Chapter 16

Seeking for Love (Malay version)

Sakit kepala yang dirasakan dari pagi tadi semakin berdenyut - denyut. Rasa pagi tadi Woohyun sudah makan panadol, tetapi sakitnya tidak berkurangan. Woohyun berhajat untuk membuat air di pantri tetapi belum sempat dia melangkah, tiba - tiba dunianya gelap gelita.

 

Oh my GodI Woohyun!” Seorang staf berlari kearah Woohyun yang terbaring ditepi meja.

 

“Tolong beritahu Encik Kim!”

 

Semasa kejadian tadi berlaku, Sunggyu dan Howon sedang berjalan dan terdengar sedikit kekecohan di dalam pejabat. Howon memandang Sunggyu menanyakan apa yang berlaku. Belum sempat Sunggyu tiba di pintu, seorang staf berlari kepadanya dengan muka panik. Sunggyu semakin pelik.

 

“Encik Kim, PA..PA Encik,”

 

“Kenapa dengan PA saya?”

 

“Dia pengsan.”

 

Cepat sahaja kaki Sunggyu dan Howon berlari masuk meninggalkan staf yang yang terpinga - pinga ditinggalkan mereka.

 

Melihat tubuh Woohyun yang terbaring tidak sedarkan diri dalam pangkuan salah seorang stafnya, jantung Sunggyu bagaikan gugur dari tangkainya. Tanpa membuang masa dia terus menerpa kearah Woohyun dan menarik tubuh isterinya kedalam pangkuannya.

 

“Woohyun!” Pipi Woohyun ditepuk lembut oleh Sunggyu beberapa kali.

 

“Sunggyu, sediakan kereta biar saya angkat Woohyun.” Howon menawarkan diri untuk mencempung tubuh Woohyun tetapi tidak dibenarkan sama sekali oleh Sunggyu.

 

“Tak, biar saya yang bawa dia. Awak siapkan kereta.” Sunggyu menepis tangan Howon di badan Woohyun membuatkan Howon sedikit terkejut dengan tindakan Sunggyu.

 

“Howon!”

 

 

Doktor masih lagi belum keluar daripada bilik rawatan yang menempatkan Woohyun. Selama itu jugalah Sunggyu berulang alik di hadapan bilik menanti khabar daripada doktor. Howon memandang Sunggyu dengan penuh persoalan. Dia faham Sunggyu mesti risau sebab PAnya pengsan, tapi yang buat Howon tak faham sekarang ini, kenapa reaksi Sunggyu melebihi majikan kepada pekerjanya. Lhat sahaja bagaimana Sunggyu menepis tangannya tadi sewaktu dia menawarkan diri mahu mengangkat Woohyun. Mata Sunggyu penuh dengan rasa posesif.

 

“Hey Sunggyu cuba relaks. Woohyun okay je.” Howon berjaya memberhentikan Sunggyu. Dia melihat Sunggyu berjalan kepadanya. Howon meramas lembut bahu Sunggyu bagi membuang kegusaran pada Sunggyu.

 

“Woohyun mesti okay lah.”

 

 

“Muka dia pucat tadi. Macam…” Sunggyu tak sanggup menghabiskan ayatnya, air mata jatuh mencurah di bahu Howon.

 

Howon biarkan sahaja Sunggyu begitu seketika sehinggalah pintu bilik rawatan Woohyun terbuka bersama seorang doktor keluar dari ruangan tersebut. Bingkas Sunggyu bangun mendapatkan beliau.

 

“Siapa yang bawa pesakit ke sini?”

 

“Saya.” Serentak Sunggyu dan Howon menjawab. Masing - masing terkejut mendengar jawapan sesama sendiri.

 

“Boleh saya tahu hubungan anda dengan pesakit?”

 

Baru Howon mahu menjawab pertanyaan doktor tadi, Sunggyu sudah menjawab terlebih dahulu dan jawapannya sangat memeratjatkan Howon. Hampir sahaja rahangnya tertanggal mendengar jawapan Sunggyu.

 

“Saya suami Woohyun.”

 

“Ikut saya.”

