Chapter 21

Seeking for Love (Malay version)

Sunggyu memasuki ruangan kerjanya dengan harapan menggunung dia akan melihat Woohyun disana. Namun, harapannya musnah sama sekali melihat meja kerja PAnya masih lagi kosong. Sangkanya Woohyun sudah tiba dipejabat memandangkan keretanya tidak kelihatan di rumah.

 

Batang hidungnya dipicit untuk menenangkan hatinya yang gundah. Apa Woohyun marah padanya tentang malam tadi? Sunggyu amat menyesali perbuatannya terhadap Woohyun selama ini. Dia mahu memohon maaf kepada Woohyun.

 

Telefon pintarnya diatas meja dicapai Sunggyu. Segera dia menghidupkan skrin hitam tadi dan mencari nombor Woohyun. Elok sahaja dia mendail, Sunggyu melekapkan telefonnya ke telinga, menanti pihak diseberang untuk mengangkat. Tetapi lain yang diharapkan, lain pula yang dia dapat. Bukannya suara Woohyun yang menjawab, tetapi suara operator wanita.

 

“Kenapa awak matikan telefon, Woohyun? Sayang tau tak saya risau nak mati sekarang ni. Mana sayang pergi?” Pelbagai persoalan bermain diminda Sunggyu.

 

Tiba - tiba Sunggyu teringat akan Sungyeol. Mesti Sungyeol tahu keberadaan Woohyun sekarang.

 

“Sungyeol-shi, Woohyun dah sampai ke?” Tanya Sunggyu kepada Sungyeol yang baru sahaja mahu memulakan kerjanya.

 

Lelaki tinggi lampai itu menggeleng tidak tahu. Dalam hatinya terdetik ada sesuatu ke yang berlaku antara mereka. “Saya tak perasan pula dia lalu depan meja saya.”

 

“Iya? Ada dia call awak beritahu apa - apa ke?”

 

“Tak ada pula, Encik Kim. Kenapa ya?” Giliran Sungyeol pula bertanya.

 

“Tak ada apalah. Sambung semula kerja awak.”

 

“Baik Encik.”

 

 

---

 

Sepotong terima kasih diberikan oleh Woohyun kepada makciknya selepas wanita tersebut meletakkan secawan teh dihadapannya. Jiyoon mengambil tempat disamping anak saudaranya. Dia tahu anak saudaranya ini pasti sedang dilanda masalah, kalau tidak tak adanya dia datang kesini dengan muka yang serabut. Jiyoon lebih mengenali anak saudaranya ini. Woohyun akan datang kepadanya untuk berkongsi masalah. Dia memerlukan seseorang untuk dia boleh berkongsi.

 

“Eomma sihat?” Woohyun memulakan bicara. Selepas kematian ibunya, Jiyoon meminta dia untuk memanggilnya dengan panggilan ‘eomma’. Disebabkan perhatian dari Jiyoon, hati Woohyun tersentuh. Dialah pengganti sosok ibu buat Woohyun selepas kematian ibu kandungnya.

 

“Eomma sihat je. Ada apa kamu ke sini?”

 

Pertanyaan Jiyon tadi tidak terus dijawab oleh Woohyun. Dia mengambil sedikit masa untuk mengumpulkan kekuatan dalam dirinya sebelum dia menceritakan perkara yang sebenar. Jiyoon yang berada disisi tidak memaksa Woohyun, dia menanti dengan penuh kesabaran.

 

Dada Woohyun terasa sesak tiba - tiba. Dia menghamburkan dirinya kedalam pelukan Jiyoon. Mukanya dibenamkan di bahu kanan Jiyon sambil dia menangis kesenggukan. Jiyoon membiarkan dahulu Woohyun mengeluarkan air matanya sambil dia mengusap lembut belakang Woohyun untuk menenangkannya.

 

Air mata yang mengalir di muka Woohyun dihapus segera oleh Jiyoon. Segaris senyuman tawar terukir di bibir Woohyun, malu akan makciknya kerana telah menangis.

 

“Apa yang mengganggu kamu, nak? Cuba cerita pada eomma.”

 

“Saya nak pergi jauh eomma.”

 

Jiyoon tergamam selepas mendengar pengakuan Woohyun. Tetap mengapa anak saudaranya mahu bertindak sedemikian?

 

“Kamu ada masalah ke?” Duga Jiyoon.

