Chapter 15

Seeking for Love (Malay version)

Sunggyu mengeluh. Sudah seharian dia duduk dikatil memikirkan L. Sudah seminggu L menggantikan tempat Encik Shin. Sejak itu jugalah Sunggyu sentiasa memastikan Woohyun tidak apa - apa daripada L kerana dia tahu L sentiasa memerhatikan Woohyun.

 

“Argh!”

 

Rasa sakit tadi datang kembali. Sunggyu memegang kepalanya yang berdenyut kuat. Kali ini ia lebih sakit dari sebelumnya. Memang dari pagi tadi Sunggyu rasa kurang sihat tapi dia tidak menghiraukannya setelah makan panadol untuk meredakan. Merasakan sakit tadi tidak berkurangan, Sunggyu mencapai telefon diatas meja untuk mendail nombor Howon. Tetapi jarinya tak jadi menekan setelah dia baru teringat Howon sekarang berada di Jerman. Sunggyu mencari nombor lain.

 

“Hello Woohyun.”

 

“Ya Encik Kim.” Woohyun terkejut menerima panggilan Sunggyu malam buta. Tambah pula suara Sunggyu kedengaran terlalu lemah.

 

“Boleh awak datang rumah saya tak?”

 

“Baik Encik Kim. Sekejap lagi saya sampai.”

 

 

Lebih kurang 30 minit kemudian Woohyun tiba dirumah Sunggyu. Pasu bunga kecil disebelah rak kasut diangkat seperti mana diarahkan Sunggyu, Woohyun mengambil kunci dibawahnya untuk membuka pintu utama. Hati Woohyun dihambat kerisauan bila Sunggyu menelefon tadi dengan suara yang sangat lemah.

 

Pintu bilik Sunggyu diketuk. “Masuk.”

 

Sayu hati Woohyun melihat Sunggyu yang terbaring lemah. Kasihan suaminya. Woohyun merasa berdosa kerana membiarkan suaminya menanggung kesakitan sendirian.

 

Woohyun mengambil tempat disamping Sunggyu. Tangan kanan Sunggyu diraih lembut. “Kenapa?”

 

“Saya rasa saya demam. Boleh tolong bawa saya pergi klinik?”

 

“Saya tak rasa ada klinik buka lagi waktu macam ni, Encik Kim. Dah lewat sangat ni.”

 

“Kalau macam tu esok boleh?”

 

“Nanti saya bawa. Encik Kim dah makan ke?” Woohyun sengaja bertanya. Dia tahu Sunggyu pasti belum makan apa - apa. Siapa tahu dari pagi lagi Sunggyu berlapar.

 

“Belum. Buatkan saya bubur, boleh. Saya tak rasa boleh telan makanan solid sekarang ni.”

 

“Tunggu sekejap.”

 

 

Pintu kabinet didapur Sunggyu dibuka satu persatu mencari bahan mentah untuk memasak bubur Sunggyu. Setelah berjaya mengumpul bahan - bahan utama, Woohyun mula memasak tanpa menunggu lebih lama. Siap sahaja bubur tadi, Woohyun memindahkan ke dalam mangkuk kemudian meletakkan diatas dulang bersama segelas air untuk dibawakan kepada Sunggyu.

 

Melihat Sunggyu terlena membuat Woohyun rasa serba salah mahu mengejut. Tetapi kalau tidak dikejut, Sunggyu kelaparan.

 

“Encik Kim, saya suapkan bubur ya.” Bisik Woohyun lembut ke telinga Sunggyu takut Sunggyu terkejut dengan kehadirannya. Perlahan Sunggyu membuka kelopak matanya. Woohyun membantu Sunggyu duduk bersandar dikepala katil. Mangkuk bubur tadi diambil kemudian Woohyun menyuap Sunggyu sehingga habis.

 

 

“Encik Kim rehat dulu ya. Kalau ada apa - apa panggil je saya.” Woohyun menyelimut semula badan Sunggyu. Setelah memastikan Sunggyu benar - benar sudah terlelap, barulah Woohyun pergi ke sofa untuk melegakan uratnya.

 

Belum lama pun Woohyun terlelap, telinga menangkap suara Sunggyu memanggilnya perlahan. Segera dia bangkit dan menuju kearah Sunggyu. Hampir sahaja Woohyun mahu menangis melihat Sunggyu yang memegang kepalanya. Sunggyu merengek seperti anak kecil.

