Chapter 36

Seeking for Love (Malay version)

Berita kehamilan Woohyun disambut ceria oleh semua orang. Tak tahulah over ke tak, tapi lepas tahu dia akan jadi Papa, Sunggyu jadi selalu tersenyum, bangun pagi pun perkara pertama yang dibuat Sunggyu adalah mencium perut Woohyun. Siwon dan Hyuna pula turut bahagia. Ibu mertunya siap menawarkan dirk untuk tinggal dengan mereka sehingga baby lahir, tapi Woohyun memberi alasan terlalu awal. Perutnya masih belum terlalu kelihatan.

Kehadiran janin didalam rahimnya membawa beribu perasaan kepada Woohyun. Syukur, terima kasih, terharu, bahagia semuanya bercampur baur. Dia sudah lama menantikan kehidupan lain didalam dirinya selepas dia keguguran dahulu. Walaupun anak pertamanya dahulu hadir bukan kerana cinta, tetapi Woohyun tetap menyayanginya. Perasaan kehilangan itu tidak tergambar oleh kata – kata. Jadi bila sekarang dia diberi peluan kedua untuk mengandung, Woohyun berjanji dia akan menjaga anak ini sehinggalah dia lahir ke dunia ini.

Bunyi pintu bilik air dibuka mematikan lamunan Woohyun. Kelibat Sunggyu yang hanya berbalut tuala menutup dari pinggangnya ke bawah membuat Woohyun malu sendiri. Tapak tangannya memyentuh perutnya yang sedikit membuncit sambil memerhatikan Sunggyu menyarung kemeja ke tubuh tegapnya.

“Sayang, simpan sikit muka tu. Nanti saya ‘makan’ baru tahu.” Sunggyu sengaja mengusik Woohyun membuat pipi tembam isterinya semakin memerah. Woohyun memalingkan wajahnya dari terus memandang Sunggyu.

Sunggyu tersenyum melihat reaksi comel Woohyun. Jarinya cekap memasang setiap butang sehinggalah yang terakhir. Tali leher yang tergantung di penyangkut diambil Sunggyu lalu dia menghampiri Woohyun. Melihat suaminya menghampiri, Woohyun bangun dan mengambil tali leher yang dihulurkan.

“Lepas ni awak kena belajar pakai sendiri. Saya dah tak boleh nak manjakan awak sangat bila baby ada.” Woohyun melirik suaminya sementara tangannya sibuk melilit tali leher. Setelah selesai, Woohyun mengemaskan kain di dada Sunggyu dan berjingkit sedikit untuk mengemaskan kolar dibelakang.

Sebagai ucapan terima kasih, Sunggyu mencium bibir merah isterinya seperti selalu. “Iyalah Mama. Nanti Papa belajar okay. Sekarang jom kita pergi.”

 

Pasangan Sunggyu dan Woohyun memutuskan untuk bersarapan diluar sebelum mereka bertolak ke pejabat. Sunggyu memilih untuk bersarapan di restoran berhampiran dengan pejabat mereka, lebih menjimatkan masa. Mereke berjalan kaki sahaja selepas Sunggyu memarkir kereta di tempat parkir bawah tanah.

“Dua the panas dengan dua set roti bakar, telur separuh masak, terima kasih.” Pelayan tersebut mencatat pesanan itu sebelum meninggalkan meja. Woohyun menyandarkan badannya kenelakang sambil memerhatikan sekeliling.

Boleh dikira ramai juga keluarga bersarapan disini. Bila tengok family makan dengan anak – anak kecil, Woohyun tersenyum sendiri. Dia sedang berangan nanti keluarganya seperti itu, mesti comel kan. View seorang ayah mengelap mulut anak perempuannya yang comot menarik perhatian Woohyun. “Macam mana nanti Sunggyu dengan budak – budak. Mesti macam bapa penyayang kan.”

“Hey, suami awak dekat depan ni. Apa yang sayang termenungkan tu?” Sunggyu menongkat dagu memandang Woohyun dengan ekspresi comel.

“Tak ada apalah. Saja terfikir awak dengan budak – budak bila tengok family yu.” Jari chubby Woohyun menunjuk kearah yang dimaksudkan. Sunggyu mengikut sahaja arah jarinya dan secara tak langsung senyum dibibirnya merekah.