 

Howon masih tidak percaya lagi dengan jawapan Sunggyu. Suami? Serius lah suami. Sumpah Howon terkejut sangat tadi. Howon cepat - cepat membuang fikirannya selepas dia menangkap sosok Sunggyu menghampirinya.

 

“Doktor cakap apa?”

 

“Tak ada apa, Woohyun cuma terlebih kerja dan stress. Kalau tak ada masalah lain, lepas dia bangun dah boleh balik.” Selesai Sunggyu menerangkan, jeda kembali mengisi antara mereka.

 

Rasa ingin tahu membuak - buak dalam diri Howon. Gatal sahaja lidahnya mahu bertanya soal tadi. “Sunggyu, tentang tadi tu, betul ke?”

 

Sunggyu tergamam seketika. Pada Sunggyu tidak sesuai kalau dia mahu bercerita pada Howon. Dia mencadangkan mereka ke cafe berhapiran untuk berbual.

 

 

“Ya, saya suami kepada Woohyun.” Mata Howon terbuka luas mendengar pengakuan Sunggyu.

 

“Ttapi macam mana. Bila korang kahwin?”

 

“Lima tahun lepas.”

 

Howon menggangguk faham. “Patutlah selama ni saya ajak dia keluar semua, Woohyun tolak. Rupa - rupanya dia dah kahwin.” Semua persoalan lalu kini sudah terjawab. Mahu tak mahu terpaksalah dia menerima fakta baru ini dengan berat hati.

 

“Maaf Howon.”

 

“Tak apa. Sepatutnya saya yang minta maaf sebab menggatal dengan isteri awak.” Howon cuba tertawa menutup rasa hatinya sekarang.

 

“Erm, Sunggyu kalau tak keberatan, boleh saya tahu kenapa korang tak macam pasangan lain?” Tanya Howon penuh hati - hati.

 

“Anggap sahajalah kami ada masalah.” Sunggyu menjawab. Dia tahu Howon tak berpuas hati dengan jawapannya, tetapi Sunggyu tidak mahu mambuka aib rumah tangga mereka pada orang luar.

 

Howon bangundari kerusi dan membungkuk kepada Sunggyu. “Maafkan saya sekali lagi menggatal dengan isteri awak.”

 

Sunggyu sedikit tergamam dengan tindakan Howon. Segera Sunggyu menarik semula Howon berdiri bila banyak mata mula memerhati mereka.

 

“Saya maafkan.”

”Kita masih kawan kan?”

 

“Mestilah.”

 

 

---

 

Woohyun sudah sedar 10 minit yang lalu. Rasa berdenyut tadi seudah hilang dan dirinya terasa lebih ringan berbanding sebelum ini. Tumpuannya teralih kearah pintu yang terbuka.

 

“Awak dah sedar.” Serta merta senyuman Woohyun menguntum tatkala mendengar suara lembut Sunggyu. Hatinya berbunga - bunga.

 

“Awak dari mana?” Woohyun bertanya setelah Sunggyu duduk disebelahnya. Automatik tangan mereka bertaut, seolah - olah ada daya tarikan magnet sementara tangan Sunggyu sebelah lagi mengelus pipi Woohyun.

 

“Saya dari kafe tadi, beritahu Howon tentang kita.”

 

“Encik Lee dah tahu?”

 

“Haah. Tadi masa doktor tanya hubungan dengan pesakit saya cakap saya suami awak dan dia terkejut. Sangat. Lepas jumpa doktor dia tanya saya.”

 

“Macam mana Encik Lee sekarang?”

 

“Dia okay. Howon dah give up kejar awak.”

 

“Kesian dia.”

 

“Ya! Boleh pula macam tu. Saya suami awak tau.” Sunggyu merajuk, berpaling daripada Woohyun.

 

“Saya cuma kesian je, lagipun saya tak pernah ada hati pada dia.”