 

“Kepala saya sakit sangat.” Rintih Sunggyu. Woohyun merasa sangat sedih melihat keadaan Sunggyu sekarang. Dia tidak pernah melihat Sunggyu selemah ini.

 

Kepala Sunggyu diletakkan ke pangkuannya. “Biar saya urutkan.” Jari Woohyun memijat lembut kepala Sunggyu. Woohyun tidak berhenti mengurut sehingga dia tidak lagi mendengari rengekan halus Sunggyu.

 

 

---

 

Cahaya mentar malu - malu menyelinap di celah - celah tirai bilik Sunggyu. Secara tidak sengaja, Sunggyu terjaga dari tidurnya bila dia mendapati hari semakin cerah. Kepalanya juga semakin ringan nak dibandingkan malam tadi sampai Sunggyu tak mampu nak angkat. Niat Sunggyu untuk bangun terbantut bila dia menyedari Woohyun tertidur didadanya. Sunggyu membiarkan seketika detik berharga ini tetapi tidak bertahan lama. Woohyun terjaga mendengar Sunggyu terbatuk.

 

Woohyun jadi salah tingkah. Kepalanya segera diangkat dari dada Sunggyu. “Maaf Encik Kim, saya tertidur.”

 

“Tak apa. Saya rasa saya dah elok sekarang.”

 

“Saya nak bersihkan diri dulu.” Woohyun meninggalkan bilik. Sunggyu tertawa kecil mengingat semula pipi chubby Woohyun bertukar kemerehan. Sangat comel!

 

 

Bau harum masakan dari dapur semerbak memenuhi segenap pelosok rumah. Perut Sunggyu automatik berbunyi ketika dia menuruni tangga. Terlihat Woohyun sedang sibuk menyiapkan sarapan untuk mereka. Tubuh Woohyun yang sibuk diperhatikan Sunggyu dengan penuh minat. Rasa bubur malam tadi masih lagi terasa di lidahnya.

 

“Awak masak apa?”

 

“Saya buat sup ayam memandangkan Encik Kim masih belum sihat sepenuhnya.”

 

“Terima kasih banyak Woohyun.” Sunggyu meletakkan tangannya dibelakang tapak tangan Woohyun. Tindakan Sunggyu baru ini menghangatkan muka Woohyun.

 

“Sama - sama.”

 

“Saya bagi awak cuti hari ini. Tak payah masuk office.”

 

“Terima kasih Encik Kim.”

 

 

---

 

Beberapa hari kemudian…

 

“Gyu, Daddy I tanya bila kita nak bertunang.” Suara manja Soyou kedengaran dihujung talian.

 

Sorry, I tak ready lagi.” Sunggyu cuba berdalih.

 

Jawapan yang diberikan Sunggyu, menaikkan amarah Soyou. Dah lama mereka bersama tapi Sunggyu masih tak sedia. Seriously? Dalam hubungan mereka, Soyou sahaja yang beriy - iya manakala Sunggyu lebih mendiamkan diri. Tidak terlalu melampau jika Soyou terlihat seperti dia yang tergila - gilakan Sunggyu macam perempuan gila.

 

“Apa you cakap ni!” Suara Soyou semakin meninggi di seberang.

 

I tak pernah anggap you lebih dari kawan dan I tak pernah cakap kita ada apa - apa, Soyou. You sendiri tahukan.”

 

Betul orang cakap kata - kata lebih tajam dari mata pedang. Hati Soyou seperti disiat mendengaar pengakuan Sunggyu. Memang dia tahu Sunggyu tidak memandang serius hubungan ini tetapi Soyou tetap mahu menafikannya. Dia tidak boleh hidup tanpa Sunggyu kerana hatinya sudah sangat mencintai Sunggyu walaupun dia tahu cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Sunggyu tidak akan pernah mengembalikan perasaan yang sama sepertinya.

 

 

---

 

Woohyun sedang bersiap mahu makan tengahari bila Soyou datang mengamuk, memarahinya mengatakan dia merampas Sunggyu. Nasib baik waktu kejadian itu berlaku, kesemua staf sudah keluar kalau tak habis kecoh satu bangunan menyaksikan drama swasta mereka.

 

“Apa yang Cik Soyou cakap ni? Tak pernah terdetik pun dalam hati saya nak rampas Encik Kim.” Woohyun memegang pipi kirinya yang masih terasa panas setelah dilempang Soyou.