“Kita akan jadi parents yang baik nanti. Saya akan manjakan anak – anak saya.”

Woohyun kurang bersetuju dengan statement suaminya. Dahinya berkerut. Bukannya apa, Woohyun tidak mahu nanti anak mereka mengada – ngada. Dia lebih suka didikan orang tua dahulu. Penyayang tetapi masih bertegas.

“Saya kurang setuju. Awak kena tegas kalau tak mereka tak hormat kita.”

“Saya tahulah, saja je.” Cebik Sunggyu. “Sebenarnya kan, saya berharap sangat kandungan awak perempuan.” Malu – malu Sunggyu mengaku.

“Kenapa?”

“Nanti bolehlah saya layan dia macam princess.”

“Kalau lelaki kacam mana?” Woohyun mengelus perutnya menanti jawapan Sunggyu.

“Tak apalah, nanti dia boleh jaga awak kalau saya pergi jauh.” Woohyun ketawa besar lepas Sunggyu mengenyitkan matanya. Alahai suaminya.

Tak lama kemudian, pesanan mereka tiba. Woohyun menghentikan tawanya dan fokus kepada sarapannya. Woohyun bersyukur sebab dia tak mengalami alahan teruk macam ibu mengandung lain. Cuma yang dia perasan nafsu makannya sedikit bertambah.

“Sayang,”

Woohyun mengangkat kepala memandang Sunggyu. Tapi kemudiannya dia tersenyum malu kerana Sunggyu mahu menyuapkan. Biasanya Woohyun tak malu sangat tapi disebabkan sekarang mereka dekat public, tu yang Woohyun malu.

“Awak buat saya malu tiba – tiba.” Tapi Woohyun tetap menerima suapan Sunggyu. Jari Sunggyu terhulur menghapuskan sedikit habuk roti dihujung bibir Woohyun.

---

Sunggyu masih lagi berada dikerusinya, membaca fail tebal yang terisi laporan penting syarikat ini walaupun mesyuarat sudah tamat 10 minit lepas. Orang terakhir yang masih berada didalam bilik itu selain daripada Sunggyu sudah semestinya Woohyun yang sedang memastikan segala butiran mesyuarat tadi tercatat sebelum dia menutup planner. Melihat Sunggyu yang masih serius menelaah, Woohyun mengambil inisiatif untuk menghampiri suaminya.

Kerusi hitam disebelah kanan suaminya ditarik oleh Woohyun lalu duduk diatasnya. Ingatkan bila dah duduk kehadirannya akan disedari, namun Sunggyu masih tekun membaca kertas yang dipegangnya. Bibir Woohyun mencerut kesal kerana dia tidak dipedulikan.

“Gyu, awak dah siap ke?” Woohyun bertanya membuatkan Sunggyu tersentak. Sekarang Sunggyu memberikan sepenuh perhatiannya kepada Woohyun setelah mengenepikan fail tadi.

Sorry, saya tak perasan awak. Lepas ni apa jadual saya?” Woohyun menggeleng. Tangannya terhulur menarik Sunggyu untuk berdiri.

 

Pintu bilik di belakang ditolak kasar oleh Sunggyu sambil dia sibuk mencium bibir Woohyun. Tangannya tidak tinggal diam, merayap ke seluruh badan Woohyun sehinggalah dia berhenti di abdomen Woohyun untuk mengusapnya. Disela ciuman mereka, Sunggyu tersenyum lalu menyatukan dahi mereka sambil saling menatap.

“Tak boleh tahan ke sampai kita balik, Encik Kim? Tak takut kalaunada orang masuk bilik Encik?” Woohyun sengaja menggoda suaminya, bermain dengan tali leher didada Sunggyu.

“Siapa boleh tahan kalau kena goda dengan isteri seksi, hmm?” Sunggyu menggigit kecil telinga kiri Woohyun membuat Woohyun menggeliat geli.

Masing – masing kemudiannya terbuai dalam pesona antara mereka. Denyutan jantung yang menenangkan berserta dengan tatapan teduh membangkitkan lagi asmara dalam diri. Woohyun menutup matanya saat Sunggyu mengeratkan lagi pelukan dipinggangnya tetapi masih memberi ruang tidak terlalu menekan kandungan Woohyun. Bau badan Sunggyu sangat memabukkan Woohyun.