 

“Saya jumpa dia semula. Kim Sunggyu.” Gumam Woohyun perlahan disebalik dada Jiyoon, namun maih berjaya ditangkap oleh Jiyoon.

 

“Bila?”

 

“Saya kerja dengan dia.”

 

“Dah tu kenapa nak pergi? Apa kaitannya?” Jiyoon tidak mengerti.

 

“Kami jumpa semula dalam sembilan bulan yang lalu. Mulanya kekok, tapi lama - lama dia tunjukkan effort nak menangi hati saya. Dia mengaku dia sayangkan saya dan nak mulakan semula. Tapi…” Woohyun tidak berjaya menghabiskan ceritanya. Terus sahaja mindanya berputar kembali mengingati setiap memori pahit yang menimpa dirinya.

 

Woohyun menghirup nafas dalam - dalam sebelum menyambung kembali. “Tapi dia persoalkan kejujuran dan kesetiaan saya. Dia tuduh saya sengaja goda L dan tidur dengan dia sampai saya mengandung anak luar nikah.”

 

Pengakuan Woohyun sebentar tadi membuat Jiyoon terdiam seribu bahasa. Dia terkejut. Jiyoon tidak sangka Sunggyu akan bertindak sedemikian. Sangkanya Sunggyu akan memberikan hidup yang lebih baik buat Woohyun, tetapi dia telah menyakiti Woohyun sekali lagi. Tetapi Jiyoon tidak terus menyalahkan Sunggyu kerana dia tidak tahu akan cerita yang sebenarnya.

 

“Sayang, semua masalah mesti ada penyelesaiannya. Kita kena cari sendiri.” Jiyoon cuba memujuk Woohyun yang masih lagi teresak.

 

“Entahlah eomma. Saya penat.”

 

“Baiklah, eomma faham. Eomma tak akan paksa kamu kalau dah itu keputusan kamu. Nanti eomma cuba tanyakan appa tentang adik dia yang tinggal di Malaysia. Suaminya dah meninggal tiga tahu lalu sebab kemalangan. Mungkin kamu boleh tinggal dengan dia untuk sementara.”

 

“Iya eomma?” Woohyun memandang Jiyoon tidak percaya.

 

“Iya, nanti eomma tanya appa dulu.”

 

“Terima kasih, eomma.”

 

 

---

 

Sunggyu seperti cacing kepanasan setelah dia masih lagi tidak mendapat sebarang khabar mengenai Woohyun. Sejak dia tiba di pejabat pagi tadi, Sunggyu langsung belum menyentuh satu pun kerjanya, apa yang dia lakukan adalah kehulu kehilir didalam ruangan dengan handphone ditangan menunggu panggilan atau mesej daripada Woohyun. Sepertinya Sunggyu sudah tidak sabar lagi, dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah melihat jika Woohyun ada disana.

 

 

Deras degupan jantung Sunggyu bila dia tidak melihat kelibat Woohyun dirumah. Keretanya juga tidak kelihatan dihalaman. Tanpa membuang masa, Sunggyu keluar dari perut kereta dan bergeggas menuju kedalam. Dengan tangan menggigil Sunggyu menolak daun pintu dan berharap Woohyun ada didalam sedang bersantai diruang tamu.

 

“Woohyun?” Suara Sunggyu bergema disetiap pelosok banglo tersebut. Sudah puas dia mencari si pemilik nama disekitar halaman luar dan di dapur.

 

Namun kemudian Sunggyu tersedar yang dia masih lagi belum memeriksa bilik Woohyun. Mungkinkah Woohyun masih lagi tertidur? Sunggyu segera mendaki anak tangga dan menuju ke bilik Woohyun. Sebaik sahaja dia tiba dihadapan bilik tersebut, Sunggyu tidak terus masuk. Hatinya berdebar - debar. Perlahan - lahan dia memulas tombol tersebut dan menolak daun pintu itu dengan jantung yang berdegup kencang.

 

Kosong.

 

Sunggyu berdiri kaku ditempatnya melihat bilik Woohyun yang kosong. Sedikit pun tidak menunjukkan keberadaan Woohyun. Almari pakaian Woohyun dibuka untuk memastikan apa yang dilihat. Dan ya, kata hati Sunggyu tidak menipu. Woohyun tidak ada disini. Sunggyu mendudukkan dirinya diatas katil lalu meraup wajahnya dengan kedua tangan memikirkan mengapa Woohyun mengambil tindakan meninggalkannya. Sungguh Sunggyu sangat membenci dirinya sekarang kerana tidak memberi peluang kepada Woohyun untuk menerangkan perkara yang sebenar. Dan sekarang dia sudah terlambat.

