Chapter 3

Seeking for Love (Malay version)

Masih lagi lima tahun lepas…

 

Mommy, pernah tak sekali Mommy fikirkan perasaan Sunggyu? Kenapa setiap kali L buat masalah, Sunggyu yang kena cover? This is unfair, Mom.” Sunggyu megeluh. Dia tak faham kenapa Mommy dan Daddy selalu macam ni. Setiap kali masalah L buat, dia mesti jadi kambing hitam. Adakah dia betul anak mereka?

 

Anak mata Hyunah direnung dalam - dalam oleh Sunggyu. Sebak hati Hyunah melihat kesayuan yang dipantulkan dalam anak mata Sunggyu. Pantas dia bangun dan memeluk erat anaknya yang taat satu ini. Dia tahu Sunggyu tidak akan membangkang. Memang mulanya Sunggyu akan keberatan, tapi lambat laun Sunggyu akan mula menerima.

 

Tapi Hyunah tahu permintaannya kali ini sangat melampau. Belum pernah dia meminta Sunggyu untuk menerima berita yang sebegini. Memang betul setiap kali L timbulkan masalah, Sunggyu yang akan menggantikan posisi adik kembarnya menerima hukuman. Disebabkan sikap Sunggyu yang selalu beralah jugalah menyebabkan L selalu lepas tangan dan sering menunding jari kepada Sunggyu walaupun bukan abang kembarnya yang menimbulkan masalah itu.

 

“Sebab Sunggyu anak Mommy yang baik, selalu dengar kata Mommy. Tak pernah anak bujang Mommy ni bantah cakap Mommy.” Dia tahu ini buka permintaan yang mudah. Ini melibatkan masa depan anaknya.

 

“Tapi Mommy, macam mana dengan masa depan Sunggyu? Tak boleh ke Sunggyu tentukan sendiri dengan siapa Sunggyu kahwin. Anak Mommy ni nak sehidup semati dengan someone yang dia cinta and dengan dia Gyu nak bina keluarga kecil kami, Mom.” Kali ini giliran Sunggyu pula merayu.

 

Hyunah mula berasa tersepit. Memang dia kesian dengan Sunggyu, tapi dia sudah terlanjur berjanji dengan Woohyun. Kata - katanya mula menjerut diri.

 

Please sayang. Mommy janji kali ni last. Cuba fikirkan Woohyun. Dia pun tak bersalah macam kamu juga.” Hyunah sudah ketandusan idea memujuk Sunggyu.

 

“Tapi Mommy, L yang punya masalah, dialah yang patut settle. Kahwin bukan perkara mudah, Mom. Sunggyu dah penat jadi penyelamat L.” Suara Sunggyu sedikit meninggi. Kesabarannya semakin menipis.

 

 

“Kahwin dengan dia atau kamu tak akan dapat satu sen pun dari keluarga ni.” Hyunah dan Sunggyu serentak berpaling kearah pemilik suara tersebut. Kelibat Tuan Kim sedang menuruni tangga cepat ditangkap oleh anak mata mereka.

 

Daddy sampai bila Daddy nak guna duit atas semua benda. Susah sangat ke Sunggyu minta Daddy untuk sayang Gyu sama macam Daddy sayang L? Gyu pun anak Daddy.” Akhirnya Sunggyu meluahkan juga apa yang terbuku dalam hatinya. Dia tak pernah merasa kasih sayang seorang bapa, dia cuma disimbah dengan duit berbanding L. Jujur dia cemburu.

 

Angkuh, bongkak, takbur. Kesemuanya tertanam dalam diri Siwon. Dia terlalu bangga dengan kemewahan dan status yang dipunyainya. Siwon semakin haus melihat orang tunduk hormat kepadanya kerana status dirinya. Dia terlalu mengejar dunia sehingga dia lupa tanggungjawabnya kepada keluarga.

 

“Itu sahaja yang Daddy boleh offer kamu. Take it or leave it.” Tajam mata Siwon menikam anak mata Sunggyu.

