Chapter 32

Seeking for Love (Malay version)

Tiga bulan kemudian…

Hiruk pikuk kota kecil diwaktu malam sedikit pun tidak merosakkan kesenangan warga kota. Sebaik sahaja malam semakin pkat, keriuhan kota semakin bertambah. Jalan – jalan di seluruh bandar dibanjiri dengan lautan manusia dengan berbagai niat dan tujuan. Bayu laut Selat Tebrau yang menggigit tulang lembut menyapa kulit L membuat lelaki itu mengeratkan lagi jaket yang memeluk tubuhnya. Dia duduk bersendirian diatas kerusi di kaki lima sambil leka memerhati gelagat dan ragam manusia.

Senyuman kasar terbit dimuka kacak L selepas matanya memandang rawak orang lalu lalang. Jika dilihat semula, masa silamnya sama sahaja dengan merek? Kelab malam, one night stand, mabuk dan buat kecoh ditempat awam merupakan ritual biasa setiap malam buat L. Tak kiralah apa pun nasihat yang diberikan ibunya, L tetap dengan hidupnya. Alasan cuma, “L muda lagi mommy. L nak enjoy.”

Matanya tidak lepas dari orang lalu lalang, sibuk memikirkan apa yang sedang bermain dalam fikiran mereka sekarang. Kalau sebelum ini L sentiasa meletakkan dirinya ditangga teratas sebelum membuat keputusan tanpa melibatkan pihak lain. Apa yang dia tahu, yang dimahukan pasti diperoleh. Tetapi selepas kejadia itu, L mula sedar sesuatu yang oenting. Dalam dunia ni kalau nak berjaya, kena pertimbang juga perasaan orang lain. Hormati mereka.

“Maaf, boleh tak awak alihkan sikit kaki? Botol saya terjatuh bawah kerusi awak.” Satu suara lembut menyapa gegendang telinga L menyebabkan dia sedikit terkejut. Matanya diangkat lalu bertemu dengan sang pemilik suara tadi.

“Oh, maaf.” L beralih sedikit memberi ruang kepada lelaki tadi untuk mengambil botolnya. Setelah itu, pemuda tadi tersenyum nipis lalu membungkuk dan berlalu pergi. L memandang lekat tubuh pemuda tadi sehingga dia hilang dalam lautan manusia.

“Cinta pandang pertama ke?”

---

Woohyun terjaga dari tidurnya sejurus dia merasai cahaya matahari menerobos masuk ke dalam bilik mengenai mukanya. Dengan sedikit kepayahan Woohyun memaksa kedua matanya untuk terbuka. Tangannya menggosok mata, mengusir saki baki rasa kantuk yang masih bergayut. Selepas dia sudah tersedar penuh, Woohyun perlahan – lahan mengangkat tangan yang berlingkar dipinggang lalu bangun dari perbaringan.

Tubuh yang masih terbaring dengan selimut yang membalut dipandang sekilas oleh Woohyun. Rambut hitamnya berserak menambah lagi kesan seksi kepada si pemilik. Mata Woohyun melirik turun dari rambut hitam Sunggyu ke bibir nipis milik suaminya. Woohyun tidak dapat menahan semburat hangat yang menjalar dipipi bila matanya berhenti pada bibir Sunggyu mengingatkan bagaimana daging kenyal itu merayap keserata tubuhnya meninggalkan jejak.

Memanglah niat dihati mahu berlama lagi menatap wajah suaminya tetapi masa tidak mengizinkan. Jam digital diatas meja menunjukkan lima minit berlalu selepas jam tujuh. Woohyun kena menyediakan sarapan untuk mereka dan menyiapkan pakaian Sunggyu sebelum pukul 7.45. Dengan berat hati Woohyun menjatuhkan kaki ke karpet bebulu dibawah dan bergerak ke bilik air untuk bersiap.

---

Api dapur dimatikan dan nasi goreng dikuali dipindahkan ke dalam pinggan lalu dihidangkan diatas meja. Sekilas meja dipandang sebelum Woohyun keluar dari dapur untuk ke biliknya bagi membangunkan Sunggyu yang masih lagi lena. Perlahan daun pintu ditolak takut mambangunkan suaminya.

“Gyu, bangun sayang.” Lembut sahaja suara Woohyun menyapa Sunggyu. Melihat Sunggyu sedikit menggeliat, Woohyun beringsut sedikit memberi ruang untuk Sunggyu. Tanpa rasa malu Sunggyu membaringkan kepalanya diatas paha Woohyun dan meletakkan tangan Woohyun di kepalanya minta dibelai.

Faham dengan permintaan Sunggyu, Woohyun mengusap lembut surai hitam suaminya, mengurut kulit kepala bagi mengurangkan stres. Suka hati Sunggyu diperlakukan begitu. Rasa macam nak tertidur semula kalau Woohyun tak bercakap dengannya.