 

 

---

 

Setelah satu hari diberi cuti rehat, hari ini Woohyun kembali bekerja. Kebetulan pula hari ini satu mesyuarat besar akan diadakan untuk memperkenalkan Kim Myungsoo sebagai Administration Assistance yang menggantikan Encik Shin. Secara jujurnya, Woohyun dah mula berpeluh - peluh sekarang. Dengan adanya L sekarang, Woohyun semakin dihimpit bahaya. Bila - bila masa sahaja L boleh mengganggunya walaupun Sunggyu sudah mengalihkan meja kerja Woohyun ke dalam biliknya tadi.

 

“Woohyun, apa yang awak fikirkan? Jom, meeting dah nak mula.” Sunggyu memanggil Woohyun.

 

“Baik, Encik Kim.”

 

 

Sunggyu mengambil tempat di atara Howon dan L. Ada juga bisik - bisik antara staf apabila melihat pertama kali wajah L. Tak kurang juga ada yang memuji wajah kacak L.

 

“Saya akan mulakan mesyuarat hari ini.” Sunggyu memulakan bicara.

 

“Seperti yang kita semua maklum Encik Shin dah letak jawatan minggu lepas, jadi saya kenalkan Kim Myungsoo yang akan menggantikan tempat beliau mulai hari ini.”

 

“Saya Kim Myungsoo, adik kembar kepada Kim Sunggyu. Saya berjanji akan berusaha keras memastikan syarikat ini terus berjaya. Sila beri tunjuk ajar kepada saya.” L memalsukan ekspresinya. Sengaja dia memasang wajah polos untuk mengaburi semua orang. Tambahan pula dia suka perhatian yang diterima.

 

 

“Suka tempat baru awak?”

 

Woohyun memalingkan mukanya memandang kearah suara yang menegur. Terlihat Sunggyu bersandar di daun pintu sambil satu tangannya didalam kocek, tersenyum manis memandang Woohyun.

 

“Terima kasih.”

 

“Sama - sama.” Ubun - ubun Woohyun dicium mesra oleh Sunggyu.

 

‘Saya bersyukur dan bertuah sangat hyung jadi suami saya. Hyung sangat protektif.”

 

“Mestilah. Saya tak nak L kacau awak lagi.”

 

“Kalau L masih berani?”

 

“Saya sendiri ajar dia nanti. Berani dia sentuh isteri saya, dia akan terima akibatnya.”

 

“Terima kasih hyung.”

 

“Bila awak nak pindah dengan saya? Saya tunggu.”

 

“Beri saya masa sikit lagi.”

 

“Awak kata dah sedia. Saya tak kisah dengan masa lalu awak. Saya cuma nak kita bina masa depan kita. Hanya ada awak dan saya.” Tangan Sunggyu berada diatas paha Woohyun.

 

“Sa..ssaya tak tahu” Suara Woohyun mula bergetar.

 

Tangan Sunggyu beralih ke pipi Woohyun, membelai kulit halusnya. “Saya cintakan awak Woohyun. Saya ikhlas sepenuh jiwa dan raga.”

 

“Baiklah, nanti saya kemas.”

 

“Saya tunggu.” Sunggyu tersenyum bahagia mendengar jawapan Woohyun.

 

“Dah dah, sekarang cuba cakap dengan hari ini saya handsome tak?” Sunggyu mendekatkan wajahnya kepada Woohyun sehingga tawa Woohyun hampir meledeak melihat gelagat comel Sunggyu.

 

Sebenarnya sejak Sunggyu masuk pagi tadi, Woohyun sudah pun terliur melihat penampilan segak Sunggyu hari ini. Rambut hitamnya dipotong sedikit lebih pendek dan digayakan sama seperti majlis hari lahirnya sebelum ini. Aura dominan serta merta mengisi seluruh pejabat saat Sunggyu melangkah masuk seiring dengan itu kesemua staf memberi hormat. Tak lupa juga senyuman duta ubat gigi Sunggyu yang menyuluh lagi pagi anda.

 

Woohyun tak mampu menghalang haba berpusu - pusu ke pipinya melihat tubuh sasa Sunggyu berbalut dengan kemaja hitam fit. Seksi dan menggoda. Patutlah ramai yang tergila - gilakan suaminya, memang Sunggyu handsome, bukan tu saja, seksi dan menggoda sekali.

 

“Hyung handsome.”

 

Sunggyu mencebik. “Itu je?”