 

Wajah kusut Sunggyu kembali merenung pantulan dirinya didalam cermin meja solek yang setentang dengan katil. Tanpa sengaja, mata Sunggyu menangkap beberapa helaian kertas yang elok terletak dibawah sebotol minyak wangi. Kaki Sunggyu membawa dirinya menghampiri meja solek itu. Dengan teragak - agak Sunggyu mengambil kertas tadi dan membaca isi kandungan dengan penuh debaran.

 

Hyung,

Saat hyung baca surat ini saya dah tak ada lagi. Saya dah keluar dari banglo awak. Janganlah awak cari saya lepas ni, saya beri peluang kepada awak untuk memikirkan hubungan kita. Maafkan saya kalau saya gagal menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Jujur saya cakap, saya tak pernah sedikit pun membenci awak, saya cuma rasa yang diri ini tidak layak untuk awak, tak cukup sempurna untuk membahagiakan awak. Ada lagi orang yang lebih layak untuk jadi pendamping hidup awak.

 

Saya tahu awak tebeban dengan perkahwinan ini. Disebabkan perkahwinan ini, awak terikat dengan tanggungjawab dan sampai awak terpaksa melupakan kebahagiaan awak sendiri. Saya nak awak dapatkan kebahagiaan awak, dan saya takkan halang. Tolonglah awak cari kebahagiaan itu kerana saya gagal memberikannya kepada awak. Saya rasa Soyou-shi lebih layak untuk hyung. Dia lebih sempurna daripada saya.

 

Lagi satu, saya pulangkan semula kedua - dua cek yang hyung bagi malam tadi. Tentang semalam, itu saya lakukan atas kerelaan saya sendiri, bukannya kerana wang atau harta. Saya curahkan sepenuh kasih sayang dan cinta untuk hyung sepanjang kita ‘bersama’. Sedikit pun saya tak menyesal dengan apa yang kita lakukan semalam. Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sahaja sebagai isteri hyung. Awak janganlah salahkan diri sendiri, awak ada hak keatas saya.

 

Cuma satu sahaja permintaan saya, hyung. Nanti bila awak dah kahwin dengan Soyou-shi, tolonglah izinkan saya menyandang status isteri awak lagi. Saya tak kisah awak kahwin satu lagi, tapi izinkan saya tetap menjadi isteri awak dan jalankan tanggungjawab saya, sebab saya terlalu mencintai awak. Saya nak kenangan kita kekal dalam ingatan saya, saya tak mampu nak buang semua itu. Semakin saya cuba, semakin kuat ia tersemat dihati saya. Izinkan saya untuk tetap mencintai awak walaupun saya tahu saya tak layak untuk memiliki awak.

 

Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan hyung bersama Soyou-shi. Semoga Tuhan merestui kalian sehingga ke akhir hayat.

 

Nam Woohyun

 

Deras air mata Sunggyu meluncur dari pelupuk saat dia membaca isi kandungan surat tersebut. Woohyun menulis apa yang selama ini terpendam dalam hatinya. Sunggyu dapat merasai penderitaan isterinya disetiap ayat yang ditulis. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaannya sekarang.

 

Kertas putih tadi dibalikkan dan mata Sunggyu menangkap serangkap puisi yang ditulis oleh Woohyun. Untuk kedua kalinya Sunggyu menangis dan membahasi kertas tadi. Hati Sunggyu seperti disiat - siat membaca setiap bait perkataan yang terlahir dari hati seorang Nam Woohyun.

 

Aku menangis kerana aku tidak dapat melupakanmu

Aku menangis walau aku ingin melupakanmu

Walau akhirnya, ketamakan ini adalah salahku

Tiada lagi tempat untuk aku bersembunyi didalam hatiku

 

Hari demi hari, jarang aku menuturkan bicara

Aku menjadi takut untuk mengatakan semuanya sekarang

Janganlah engkau salah faham

Walau aku tidak mengatakannya terus

Dengarkanlah hatiku

 

Air mataku seperti kulit yang menebal

Helaanku menjadi nafasku

Akan tetapi aku merinduimu kembali

Jika kau bertanya jika aku percaya pada cinta

Aku mengangguk

 

Aku menantimu kembali

 

Mereka memintaku untuk melupakan perkara yang telah berlalu

Tetapi mengapa aku harus melupakannya sekarang?

