Chapter 24

Seeking for Love (Malay version)

Jari Woohyun memainkan hujung pasport miliknya sementara menunggu masa berlepas. Bukan mudah Woohyun mahu mengambil keputusan ini, tetapi selepas melihat betapa nekad Sunggyu mahu memenangi hatinya, Woohyun tersentuh. Tanpa dia sedari, bibirnya sedang menguntumkan senyuman.

 

“Awak fikir apa?” Suara Sunggyu menarik semula Woohyun kembali. Dia melihat suaminya mengambil tempat disebelahnya.

 

“Tak ada apa, cuma fikir tentang kita.” Balas Woohyun perlahan. Jawapan yang diberkan Woohyun menghambat rasa bersalah buat Sunggyu. Dia malu untuk menatap Woohyun.

 

“Sekali lagi saya minta maaf. Saya bodoh.” Genggaman Sunggyu pada tangan Woohyun bertambah erat. Woohyun tahu suaminya sedang berperang dengan emosi, Woohyun memalingkan badannya agar berhadapan dengan Sunggyu. Tapak tangannya membelai pipi kiri Sunggyu dengan penuh kasih.

 

“Saya tahu. Kita berdua salah, jangan asyik salahkan diri awak. Saya dah maafkan dah pun.”

 

Hati Sunggyu tersentuh. Matanya mula digenangi air mata. Kadang - kadang dia merasakan dirinya tidak layak untuk Woohyun, ialah Woohyun terlalu baik untuk disakiti. Sunggyu biarkan sahaja air matanya jatuh. Dia tidak peduli Woohyun nampak, dia hanya Woohyun tahu dia benar - benar menyesal.

 

“Janganlah nangis dekat sini. Nanti orang ingat saya jahat.” Woohyun mula panik. Dia menarik tangan Sunggyu untuk bergerak ke pintu berlepas. Jarak antara mereka terhapus bila Sunggyu memeluk erat pinggang Woohyun. Pipi Woohyun memerah dengan tindakan Sunggyu, namun dia tidak membantah. Malah, dia merehatkan kepalanya di bahu lebar Sunggyu sambil berjalan.

 

“Terima kasih, Woohyun.”

 

 

---

 

Teksi yang dinaiki pasangan tersebut berhenti tepat dihadapan villa Sunggyu. Woohyun sedikit teragak - agak dan berdiri di sebelah Sunggyu yang sibuk mengeluarkan bagasi mereka dari bonet. Seketika kemudian jari mereka saling bertaut dan berjalan seiring menuju kedalam. Sambil berjalan, hati Woohyun seperti mahu sahaja pecah, semua kenangan pahit mula berlegar - legar.

 

“Selamat pulang, sayang.” Sunggyu tersenyum manis kepada Woohyun disisinya. Woohyun mengambil masa sedikit untuk membiasakan diri. Agak lama juga dia meninggalkan villa ini. Tak ada perubahan pun didalam villa ini sejak dia pergi.

 

Woohyun cuma membalas ucapan Sunggyu dengan seulas senyuman. Dia membawa tubuhnya ke sofa untuk berehat. Dia hanya memandang Sunggyu membawa bagasi mereka ke atas. Selepas Sunggyu menghilang dari pandangannya, Woohyun menyandarkan diri ke belakang kemudian melelapkan mata. Penerbangan yang mengambil masa berjam - jam amat memenatkan.

 

Baru sahaja dia mahu berkayar, Woohyun terasa dadanya dipeluk membuatkan dia sedikit terkejut. Selepas mengetahui pemilik tangan tersebut barulah Woohyun menghela nafas lega.

 

“Kenapa tidur sini? Jom naik bila kita.”

 

“...”

 

“Sayang, saya cakap dengan awak ni.” Woohyun bertambah bersalah mendengar suara lembut Sunggyu. Sebenarnya, Woohyun tak marah pun dengan Sunggyu, cumanya dia perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Woohyun masih lagi terasa janggal kadang - kadang setiap kali Sunggyu menyentuhnya.

 

“Boleh tak kalau saya nak bilik sendiri?” Takut - takut Woohyun bertanya. Dia takut Sunggyu terasa.

