Chapter 34

Seeking for Love (Malay version)

Hari ini sudah hari keempat L mencari kerja kosong di Malaysia. Kebanyakan tempat yang dipergi, rata – rata menolak dengan alasan bodoh, awak terlalu kacak untuk kerja sini anak muda tak pun awak nampak macam anak orang kaya, kerja ni tak sesuai. Setiap kali alasan ni muncul L akan mengeluh berat. Kadang – kadang ada juga dia terfikir, muka kacak pun boleh jadi masalah.

L mengatur langak disepanjang kaki lima sambil matanya meliar mencari iklan kerja kosong. Sejak menerap disini L semakin bijak berdikari tanpa dibantu langsung dari keluara. Walaupun ibu sering menelefon bertanya khabar dan tak jemu – jemu memujuk pulang, L tetap dengan keputusannya. Sekali sahaja seumur hidupnya L mahu belajar hidup susah supaya dia boleh menarik kepercayaan orang lain.

Rasa dahaga di tekak memaksa L untuk memasuki sebuah kafe. Bunyi dentingan loceng semasa pintu dibuka menjemput kehadiran L. Suasana kafe yang tenang dan nyaman membuat L tersenyum senang. Kakinya menurut sahaja langkah pelayan dihadapannya.

Sepotong terima kasih diberikan kepada pelayan tadi setelah pesanannya diambil. Terus pandangannya dibuang keluar jendela memerhatikan hiruk pikuk warga kota. Matahari mula merangkak naik ke puncak tetapi sedikit pun tidak menganggu aktiviti mereka. Pelbagai lapisan umur melintasi L bersama dengan objektif dan tujuan masing – masing.

Sejak dia tinggal disini, L banyak belajar perkara baharu. Antaranya, untuk berjaya dalam hidup, kau kena jadi yang terawal mengambil peluang dan berani menempuh risiko. Bukan semua orang beruntung terlahir kaya macam dirinya.

“Ini pesanan encik. Wafer bluberi dengan americano ais.”

“Terima kasih.”

Bau harum dari wafer panas itu sangat menggiurkan iman. Tanpa menunggu lagi, L terus mengambil garfu yang tersedia dan terus menjamu selera. Sesekali menghirup air untuk melancarkan proses pencernaan.

Tak lama lepas tu L merasakan bajunya basah menitik membasahi, L menoleh kesamping melihat seorang lelaki seumuran dengannya tergamam memegang setin minuman yang kosong. Terasa semua mata sedang menatap kearah mereka.

“Maafkan saya! Saya betul – betul tak sengaja!” L kaki ditempatnya bila lelaki tadi menunduk cuba membersihkan tumpahan. Matanya tertumpu pada setiap pergerakan lelaki itu. Dengan jarak sedekat ini, L dapat melihat jelas kulit sehalus bayi dan sepasang bibir merah nipis lelaki itu.

Tangan L bertindak diluar kawalan dengan memegang pergelangan lelaki tersebut dan menghadiahkannya seulas senyuman. Jarak mereka yang dekat ini berjaya menimbulkan semburat merah dipipi lelaki itu. Nafas hangat mereka saling bersatu. Masa seolah terhenti saat L tenggelam dalam manik hazel itu. Ada sesuatu dalam diri L terbangun.

“Eh, tak apa. Kalau lap sekarang pun tak kering.” L memecahkan kesunyian antara mereka tetapi masih belum memutuskan tawatan tangan mereka. Langsung tak ada niat, takut dia akan kehilangan.

Lelaki itu menawarkan senyuman kekok apabila orang awam mula berbisik sesama mereka. Badannya ditegakkan membungkuk kearah mereka sebelum memandang L semula. “Saya minta maaf sekali lagi. Nanti saya ganti baju awak.” Lelaki itu cuba meleraikan pegangan L tetapi tidak berjaya. Sebaliknya, L semakin hanyut dalam pesona lelaki tersebut.

Riak kagum yang terpancar dimuka L menimbulkan ketidakselesaan buat lelaki tersebut. Dia menambahkan sedikit kekuatan rentapan barulah L sedar. Dengan senyuman malu, L melepaskan tangannya. “Maaf.”

“Duduklah.” Suara L terdengar kekok. Dia hampir tersasul bersuara. Rasa macam nak lempang je kepala sebab tersasul bagai.