 

“Hyung yang paling handsome dalam office ni.”

 

“Pejabat je?”

 

“Dalam hati saya.” Muka Woohyun terasa hangat dan hampir sahaja meletup bila Sunggyu memeluk dirinya.

 

“Saya sayang awak, Woohyun.”

 

 

---

 

Habis fail bersepah dalam bilik setelah L mengamuk. Puncanya tadi dia melihat dua orang pekerja lelaki mengangkat meja Woohyun ke bilik Sunggyu. Hatinya mendidih dengan perbuatan Sunggyu. Sepertinya abang kembar L sudah dapat menghidu niat sebenarnya.

 

L bangun dari kerusi kemudian berdiri membuang pandangan menghadap cermin besar di belakang meja. Pemandangan luar sedikit sebanyak dapat meredakan api kemarahannya. Rokok mahal di dalam poket kot diambil lalu dinyalakan. Jarinya mengelus rambut hitam miliknya sedikit kasar. Baru dia ingat mahu berjumpa Woohyun selesai mesyuarat tadi, tetapi Sunggyu lebih pantas.

 

Setelah rokok tadi habis dihisab, L meninggalkan ruangan tadi, dia mahu mengambil angin sebentar. Senyuman manis dilemparkan kepada kerani di hadapan biliknya. Semasa melalui billik Sunggyu, mata L menangkap kelibat Woohyun seorang diri sedang mengemas. Idea jahat mula timbul difikiran L.

 

“Susah sekarang kita nak berjumpa.” Suara dalam L mengejutkan Woohyun.

 

Woohyun melarikan pandangannya. Dalam hatinya, Woohyun memarahi diri sendiri kerana terlupa mengunci pintu selepas Sunggyu keluar tadi. Sunggyu pesan sentiasa kunci pintu setiap kali dia keluar meninggalkan Woohyun bersendirian. Dan lebih teruk lagi sekarang, Sunggyu tak ada sampai pukul tiga nanti sebab berjumpa dengan klien diluar.

 

“Mana suami kesayangan kau? Kena tinggal ke?”

 

“Dia ada jumpa klien.” Woohyun mengundur ke belakang apabila L maju kearahnya. Ketakutan Woohyun sampai ke puncak bila L memeluk badannya.

 

“Tinggalkan Sunggyu.” Pandangan L menikam mata Woohyun yang ketakutan.

 

Sekuat hati Woohyun memukul dada L. “Awak dah gila, L-shi!”

 

“Memang aku gila! Kau punca aku gila!” Teriak L tepat di wajah Woohyun.

 

Bentakan L tadi sangat menakutkan Woohyun. Dia tidak mampu bertahan lagi. Dia perlu melarikan diri daripada L. Sebaik sahaja Woohyun berjaya meloloskan diri daripada L, Woohyun berlari kearah pintu. Namun, L sempat menarik pergelangan tangannya. Woohyun menjerit kesakitan.

 

Badan Woohyun ditolak rapat ke dinding. Kedua tangannya dikunci disisi oleh L. Air mata laju membasahi muka cantiknya saat L menciumnya. Woohyun berusaha melepaskan dirinya tetapi tidak berjaya.

 

“Lepas L!”

 

Woohyun benci dirinya sekarang. Dia benci menjadi lemah kerana tidak mampu melawan L dan sekarang L sekali lagi mencabul kehormatannya. Tenaga Woohyun mula berkurangan, badannya lemah jatuh kedalam pelukan L. Woohyun hanya mampu berharap seseorang masuk ke dalam bilik ini.

 

“Lepaskan isteri aku L!” Mata Woohyun kembali terbuka mendengar suara tadi. Sunggyu menumbuk tepat ke muka L dan Woohyun sudah bebas.

 

“Dah berapa kali aku cakap jangan dekat dengan Woohyun! Kenapa kau tak faham bahasa!”

 

L menyapu darah dihujung bibirnya, senyuman sinis terukir. Bersahaja L kembali berdiri dan berjalan kearah Sunggyu. Wajah selamba L memenuhi retina Sunggyu. L tidak peduli, dia hanya mahukan Woohyun.

