Chapter 17

Seeking for Love (Malay version)

“Anak Mommy sihat?” Suara wanita lebih separuh abad bertanya si seberang talian.

 

“Sihat Mommy and you?”

 

“Biasalah orang tua. Macam mana Woohyun? Dia dah pindah?”

 

“Dua minggu lagi. Woohyun masih mengemas, lagipun kerja dia banyak sikit minggu ni” Terang Sunggyu. Selepas diberitahu tentang Woohyun, hampir setiap hari Hyunah bertanya.

 

“Okay. Mommy rindu Woohyun. Bila boleh jumpa dia?”

 

“Tak lama lagi. Gyu tengah pulihkan hubungan kami.”

 

“Hujung minggu ni boleh kamu bawa dia ke rumah?” Pertanyaan Hyunah tergantung sepi.

 

Bukannya Sunggyu tidak mahu, tapi dia takut bagaimana reaksi ayahnya nanti. Alasan kenapa Woohyun meninggalkan kediaman Kim dahulu pun berpunca dari ayahnya. Perkara terakhir yang Sunggyu mahu lihat adalah air mata Woohyun. Dia tidak mahu ayahnya menyakiti Woohyun lagi.

 

“Sunggyu,” Hyunah memanggil anaknya.

 

“Ada sini Mommy, termenung kejap.”

 

“Jadi boleh tak?” Hyunah masih belum putus asa.

 

“Nanti Gyu cuba cakap ke Woohyun dulu.”

 

“Terima kasih nak.”

 

Talian sudah dimatikan. Permintaan Hyunah barusan tadi berputar di kepala Sunggyu. Mungkin masanya sudah tiba untuk mereka memulakan hidup baharu. Melihat pada sisi positifnya, Sunggyu jadi tidak keberatan untuk mengajak Woohyun berjumpa dengan ibunya. Sunggyu pasti Woohyun pun mesti rindu pada ibu mertuanya juga.

 

“Belum cuba belum tahu.” Bisik Sunggyu pada dirinya.

 

 

---

 

Selepas kejadian tempoh hari, L memilih untuk tidak ke pejabat dan tinggal sementara di hotel. Dah berhari - hari L mengurung diri daripada dunia luar. Ingatannya masih lagi segar mengenai kejadian tempoh hari. Lebam di muka sudah hampir memudar tetapi sakit di perut L akibat ditendang Sunggyu masih lagi terasa.

 

L meringis sedikit saat dia cuba untuk duduk. Pertama kali dalam sejarah L kalah pada Sunggyu. Sepak terajang haritu apalah sangat nak dibandingkan dengan dirinya ditolak mentah - mentah oleh Woohyun. Dirinya terasa lemah dan kerdil dihadapan Sunggyu. Biasanya dia akan melawan semula, tetapi tidak hari itu. Kim Myungsoo tewas terhadap Kim Sunggyu.

 

 

---

 

“Woohyun, Mommy jemput datang rumah weekend ni. Dia nak jumpa awak.” Sunggyu memandang muka Woohyun sekilas, menanti reaksi Woohyun. Ekspresi Woohyun kekal tenang.

 

“Tak apa kalau awak tak sedia lagi. Nanti saya cakap dekat Mommy.” Sunggyu menangkup pipi tembam Woohyun. Perlahan - lahan bibir ceri Woohyun merekah membuat Sunggyu ikut sekali tersenyum.

 

“Saya ikut.”

 

 

---

 

Hyunah menghayati keindahan bunga - bunga orked dihalaman. Memorinya berputar kembali saat mendiang Jihyun masih lagi bekerja dengan keluarga Kim. Setiap pagi dia dan Jihyun akan menghabiskan masa bersama membersihkan pokok orked sambil berbual mesra. Ada juga kadang - kadang Woohyun ikut Jihyun bekerja kalau tidak sibuk. Waktu pertama kali berjumpa dengan Woohyun, hati Hyunah sudah pun terpaut dengan kelembutan dan santun Woohyun.

 

Tetapi kemudian lamunan Hyunah dimatikan dengan bunyi kerusi ditarik. Sekilas Hyunah menoleh kesamping melihat siapakh gerangannya.

 

“Awak nak apa.”

 

“Abang sibuk sangat sampai lupa tanggungjawab.” Pedas sindiran Hyunah. Siwon menjeling tajam.

 

Hyunah meneruskan lagi bicaranya. “Lepas ni Woohyun tinggal semula dengan Sunggyu.”

 

“Lepastu awak nak suruh saya buat apa?” Siwon berlagak tenang, padahal dalam hatinya dia sudah berapi. Berita ini menghancurkan plannya mahu mengahwinkan Soyou dan Sunggyu.

 

“Saya tak setuju abang nak kahwin Sunggyu dengan Soyou. Saya nak Sunggyu dan Woohyun bersatu semula.”