 

Sunggyu megeluh. Dia tewas juga dalam permainan ini. Dia tahu dia tidak akan boleh memenangi Daddynya. Memang dia punya pilihan lain?

 

“Baiklah, Sunggyu akan kahwin dengan dia TETAPI bukan sebab Gyu takut tak dapat syarikat, Gyu terima sebab kalau macam ini cara Daddy tunjukkan sayang pada Gyu, I accept that.” Kedengaran sinis sahaja nada Sunggyu. Anak matanya bergenang.

 

“Tapi Gyu nak Daddy tahu yang Gyu pun anak Daddy. Satu hari nanti Daddy akan sedar yang Gyu lah anak Daddy yang Daddy boleh harapkan.”

 

Sedikit sebanyak lega meresap dalam diri Hyunah. Walaupun bukan keseluruhannya, tapi Hyunah bersyukur masalah ini mula diselesaikan sedikit demi sedikit. Hyunah sedar Sunggyu melakukan semua ini kerana ayahnya bukan dari hatinya tapi dia tidak peduli selagi Woohyun berada di bawah jagaan Sunggyu.

 

---

 

Perasaan sayu menyelubungi perkarangan rumah Jiyoon. Orang bersilih ganti keluar masuk dari rumah kecil itu, tidak putus - putus mengucapkan takziah kepada keluarga si mati. Tidak kurang juga ada insan yang menghulurkan bantuan kepada mereka, Jiyoon sangat berterima kasih atas keprihatinan mereka.

 

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Bilangan orang meninggalkan rumah semakin bertambah. Ruang tamu yang tadinya penuh kini sudah kosong. Usai menghantar orang yang terakhir, mata Jiyoon jatuh ke arah Woohyun yang sedang duduk ditepi tangga sambail memegang sekeping gambar ibunya. Sepatah kata pun tidak keluar dari mulut Woohyun sejak ibunya meninggal. Hanya matanya sahaja tidak putus - putus mengalir.

 

Bahu sempit Woohyun diusap perlahan. Satu kucupan dihadiahkan di puncak kepala Woohyun. “Janganlah menangis macam ni. Kesian ibu kamu. Mesti dia sedih tengok anak dia macam ni.”

 

Auntie kenapa benda buruk jadi dekat Woohyun? Lepas kejadian tu dan sekarang ibu tinggalkan Hyunie. Tuhan benci Hyunie ke?”

 

“Shhh. Jangan cakap macam tu. Tuhan tak pernah benci kamu. Dia pilih kamu untuk terima ujian ni sebab Dia tahu kamu kuat dan mampu. Dan jangan sesekali cakap ibu kamu pergi, sebab ibu kamu tak pernah tinggalkan kamu. Dia akan terus ada dalam hati kamu sampai bila - bila.”

 

Tubuh Woohyun semakin kurang bergetar. Nampaknya Woohyun sudah sedikit bertenang. Jiyoon sangat bersimpati dengan apa yang menimpa Woohyun. Nasib anak saudaranya sangat malang. Sudahlah menjadi mangsa nafsu, sekarang diuji lagi dengan kematian si ibu. Jiyoon tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Adakah Woohyun akan kuat untuk menghadapi semua ini atau sebaliknya.

 

Woohyun cuba untuk berdiri disebalik ujian yang tidak putus - putus menimpa dirinya. Pemergian si ibu hanya memburukkan lagi emosi Woohyun. Ibu adalah tulang belakang Woohyun. Dia seolah berkongsi nyawa dengan ibunya. Separuh jiwanya hilang bila ibunya telah pergi.

 

Ibunya juga yang menjadi alasan kukuh kenapa Woohyun memilih untuk menghadapi dunia yang kejam ini. Tapi selepas ini siapa yang akan menjadi tempat dia bergantung? Tangan Woohyun meraba bahagian perutnya dimana ada satu nyawa sedang bernafas di dalam sana. Kain dibahagian tersebut digenggam erat. Woohyun cuba untuk terus kuat demi anak yang dikandungnya. Anak ini tidak bersalah.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?