 

“Tinggalkan dia Woohyun dan kahwin dengan aku.” L mengunci pandangannya kepada Woohyun tanpa menghiraukan Sunggyu yang berdiri dihadapannya.

 

Ini sudah melampau menurut Sunggyu. L sedikit pun tidak menghormatinya seebagai suami Woohyun. Adik kembarnya serius dengan apa yang diucapkan.

 

“Hyung, jangan ceraikan saya. Saya tak nak kahwin dengan L.” Woohyun merayu sambil menangis deras.

 

“Kau ada peluang dulu kenapa kau sia - siakan dan sekarang aku dah kahwin dengan Woohyun. Sampai bila - bila pun dia akan jadi hak aku! Tak akan pernah aku lepaskan Woohyun kepada orang tak bertanggungjawab macam kau!”

 

L hanya ketawa sinis. Amaran Sunggyu lagi membakar semangat L. “Woohyun tak layak untuk kau. Dia ‘sisa’ aku.”

 

Tajam kata - kata L menikam hati Woohyun. Terasa seperti langit jatuh menghempap mendengar kata - kata sinis L. Sisa. Iya Woohyun memang sisa, siapalah dia untuk mendampingi Sunggyu yang sempurna.

 

Kali ini Sunggyu tidak menahan dirinya dari meninju muka L. Beberapa biji penumbuk dilayangkan pada L. Sunggyu tidak peduli, dia mahu mengajar L kerana telah menghina isterinya. Memang Woohyun tak ‘sempurna’ dan semua itu disebabkan oleh lelaki tak guna ini.

 

Woohyun takut melihat Sunggyu yang seperti orang dirasuk. Sisi gelap Sunggyu yang ini tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Pandangan Sunggyu seperti seorang pemangsa. Sunggyu yang dikenalinya sentiasa tenang dan tersenyum, tetapi Sunggyu dihadapannya ini seperti pemangsa. Dikuasai amarah dan kebencian.

 

 

“Lupakan apa yang L cakap.” Ujar Sunggyu senada. Pandangannya lekat menatap tasik dihadapan.

 

Woohyun tidak membalas. Fikirannya memainkan semula babak pergaduhan si kembar tadi. Hari ini L berjaya megeluarkan beast dalam diri Sunggyu sehingga hampir satu floor memenuhi ruangan Sunggyu. Tak pernah Woohyun terfikir Sunggyu akan bertindak sedemikian.

 

“Awak tak patut buat L macam tu.” Woohyun berhati - hati menyusun kata. Imej gelap Sunggyu tadi masih menghantui Woohyun.

 

“Dia layak.”

 

“Tapi apa yang dia cakap tu betul. Saya cuma ‘sisa’ dia.”

 

“Saya terima awak seadanya Woohyun. Saya cintakan hati awak bukannya badan awak.”

 

“Saya takut pada hyung..” Balas Woohyun perlahan. Woohyun mahu Sunggyu tahu dia takut melihat Sunggyu mengamuk tadi. Woohyun mahukan Sunggyu yang gentleman bukannya Sunggyu yang bertindak keras dan membuat Woohyun melihat L dalam diri Sunggyu.

 

Ayat Woohyun barusan tadi menghambat rasa bersalah kepada Sunggyu. Memang betul Sunggyu seorang yang tenang, jarang sekali naik angin, tetapi bila amarahnya di puncak, lihat sahajalah nanti kesan dan akibatnya.

 

Sunggyu tersenyum. “Maafkan saya. Saya janji itu kali terakhir awak nampak saya mengamuk.” Dagu runcing Woohyun diangkat, menautkan pandangan mereka berdua. Sepasang manik polos Woohyung menyedarkan Sunggyu bahawa isterinya hanyalah insan yang lemah dan perlu dilindungi dari segala kejahatan dunia.

 

Sunggyu berjanji dia akan menjaga Woohyun sehingga hujung nyawanya. Setiap air mata Woohyun selepas ini hanya dibenarkan kebahagiaan sahaja. Sudah tiba masanya Woohyun mengecapi nikmat yang telah hilang selama ini.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?