Aku tidak mahu disakiti

Walau aku menangis

Jangan memujukku

 

Walau aku terasa ingin mati

Jauh didalam hatiku

Aku tidak akan dapat menghapuskanmu

Jika kau memanggil ini cinta

Maka, ianya

 

Aku menantimu kembali

 

Kertas yang dipegang Sunggyu terlepas begitu sahaja, jatuh ke lantai. Lutut Sunggyu tidak kuat lagi menampung badannya akhirnya jatuh bersama dengan kertas tadi ke lantai. Tangisnya bertambah kuat tiada tanda ia akan berhenti. Sunggyu seperti hilang arah. Jika dia mampu untuk memutar kembali masa, Sunggyu akan pastikan dia memberi peluang kepada Woohyun untuk menceritakan perkara yang sebenarnya. Tetapi dia tidak mempunyai kuasa untuk memutar kembali masa. Woohyun telah meninggalkannya untuk kali kedua. Kali ini lebih menyakitkan kerana hatinya telah diisi oleh Woohyun.

 

“Woohyun… Maafkan saya, maafkan saya.” Sunggyu hanya mampu merintih, memegang dada kirinya yang berdenyut. Kertas tadi diambil dan dipeluk erat oleh Sunggyu, seolah - olah dia sedang memeluk Woohyun.

 

“Baliklah semula ke sisi saya Woohyun. Saya cintakan awak,”

 

 

---

 

Beberapa hari kemudian…

 

Hampir kesemua staf di pejabat mula berbisik sesama mereka semasa Sunggyu melangkah masuk dengan muka dan penampilan yang kurang terurus. Mana taknya, biasa bos mereka sentiasa tampil kemas dan segak, tetapi hari ini beliau tidak ubah seperti mayat hidup. Kumis halus mula tumbuh dan kulitnnya agak kusam. Tak kurang juga ada yang perasan bos mereka sedikit susut berat badan.

 

“Selamat pagi, bos.” Sungyeol terserempak dengan Sunggyu saat dia mahu membuka pintu kaca. Tetapi tak lama kemudian senyuman Sungyeol memudar melihat penampilan terkini Sunggyu. Tali leher dibiar tergantung longgar dileher, kemejanya pula sedikit berkedut dan tidak dimasukkan kedalam seluar dengan sempurna.

 

Sapaan Sungyeol tadi hanya dibalas dengan anggukan dari Sunggyu menyebabkan dahi pemuda tinggi lampai tadi semakin berkerut. Selama dia berkhidmat disini, tak pernah sekali pun dia melihat Sunggyu tidak tersenyum dengan para pekerjanya. Sekali sahaja yang Sungyeol ingat, itu pun sebab dia tersalah lihat L. Sangkanya Sunggyu, tetapi adik kembarnya yang angkuh. Pandangan belakang mereka jika dilihat sekali imbas, hampir serupa.

 

 

Sunggyu merebahkan diri di kerusi nya kemudian memejamkan mata. Sudah masuk empat hari Woohyun meninggalkannya tanpa khabar berita dan menjadikannya hilang arah. Sunggyu sendiri tidak ingat bila kali terakhir dia menikmati hidangan yang lengkap dan berpenampilan elok. Entahlah, sejak Woohyun menghilangkan diri, Sunggyu sudah tidak berfikir selain daripada Woohyun. Kandungan surat Woohyun masih lagi berlegar - legar difikirannya semenjak beberapa hari ini. Sunggyu masih tidak dapat menerima hakikat Woohyun sudah meninggalkannya lagi sekali.

 

“Sungyeol, masuk bilik saya sekejap.” Sunggyu memberi arahan menerusi interkom yang terpasang.

 

“Baik bos.”

 

Tak sampai seminit pun, Sungyeol sudah tiba dibilik Sunggyu. Pintu kayu itu diketuk lembut sebelum memasuki ruangan tersebut. Terlihat bosnya sedang mengelamun sehingga kehadirannya tidak sedikit pun disedarinya. Sungyeol mengikuti arah padangan Sunggyu dan ianya berakhir di meja Woohyun yang kosong.

 

“Encik Kim?” Panggil Sungyeol lembut.

