Chapter 18

Seeking for Love (Malay version)

“Kenapa abang buat macam tu?!”

 

Akhirnya Hyunah kembali tersedar. Sepanjang kejadian itu berlaku, Hyunah terdiam kaku seperti patung, cuba untuk menghadam segalanya. Hyunah tidak sempat menghalang Sunggyu dari memukul Woohyun. Semuanya berlaku begitu pantas. Dia juga tidak mampu menghalang Woohyun meninggalkan banglo Kim. Seharusnya hari ini mereka menjernihkan keadaan, bukannya mengeruhkan lagi.

 

Giginya diketap kuat menahan geram apabila Siwon diam tidak menjawab.

 

“Saya tanya ni! Kenapa abang buat macam tu!” Hilang rasa hormat kepada suaminya.

 

“Awak dengarkan tadi. Menantu kesayangan awak tu dah mengaku.”

 

“Abang jahat!”

 

 

---

 

Setelah enjin dimatikan, Sunggyu menuju ke pintu sebelah pemandu lalu menarik Woohyun. “Kau tinggal sini mulai sekarang.”

 

“Janganlah buat saya macam ni,”

 

“Kau hak aku. Aku boleh buat apa sahaja.”

 

“Kenapa hyung?” Woohyun memberanikan diri bertanya. Dia berdiri menghadap Sunggyu, merenung mukanya yang sedang marah.

 

“Jangan panggil aku hyung! Kau tak layak!” Jerkah Sunggyu. Walaupun dia mahu Woohyun memanggilnya dengan panggilan yang lebih romantis tetapi selepas kejadian itu, Sunggyu menyampah. Dia benci ditipu Woohyun.

 

Then, hantar saya balik, Encik Kim.”

 

“Selagi kau masih isteri aku, aku tak benarkan kau keluar dari sini tanpa izin.”

 

“Kalau Encik dah tak percayakan saya, kenapa tak ceraikan sahaja saya? Mudahkan.” Woohyun maju kehadapan. Dia membalas Sunggyu dengan yakin.

 

Cadangan Woohyun membuat Sunggyu tergamam dan terkejut. Dia tidak menyangka Woohyun akan fikir sejauh itu. Kata - kata isterinya menikam hatinya. Sunggyu tidak mahu melepaskan Woohyun. Dia tidak tahu mengapa, tetapi ada sesuatu yang menghalang dia berbuat demikian.

 

“Tak ada gunanya perkahwinan ini kalau tak ada kepercayaan antara kita.” Woohyun melangkah ke pintu tetapi sempat direntap oleh Sunggyu.

 

“Kau tak akan kemana - mana!” Tangan Sunggyu mencengkam kedua bahu Woohyun. Dari sudut ini, Woohyun dapat melihat lebih jelas api kemarahan dalam manik kristal Sunggyu.

 

Woohyun meronta melepaskan diri. “Lepaskan saya Encik Kim. Saya tak nak tinggal dengan Encik.”

 

“Selangkah kau keluar dari pintu, aku koyak baju kau, paksa kau layan aku dekat sini juga!”

 

Kelu lidah Woohyun mendengar. Tubuhnya terus terdiam. Seketika kemudian Woohyun membalas pandangan Sunggyu. “Saya akan pergi.”

 

“Jangan cabar aku Woohyun!” Jerit Sunggyu.

 

Woohyun tidak peduli. Dia tetap mahu meninggalkan rumah ini. Tetapi haruslah Sunggyu tidak akan membenarkan perkara itu berlaku. Tubuh Woohyun dirangkul dari belakang dan diangkat ke bahu.

 

Pintu bilik tetamu dihempas kuat bersama dengan tubuh Woohyun dicampakkan keatas katil. Sunggyu merangkak naik keatas badan Woohyun, mengunci kedua tangan Woohyun disisi. Peluh mula merecik di badan Woohyun.

 

“Sepatutnya ku dengar cakap suami.” Sunggyu membuang nafas di telinga Woohyun.

 

“Jangan cabar aku,” Puas melihat air mata Woohyun, Sunggyu meninggalkan Woohyun sendiri, menangisi nasib diri.

 

Tak ada lagi Sunggyu yang romantik. Setan telah menguasai akal Sunggyu. Woohyun menangisi takdir hidupnya. Tidak cukup penghinaan dari Siwon, kini dirinya dibenci suami sendiri. Bilakah semua ini akan berakhir?

 

 

Jari Sunggyu meremas kasar rambutnya. Dia masih ingat lagi pengakuan Woohyun di banglo Kim.

 

“Ya memang saya nak harta Tuan! Memang saya perangkap L! Memang L tak bersalah! Ya saya jual badal untuk duit! Memang saya-”

 

Siling putih diatas dipandang kosong oleh Sunggyu. Kata - kata Woohyun masih lagi terngiang - ngiang di telinga seperti kaset rosak. Tangannya pantas melempang Woohyun, tidak membenarkan dia menghabiskan ayatnya. Sunggyu menyesal mempercayai Woohyun dirogol.

