Chapter 26

Seeking for Love (Malay version)

Cahaya mentari pagi malu – malu menyelit dicelah tirai bilik. Sedikit sebanyak cahaya tersebut mengenai Sunggyundan Woohyun tetapi tidak cukup untuk membangunkan mereka. Mereka masih lagi lena diulit mimoi dengan tangan Sunggyu memeluk erat pinggang Woohyun seolah – olah isterinya akan pergi meninggalkan dirinya.

Tak lama kemudian, ketenangan milik Woohyun terganggu dek bunyi telefon yang berdering. Haba terus menjalar ke segenap pelosok tubuhnya selepas dia sedar akan begitu dekat posisi mereka dengan mukanya menempel pada dada Sunggyu yang tidak terbalut apa – apa. Memang dah menjadi tabiat Sunggyu kadang – kadang tidur malam tidak memakai baju.

“Hello,” Woohyun menyapa sopan setelah melihat kontak si pemanggil. Ianya daro nombor yang tidak dikenali.

“Sunggyu! Daddy kamu jatuh terhentak kepala. Mommy dekat hospital besar sekarang.” Mendengar berita malang tersebut, Woohyun jadi tergamam.

“Teruk sangat ke Mommy?”

“Oh, kamu ke Woohyun. Mana Sunggyu?”

“Sunggyu tidur lagi. Mommy tukar nombor ke?”

“Taklah, phone mommy habis bateri. Ni mommy guna public phone.”

“Okay lah Mommy, saya kejutkan Sunggyu. Nanti kami datang sana.” Panggilan tadi dimatikan segera lalu Woohyun duduk menghadap Sunggyu yang masih tertidur pulas. Dengan sedikit sentuhan di bahunya, mata Sunggyu mula mengerjap perlahan.

“Kenapa muka sayang macam ada sesuatu berlaku.” Soalan pertama Sunggyu sebaik sahaja rasa kantuknya menghilang.

“Ayah awak masuk hospital tadi. Dia terhantuk kepala jatuh.”

“Oh,” Pendek sahaja jawapan Sunggyu. Melihat dari nada suaranya, sepertinya Sunggyu tidak peduli.

“Dia ayah awak hyung.” Mata Woohyun melirik ke arah Sunggyu yang duduk bersandar di kepala katil.

“Ayah akan izinkan anak dia untuk mencorakkan sendiri masa depan anaknya. Sepanjang 28 tahun saya hidup, tak pernah sekali pun saya rasa.” Balas Sunggyu dengan nada datar.

Memang betul hubungan bapa dan anak tersebut tidak begitu baik. Keadaan bertambah buruk selepas kejadian tempoh hari. Woohyun tidak terus menyalahkan Sunggyu kerana bapa mertuanya turut bertanggungjawab. Tetapi yang membuatkan Woohyun kesal, sebagai seorang anak, Sunggyu tidak seharusnya bersikap sedemikian. Sejahat mana pun Siwon, walau apa pun yang berlaku, Siwon akan tetap selamanya ayah kepada Sunggyu. Fakta itu tidak akan pernah berubah.

“Kalau macam tu, awak dengan ayah awak sama je.”

“APA?!” Suara Sunggyu sedikit meninggi.

“Kalau awak anak yang baik, pergi melawat dia. Saya boleh temankan.” Woohyun cuba memujuk. Dia tidak mahu perkara yang berlaku diantara dia dan Siwon memutuskan hubungan Sunggyu dengan ayahnya.

Woohyun tidak menunggu jawapan Sunggyu. Dia terus berlalu masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri. Sunggyu hanya memerhatikan sahaja langkah Woohyun sehingga tubuh isterinya menghilang disebalik pintu.

Satu keluhan berat dihembus Sunggyu. Fikirannya memutar kembali ucapan Woohyun. Bukannya dia membenci sosok ayahnya, cuma Sunggyu kecewa dengan tindakan ayahnya yang membuta tuli. Cuma seketika ini Sunggyu memilih untuk tidak berjumpa dengan ayahnya. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Tapi mungkin Woohyun betul.”

 

---

 

Butang tingkat lima ditekan Sunggyu sebaik kakinya melangkah masuk kedalam perut lif. Keputusan yang dibuat ini memerlukan perang ego yang lama sebelum dia memutuskan untuk mengalah dan menuruti nasihat Woohyun. Isterinya betul, jika dia memilih ego, sama sahaja dia dan ayahnya. Pentingkan diri sendiri.

“Hyung kita dah sampai.” Lengan Sunggyu ditepuk lembut mematikan lamunannya. Bersama mereka melangkah keluar dari perut lif lalu menuju ke ruangan VIP dimana Siwon sedang dirawat.