 

Sunggyu sedikit tersentak tetapi kembali tenang. “Maaf, saya mengelamun.” Sepasang senyuman tipis diberikan oleh Sunggyu untuk menutup emosinya yang sebenar.

 

“Ada apa Encik panggil saya?”

“Oh, ya. Awak ada dapat call atau mesej daripada Woohyun tak?”

 

“Tak ada pula bos. Dah empat hari saya tak nampak dia. Encik Kim tahu ke Woohyun ke mana?”

 

Sunggyu menghela nafas yang berat. “Kalau saya tahu, saya tak tanya awak Sungeyol.”

 

Sungyeol tersengih malu mendengar jawapan bosnya. Sunggyu menyuruhnya kembali bekerja selepas tiada apa yang mahu dibncangkan lagi.

 

“Mana awak sekarang, Woohyun? Saya dah cari awak merata, tapi tak jumpa. Saya harap awak selamat walau dimana pun awak berada, sayang. I love you so much.”

 

 

---

 

“Encik Kim!” Sunggyu ingin sahaja memarahi sesiapa sahaja yang meluru masuk biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, tetapi kemudian Sunggyu menolak kemarahannya apabila dia melihat Sungyeol masuk kebiliknya dengan ekspresi terkejut.

 

“Kenapa Sungyeol?” Pen dijari diletakkan ke atas meja. Perhatianya dipusat kepada Sungyeol sekarang.

 

“Saya dapat email daripada Woohyun hyung.”

 

Dengar sahaja suara Woohyun, mendadak mata Sunggyu bersinar dengan harapan, tetapi hati kecilnya sedikit membangkang. Sungyeol yang melihat wajah Sunggyu mendadak sedih.

 

“Dia email surat berhenti.” Sayu sahaja kedengaran suara Sungyeol. Dia sendiri masih lagi terkejut masa email itu diterima tadi. Ada dia bertanya kepada Woohyun mengapa, tetapi ianya tidak dibalas semula.

 

Sunggyu tidak memberi sebarang respons selepas Sungyeol memberitahunya. Hatinya sudah mengagak terlebih dahulu dan ianya tidak salah. Woohyun memang sudah nekad mahu pergi dari hidupnya.

 

“Baik Sungyeol, awak boleh sambung balik kerja. Biar saya yang selesai perkara ini.”

 

Sungyeol mengangguk dan baru sahaja dia mahu melangkah keluar, namanya dipanggil semula. “Ya bos?”

 

“Awak ada kenal tak mana - mana saudara Woohyun atan ahli keluarga dia?”

”Selama saya kenal dia, Woohyun hyung cuma ada sebut tentang makcik dia.”

 

“Boleh saya dapatkan dokumen peribadi Woohyun dari bahagian HR?”

 

Sungyeol mengangguk dan melangkah pergi selepas Sunggyu mengucapkan terima kasih kepadanya. Sunggyu membenamkan muka ke tapak tangannya, memikirkan pengakhiran kepada masalah rumah tangganya.

 

 

---

 

Keesokkan harinya, Sunggyu mengambil keputusan untuk pergi ke alamat yang diberikan Sungyeol. Keretanya berhenti tepat di hadapan sebuah rumah teres yang berwarna peach. Sekali lagi dia memastikan bahawa rumah ini sama seperti yang tertulis di alamat yang dia peroleh. Setelah yakin, loceng dipicit sehinggalah tak lama kemudian seorang lelaki dalam lingkungan 50-an membuka pintu pagar itu.

 

“Anak cari siapa?” Tanya lelaki tua itu.

 

“Ini rumah Nam Jiyoon ke?” Sunggyu bertanya sopan.

 

“Ya, saya Son Dongwoon, suami dia.”

 

“Oh, saya Kim Sunggyu, suami Woohyun.” Salam dihulur sebagai tanda perkenalan.

 

“Masuklah dulu. Mereka ke pasar ni.”

 

“Terima kasih.”

 

Dongwoon menyuruh Sunggyu untuk menunggyu di ruang tamu sementara dia masuk ke bilik untuk menelefon isterinya memberitahu kedatangan tetamu. Dia tidak pula menyebut nama Sunggyu. Selepas mengakhiri panggilan itu, Dongwoon masuk ke dapur untuk menyediakan air minuman buat Sunggyu memandang cuaca hati ini agak panas.

