Chapter 1

Seeking for Love (Malay version)

Seperti ada satu kuasa yang menarik perhatian mata Sunggyu untuk terus menatap sosok tubuh tersebut. Tidak pernah sekalipun matanya berkelip sejak ia mula memerhatikan batang tubuh itu. Setiap pergerakan yang terhasil daripada tubuh tersebut hanya menambahkan lagi rantaian pesoalan di dalam fikiran Sunggyu.

 

“Tidak ingat lagikah ‘dia’ terhadap aku selepas lima tahun ini? Kalau betul dia sama sekali dia tidak mengingati aku, bermakna dia sudah berjaya melupuskan aku dari kotak memorinya.”

 

Dari mata Sunggyu, Woohyun yang dilihatnya pada hari ini sangat berbeza dengan Woohyun yang pernah dia kenali suatu masa dahulu. Sekarang dia terlihat lebih bergaya dan tidak berlebihan jika Sunggyu mengakui bahawa wajahnya yang mulus itu terlihat semakin menarik dan cantik berbanding lima tahun yang lepas.

 

Cukup sudah terleka dengan Woohyun, Sunggyu bangkit dari kerusinya. Ada satu agenda utama pada hari ini bakal berlangsung di bilik mesyuarat. Hari ini merupakan hari dimana kesemua pengarah dari kedua - dua buah syarikat berkumpul disini.

 

Sedikit perasaan cuak menggigit emosi Sunggyu naun berjaya ditepis oleh ahli perniagaan muda itu. Dengan langkah yang yakin dan macho, Sunggyu melangkah masuk kedalam bilik mesyuarat tersebut.

 

“Selamat pagi semua dan selamat datang saya ucapkan kepada pengurus Love Mall, Encik Lee Howon. Seperti sedia maklum, objektif utama mesyuarat pada hari ini adalah untuk membincangkan tentang penggabungan pusat beli belah kita, Paradise Mall dengan Love Mall.” Sengaja Sunggyu berhenti seketika sebelum beliau menyambung kembali ucapannya setelah berpuas hati melihat setiap orang di dalam bilik tersebut menumpukan sepenuh perhatian terhadapnya.

 

“Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Lee diatas persetujuan beliau terhadap idea penggabungan ini. Sebagai pemegang saham terbesar dalam projek ini, terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Encik Lee kerana mempercayai kami dalam menerajui projek mega ini.”

 

“Baiklah sebelum saya terlupa, mulai dari hari ini Paradise Mall dan Love Mall akan dikenali dengan nama baharu iaitu ParadiseLove Mall.” Sejurus kemudian satu tepukan paling gemuruh bergema memenuhi keseluruh ruangan mesyuarat tersebut.

 

Diam - diam Sunggyu tersenyum melihat reaksi yang diberikan oleh setiap pengarah dari kedua - dua syarikat besar tersebut. Setiap titik peluh beliau dalam menjayakkan projek ini sudah terbayar dengan melihat reaksi mereka. Menjadi ahlli perniagaan di usia yang muda bukanlah mudah bagi Sunggyu. Banyak yang perlu dia perbaiki dan belajar. Namun, itu bukanlah alasan bagi Sunggyu untuk tidak bersaing dengan yang lain.

 

Berasa sudah cukup dengan tepukan itu, Sunggyu segera meminta para hadirin dan hadirat sekalian untuk bertenang. Masih ada lagi yang mahu diperkatakan beliau.

 

“Maka dengan penggabungan ini, pengurusan pusat beli belah ini akan beroperasi dibawah satu pengurusan. Akhir kata, saya berharap dengan penggabungan ini kita semua akan bekerja dengan lebih baik lagi dan memaksimakan kerjasama antara kita. Sekian terima kasih.”

 

Berakhir sudah mesyuarat tersebut dengan ucapan terima kasih dari Sunggyu selaku ketua dalam pasukan tersebut. Beliau kembali semula ke kerusinya usai menamatkan ucapannya tadi. Perasaan bangga tidak berjaya disembunyikan di balik raut wajah tenang Sunggyu.

 

Sedang masih semua ahli lembaga pengarah berbual sesama mereka berkaitan dengan perihal tadi, anak mata Sunggyu melilau mencari sosok Woohyun. Sebaik sahaja anak matanya menangkap batang tubuh Woohyun, satu senyuman terukir di bibirnya.

 

Leka menulis butiran mesyurat ini, Woohyun tidak sedar jika dia sedang diperhatikan oleh seseorang. Tangannya ligat mencatat setiap perkara utama yang dibincangkan kerana sebagai sekretari kepada Howon, dia perlu menyediakan sebuah laporan mengenainya sekembalinya mereka ke pejabat nanti.