“Gyu!” Kelibat seorang wanita lebih separuh abad yang sedang menangis menjamah pandangan mereka. Serentak dengan itu, Woohyun memutuskan pegangan mereka dan membiarkan Sunggyu merangkul tubuh ibunya.

Sayu hati Woohyun melihat momen ibu dan anak dihadapannya. Betapa beruntungnya Sunggyu masih memiliki kedua orang tuanya, dimana kedua orang tua Woohyun sudah pergi terlebih dahulu saat dia amat memerlukan mereka.

“Macam mana keadaan Daddy?”

Kepala Woohyun terpusing kearah suara yang dikenalinya.

Mommy ingatkan L tak datang.” Kali ini Hyunah berpindah dari pelukan Sunggyu ke pelukan L. Tubuh kekar L dipeluk lama menghirup aroma khas anak lelakinya yang amat dirindui.

“Doktor cakap Daddy kami koma sebab terjatuh.”

Sebutir cecair bening mengalir dari tubir mata Hyunah. Woohyun yang menyaksikan perkara tersebut langsung menyalurkan semangat buat ibu mertuanya. Di tahu hagaimana rasa takut akan kehilangan orang yang tersayang. Walaupun Siwon sudah berbuat jahat kepadanya, dia tetap ayah mertua Woohyun. Dia mahukan yang terbaik untuk Siwon.

“Saya yakin Tuan Kim akan selamat.”

Mommy harap benda yang sama juga.”

Ekor mata Woohyun menangkap sosok suaminya yang berdiri tegak tanpa secalit emosi merenung kearah tubuh Siwon yang terbarig lemah. Manik musang Sunggyu langsung tidak menggambarkan apa – apa emosi sekarang, mereka seolah – olah kosong. Woohyun mengalihkan semula perhatiannya kearah Siwon yang dipenuhi dengan wayar berselirat di badan. Hati kecil Woohyun meruntun melihat keadaan ayanh mertuanya.

 

Jarum jam sudah pun menginjak ke angka 12. Keadaan di kafeteria hospital juga semakin sesak dengan orang yang mahu mengisi perut. Kesemua kaunter yang dibuka dipenuhi dengan barisan manusia. Baru sahaja Woohyun berniat untuk mengalas perut tetapi selepas melihat kesesakan di kaunter, niatnya terbatal. Sementara menunggu orang reda, Woohyun memilih untuk duduk di kerusi kosong di satu sudut kafe.

“Boleh duduk sini?”

Woohyun terkesima sebentar dengan teguran tadi. Serta merta dia seperti cacing kepanasan. “Bboleh.”

“Terima kasih.” Kerusi kosong dihadapan Woohyun ditarik oleh sang penegur tadi. Satu lagi soalan dikemukan seolah – olah mereka sudah saling mengenali lama.

“Awak apa khabar?”

“Ssihat,”

Seketika senyap menyelubungi mereka, membiarkan masing – masing tenggelam dengan perasan sendiri.

“Saya minta maaf.” L memecahkan kesunyian antara mereka.

“Untuk apa?”

“Untuk semuanya yang saya pernah lakukan keatas awak.”

“Saya dah-“

“Saya betul – betul minta maaf Woohyun. Saya faham kalau awak susah untuk terima maaf saya, tapi saya nak awak tahu saya sangat menyesal dengan perbuatan saya. Saya janji ini akan jadi pertemuan terakhir kita.” Tanpa ucapan selamat tinggal, L bangun meninggalkan Woohyun yang masih terpinga – pinga. Langkah L mati selepas mendegar sayup suara Woohyun memanggil.

“Kenapa?”

“Saya nak mulakan hidup baharu. Saya nak cari semula diri saya sebelum saya kembali ke sisi keluarga.”

Kelu lidah Woohyun mendengar alasan L. Dia tidak mampu untuk menghalang L dari membuat keputusan. Woohyuj hanya mampu menghantar pergi kelibat L sehingga dia tenggelam didalam lautan manusia. Keputusan L untuk pergi membuat Woohyun terfikir. Mengapa disaat ayahnya terbaring kaku, bertarung antara hidup dan mati L memilih untuk pergi.

 

---

 

“Woohyun?”

“Ya?” Woohyun tersentak sedikit selepas mendengar suara Sunggyu memanggil. Tidak perasan pula dia hanyut dalam perasaanya sendiri meninggalkan suaminya bercakap sendiri.