 

“Terima kasih.” Sunggyu tidak lupa mengucapkan terima kasih selepas Dongwoon menghulurkan segelas jus segar. Lantas mereka duduk memulakan perbualan sementara menunggu kepulangan yang dinanti.

 

Tidak lama selepas itu, perbualan mereka terhenti apabila bunyi deruman enjin menyapa gegendang telinga. Dada Sunggyu serta merta berdegup kencang, nervous mahu berjumpa dengan Woohyun setelah hampir enam hari mereka tidak bersua muka.

 

“Yeobo, tolong saya bawa barang - barang ni kejap.” Jiyoon memanggil suaminya dari muka pintu. Melihat kelibat wanita tersebut, Sunggyu membungkuk hormat.

 

Maru sahaja Woohyun mahu melangkah masuk, tiba - tiba kakinya kaku tidak bergerak apabila dia melihat Sunggyu di ruang tamu. Setelah beberapa saat, Woohyun meneutralkan emosinya dan mengikut Jiyoon kedalam. Sengaja matanya ditundukkan, tidak mahu bertentang dengan Sunggyu.

 

“Woohyun,” Suara Sunggyu berjaya menghentikan langkah Woohyun. Dia dapat merasakan Sunggyu berada dibelakangnya tetapi Woohyun tetap tidak berpaling.

 

Jujur hati Sunggyu sedih melihat Woohyun diam tidak mahu memandangnya. Tetapi Sunggyu bersyukur kerana sekurang - kurangnya Woohyun tetap berhenti walau Sunggyu tidak dapat melihat wajahnya.

 

Drama sebabak pasangan suami isteri itu dipandang oleh Jiyoon dari dapur. Memang dia kecewa dengan tindakan Sunggyu tetapi dia mahu memberi peluang kepada Sunggyu untuk membetulkan keadaan. Semua orang melakukan kesilapan, dan Sunggyu tidak terkecuali. Mendengar cerita dari Woohyun kelmarin membuar Jiyoon percaya Sunggyu telah dibutakan dengan amarah, bukannya dari akal yang rasional.

 

 

“Awak sihat?”

 

“Apa lagi Encik Kim nak?” Tanya Woohyun yang masih membelakangi Sunggyu.

 

“Saya datang nak bawa awak balik. Saya nak minta maaf atas semua yang berlaku, Woohyun.”

 

“Maaf?” Kali ini Woohyun berdiri menghadap Sunggyu dengan mata yang bergenang.

 

Mendengar permintaan Sunggyu, hati Woohyun dihimpit kekecewaan. Mengapa baru sekarang? Kenapa dia tidak lakukannya semasa dia menyeksa emosi Woohyun? Setiap kali dia kehadapan untuk menerangkan perkara yang sebenar, Sunggyu memotong. Tidak pernah sekalipun Sunggyu memberi peluang kepadanya. Sunggyu lebih memilih untuk membuta tuli percaya pada orang luar berbanding isterinya sendiri.

 

Woohyun memalingkan badannya dan berniat untuk masuk ke dalam bilik, namun Sunggyu lebih cepat menghalang dengan memegang pergelangan tangan Woohyun.

 

“Saya merayu, tolong beri saya peluang untuk membetulkan keadaan.” Sunggyu merendahkan egonya dan merayu.

 

Mata Woohyun memandang sosok Sunggyu dihadapannya yang sepertinya sudah terlihat kusut. Hampir sahaja sosok dihadapannya tidak menyerupai Sunggyu. Mukanya lebih tirus berbanding sebelum ini, bulu - bulu halus dimukanya sudah mula tumbuh. Memang terlihat kasihan, tetapi untuk Woohyun kembali semula kepadanya agak sulit. Woohyun tidak sanggup menaruhkan hatinya lagi.

 

“Saya dah tak sanggup.”

 

“Tolonglah Woohyun, saya merayu, berilah saya peluang sekali lagi.” Tangan Sunggyu turun dari pergelangan Woohyun dan menggenggam tangan kecil itu.

 

Woohyun menggeleng dan menarik semua tangannya. Apa tidak cukup masa yang diberikan sebelum ini? Hatinya kembali sakit mengingatkan janji Sunggyu untuk menjaga dan melindunginya. Woohyun menyerahkan hatinya kepada Sunggyu untuk dijaga, tetapi apa yang dia peroleh? Sunggyu cuma mempersoalkan kesetiannya.