“Woo~ Saya mengantuk lagi.” Gumam Sunggyu dari balik baju Woohyun.

“Tahu sayang, tapi kita kena kerja. Lagipun awak kan bos, kenalah tunjuk contoh yang baik pada pekerja.” Pujuk Woohyun. Tangannya masih lagi membelai rambut Sunggyu. Kadang – kadang Woohyun tertanya dia berkahwin dengan lelaki dewasa ke dengan budak. Mampu geleng kepala ajalah.

“Tak nak~ Saya nak tidur. Saya tidur lambat malam tadi siapkan kerja.” Sekarang Sunggyu mula merengek, menghentak kaki atas katil. Berdasarkan nada Sunggyu, Woohyun tahu suaminya annoyed.

Woohyun biarkan sahaja suaminya merengek. Bila agak – agak Sunggyu dah mula reda, barulah Woohyun menyambung semula. Kali ini lebih berani.

“Kalau saya cium awak bangun tak?” Tepat sahaja Woohyun selesai, dia rasa haba menjalar satu badan. Betapa Woohyun berharap bumi menelannya sekarang.

Sunggyu berhenti menghentak kaki dan sekarang badannya dibalik menghadap Woohyun. Bibirnya terangkat nakal bila Woohyun mengelak dari bertentang mata. “Usik sikit tak apa kan?”

Sekarang Sunggyu bangun dari oaha Woohyun dan menolak Woohyun sehingga dia terbaring keatas katil bersama tubuhnya yang diatas. Peduli apa dipanggil jahat. Sunggyu suka tengok muka Woohyun sekarang.

“Aaapa yang aawak buat nni?” Tanya Woohyun. Sunggyu tidak menjawab sebaliknya dia membenamkan mukanya didada Woohyun, menghirup dalam – dalam aroma khas milik isterinya. Sengaja Sunggyu memainkan bibirnya di kulit Woohyun yang terdedah untuk mengusik. Suara desahan yang tertahan dari Woohyun membuat Sunggyu tersenyum.

“Apa kata kita ‘buat’ sekejap sebelum masuk pejabat?” Goda Sunggyu. Woohyun yang mendengar suara dalam suaminya mula menggigil. Cepat sahaja haba memeluk tubuhnya. Kalau hari ni hujung minggu, dah lama Woohyun tunaikan. Masalahnya hari ini tidak, mereka kena kerja.

“Gyu, kita dah lambat ni. Tolong dengar cakap saya pergi mandi sekarang.” Woohyun menolak dada Sunggyu. Kepalanya dipaling ke sisi bila Sunggyu cuba mencium bibirnya.

“Woo~” Sunggu masih belum putus asa. Kali ini dia meniup pula di tempat – tempat sensitif Woohyun..

“Kim. Sung. Gyu.”

Sebaik sahaja Woohyun mengeluarkan nada tersebut, Sunggyu mengalah dengan muncung panjang dibibir. Mengambil peluang ini, Woohyun bangun daripada katil dan segera mengambil baju Sunggyu. Lega hatinya lepas dengar bunyi pintu bilik air ditutup. Cepat – cepat Woohyun berganti baju dan kemudian menunggu Sunggyu dimeja makan.

---

Dari jauh terlihat tubuh anggun seorang wanita berjalan lenggang lenggok menuju ke meja resepsionis sambil mengibas rambutnya. Beg tangan Gucci yang dibawa diletakkan dengan angkuh diatas meja lalu menanggalkan cermin mata gelapnya.

“Saya nak jumpa Kim Sunggyu.” Angkuh sahaja nada bicaranya. Mata kucingnya mencerlung tajam kepada perempuan yang bekerja itu.

“Maaf, tapi Encik Kim belum sampai lagi. Lagi satu awak ada buat temujanji ke?”

Serentak itu kening wanita moden itu terangkat memandang gadis itu. “Awak tak kenal saya ke?”

Gelengan menjawab pertanyaan itu. Bam! Bunyi tangan wanita itu dihempas keatas meja, cukup menakutkan.

“Saya Kang Soyou! Dan saya tak nak nampak muka ni lagi bila saya datang!”

Tanpa menunggu balasan dari gadis tadi, Soyou terus menghentakkan kasut tumit tingginya le pintu utama. Pintu kaca itu ditolak kasar tanpa memepedulikan tatapan staf – staf yang memandang bingung kearahnya. Langkah terus dipercepat menuju ke ruangan khas Sunggyu.

“Apa perempuan bimbo tu buat dekat sini.” Salah seorang staf bersuara sambil mengacau kopi panasnya. Sementara kawannya hanya menggeleng menyambung semula santapan.