 

“Kenapa?” Sunggyu bertanya semula. Tangannya mencapai alat kawalan jauh televisyen untuk menghidupkan kotak hitam itu. Woohyun bingung dengan tindakan Sunggyu, seolah - olah mereka tidak ada masalah.

 

“Sayang?”

 

“Ermm, …” Woohyun tidak habis berfikir lagi, Sunggyu sudah memotong.

 

“Saya nak awak tidur dalam bilik kita.” Tegas Sunggyu. Woohyun tahu kalau Sunggyu sudah menggunakan nada ini, dia terpaksa akur.

 

“Tapi,”

 

“Tak ada tapi - tapi. Saya suami awak, tempat awak disisi saya kan?” Sunggyu menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami. Dan dia tahu dia menang sebab Woohyun hanya diam tidak membalas. Dia menarik tangan Woohyun lalu membawanya naik keatas. Mereka perlukan rehat.

 

Woohyun tidak membantah dan memaksa diri untuk mengikut Sunggyu. Genggaman ditangannya juga tidak diusik. Saat daun pintu ditolak, degupan jantung Woohyun bertambah kencang, secara automatik di teringat ‘malam pertama’ mereka sebelum dia meninggalkan Sunggyu. Serta merta satu badannya terasa panas walaupun pendingin hawa sudah dihidupkan.

 

“Saya dah kemas barang kita. Jom tidur,” Sunggyu langsung terus menarik tubuh Woohyun rebah sekali bersamanya diatas tilam empuk itu. Sunggyu terus merapatkan tubuh mereka dan membenamkan wajahnya di leher Woohyun, menghirup dalam - dalam aroma menenangkan Woohyun. Ibu jarinya mengelus belakang Woohyun seperti mahu mendodoikannya. Disebabkan jarak mereka yang sangat dekat, Woohyun kaku. Semua ini terlalu cepat untuknya. Dia perlukan sedikit masa dan ruang untuk bersedia.

 

 

---

 

Bunyi telefon mengejutkan Woohyun dari lelapnya. Tangan Woohyun menggosok kedua matanya, mengusir jauh rasa ngantuk yang masih bergayut di mata. Tangannya satu lagi meraba di meja sebelah katil mencari sumber bunyi tadi. Dahi Woohyun berkerut melihat nama pemanggil. Kenapa Sunggyu telefon?

 

“Hello,” Woohyun menyapa dahulu dengan suara baru bangun tidur.

 

“Hey sayang. Sorry saya ada meeting tiba - tiba dengan client. Awak tak perlulah masak malam ni sebab saya dah beli makanan sebelum keluar tadi. Jangan lupa makan.”

 

“Pukul berapa awak balik?”

 

“Awww, sayang rindu saya ke?” Usik Sunggyu sampai pipi Woohyun memerah. Nasib baik Sunggyu tak nampak, kalau tak lagi teruk Woohyun kena.

 

“...”

 

“Okay, sorry. Saya tak janji bila tapi saya cuba habiskan awal okay. Kalau lama sangat awak tidur lah dulu, tak payah tunggu saya.”

 

“Iyalah, jaga diri.”

 

Selepas mematikan talian, Woohyun mengeluh. Pertama, dia ditinggal SENDIRIAN dalam rumah besar ni sendiri dan yang keduanya, malam ni dia bersendirian juga.

 

“Apa punya suami biarkan isteri dia sorang - sorang. At least kejutlah bagitahu nak keluar.” Woohyun membawa kakinya ke bilik air untuk menyegarkan diri. Lepas mandi dia mahu ke bawah, mengisi perutnya yang mula berkeroncong.

 

 

---

 

Sunggyu terus memandu pulang selepas meeting tadi tamat. Jam tangan mahal dikerling sekilas untuk membaca digit yang terpamer. Dah lewat malam, hampir pukul 2 pagi. Sunggyu yakin Woohyun mesti dah tidur. Lampu isyarat bertukar hijau, pedal minyak kembali ditekan. Sunggyu tidak sabar mahu pulang melihat isteri comelnya.

 

 

---

 

Selepas hampir satu jam memandu, akhirnya Sunggyu tiba di rumah tepat pada pukul 2.56 pagi. Semua lampu telah dimatikan. Tanpa membazir masa lagi, Sunggyu terus masuk kedalam dan mengunci pintu. Destinasinya hanya satu, iaitu bilik tidur utama.

