lagi spotlight menyuluh kepada Woohyun. Kesemua mata kini beralih memandang Woohyun membuatkan si empunya diri terasa kerdil. Woohyun sedaya upaya mengekalkan riak tenang dan tersenyum walau hatinya seperti mahu pecah.

“Oh Tuhan, tolonglah hantar Sunggyu ke sini!”

Doanya terus dikabulkan Tuhan. Sunggyu berjalan dengan tenang menuju kearahnya lalu berhenti tepat disamping Woohyun, membantu isterinya berdiri dan merangkul mesra pinggang kecil Woohyun. Mata Woohyun direndahkan agar dia tidak memandang tetamu dihadapan. Telinganya menangkap bisikan – bisikan di sekeliling.

“Dia ialah isteri saya.”

Terkejut.

Kesemua isi dewan tergamam. Melihat suasana ini, Woohyun jadi makin gelabah. Tetapi tak lama kemudian bunyi tepukan bergema kuat memenuhi seisi dewan. Sikit demi sikit Woohyun mengangkat muka memandang kehadapan. Ingatkan mereka akan protes bila Sunggyu mengumumkan, ternyata dia salah.

“Uljima! Uljima!” Tiba – tiba bergema. Air mata Woohyun semakin deras mengalir. Semakin dia menahan, semakin banyak pula yang terhasil. Meski jarinya menghapus pergi air mata tersebut, tetap juga akan digantikan dengan yang baharu.

Sunggyu jadi salah tingah melihat isterinya tiba – tiba menangis. Cepat – cepat Sunggyu menarik tubuh isterinya kedalam pelukan, mengusap belakang Woohyun lembut bagi meredakan tangisnya. Mulutnya sibuk mengucapkan ayat – ayat manis ke telinga Woohyun.

“Awwwww.. Bersemut tengok!” Suasana menjadi riun semula.

Mikrofon dihidupkan semula. “Maaf sebab saya buat sayang menangis malam ni. Tapi saya nak sayang tahu saya ikhlas mencintai sayang setulus hati saya, Kim Woohyun.”

Pengakuan jujur oleh Sunggyu tadi membuat Woohyun tersipu malu. Dia memilih untuk membenamkan mukanya ke dada Sunggyu. Lengan sasa Sunggyu digenggam erat oleh Woohyun bagi menahan esakannya menjadi kuat. Woohyun tak sangka hari dimana dia berharap statusnya diketahui akhirnya tiba. Hari ini Woohyun bangga memberitahu dunia dia yang menyandang status sebagai isteri Sunggyu.

“Saya sayang awak juga, Kim Sunggyu.”

“Terima kasih Tuhan kerana memberikan aku peluang sekali lagi untuk menyandang status ini. Aku mohon izinkan kami hidup bersama sehingga ke akhir hayat dan jauhilah unsur negatif dari mempengaruhi hubungan kami.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?