 

“Arghh!” Semua bantal dan selimut dilempar kebawah, melepaskan kemarahannya yang meluap - luap.

 

“KENAPA KAU BODOH SANGAT KIM SUNGGYU!!!”

 

 

---

 

Perang dingin antara Sunggyu dan Woohyun masih lagi berlarutan hingga ke pagi esok. Pagi ini Woohyun bangun lebih awal untuk menyediakan sarapan untuk mereka walaupun tidak diendahkan Sunggyu. Dia cuba untuk mengendurkan situasi tegang ini. Secawan coklat suam dan sepinggan nasi goreng tersedia untuk Sunggyu. Mendengar bunyi tapak kaki menuruni tangga, Woohyun mengangkat muka dan menuju ke tangga untuk menyapa Sunggyu.

 

“Selamat pagi Encik Kim. Saya ada sediakan sarapan. Makanlah dulu.” Woohyun menyapa hormat sambil setia tersenyum.

 

Sebaliknya, Sunggyu berlalu pergi meninggalkan Woohyun tanpa melihat sedikit pun kearahnya. Amarahnya masih belum reda. Woohyun dapat merasakan aura dingin dari Sunggyu. Sedih hati Woohyun mengenangkan nasibnya. Tiada lagi senyuman atau sapaan dari Sunggyu seperti sebelum ini.

 

Rasa sedih tadi ditolak jauh - jauh oleh Woohyun. Tak adil Sunggyu tidak memberinya peluang untuk menerangkan perkara yang sebenarnya. Tindakan terburu - buru Sunggyu membawa Woohyun ke rumahnya membuktikan Sunggyu tidak peduli akan perasaan Woohyun. Sehelai sepinggang Woohyun diheret ke sini.

 

“Lepas lunch nanti, aku bawa kau balik rumah untuk kemas semua barang kau.” Sunggyu bicara tanpa nada, memaksa Woohyun menurut perintah.

 

Setelah mendapat jawapan dari Woohyun, Sunggyu terus keluar tanpa menoleh kebelakang. Woohyun memandang sayu sarapan yang tidak terusik. Satu keluhan berat dilepaskan. Ego Sunggyu terlalu tinggi untuk dipanjat.

 

 

---

 

Seperti yang telah dijanjikan, tepat pukul dua Sunggyu mengambil Woohyun di villanya untuk ke rumah sewa Woohyun. Baju dan seluar Woohyun tidak berganti, dia masih lagi memakai pakaian tengahari semalam. Saat dirinya masuk ke perut kereta, tiada suara antara mereka. Sunggyu menatap ke cermin hadapan sahaja, tidak menoleh kesisi. Ketegangan yang mencengkan mereka terlalu menyesakkan Woohyun. Pemandangan diluar dipilih untuk menghalang Sunggyu dari melihat air matanya yang berjurai turun.

 

 

“Aku bagi kau tepat 30 minit untuk berkemas. Aku tunggu dekat sini.” Brek tangan ditarik sebelum kunci pintu dibuka.

 

Tanpa membuang masa, Woohyun menuju ke biliknya. Nasib baik Dongwoo tak ada dekat rumah kalau tak jenuh dia mahu menjawab semua soalan dari temannya itu. Bagasi besar dibawah katil ditarik keluar kemudian dibuka dan diletakkan diatas katil. Kesemua pakaian dan barangan penting dimuatkan kedalam beg tadi. Malas dia mahu menyusun elok - elok, masa sedang berjalan. Woohyun takut Sunggyu akan mengamuk kalau dia terlebih 30 minit.

 

Buat kali terakhir Woohyun memandang bilik kecilnya. Rumah ini mengandungi bermacam memori semenjak dia pindah semula ke Seoul dari Daegu lima tahun yang lalu. Di rumah ni jugalah Woohyun jumpa kawan pertamanya, Dongwoo, seorang yang riang dan selalu tertawa seperti dirinya dahulu. Dongwoo jugalah insan yang pertama tahu tentang kisah silamnya selain dari makciknya. Woohyun memendam semula emosi yang menghambat diri. Beg besar tadi ditarik keluar dari bilik. Sekeping kertas putih dan beberapa not duit ditinggalkan untuk Dongwoo. Duit itu untuk sewa bulan ini.

 

“Maafkan aku Dongwoo,”

 

Air mata Woohyun mengalir deras membasahi pipi. Dia pergi sebentar ke tandas untuk membasuh muka, dia tidak mahu Sunggyu melihatnya menangis. Kemudian barulah dia keluar dari rumah menuju ke kereta Sunggyu.