 

Sekejap sahaja masa yang diambil Sunggyu untuk tiba di bilik. Perlahan - lahan daun pintu ditolak takut membangunkan orang didalam. Perhatiannya memusat kearah katil mencari kelibat Woohyun. Peluh mula merecik setelah dia melihat katilnya kosong. Mana pergi Woohyun? Sunggyu mencampakkan briefcase yang dipegang ke lantai dan terus ke bilik air takut Woohyun didalam, namun tetap kosong.

 

Sunggyu berlari pula kebawah takut Woohyun ada didapur tetapi semuanya gelap. Mustahil Woohyun ada sedangkan isterinya takut gelap. Sunggyu hampir sahaja berputus asa. Kalau pun Woohyun mahu keluar, beritahulah Sunggyu dahulu. Atau jangan - jangan …

 

“Tak. Tak mungkin dia pergi lagi.” Sunggyu menggeleng kepala, mengusir jauh bayangan negatif yang cuba meracuni fikirannya. Dia yakin bahawa Woohyun tidak akan meninggalkannya lagi. Sunggyu pasti.

 

Sunggyu merehatkan diri di sofa sambil memikirkan kebarangkalian yang mungkin terjadi. Sedang asyik dia mengelamun, tiba – tiba Sunggyu tersedar yang dia belum lagi memeriksa bilik tetamu. Satu – satunya tempat yang masih belum diperiksa. Terlepas gelak kecil dari bibir merah Sunggyu mentertawai kebodohannya.

 

“Macam manalah aku boleh terlepas pandang bilik tu.” Dengan langkah santai, Sunggyu mengatur langkah ke sana.

 

Sunggyu tidak terus masuk ke dalam, sebaiknya dia berdiri seketika dihadapan pintu, berperang dengan dirinya samada mahu masuk atau tidak. Dia takut Woohyun menolak kehadirannya dan kemudian menghalau, atau Woohyun sedang menukar baju. Kalau betul sangkaan yang kedua, pasti ianya akan menjadi saat yang paling janggal antara mereka.

 

Perlahan tombol bulat dipegang Sunggyu. Tangannya mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum tombol dipulas. Hawa dingin serta merta menerpa deras menyapa kulit Sunggyu. Pantas mata Sunggyu menangkap sosok tubuh yang berselimut tebal diatas katil. Serentak itu hatinya berdetak laju melihat figur isterinya yang sedang enak diulit mimpi. Sunggyu tertanya – tanya bagaimanakah Woohyun begitu mudah membuat jantungnya berdegup kencang walau hanya dengan tidur.

 

Tilam putih empuk tersebut diduduki Sunggyu perlahan, takut membangunkan Woohyun. Rambut hitam Woohyun dielus lembut membuatkan sang terlena mula tersedar tetapi Sunggyu cepat menarik semula tangannya. Badannya dicondongkan dekat pada Woohyun lalu berbisik ke telinganya.

“Sayang, bangun.” Sunggyu menepuk lembut lengan Woohyun cuba membangunkan isterinya. Namun, tiada respon yang diberikan oleh Woohyun. Sedikit pun tubuhnya tidak bergerak.

“Woohyun sayang, jom tidur dalam bilik kita.” Kali ini Sunggyu berjaya mengejutkan Woohyun. Manik pekat Woohyun mulai terbuka selepas mendengar suara lembut Sunggyu. Tubuhnya dipaling agar menghadap suaminya yang sedang tersengih.

Selepas raut wajah Sunggyu menerpa masuk kedalam retina Woohyun, barulah dia seolah – olah tersedar. Langsung Woohyun duduk tegak dan mengesot sedikit menjauhi Sunggyu. Dia terkejut akan kehadiran Sunggyu didalam bilik itu.

“Awak buat apa dekat sini?”

Soalan Woohyun tadi tidak dijawab oleh Sunggyu, sebaliknya bibirnya mucung kedepan.

“Sepatutnya saya yang tanya kenapa awak tidur sini.”