“Nampaknya kita akan ada drama hari ni~” Seorang lagi staf masuk sambil bernyanyi ria. Fail yang dipegang diletakkan diatas meja lalau mencapai sebiji mug yang tergantung.

“Maksud kau Yuri?”

Oh God, Wonho! Apa lagi kalau si Soyou tu datang? Apa je niat perempuan tu?”

“Tuan Kim?” Jawab Wonho tidak pasti. Matanya melirik kearah kawannya meminta pertolongan.

“Pandai pun. Aku tak sabar nak tengok muka dia bila kena reject dengan Tuan Kim. Perempuan bodoh!”

---

“Gyu, bawakan beg saya masuk dulu. Saya nak pergi tandas sekejap. Tak tahan dah ni!” Woohyun menghulurkan beg kerjanya kepada Sunggyu. Tanpa bertanya lagi, Sunggyu mencapai dan terus masuk ke dalam bilik.

Tombol pintu dicapai lalu dipulas. Serentak itu dahi Sunggyu berkerut apabila dia merasakan aura gelap didalam biliknya. Dah lah tu, hampir semua orang memandangnya denga pandangan yang sulkt diertikan membuat Sunggyu bertambah bingung.

“Kenapa ni? Kenapa semua orang nampak macam tension je?” Tanay Sunggyu saat ada seorang staf melintasinya, tetapi dia hanya menggoyangkan bahu tidak tahu. Sunggyu berkerut lagi tapi tetap masuk ke dalam biliknya.

Sebaik sahaja daun pintu terkuak, satu bau haruman yang sangat dikenali menyengat deria baunya. Dengan hati yang berdebar, Sunggyu menolak besar lagi pintu tersebut sambil hatinya berdoa bukan orang yang ada difikirannya sekarang.

“Selamat pagi sayang,” Pintu kayu itu dihempas kasar oleh Sunggyu, terus dia meluru kearah Soyou.

“Apa you buat dekat sini?!” Bentak Sunggyu namun hanya dibalas dengan sengihan dari Soyou. Langsung dia tidak gentar berhadapan dengan Sunggyu.

Sengaja dibuat – buat, Soyou bangun dari kerusi dengan penuh menggoda lalu merapatkan jarak yang memisahkan mereka. Bau haruman Soyou yang sangat menyesakkan memaksa Sunggyu berundur beberapa langkah ke belakang, lagipun Soyou mencabulinya. Dengan jarak yang tersisa itu, Sunggyu dapat merasakan deru nafas hangat Soyou dihujung bibirnya, cukup dekat dan nyaris sahaja bersentuh kalau sahaja Sunggyu tidak memalingkan wajahnya.

Soyou tidak terguris sedikit pun dengan penolakan Sunggyu, malah dia lebih berani lagi untuk menggoda. Jarinya tanpa malu menari – nari meraba dada bidang Sunggyu. Badan mereka kini menempel rapat disebabkan Soyou memeluk erat tubuh Sunggyu, mendekatkan kepalanya pada belakang Sunggyu.

Nafas Sunggyu semakin berat dan pendek. Dia menggigil menahan diri daripada mencekik perempuan gatal ini dengan tangannya. Dengan kasar Sunggyu merentap tangan Soyou dari melingkari lehernya dan mencengkamnya. Erangan yang keluar dari mulut Soyou tidak dihiraukan oleh Sunggyu. Sudah puas dia memberi peluang pada Soyou tetapi tidak dipedulikan wanita itu.

“Lepas Gyu! You sakitkan I.” Mata Soyou mula berair menahan sakit. Tangannya yang bebas cuba meleaikan oegangan Sunggyu yang kuat. Dia yakin nanti akan meninggalkan bekas lebam.

I dah cakap tak nak tengok muka you kan! Apa you buat dekat sini!” Sekarang muka Sunggyu tak ubah seperti pembunuh upahan. Matanya mencerlung tajam memandang Soyou yang ketakutan.

Fikiran Soyou sekarang berkecamuk. Dia tidak mampu menuturkan ssebarang ayat sekarang ini. Demi Tuhan, dia sudah mengeluarkan sisi gelap Sunggyu. Tapi Soyou tidak peduli, dia suka melihat sisi Sunggyu yang ini. Seksi.

Bunyi ketukan dibalik pintu berjaya mengalihkan perhatian Sunggyu dan Soyou. Mangambil kesempatan ini, Soyou mendorong bibirnya menempel pada Sunggyu sebelum Sunggyu sempat memberi izin kepada si pengetuk. Merasai sesuatu yang kenyal menemlel pada bibirnya, mata Sunggyu membulat terkejut.

Tetapi itu tidak seberapa jika mahu dibandingkan dengan rasa terkejut oleh tetamu tersebut.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?