 

“Kenapa awak buat saya macam ni, Sunggyu? Awak tahu tak awak tengah seksa emosi saya. Awak cakap awak sayang saya, tapi kenapa awak sakiti saya? Awak janji nak lindungi saya. Sekarang awak tak ada bezanya dengan L.”

 

 

---

 

Sedar tak sedar, genap sudah dua bulan Woohyun berada di villa Sunggyu. Selama dua bulan itu jugalah Sunggyu masih lagi bersikap dingin dengannya. Kehadiran Woohyun tidak dipedulikan Sungggyu. Tiada kata atau senyuman antara mereka. Mereka tidak ubah seperti orang luar yang tinggal dibawah satu bumbung. Disebalik semua ini, Woohyun masih lagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan PA kepada Sunggyu. Setiap pagi pasti dia akan menyiapkan sarapan untuk Sunggyu walaupun tidak pernah disentuh oleh suaminya.

 

Memang sengaja Sunggyu menjauhkan diri daripada Woohyun. Baik dirumah mahupun di pejabat. Semenjak perang dingin diantara mereka meletus, Sunggyu lebih suka outstation dan meeting diluar daripada menghadap muka Woohyun. Semasa ketiadaanya, Howon yang mengambil alih tugas - tugas di syarikat.

 

Woohyun menyandarkan badannya pada balkoni, menghayati ketenangan malam dan kerlipan bintang. Setengah jam yang lalu, Sunggyu baru sahaja tiba di rumah selepas seminggu ke China. Ada juga Woohyun memasakkan makan malam untuk Sunggyu tetapi dimarahinya. Mengingatkan semula perkara tadi, Woohyun mula terasa sedih. Begitu sekali dia dibenci suaminya.

 

Woohyun terasa seolah - olah dia sudah gagal menjadi isteri Sunggyu. Akalnya sudah kehabisan idea memikirkan jalan penyelesaian untuk mesalah mereka. Selagi dia mengikut rentak Sunggyu, selagi itulah masalah tidak pernah akan selesai. Semakin dia cuba untuk mendekati Sunggyu, semakin jauh Sunggyu melarikan diri. Bila lagi Woohyun diberi peluang untuk menerangkan perkara yang sebenar? Semua kata - kata tempoh hari di banglo mewah Kim sama sekali bukan kebenaran, semua itu datang dari amarahnya.

 

Rambut didahi Woohyun sedikit terselak ditiup angin malam. Tanpa disedari, jam sudah pun menghampiri angka 12, patutlah Woohyun terasa semakin dingin. Tetapi kedinginan malam ini tidak setanding dengan kedinganan Sunggyu terhadapnya. Kalau malam ini nanti akan dihangati mentari keesokkanya, tetapi kedinginan antara mereka seperti tiada pengakhiran buat Woohyun. Sebutir demi sebutir air mata Woohyun menuruni pipinya. Sudah berapa malam tidurnya ditemani air mata sehingga terbit fajar.

 

 

---

 

Setelah selesai membersihkan diri, Sunggyu duduk diatas sofa menghadap televisyen. Rancangan hiburan yang ditayangkan ditatap kosong oleh Sunggyu. Fikirannya jauh melayang memikirkan kisahnya dan Woohyun. Selepas dua bulan mereka tinggal besama, Sunggyu boleh kira pakai jari sahaja berapa kali mereka terserempak. Sengaja Sunggyu memilih untuk tidak terserempak kerana hatinya masih berdarah mengingatkan kejadian tempoh hari. Amarah dan ego masih lagi menguasai dirinya.

 

Kesemua layanan manis Woohyun hanya dipandang sepi oleh Sunggyu. Setiap pagi akan tersedia sarapan untuknya dan malah Woohyun tetap akan masakkkan makan malam walaupun sehari suntuk dia bekerja di pejabat. Tetapi kerana Sunggyu telah dibutakan dengan ego, dia langsung tidak menghargai layanan Woohyun. Bukan dia tidak mahu menghentikannya, tetapi egi beliau tinggi melangit. Memang sebelum ini Sunggyu selalu berharap Woohyun akan melayannya seperti mana isteri diluar sana. Dia mahu melihat Woohyun yang pertama selepas dia membuka pata diwaktu pagi, menanti Woohyun menyiapkan makanan untuk mereka sambil ditemani Sunggyu.

 

Berdenyut kepala Sunggyu memikirkan perkara tersebut. Satu lagi kejadian yang menjengah kotak memorinya sebelum dia terbeng ke Chine minggu lepas. Seperti biasa Woohyun akan bangun lebih awal daripada Sunggyu untuk menyediakan sarapan. Setelah Sunggyu bersiap, dia langsung turun menuju ke pintu tanpa menyinggah ke dapur. Masih lagi sear diingatan Sunggyu bagaimana ekspresi menyampah yang diberikannya kepada Woohyun sewaktu lelaki tersebut menahannya.