Tawaran L diterima baik oleh lelaki itu dengan malu – malu. Dengan besar hati L bangun, menarik kerusi untuk si pujaan hati sampai dia bertambah malu. Walaupun bising, tetapi L sempat mendengar ucapan terima kasih dari si dia.

“Selamat berkenalan, saya Kim Myungsoo. Awak pula?” L menghulurkan tangan untuk bersalam dan disambut mesra. Kehangatan yang menyapa tangan L membuat L susah mahu lepaskan.

“Mamat ni dah kenapa? Aku rasa tak ada pula terhantuk kepala dia tadi. Ke aku yang tak perasan?”

“Erm, tangan saya.” L ternganga. “Nama macam apa tu. Uniknya.”

“Maaf, saya nak tangan saya semula.”

“Oh, hehehe..” Malu menjalar ke muka L. Dengan berat hati L merelakan tangan itu lepas.

Lelaki tadi senyum sebelum memperkenalkan diri. “Selamat berkenalan. Saya Lee Byunghun.”

Lee Byunghun. Lee Byunghun. Lee Byunghun.

Nama itu berputar putar dalam fikiran L seperti mantra. Akhirnya dia dapat tahu juga nama si bidadari ini. Kalau tak silap lelaki ini jugalah yang dia jumpa masa dia di Kawasan Rekreasi Selat Tebrau tempoh hari. Orang yang ambil botol tergolek bawak kakinya. Kalau betullah, alahai kecilnya dunia ni.

“Ini cinta hati aku ke? Sebab jantung aku berdegup laju bila mata kami bertentangan.”

“Maaf sangat sebab tertumpahkan air dekat baju awak. Kaki saya tersadung tadi dan yeah, tumpah.” Rasa bersalah tercetak jelas diwajah Byunghun.

“Tak apalah. Benda dah jadi. Bukan salah awak pun, salahkan graviti.” L cuba membuang rasa bersalah pada Byunghun. Hangat dada L melihat lelaki dihadapannya tersenyum lebar.

“Erm, kita pernah jumpa ke? Rasanya saya macam pernah nampak awak sebelum ni.” Byunghun memandang bingung. Sebaliknya L berusaha memendam jeritnya melihat reaksi comel dihadapannya.

L mengangguk memastikan andaiannya. Kemudian L menceritakan semula kejadian pada malam itu dan akhirnya Byunghun teringat. “Tak sangka kita jumpa lagi.”

“Awak buat apa dekat sini. Jarang nak nampak bayang orang Korea dekat sini.”

“Saya baru je pindah empat bulan lepas. Saja nak cuba hidup berdikari, sebab tu saya duduk Malaysia. Awak pula.”

“Saya memang lahir dan besar dekat sini tapi masa saya 13 belas tahun, kami sekeluarga pindah balik ke Korea. Tapi satu malam tu, mak ayah saya terkorban dalam kemalangan ngeri dekat Itewon. Lepas daripada tu, saya decide nak pindah balik sini memandangkan saya tak ada sesiapa pun dekat sana.” Akhir ayat Byunghun disertakan dengan senyuman lirih. L jadi tersentuh mendengar cerita Byunghun. Rasa macam nak peluk je Byunghun, memberi semangat.

“Maaf dan takziah. Awak okay ke?” L memegang tangan Byunghun. Jarinya menggengam lembut tangan yang lebih kecil bagi menyalurkan semangat.

Byunghun mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Jarinya menghapus air mata yang mengugut mahu keluar. Saat matanya teralih pada tautan ditangannya, pipi Byunghun memanas.

“Perasaan apa ni. Kenapa aku tak marah, sebaliknya aku rasa…. lain?”

Tersedar dari lamunannya, L menarik paksa tangannya. “Saya baru teringat saya ada urusan lain.” Dia mengeluarkan sesuatu dari dompetnya kemudian dihulurkan kepada L. Sekeping kertas putih tadi kini bertukar tangan.

 

Lee Byunghun,

0123456789

Manager of Angel cafe

 

“Itu kad saya. Kalau perlukan bantuan ke, telefon je. Saya minta diri dulu. Bye Myungsoo.”