“Gyu, kita duduk. Saya penatlah diri.”

Sunggyu menurut permintaan isterinya dan nerjalan tanpa memutuskan pelukan kearah mejanya. Kerusi sitarik bagi Woohyun untuk berehat sementara dirinya mendudukkan diri disebelah.

“Saya ada sesuatu nak bagi awak. Sekejap ya.” Sunggyu hanya memerhati gerak geri Woohyun yang sedang menyelak plannernya untuk mengambil sekeping sampul surat. Kening hitam Sunggyu bertaut bingung cuba meneka isinya selepas dihulurkan.

“Apa ni?”

“Bukalah.” Pinta Woohyun sambil tersenyum. Sunggyu cuma menurut sahaja.

Surat peletakan jawatan.

Tertera pada surat tersebut adalah nama isterinya. Pelik. Sel – sel otak Sunggyu cuba bersambung tetapi gagal. “Kenapa?” Sunggyu tidak tahan untuk bertanya.

Kecewa dengan reaksi yang diberikan suaminya, Woohyun mencubit pinggang Sunggyu geram. Rasa sakit menjalar ke segenap tubuh Sunggyu. Pantas dia menepis tangan berbahaya yang masih bertengger dipinggangnya.

“Suamiku sayang, awak dah lupa ke perjanjian kita?” Woohyun cuba untuk mengingatkan Sunggyu. Dia memerhatikan suaminya yang sedang mencuba mengingati. Setelah beberapa ketika, Woohyun masih tidak mendapat jawapan.

“Dasar tua.”

Sunggyu tersengih tanpa dosa, menggaru tengkuknya yang tidak gatal untuk menutup rasa malunya. “Sorry sangat. Saya langsung tak terlintas apa – apa.”

Malas mahu memperpanjangkan perkara tersebut, Woohyun biarkan sahaja. Surat itu kembali semula ke tangan Woohyun lalu diletakkan keatas meja. Perhatiannya kembali semula kepada Sunggyu yang sedang menunggu penjelasan daripadanya.

“Awak ingat tak dulu awak pernah minta saya berhenti kerja kalau saya mengandung. Awak minta saya tukar profesion jadi suri rumah kan?” Woohyun berhenti sekejap. “Saya setuju. Sekarang saya dah mengandungkan, saya rasa dah sampai masanya. Saya nak berhenti.” Woohyun menjelaskan niatnya dan memperoleh Sunggyu yang kebingungan.

“Gyu,” Woohyun memanggil suaminya.

“Sayang betul ke ni?”

“Nampak macam saya main – main ke? Hari ni bukannya April Fool, cintaku.”

“Terima kasih.” Sunggyu mendekatkan kerusinya kepada Woohyun dan memeluk erat tubuh itu membuat Woohyun terkejut. Nasib baik dia tak terjatuh dari kerusi.

“Terima kasih untuk apa?” Tanya Woohyun semula. Dia tak faham.

“Iyalah sebab awak setuju dengan cadangan saya. Tapi saya nak sayang tahu saya tak pernah paksa tau. Sayang boleh kerja semula bila – bila masa kalau rasa bosan dekat rumah. Saya tak paksa tau.” Satu kucupan dihadiahkan diubun – ubun Woohyun dengan penuh kasih. Rambut lebat Woohyun dielus lembut.

Kebahagian yang dikecapi Sunggyu sekarang sukar untuk digambarkan dengan kata – kata. Pertama, dia berjaya mendapatkan semula isterinya. Kedua, kebahagiaanya bertambah dengan berita kehamilan Woohyun, dan sekarang Woohyun memilih menjadi suri rumah sepenuh masa daripada bekerja. Sunggyu sudah mendapat segala yang dia mahukan dalam hidupnya sekarang.

“Terima kasih Tuhan. Kau berkatilah perkahwinan kami.”

“Okay sekarang Papa, memandangkan Papa free sampai pukul empat nanti. Apa kata kita lunch sekarang? Saja nak cakap, kita dah sejam lewat ni. Sekarang dah pukul 2.17 pm. Anak awak dah kebulur ni.” Woohyun bersilang dada. Dia sudah berdiri menunggu Sunggyu.