Woohyun menggosok matanya bagi mengusir saki baki rasa mengantuk yang bergayut. Tidak pula dia perasan bila Sunggyu pulang tadi. Sangkanya Sunggyu akan pulang lewat.

“Itukan bilik awak.”

“Siapa cakap. Itukan bilik KITA.” Sunggyu membetulkan semula kenyataan Woohyun tadi. Tanpa disedari, ucapan Sunggyu tadi berjaya menukar warna pipi gebu Woohyun.

“Tapi-“

“Tak ada tapi – tapi, saya tak terima penolakan. Awak isteri saya, dan tempat isteri adalah disisi suami. Itu termasuk dengan awak kena tidur sekali dengan saya, faham?”

Woohyun diam. “Saya tahu, tapi beri saya masa sikit nak adapt dengan semua ni.” Bela Woohyun. Kepalanya tunduk mengelakkan menatap Sunggyu. Manakala sang suami cuma tersenyum mendengar alasan tidak munasabah si isteri.

“Salah satu cara nak adapt adalah tidur dengan saya. Saya janji tak akan buat perkara tanpa kerelaan awak. Kita akan mula semula seperti mana yang sayang minta.”

Tangan kecil Woohyun digenggam erat oleh Sunggyu. Saat kulit mereka bersentuhan, Sunggyu dapat merasakan detak jantungnya kembali kencang. Dia yakin, itu merupakan petanda cintanya terhadap Woohyun. Dia mahu membina kembali kisah mereka.

“Sayang,”

“Sekejap, saya kemas.” Sebaik sahaja mendengar jawapan Woohyun, Sunggyu tidak dapat menghalang bibirnya dari mengembang. Dia mengesot sedikit kekiri memberi ruang kepada Woohyun untuk turun dari katil.

Malam ini akan menjadi malam yang paling bahagia buat Sunggyu kerana buat pertama kalinya Woohyun akan tidur disisinya. Tidak sabar rasanya Sunggyu menantikan saat di membuka mata, wajah Woohyun yang pertama menjengah matanya.

Wajah Sunggyu direnung pelik oleh Woohyun. Manakan tidak, suaminya elok tersengih macam kerang busuk sampaikan Woohyun berasa seram sejuk. Bahu Sunggyu ditepuk perlahan mengembalikan semula kewarasan suaminya.

“Kenapa awak senyum?”

“Saja. Cepatlah, saya dah mengantuk sangat ni.”

Woohyun hanya mampu menggeleng kepala mendengar jawapan Sunggyu. Ada kalanya Sunggyu terlihat sangat matang, tapi ada satu masa juga dimana Sunggyu seolah – olah budak kecil yang terperangkapndalam badan orang dewasa. Macam sekarang ni, bukan main seronok dia skipping ke bilik tidur utama walaupun jaraknya hanya dua pintu.

 

Badan Woohyun membeku dengan sempurna saat tangan Sunggyu melingkar elok di pinggangnya. Aroma maskukin Sunggyu semakin kuat menusuk hidung Woohyun kerana Sunggyu sengaja melentokkan kepalanya diceruk leher Woohyun.

Enn.encik Kk..Kim bbuat apa ni?”

Sunggyu menghentikan kegiatannya seketika. Sekarang dia mengubah posisinya mengukung Woohyun. Matanya merenung jauh kedalam anak mata Woohyun yang berada dibawahnya.

“Sayang sebut apa tadi?”

“Encik Kim?”

“Saya tak nak sayang guna nama tu lagi. Panggil saya Gyu.”

Senyap.

“Beri saya masa nak hadam semua ni semula. Saya rasa terlalu cepat.” Jujur Woohyun. Matanya dilarikan daripada terikat kepada Sunggyu. Dia takut Sunggyu dapat membaca kegelisahannya.

Tipu kalau Sunggyu tak kecewa dengan alasan Woohyun. Tapi dia menghormati keputusan isterinya. Jika Woohyun memerlukan masa dan ruang, Sunggyu tidak akan menolak kerana dia tidak mahu kehilangan Woohyun sekali lagi. Satu ciuman mendarat penuh kasih di dahi Woohyun, menyalurkan rasa cintanya kepada Woohyun.

“Ambillah masa awak. Saya minta maaf kalau saya memaksa.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?