L memandang jauh batang tubuh Byunghun dengan senyuman yang mengembang dibibir. Kad ditangannya kembali direnung. Sambil menyelam minum air. Pertama dia dapat nombor telefon si pujaan hati, keduanya dia mengakhiri jawatan penganggurnya.

---

Woohyun sedang membantu ibu mertuanya memasak didapur. Memandang hari ini hujung minggu, Sunggyu bercadang mahu makan tengahri bersama dengan keluarganya. Lagipun dah lama juga mereka berkunjung ke rumah agam keluarga Kim semenjak Siwon dibenarkan pulang. Kali terakhir mereka datang adalah dua bulan lepas selepas Sunggyu balik dari site visit.

Mommy, nah daging perap.” Hyunah berpaling menyambut mangkuk kaca yang dihulur Woohyun. Selepas Hyunah menyambut, Woohyun mengutip kesemua pinggan mangkuk kotor untuk dicuci.

Tak sengaja Hyunah terpandang Woohyun yang sedang duduk dikerusi dengan ekspresi bosan. Bibirnya menguntumkan senyuman. Dia sendiri yang melarang Woohyun dari membantunya tapi menantunya sorang ni degil. Hyunah meminta Sunggyu untuk megambil Woohyun semasa dia sedang memasak.

“Pergilah temankan suami kamu. Mommy boleh buat sendiri, dah nak siap dah pun.” Hyunah memujuk sambil tangannya ligat mengacau masakannya didalam periuk. Kepalanya dimiringkan agar dapat melihat Woohyun.

“Dia tengah tidur Mommy. Dahlah tu berdengkur pula.” Nada Woohyun bertukar merajuk. Lobak yang tergolek dihadapannya dicapai lalu dipotong. Hyunah hanya biarkan sahaja. Api didapur diperlahankan lalu dia duduk dihadapan Woohyun.

“Perkara baru tu. Sepanjang Mommy tahu, Sunggyu tak berdengkur.” Kening hitam Hyunah tertaut bingung. Bila Woohyun mengadu tentang perkara itu, Hyunah pelik sebab rasa tak pernah Sunggyu berdengkur. Kalau Siwon iyalah.

“Dia memang tak berdengkur, tapi kalau dia penat sangat, rumah pun boleh runtuh.” Info baharu yang diterima Hyunah membuat tawanya meledak.

Jujur buat Hyunah, dia kahum dengan semangat Woohyun dalam mengharungi semua dugaan yang dihadapi sendiri tanpa orang lain menyokongnya. Bukan senang untuk orang lain digantung tidak bertali selama lima tahun. Haknya sebagai isteri sah Sunggyu dinafikan. Dia tiada kuasa untuk mengakhiri hubungan mereka kerana dihalang Siwon.

Bila Hyuna sangka dia kembali melihat Sunggyu dan Woohyun bersama, dugaan lain pula yang datang. Masih jelas lagi diingatan Hyuna saat Sunggyu menampar Woohyun. Kejadian itu merupakan titik tolak dalam hidupnya. Sangkanya Sunggyu seorang yang profesional, tetapi anaknya terlalu mudah jatuh kedalam perangkap ayahnya.

“Macam kehidupan kamu zwoohyun? Sunggyu layan kamu elok ke?” Hyuna bertanya membawa kejutan buat Woohyun. Tak sangka pula ibu mertuanya akan bertanya sedemikian.

Sebelum dia menjawab pertanyaan itu, Woohyun menghirup dalam oksigen bagi mengumpul keyakinan. Wajah tenang wanita separuh usia itu direnung lembut. Selepas ibu kandungnya pergi buat selama lamanya, Woohyun sangat bersyukur dikurniakan Hyuna sebagai sosok ibu.

“Kami okay je. Sunggyu yang terbaik buat saya. Dia layan saya macam saya ni ratu.”

“Baguslah kalau macam tu. Erm, bila Mommy dengan Daddy boleh timang cucu ni? Ke kamu berdua merancang?” Blush! Muka Woohyun memerah sempurna memdengar soalan ibu mertuanya. Manakala Hyuna tersenyum sungging melihat reaksi Woohyun.

Mommy! Kami masih mencuba lagi. Sunggyu ada juga cakap pasal ni. Kami tak merancang pun, umur pun dah masuk lewat 29 an, dah elok sangat kalau nak berkeluarga.”