Sunggyu ikut tersenyum dengan telatah Woohyun. Telefon bimbit diatas meja dicapai lalu dimasukkan kedalam poket seluarnya. Sebelum itu Sunggyu menundukkan dirinya sama dengan perut Woohyun kemudian berbisik, “ Anak Papa nak makan apa? Papa belikan.”

“Yeah! Baby nak makan makanan Itali, boleh Papa bawa?” Comel suara Woohyun meniru gaya bayi bercakap. Belakang tubuh Sunggyu yang sedang menunduk diusap.

“Okay, apa saja untuk anak Papa. I love you, baby.” Hati Woohyun berbunga riang mendengarkan bisikan Sunggyu kepada kandungannya. Rasa dah berair mata terharu punya pasal. Bila Sunggyu menegakkan badannya Woohyun mengelipkan matanya menghapus air mata yang mulai memupuk.

“Sayang Papa juga.”

---

L sedang tekun mengelap meja terakhir semasa Byunghun menghampiri. L meminta Byunghun untuk tunggu sebentar sementara dia menyelesaikan kerjanya kemudian mengganti pakaian. Jarum jam sudah menunjuk ke angka lapan selepas jam lima tadi. Itu menandakan sudah 40 minit shif L tamat. Sudah menjadi kebiasaan L akan menghantar Byunghun pulang bersama berjalan kaki.

10 minit kemudian, L kembali semula dengan pakaian kasualnya kepada Byunghun bersama dengan senyuman prince charmingnya menghiasi muka kacaknya. Byunghun tersipu melihat L berjalan kearahnya seperti model. Byunghun tidak mampu menipu hatinya. Dia sudah jatuh cinta pada lelaki sombong seperti L. Terfikir tentang perkara itu Byunghun terdiam. Adakah L merasakan sama sepertinya?

“Awal lagi. Kenapa cepat sangat?” Tanya L setelah dia mengambil tempat dihadapan Byunghun. Namun sebelum itu L perasan samar – samar warna merah menghiasi muka si pujaan hati. “Comel!”

“Tak ada, saja je nak ajak keluar. Anggap je sebagai balasan sebab awak selalu jalan dengan saya waktu balik setiap malam.” Byunghun bermain dengan jarinya cuba menutup rasa gugup dihati. Malu mahu menatap mata dengan L.

“Tak payahlah nak bayar bagai, Byunghun. Saya buat ikhlas lagipun jalan balik awak kan gelap. Biarlah saya pastikan si comel saya ni selamat sampai rumah.” L menghabiskan ayatnya dengan kerlingan seksi kepada Byunghun. Yang dikerling cuma tertunduk malu menyembunyikan semburat merah yang menghiasi pipinya.

Jujurnya L nak sangat mengaku perasaanya terhadap Byunghun sekarang, tapi dia takut ditolak. Dia tidak mahu menjadi dirinya yang lama, mendesak memaksa orang menuruti permintaanya. Tapi dalam pada masa yang sama L mahu Byunghun menjadi pendamping hidupnya. Dia mahu bawa Byunghun pulang ke Korea dan memulakan keluarga kecil mereka disana.

“Tapi kalau awak yang belanja, saya okay je. Jom!”

---

Udara malam yang dingin menggigit sampai ke tulang sum sum, tetapi sedikit pun tidak mempengaruhi kesibukan masyarakat di bandaraya Johor Bahru. Mata Byunghun mencemburui pasangan yang mesra berpegangan tangan atau berpelukan dihadapannya. Entah bila pula gilirannya untuk merasai seperti itu. Sekilas out dia menoleh kesamping melihat L juga sedang mengelamun kehadapan dengan kedua tangan berada didalam poket seluar. Hatinya membuak mahu berterus terang tetapi perasaan malu jauh lebih menguasai hatinya sekarang.

“Huuhhh..” Panjang keluhan yang terkeluar dari mulut Byunghun sampaikan L mendengarnya lalu bertanya.

“Tak adalah, penat je.”