 

“Saya tak perlukan persetujuan awak. Tak payah masuk campur.” Siwon bangkit meninggalkan Hyunah tergamam sendiri.

 

 

---

 

Lauk pauk yang masih panas disusun rapi diatas meja. Bila Sunggu beritahu Woohyun setuju untuk datang, Hyunah seronok tidak terkata. Panjang senarai lauk yang hendak dimasak. Hari ini Hyunah dibantu oleh pembantu rumah menyiapkan persiapan menyambut Woohyun. Dentingan jam didinding menunjukkan jam sudah pukul satu, Hyunah menambah lagi kelajuannya sebelum Sunggyu dan Woohyun sampai.

 

“Kak Cha, boleh tolong potongkan tembikai tak? Saya letak dalam peti sejuk.”

 

“Tak ada Puan.”

 

“Cuba tengok betul - betul.”

 

 

Hampir 50 minit Hyunah menunggu Sunggyu, tetapi bayang mereka masih belum nampak lagi. Seketika kemudian Hyunah kembali ke ruang tamu, mencapai telefon rumah dan mendail nombor Sunggyu.

 

“Hello Sunggyu, kamu dekat mana?” Talian disambung selepas beberapa saat.

 

“Kejap lagi kami sampai. Ada accident tadi.”

 

“Iyalah. Ingat tadi ada apa - apa.”

 

 

Woohyun masih berdiri di halaman, berperang dengan diri sendiri sama ada menunggu Sunggyu dan ibu mertuanya pulang atau masuk sahaja. Hyunah terlupa membeli tembikai, jadinya Sunggyu menghantar dahulu Woohyun kemudian membawa Hyunah ke pasar berhampiran.

 

Paru - paru Woohyun diisi oksigen sebanyak mungkin sebelum dia melangkah masuk. Terasa asing banglo ini kepada Woohyun. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya disini. Disini jugalah mimpi ngerinya bermula.

 

“Anak siapa pula kali ni?” Langkah Woohyun terhenti. Pandangannya segera dialihkan pada satu sosok yang sedang duduk membelakanginya.

 

Woohyun berdiri menghadap Siwon, membungkuk hormat kemudian menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi tida bersambut. Sedikit pun Siwon tidak terusik dengan kesopanan Woohyun. Keadaan seperti ini sudah pun diduga Woohyun.

 

“Jangan mimpi aku nak sentuh tangan jijik kau. Dasar miskin, cuma nak harta aku je kan.” Siwon mengeluarkan kata - kata yang mampu menghiris hati Woohyun.

 

“Maaf Tuan tapi saya tak pernah minta pun semua ni.” Woohyun membela diri. Dia tahu Siwon menuduhnya sengaja memerangkap L.

 

“Pergi jahanam dengan maaf kau! Ingat masa boleh berputar semula ke!” Jerkah Siwon.

 

“Kekayaan Tuan sedikit pun saya tak peduli.”

 

Siwon tersenyum sinis. Jarak antara mereka dirapatkan lagi. Kini dia dapat melihat dengan lebih jelas mata Woohyun yang berkaca - kaca.

 

“Kau guna badan kau perangkap anak aku. Lepastu kau paksa dia kahwin dengan kau. Betul tak, jalang?”

 

Kali ini Siwon sudah melampau. Woohyun tidak boleh terima dirinya dipanggil jalang sedangkan dia adalah mangsa. Matanya mula bergenang, air mata boleh turun bila - bila masa sahaja. Dengan penuh harapan Woohyun datang ke sini untuk menjernihkan semula hubungannya dengan ibu bapa mertuanya tetapi Siwon masih lagi bersikap dingin terhadapnya.

 

“Memang saya tak kaya macam Tuan tapi saya tak akan jual badan saya untuk duit. Saya belajar sungguh - sungguh untuk kerja yang bagus.”

 

“Mampus semua tu! Habis apahal kau nak sangat kahwin dengan anak aku.”

 

“Dia kena bertanggungjawab dengan apa yang dia buat.” Woohyun cuba berlagak tenang walaupun air mata sudah mengugut mahu tumpah.

 

“Kau yakin anak aku yang buat?”

 

Woohyun memandang Siwon dengan ekspresi tak percaya. Mestilah dia tahu siapa pelakunya. Muka L jelas terlihat oleh Woohyun. Lagi satu tak pernah dia membiarkan lelaki lain menyentuhnya seperti mana dilakukan L.

 

“Saya mangsanya.” Suara Woohyun sedikit meninggi, membela diri.

 

“Kau ingat aku percaya cakap jalang macam kau. Lepas bunting anak orang lain, kau datang dekat anak aku.”

 

Woohyun diam seketika sebelum membalas. “Baiklah kalau itu yang Tuan nak.” Serentak dengan itu air mata Woohyun tumpah, menjadi saksi apa yang bakal dilakukan sebentar lagi.