“Ada apa – apa yang menggangu awak ke? Nampak macam jauh berfikir.” Lembut suara Sunggyu memujuk. Tangannya terhulur untuk mengenggam tangan munggil Woohyun. Matanya masih kekal fokus kehadapan memandu sambil menunggu jawapan isterinya.

Woohyun menggeleng lemah lalu membuang mukanya menghadap Sunggyu. Seketika matanya melusuri setiap lekuk indah di muka suaminya, menikmati pemandangan indah ini. Woohyun masih ragu – ragu sama ada dia patut memberitahu tentang L atau tidak kepada Sunggyu.

“Saya handsome sangat ke sampai awak kelu lidah?” Usik Sunggyu. Sekilas dia megerling kearah Woohyun yang berusaha menahan malu.

“Taklah, tadi saya jumpa L.”

Kali ini Sunggyu tidak menyampuk. Dia mendengar cerita Woohyun kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali dek perbuatan bodohnya. Biar dia mendengar sehingga ke pengakhiran barulah dia bersuara.

“Dia minta maaf dan mengaku menyesal dengan perbuatannya. Lagi satu yang buat saya runsing, dia kata ini akan jadi kali terakhir pertemuan kami.”

“L akan tinggalkan keluarga Kim.”

Nampaknya berita L meninggalkan Kim tidak begitu terkesan buat Sunggyu. Suaminya masih lagi kekal dengan ekspresi tenang semasa dia memberitahu tentang perkara tersebut. Menilai dari reaksi Sunggyu, Woohyun merasakan suaminya sudah tahu terlebih dahulu sebelum orang lain.

“Saya dah tahu.”

Muka Woohyun terkejut. “Bila?”

“Ingat tak haritu saya pesan tak payah tunggu saya lunch?” KakinSunggyu kembali menekan pedal minyak selepas lampu isyarat bertukar hijau. Matanya sekilas memandang Woohyun yang sedang berkerut dahi berfikir.

“Saya dengan L jumpa untuk selesaikan masalah antara kami. Lepas dah selesai tu, tiba – tiba dia bagitahu saya dia akan membawa diri seketika.

“Apa yang awak cakap?” Woohyun cuba meneka jawapan Sunggyu walau dia tahu.

“Mestilah saya tak setuju. Tapi L tetap dengan keputusannya. Sama dengan L yang saya kenal untuk 28 tahun.” Sunggyu tersenyum sendiri mengenangkan keperibadian adik kembarnya. Melihat Sunggyu tersenyum, Woohyun jadi ikut tersenyum sekali. Lega hatinya pasangan kembar tersebut sudah berbaik.

“Biarlah dia. Sekarang pun dengan keadaan Daddy macam ni dia tetap dengan keputusannya. Saya tak boleh nak buat apa. L seorang yang berpegang pada kata – kata.

“Tak apalah hyung. Kita doakan sajalah agar semuanya dipermudahkan.”

“Terima kasih sayang.” Pipi Woohyun merona merah mendengar panggilan manja untuknya. Pinggang Sunggyu dicubit lembut meminta suaminya berhenti manis berkata – kata. Sunggyu cuma tergelak melayan telatah Woohyun.

“Sayang awak sangat.” Belakang tapak tangan Woohyun dicium lama bagi menyalurkan rasa cintanya. Biar Woohyun tahu jantungnya berdegup hanya untuk dirinya.

“Hyung, baik awak fokus memandu kalau tak kita dua – dua masuk hospital.” Woohyun mengingatkan Sunggyu. Tautan tangan mereka dileraikan oleh Woohyun. Kemudian kedua – dua mereka kembali senyap. Woohyun memegang kedua pipinya yang mulai memanas dek kata – kata Sunggyu.

 

----

Untuk kali terakhirnya L membuang pandangan melihat gelagat manusia yang memenuhi Lapangan Terbang Antarabangsa Seoul sebelum kakinya melangkah masuk ke balai berlepas. Buku pasport yang dipegang diseluk masuk ke poket belakang lalu menyandang semula beg galasnya selepas diperiksa oleh pegawai kastam. Tanpa menoleh kebelakang lagi L terus melangkah jauh meninggalkan bumi Korea Selatan.

“Selamat tinggal L, selamat datang Kim Myungsoo.” Kata – kata terakhir L sebelum pesawat yang dinaikinya berlepas membelah dada langit membawa bersama memori ke tempat baharu. Ke tempat dimana dia bakal menjumpai dirinya yang sebenar.

 

----

 

“Sunggyu!” Suara nyaring seorang perempuan cukup memusnahkan ketenangan Sunggyu. Tanpa menoleh pun Sunggyu sudah tahu siapakan pemilik suara tersebut. Tak lain tak bukan Kang Soyou.