“Kalau macam tu kita baliklah. Terima kasih sebab belanja saya.” L membawa tangan kecil Byunghun ke dalam genggaman hangatnya dan berjalan ke tempat parkir. Tak sampai separuh pun berjalan, L merasakan tangannya tertarik ke belakang. Dia berpusing dan melihat Byunghun diam membatu.

“Kenapa? Ada sesuatu yang menggangu awak ke? Awak lebih senyap malam ni. Biasanya mulut awak macam bertih jagung bila bercakap.” L memujuk, mengusap ibu jarinya ke pipi lembut Byunghun tanpa meleraikan pegangan mereka. Terbuai dengan sentuhan yang diterima, Byunghun menutup matanya menghayati lagi.

“Myungsoo, saya nak tanya sesuatu boleh? Saya nak awak jawab dengan jujur.” Nada suara yang digunakan Byunghun begitu serius. Matanya merenung tepat kepada L.

Mereka berdiri ditengah khalayak ramai dengan saling merenung tanpa mempedulikan pandangan yang dilemparkan oleh orang lalu lalang. Bagi Woohyun ini adalah masanya untuk dia berterus terang tentang perasaannya. Dia mahukan jawapan dari L.

Byunghun menghembus keluar nafasnya sebelum dia membuka mulut. “Aa..aawak nnampak ssaya sebagai aa..aappa?” Akhirnya ayat yang mahu diutarakan terkeluar juga walaupun terbata – bata.

Soalan cepumas yang dilemparkan Byunghyun menimbulkan persoalan besar dibenak L. Bagaimana dia harus menjawab? Adakah dia terlihat seperti sedang mempermainkan perasaan lelaki itu? Segala perlakuan manis terhadap lelaki itu adalah tulus ikhlas daripadanya. Byunghun adalah orang pertama yang menarik perhatiannya selepas Woohyun. Kehadiran Byunghun juga berjaya menghapuskan Woohyun sedikit demi sedikit dari hatinya.

Selepas dia menyedari perasaannya terhadap Byunghun, L bertekad mahu menyunting lelaki tersebut sebagai suri hidupnya. Dia mahu Byunghun menjadi oeneman seumur hidupnyandan menjadi ibu kepada anak – anak mereka. Dia mahu menyatakan perasaanya, tetapi L takut akan penolakan. Dia takut cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.

“Maksud awak apa? Saya tak faham.” Kepala L memiring, Byunghun mendengus kesal.

“Nyungsoo, saya tahu awak faham. Tolong jawab dengan jujur.”

“Baiklah kalau itu yang awak nak. Tapi awak kena dengar betul – betul, sebab saya tak akan ulang untuk kali kedua.”

Jantung Byunghun berdegup semakin kencang menanti jawapan yang bakal diterima. Luarannya terlihat tenang tetapi batinnya hanya Tuhan sahaja tahu. Hati kecilnya tidak bersedia untuk menerima berita pada malam ini.

“Saya suka awak Byunghun.”

Ayat keramat yang baru sahaja meluncur keluar dari mulut L masih berdengung lagi di telinga Byunghun. Mukanya diangkat untuk menatap L. Dia cuba mencari kebohongan yang terpancar di balik renungannya, tetapi tiada. Yang dilihat hanyalah rasa cinta yang menggunung dan kejujuran.

“Sekali lagi.”

“Saya suka awak, Byunghun. Saya nak jadikan awak sebagai peneman hidup saya.”

“Awak serius ke ni?”

“Sepanjang hidup saya, saya tak pernah serius. Memang saya tak pandai dalam bercinta tapi saya yakin dengan apa yang saya rasa sekarang. Saya percayalata hati saya.”

“Tt..terima kasih.”

---

Langkah mereka terhenti setelah berada dihadapan rumah bercat putih milik Byunghun. L memusingkan badannya agar menghadap Byunghun yang menundukkan kepalanya cuba mengelak dari bertembung dengan matanya. Tangan Byunghun yang lebih kecil daripadanya dipegang, mengelus punggung tangan milik Byunghun yang halus.

“Selamat malam dan terima kasih kerana terima saya sebagai kekasih awak, Hunnie.” Pipi tirus Byunghun kini berada diantara tapak tangan L sehinggalah bibir L menmpel padanya. Mereka kekal dalam posisi itu sehingga Byunghun yang memutuskan dengan muka yang memerah seperti tomato.