 

Melihat Sunggyu hampir melangkah keluar, Woohyun menyegerakan langkah menghentikan Sunggyu. Hari ini Woohyun menyediakan sarapan istimewa buat Sunggyu. Dia berharap Sunggyu akan menjamahnya walaupun hanya satu suapan.

 

“Encik Kim, sarapan dulu. Saya buat istimewa untuk Encik.” Woohyun menuturkan dengan sopan dan senyuman yang manis tetapi hanya dipandang sebelah mata oleh Sunggyu.

 

Tanpa menanti jawapan Sunggyu, Woohyun membawa Sunggyu ke dapur. Lega hati Woohyun bila Sunggy tidak membantah atau memarahinya seperti sebelum ini. Ini memberikan harapaan kepada Woohyun.

 

Sunggyu hanya diam tidak memberikan sebarang reaksi, dia hanya memerhatikan Woohyun dengan pandangan yang tajam. Pinggan yang diletak dihadapannya dipandang jijik kemudian kembali semula kepada Woohyun. Masih lagi tajam.

 

“Apa ni?” Tanya Sunggyu pendek. Senyuman Woohyun terus mati.

 

Pasta Bolognese.”

 

“Mana kau belajar ini untuk sarapan aku.” Suara dalam Sunggyu membuat Woohyun sedikit ketakutan.

 

“Ssaya.ccuma-” Sunggyu memotong ucapan Woohyun. Pinggan berisi pasta tadi dilempar ke lantai membuat Woohyun tersentak takut. Serentak itu matanya bertukar menjadi sayu tatkala melihat makanan yang bertaburan diatas lantai. Woohyun memasakkannya dengan penuh ikhlas tetapi sedikit pun tidak dihargai oleh Sunggyu, malah sepatah terima kasih pun tidak diucapkan.

 

“Ssaya.. boleh mmasakkan.. yang bbaharu..” Sedaya upaya Woohyun menahan air mata yang sudah mengugut mahu keluar. Serta merta dia mengalihkan pandangan dari muka Sunggyu yang tersenyum kemenangan.

 

Woohyun terpaksa mengundur sedikit ke belakang apabila Sunggyu tiba-tiba berdiri dihadapannya. Jarak antara mereka hanyalah seinci. Dari jarak ini, Sunggyu dapat melihat dengan jelas wajah Woohyun yang mendung. Sedikit sebanyak dia amat menyukai pandangan tersebut.

 

“Pergi mampus dengan kau punya peduli. Kau ingat aku akan sejuk dan terima kau semula lepas dapat kononnya layanan manis dari kau, huh?” Woohyun merasakan jari Sunggyu sedang mengelus tulang pipi kirinya.

 

Elusan Sunggyu kemudian terhenti selepas anak matanya menangkap beberapa butiran kristal laju menuruni pipi Woohyun. Pantas sahaja telinganya menangkap esakan halus yang terhasil dari celahan bibir isterinya walaupun bermati-matian Woohyun cuba untuk menahan daripada terkeluar.

 

“Dengar sini ya isteriku tersayang, dari mata aku, kau sama je macam pelacur. Jual badan kau pada lelaki semata-mata untuk mendapatkan kehendak kau, then cari orang yang tak bersalah untuk tutup dosa engkau. Nampak tak betapa kau mementingkan diri sendiri.”

 

Bibir nipis Sunggyu melengkuk keatas mengukirkan senyuman sinis selepas dia berjaya melihat air mata Woohyun meluncur lebih deras. Puas dengan hasilnya, Sunggyu melangkah ke pintu dengan senyuman sinis masih lagi setia terukir dibibirnya. Telinga sengaja dipekakkan daripada mendengar esakan yang terhasil dari Woohyun. Kalau sebelum ini dia yang bertanggungjawab mengukirkan senyuman diwajah Woohyun, kini tidak lagi. Dia adalah orang yang bertanggungjawab pada setiap butiran air mata yang terhasil dari mata Woohyun.

 

 

---

 

Tidak tahu mengapa, tetapi hati Sunggyu tidak searah dengan perlakuannya terhadap Woohyun. Memang dia puas melihat Woohyun terseksa mentalnya tetapi disebalik kepuasan itu, terselit sesuatu yang menghalang Sunggyu untuk meneruskan kekejamannya. Disebabkan wujudnya perasaan itu, Sunggyu menjadi keliru dengan dirinya sendiri. Mengapa masih ada lagi terselit rasa simpati selepas apa yang telah dilakukan oleh Woohyun. Sepatutnya dia seudah membenci sosok itu, mengapa masih ada lagi simpati?

 

“Arrgghh! Pergi mampus!”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?