Hyuna terhulur mencubit pupi merah Woohyun. “Iyalah, pergi kejut suami dengan Daddy kamu. Cakap dah nak siap ni.”

---

Ruas jari Woohyun mengetuk perlahan pintu kayu putih bilik utama tersebut. Sesaat kemudian Woohyun berhenti sehinggalah ada suara yang membenarkannya untuk masuk. Dengan penuh hati – hati Woohyun memusingkan tombol dan menolak daun pintu itu. Senyuman dihadiahkan kepada lelaki tua yang sedang berehat diatas katil.

“Ya Woohyun.” Buku yang dibaca tadi ditutup Siwon lalu diletakkan diatas meja bersama dengan cermin matanya. Dia mengesot sedikit memberi ruang untuk Woohyun duduk.

“Makanan dah siap. Mommy minta saya beritahu Daddy.” Beritahu Woohyun sambil tersenyum. Tanpa disuruh, Woohyun mengurut kaki kana bapa mertuanya. Lepas kejadian malang tempoh hari, Siwon dah tak macam dulu lagi. Sekarang dia kena guna tongkat untuk membantu pergerakannya.

“Kamu masak apa?”

“Bukan saya, Mommy yang masak. Saya cuma tolong je. Mommy masak daging black paper, sup sayur dengan butter prawn. Untuk pencuci mulut, kek oren dengan barli madu.”

Daddy ingat kamu masak. Dah lama rasa Daddy tak makan masakan kamu.” Siwon mengadu. Woohyun cuma tersenyum kemudian berjanji akan memasakkan ayah mertuanya nanti bila dia berkunjung lagi.

Mommy tak bagi saya tolong. Saya tak boleh nak kata apa, dapur tu dia punya. She is the boss.” Gurau Woohyun membuatkan Siwon tergelak.

Mom! Daddy dengan Woo mengumpat!”

Serentak dengan itu, perhatian Siwon dan Woohyun teralih ke muka pintu dan melihat Sunggyu sedang berdiri berpeluk tubuh di daun pintu. Bibirnya tersenyum mengejek.

“Diaorang cakap apa?!”

“Dia cakap Mommy masak tak sedap! Woohyun punya lagi sedap!”

Woohyun memutar bola matanya malas. Kehadiran Sunggyu dihiraukan dan membantu Siwon menuruni katil. “Jom Daddy, biar je dia.”

Siwon tersenyum melihat pasangan itu bergaduh manja. Sepotong terima kasih diberikan kepada Woohyun kerana membantunya.

“Sayang tak kejut saya pun.” Saat Woohyun melintasi Sunggyu, suaminya memegang lengan Woohyun dengan bibir memuncung.

“Tak malu ke Daddy tengok. Ingat sikit umur dah berapa.” Marah Woohyun. Tangan Sunggyu ditarik sekali kalau tak suaminya akan terus merengek.

“Sunggyu, Daddy yakin Woohyun nak kejut kamu tapi kamu cepat sangat bangun. Betul tak Woohyun?”

Woohyun mengangguk dan muncung Sunggyu bertambah sedepa lagi. Kakinya dihentak ke lantai bila ayah sendiri menyebelahi isterinya.

Daddy pun backup sayang. Pergi kat Mommy lah macam ni.”

Woohyun menggeleng kepala. “Ingatkan saya semula umur Sunggyu.”

“Hahhahaah! Kesian kamu kena layan perangai budak – budak dia.”

---

“Aku tak peduli Seolhyun! Aku tetap nak dia!” Teriak Soyou sekuat hati tanpa mempedulikan orang sekeliling. Gelas yang terisi dengan minuman keras diteguk laju oleh Soyou.

“Tapi dia dah reject kau. Apa boleh buat lagi?”

Pandangan tajam yang diberikan oleh Soyou memaksa Seolhyun mengalihkan anak matanya ke tempat lain. Mata kucing Soyou penuh dengan kebencian dan kekecewaan. Tak tahulah macam mana nak nasihat Soyou lagi. Sebelum ni tak ada pula perangai macam ni. Seolhyun perasaan perangai Soyou mula berubah lepas dia kena tinggal dengan boyfriend lama.

“Kalau aku tak boleh dapatkan dia, jangan mimpi orang lain boleh!”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?