“Saya pun. Hati – hati balik nanti. Selamat malam.”

Myungsoo mengangguk. “Masuklah dulu. Dah makin sejuk ni.” Dia meminta Byunghun segera sambil membetulkan rambut kekasihnya yang sedikit serabut ditiup angin.

“Baiklah, bye.” Byunghun melambai kepada L buat kali terakhir sebelum dia benar – benar masuk kedalam. L tetap berdiri disitu sampailah lampu garaj dimatikan menandakan si pujaan hati telah selamat masuk ke dalam.

Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, bunyi telefon bimbitnya mematikan langkah. Keningnya bersambung kehairanan membaca nombor panggilan yang tertera. “Hello.”

“Hello adikku sayang. Apa khabar?” Suara yang sangat tidak asing menyapanya dihujung talian.

“Sihat je, kenapa call ni? Semua okay ke?” Dadanya berdebar. Sunggyu hanya akan menelefon jika berurusan dengan hal keluarga sahaja. Kali terakhir kembarnya berbuat demikian untuk memberitahu Daddy mereka sudah dibenarkan keluar dari hospital.

“Saja je nak call. Tiba – tiba teringat itu yang call.” Bibir nipis L merekah mendengar pengakuan abangnya. Dia yakin Sunggyu mesti tengah dilanda malu sekarang.

“Hyung baru mengaku rindu saya ke? Sebabnya saya faham macam tu.” L mengusik abangnya. Tawanya terburai apabila mendengar Sunggyu mendengus di seberang.

“Hyung apa khabar? Macam mana keluarga kita? Daddy?” Bertubi – tubi soalan yang ditanyakan L sampaikan Sunggyu tidak mampu menjawabnya.

“Woah! Relaks lah. Hyung dengan Woohyun okay je. Daddy dah semakin sihat dan ceria, while Mommy sama je. Mommy selalu juga tanya hyung bila kamu nak balik. Dia rindu.”

Bibir L terkatup rapat selepas Sunggyu memberitahunya. Bukannya dia tidak mahu pulang, tetapi dia masih belum bersedia lagi. Dia malu akan perbuatannya dahulu, out sebabnya dia malu mahu berhadapan dengan keluarganya terutama Woohyun. Dia malu.

“Myungsoo?”

“Ada je dekat sini hyung. Termengelamun pula. Pasal Mommy tu, bukannya tak nak balik tapi saya masih perlukan sedikit masa lagi. I promise.”

“Baiklah, take your time. Tapi hyung berharap sangat kamu balik sebelum anak saudara kamu lahir.” Mata L membuntang. Anak saudara?

“Maksud hyung?”

“Kamu nak jadi pakcik, dummy. Woohyun dah empat bulan pregnant.”

“Serius hyung?! Woah! Tahniah!” L tumpang gembira dengan khabar yang diberikan. Tak lama lagi dia akan bergelar pakcik. Seronoknya!

“Ya, terima kasih. Pergilah buat anak. Siapa tahu dapat awek Malaysia ke.”

“Ha, sebenarnya saya ada benda nak cakap.” L menggigit bibirnya cuba mengawal malu yang melanda. Susah dia mahu bercerita dengan orang.

“Hyung dengar sini.”

Mommy Daddy mungkin dapat menantu baru.”

“Yeke! Siapa yang malang tu?” Usik Sunggyu.

“Hyung~ Saya taklah teruk macam tu kan.” Rajuk L. “Dia orang Korea tapi lama menerap dekat sini. Baru je tadi kami official. Saya tengah jalan dengan dia tau masa hyung telefon. Pandaikan hyung spoilkan mood?”

Tawa Sunggyu bergema dihujung talian membuat L mencebik kesal. Abang kembarnya memang menyakitkan hati semenjak dua ni.

“Okaylah, sorry ganggu korang. Pergilah bercengkerama dengan kekasih hati awak tu. Bye.”

“Bye.” Talian pun dimatikan selepas L menekan butang merah di skrin. Bibirnya tak sengaja menguntumkan senyuman selepas panggilan dari abangnya. Berita gembira yang disampaikan Sunggyu melebarkan lagi senyumannya.

“Awak cuma masa lalu saya Woohyun. Byunghun adalah masa hadapan saya.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?