 

“Saya cintakan awak Woohyun.”

 

“Simpan sahajalah cinta Encik Kim dekat sini.” Woohyun mengarahkan tangannya ke dada kirinya. “Saya tak layak.”

 

“Saya merayu Woohyun, berilah saya sekali lagi peluang..”

 

“Pergilah Encik Kim. Saya yakin Soyou-shi lebih layak berbanding saya.” Ujar Woohyun dengan linangan air mata.

 

Sunggyu tidak mampu berbuat apa - apa lagi untuk menghalang Woohyun dari pergi meninggalkannya. Kepercayaan yang diamanahkan oleh Woohyun telah dia musnahkan. Hati Woohyun telah dihancurkan oleh dirinya. Tiada apa yang boleh dibuat selain menghantar pergi sosok Woohyun dengan pandangan yang sedih.

 

Sunggyu meminta izin untuk pulang. Tapi sebelum itu, dia berjumpa dahulu dengan Jiyoon dan Dongwoon di dapur unruk memohon maaf kerana telah mengecewakan harapan mereka dan menghancurkan hati Woohyun.

 

 

---

 

Woohyun memeluk Jiyoon lama sebelum dia melepaskan pelukannya dan beralih kepada Dongwoon pula. Hari ini dia akan terbang jauh dari bumi Korea Selatan menuju ke Malaysia. Woohyun sengaja mahu mencari ketenangan selepas apa yang telah belaku. Lebih lama dia di bumi Korea, luka di hatinya bertambah parah. Biarlah buat masa ini dia menyendiri.

 

“Kamu yakin dengan apa yang kamu buat sekarang Woohyun?” Untuk kesekian kalinya Dongwoon menyoalkan keputusan anak saudaranya. Sama seperti Jiyoon, Dongwoon sudah menganggap Woohyun seperti anaknya sendiri. Dia tahu bagaimana peritnya hidup Woohyun, dan dia sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan dia.

 

Woohyun hanya tersenyum untuk meyakinkan pakciknya. “Saya tinggal dekat rumah adik appa, bukannya dekat mana - mana. Kalau tak percaya, appa boleh hari - hari tanya dia pasal saya.”

 

Perbualan tiga beranak tadi kemudian terganggu dengan pengunguman penerbangan yang dibuat. Disebut penumpang penerbangan ke Malaysia sudah diminta bergerak ke balai berlepas segera. Bagasi Woohyun ditarik Dongwoon sambil Woohyun berpegang tangan dengan Jiyoon berjalan.

 

“Jaga diri elok - elok dekat tempat orang. Jangan lupa telefon kami.” Pesan Jiyoon sambil dia mencium kedua - dua pipi Woohyun.

 

“Baik eomma.” Woohyun tersenyum. “Terima kasih banyak appa. Jangan lupa jaga diri.”

 

“Appa tak lupa. Sekarang kamu pergilah.” Dengan berat hati Dongwoon merelakan pemergian Woohyun.

 

Buat kali terakhir Woohyun memandang kebelakang melihat dua wajah yang memberi dia kehidupan yang baharu selepas kematian ibunya. Dua insan inilah yang bertanggungjawab mengembalikan semangat Woohyun selepas apa yang berlaku pada masa silamnya. Tangan dilambai sebagai tanda perpisahan. Air mata menjadi saksi perpisahan ini.

 

 

---

 

Sebaik sahaja kapal terbang berlepas membelah langit biru Korea Selatan, empangan tangis Woohyun kembali pecah. Akhirnya dia meninggalkan bumi Korea yang menyimpan 1001 kisahnya. Harapan Woohyun di Malaysia nanti, dia berharap agar dia berjaya mendapatkan hidup baharu. Hatinya tidak kuat lagi untuk disakiti.

 

Seketika Woohyun menjatuhkan pandangannya kepada cincin perkahwinanya di jari manis. Serentak itu Woohyun teringat kembali kepada orang yang bertanggungjawab menyarungkannya dan orang itu juga yang bertanggungjawab memusnahkan hatinya. Biarpun takdir tidak menyebelahi mereka, Woohyun tetap akan membiarkan cincin tersebut berlingkar di jari manisnya sampai bila - bila. Rasanya seperti berada dekat dengan suaminya. Cincin emas putih itu direnung semula sebelum Woohyun mencium ia lalu menutup matanya.

 

“Selamat tinggal, Kim Sunggyu.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?