Tetapi Sunggyu tetap menghadiahkan gadis cantik tadi dengan sebuah senyuman. Sunggyu berharap sangat Soyou tidak berniat untuk berbual lama, bukannya apa Woohyun sedang menunggu didalam kereta.

“Hai,”

You buat apa dekat sini?” Tanpa segan silu Soyou merangkul lengan Sunggyu dan menggesekkan dada sintalnya dengan sengaja pada lengan Sunggyu membuatkan sang lelaki berasa tidak selesa.

Soyou tersenyum sungging bila melihat Sunggyu tidak selesa. Dalam hatinya dia bersorak gembira dapat memancing birahi Sunggyu. “I akan pastikan you terangsang Gyu.”

I stop sekejap je ni nak beli air. Nak cepat sebab isteri I tunggu dalam kereta. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi.” Cepat sahaja Sunggyu meleraikan pautan Soyou dilengannya. Baki segera diambil lalu berlalu pergi tanpa menunggu balasan Soyou. Kelibat Sunggyu yang perlahan menghilang membuat Soyou merungut kesal. Hampir sahaja dia dapat memancing Sunggyu.

“Takkan semudah tu aku lepaskan kau Sunggyu. Aku akan dapatkan kau semula.” Soyou memerhati sahaja kereta mewah Sunggyu meluncur laju meninggalkan kedai itu. Sorot matanya dipenuhi dengan kebencian dan amarah.

 

“Kenapa lama?” Tanya Woohyun sebaik sahaja Sunggyu masuk ke kereta.

“Beratur panjang tadi dekat cashier.”

“Oh, ingatkan kenapa tadi.”

“Sayang, malam ni kita makan luar nak?” Usul Sunggyu. Jam ditangan direnung sekejap sebelum Woohyun bersetuju dengan cadangan Sunggyu. Lagipun sekarang dah nak dekat pukul 7, lewat nak memasak.

“Awak pilihlah nak makan mana.”

“Okay.”

---

Seulas senyuman mesra dilemparkan Sunggyu buat pelayan tadi selepas mengambil pesanan mereka. Langsung matanya memandang Woohyun yang berada dihadapannya. Dalam diam Sunggyu khayal merenung keindahan wajah tenang milik isterinya yang leka memerhati ragam orang sekeliling.

“Sayang,” Panggil Sunggyu separa berbisik. Tangannya terhulur mencapai tangan Woohyun dan mengusap kulit lembutnya.

Woohyun memusatkan perhatiannya kepada Sunggyu selepas tangannya diraih. Ternyata suaminya diam – diam memerhatikan dirinya. Panas pipi Woohyun melihat pandangan teduh Sunggyu.

“Kenapa awak pandang saya macam tu?”

“Salah ke saya nak tengok muka isteri saya?”

“Tak, tapi kan ramai orang ni. Malu.”

“Biarlah orang tengok pun.”

Malas Woohyun mahu beradu mulut dengan Sunggyu. Kalau dilayan makin mangada ngada suaminya nanti. Kadang – kadang perangai Sunggyu macam budak – budak pun ada.

“Sayang bahagia ke sekarang?” Tiba – tiba sahaja soalan itu muncul. Kening Woohyun terangkat mendengar soalan tersebut.

Randomnya soalan.”

“Awak bahagia ke?” Kali ini Sunggyu mengulang semula soalannya dengan lebih serius.

“Hyung, awak tak tahu perasaan saya sekarang. Saya tak jumpa lagi perkataan yang sesuai nak gambarkan perasaan saya sekarang. Bila awak kembali semula, saya seperti diberikan nyawa baharu untuk meneruskan hidup. Saya lebih dari gembira dapat bersama semula dengan hyung.”

“Terima kasih sebab beri saya peluang yang ketiga sayang. Orang cakap peluang kedua selalu akan datang lepas yang pertama dan harus dihargai kerana yang ketiga belum tentu akan hadir.” Sunggyu membuka isi hatinya.

“Hati saya seperti dikoyak lepas awak tinggalkan saya. Saya rasa dunia ni runtuh hempap diri saya. Waktu tu saya fikir saya tak akan dapat lagi memiliki diri sayang. Tapi Tuhan dah tetapkan jalan cerita kita. Walau jauh mana sekalipun kita terpisah, akhirnya kita tetap akan bersama.”

“Terima kasih, Kim Woohyun.”

Woohyun tersenyum mendengar Sunggyu. “Terima kasih juga hyung sebab sudi terima saya semula.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?