 

Lagipun Woohyun sudah mengetahui perkara ini lebih awal, jadi dia sudah maklum dengan setiap perkara utama projek ini. Cumanya yang menjadi permasalahan sekarang adalah dia tidak diberitahu pula bahawa syarikat milik bossnya akan bergabung dengan syarikat Kim Sunggyu. Kecil betul dunia ini. Tak sangka dia akan kembali berjumpa dengan Sunggyu selepas lima tahun. Jujurnya Woohyun tidak bersedia untuk berjumpa.

 

“Dah selesai ke?” Suara Howon menjamah gegendang Woohyun.

 

Dia tidak menjawab namun hanya mengangguk sambil mengemas barang - barangnya. Howon hanya senyap memerhatikan Woohyun yang sedang mengemas. Dia sudah biasa dengan Woohyun. Dia hanya akan bercakap bila perlu sahaja.

 

“Baiklah, lepas ni kita pergi lunch. Dan saya tak terima penolakan.”

 

“Tapi Encik Lee, saya ada kerja nak buat.” Woohyun menolak dengan lembut.

 

“Saya dah agak jawapan awak. Tapi suka untuk saya ingatkan semula, kita kesini dengan kereta saya. Jadinya, awak secara tak langsung kena follow kemana pun saya pergi melainkan awak nak naik teksi.” Ugut Howon bergurau. Dia mahu melihat reaksi Woohyun.

 

Satu keluhan berat dilepaskan Woohyun mendengar ugutan Howon. Si pelaku hanya tersenyum sinis memandangkan Woohyun terpaksa menyetujui ajakan beliau. Jujur Howon tidak mengerti kenapa Woohyun cukup susah untuk diajak keluar. Beribu alasan akan diberi oleh Woohyun setiap kali Howon mengajaknya keluar. Hatta untuk makan sekali pun cukup payah.

 

Sepertinya Woohyun tidak mempunyai pilihan lain, selain terpaksa bersetuju dengan Howon. Dengan langkah lemah, Woohyun membuntuti Howon. Dia kenal sangat boss dia seorang ini. Selagi Woohyun tidak balas ya, selagi itulah Howon akan terus mendesak.

 

 

“Awak berdua nak kemana?”

 

“Tolonglah bukan dia. Tolonglah…”

 

Kedengaran satu suara yang berjaya mematikan langkah Howon dan Woohyun. howon menghadap ke belakang dan menegur sang pemilik suara yan sedang menghampiri mereka.

 

“Oh, Encik Kim rupanya. Kami nak lunch ni, jomlah join sekali.”

 

Sure, why not.” Untuk seketika kedua anak mata Sunggyu dan Woohyun bertembung. Sunggyu tidak mengalihkan pandangannya walaupun Woohyun sudah menundukkan kepalanya.

 

Melihat Sunggyu yang terus memandang Woohyun, barulah Howon perasan yang dia tidak mengenalkan secara rasmi sekretarinya kepada Sunggyu.

 

Sorry, lupa saya nak kenalkan ini sekretari saya, Nam Woohyun.” Mendengar namanya disebut, Woohyun menunduk hormat kepada Sunggyu, sedikit terburu. Sunggyu sedikit tertawa apabila dia dapat membaca raut wajah Woohyun yang cuak.

 

All right, Encik Howon, saya tahu tempat best untuk kita lunch.

 

 

---

 

Sudah hampir satu jam Woohyun duduk berteleku dihadapan laptopnya. Selama satu jam itu jugalah hanya jasad Woohyun sahaja yang elok duduk dihadapan laptop, manakala fikirannya jauh menerawang. Dia masih lagi memikirkan pertemuan tidak sengaja antara dia dan Sunggyu siang tadi. Dari pemerhatian Woohyun, gaya Sunggyu seolah - olah mereka saling tidak mengenali.

 

Cepat - cepat Woohyun menepis ketepi persoalan yang datang. Kalau dia ikutkan perasaannya, takut tidak berjalan nanti kerjanya. Biarlah kisah ‘itu’ menjadi masa lalunya, apa yang dilakukan Woohyun pada hari ini adalah untuk masa hadapannya juga. Dia mahukan hidup yang lebih cerah dan lebih baik untuk dirinya.

 

 

Akhirnya setelah hampir dua jam Woohyun ‘berperang’ dengan diri sendiri, berjaya juga dia menyiapkan laporan mensyuarat siang tadi. Sekali imbas matanya membaca setiap baris ayat, memeriksa jika ada kesalahan sebelum dia menyimpan laporan tersebut. Setelah berpuas hati, Woohyun mengemas meja kerjanya dan kemudian mematikan laptopnya sebelum dia belayar di lautan mimpi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?