 

“Ya memang saya nak harta Tuan! Memang saya perangkap L! Memang L tak bersalah! Ya saya jual badal untuk duit! Memang saya-” Tiba - tiba Woohyun terasa pijar dipipinya.

 

Woohyun menoleh kesamping, melihat Sunggyu disebelahnya dengan muka merah padam menahan amarah. Tangan Woohyun menyentuh pipi yang dilempang Sunggyu tadi. Dia tidak pasti sakit yang dirasai sekarang ini sakit dilempang atau hatinya yang sakit. Disangkanya Sunggyu akan membela dirinya seperti mana selalu Sunggyu lakukan, tetapi sangkaan Woohyun jauh meleset. Bukannya berdiri dipihak Woohyun, Sunggyu menelan bulat - bulat apa yang dilemparkan Siwon.

 

Wajah Sunggyu dipandang buat terakhir kali sebelum Woohyun berlari keluar meninggalkan banglo mewah tersebut. Tiada lagi alasan Woohyun untuk lebih lama disitu. Sebelum Woohyun pergi, dia sempat melihat senyuman kemenangan di bibir Siwon.

 

Hati Siwon berbunga bahagia dengan apa yang sedang berlaku. Dia tidak perlu lagi memikir cara untuk menyingkirkan Woohyun selepas ini. Sekarang dengan senang hati Siwon boleh memaksa Sunggyu menikahi Soyou tanpa sebarang halangan. Siwon yakin Sunggyu pasti akan membenci Woohyun selepas ini.

 

L nyaris tersungkur saat Woohyun berlari keluar dengan muka dibasahi air mata. Semalam ibunya ada meminta dia kerumah untuk makan tengahari. Memandangkan sudah lama L tidak berjumpa ibunya, dia bersetuju untuk kesana. Saat dia tiba di banglo Kim, dia tidak sengaja melihat bapanya dan Woohyun seperti sedang bertegang urat. L tak jadi masuk kedalam, sebaliknya dia bersembunyi diluar mendengar segala butiran perbualan mereka. Hati L senang melihat kejadian tadi kerana dia boleh memiliki Woohyun selepas ini, tetapi entak kenapa hatinya dihimpit rasa bersalah selepas mendengar Woohyun.

 

 

Langkah kaki Woohyun dipercepatkan. Dia biarkan sahaja kakinya membawa jauh dari banglo mewah Kim. Segala memori pahit mahu dihapuskan Woohyun dari ingatannya. Tangannya menyeluk poket belakang mengeluarkan telefon pintarnya. Nombor Jiyoon didail untuk dia mengadu segalanya.

 

Telefon pintar tadi baru sahaja mengenai telinga Woohyun sebelum tiba - tiba tangan Woohyun ditarik paksa oleh seseorang. Disebabkan sentapan tadi, Woohyun terjerit kesakitan. Dilihatnya Sunggyu sedang mencengkam tangannya bersama ekspresi yang sama di banglo tadi. Woohyun tidak sempat melepaskan diri, tubuhnya ditarik kedalam kereta.

 

“Lepaskan saya!” Woohyun berusaha melepaskan cengkaman Sunggyu yang kuat. Kesemua rayuan Woohyun tidak diendahkan Sunggyu. Tubuh Woohyun terus ditarik.

 

Pintu kereta mewah Sunggyu cuba dibuka Woohyun namun tidak berjaya. Sunggyu lebih pantas dengan menggunakan auto lock dibahagian pintunya. Sekarang tiada lagi peluang untuk Woohyun melarikan diri. Dia sudah terperangkap bersama dengan Sunggyu yang bengis.

 

“Jadi saya cuma kambing hitam sahaja?” Tanya Sunggyu sinis.

 

Woohyun tidak menjawab pertanyaan Sunggyu. Sia - sia sahaja kalau dia menerangkan, belum tentu lelaki ini akan percaya. Tak boleh ke Sunggyu lihat bagaimana takutnya Woohyun setiap kali L ada. Apakah Sunggyu rasa Woohyun berlakon semata - mata.

 

“Tinggalkan saya dekat sini.”

 

“Kenapa? Lakonan kau tak selesai lagi?”

 

“Tinggalkan sahajalah!” Bukannya mendengar, kelajuan kereta bertambah. Pedal minyak ditekan kuat Sunggyu.

 

Tolonglah jangan buat saya macam ni.” Suara Woohyun mula mengendur.

 

“Jangan ingat aku akan jatuh lagi dengan lakonan kau. Cukup sekali aku terkena, tak akan untuk kali kedua.”

 

Tak ada gunanya dia menangis lagi. Sunggyu sudah hilang kepercayaan kepadanya. Woohyun hanya mampu berserah kepada takdir.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?