 

“Jangan nak tipula! Habis tu kenapa muka Sunggyu berseri - seri bila kau ada! Kau ingat aku bodoh ke. Mata dia dengan muka dia bila pandang kau sama macam mana gaya aku pandang dia! Kau dah guna - gunakan dia kan!” Tuduh Soyou.

 

“Dengar saya Cik Soyou, saya sedar siapa saya. Sampai bila - bila pun saya sedar Encik Kim tidak akan pernah memandang saya. Saya rasa Cik dah salah faham.” Woohyun cuba membela diri. Dia tahu perempuan dihadapannya tidak mempercayai kata - katanya tapi apa yang dia mampu lakukan.

 

“Dasar jalang!”

 

Soyou menghempas pintu keluar selepas melemparkan kata kesat kepada Woohyun. Bergenang mata Woohyun mendengar panggilan Soyou buat dirinya. Serta merta seleranya mati. Niat untuk makan tengahari tadi terbantut. Woohyun membawa dirinya ke pantri untuk membuat secawan oat bagi mengalas perut.

 

 

---

 

“Masuk bilik saya Woohyun.”

 

Suara inilah yang sangat yang menjadi punca Soyou datang menuduhnya melulu. Buat masa ini, Woohyun sangat berharap dia dapat menghindari pemilik suara tersebut. Dia takut Sunggyu tahu kejadian tadi.

 

 

“Tadi ada orang cari saya tak?” Sunggyu bertanya selepas Woohyun duduk dihadapannya. Anak mata Woohyun dilarikan agar tidak bertembung dengan Sunggyu. Pandangan Sunggyu membuatkan Woohyun tidak senang duduk.

 

“Tak ada, Encik Kim.”

 

Kali ini Sunggyu bangun dan bergerak menghampiri Woohyun. Punggungnya duduk diatas meja meninggalkan hanya kaki kirinya yang menyentuh lantai.

 

“Atau yang jumpa awak.”

 

Diam. Tiada jawapan dari Woohyun.

 

“Woohyun, awak tahukan saya tak suka orang tak pandang saya bila bercakap? Dan awak tahu jugakan saya tak suka orang tipu saya?”

 

“Cik Soyou.” Payah Woohyun mahu menyebut nama perempuan itu.

 

Bahu sempit Woohyun digenggam lembut untuk menyuruh Woohyun memandangnya. Dia mahu Woohyun menceritakan segalanya walaupun Sunggyu sudah tahu dari staf saat mereka terserempak di kafe.

 

Manik kristal akhirnya berderai jatuh membasahi pipi Woohyun. Entah kenapa hatinya sakit dengan perhatian yang diberikan Sunggyu kepadanya. Dia tahu Sunggyu hanya mencintai Soyou. Woohyun tidak menolak mahupun meronta bila dirinya ditarik ke dalam pelukan hangat Sunggyu. Kemeja Sunggyu digenggam erat bagi menahan esakannya dan juga bagi memberitahu Sunggyu hatinya sakit. Air mata Woohyun tumpah sederasnya, dia tidak peduli apa pun pandangan Sunggyu terhadapnya. Woohyun cuma mahu mengeluarkan emosi yang sudah lama disimpan dalam hatinya.

 

“Shh.. Jangan menangis lagi.” Sunggyu memujuk Woohyun. Tubuh belakang Woohyun diusap lembut. Pertama kali Sunggyu melihat Woohyun menangis seperti ini. Lega hati Sunggyu apabila Woohyun mengeluarkan apa yang dipendam selama ini. Dia mahu Woohyun berkongsi bebannya.

 

Muka Woohyun yang basah diangkat dari dadanya. Sunggyu memandang mata sembab Woohyun, ibu jarinya pantas menyeka air mata yang tumpah. “Saya cintakan awak.”

 

“Saya betul - betul maksudkannya. Awak sayang saya tak” Woohyun membalas dengan menggangguk tapi sudah cukup membawa kebahagian yang tidak terhingga buat Sunggyu. Lebar bibir Sunggyu menanggapi pengakuan Woohyun. Walaupun bukan dengan kata - kata, Sunggyu tahu Woohyun jujur. Semuanya jelas terpancar di mata Woohyun.

 

Woohyun memeluk semula tubuh Sunggyu, menghirup dalam - dalam aroma menenangkan Sunggyu. Dia takut semua ini hanyalah mimpi dan Sunggyu akan pergi meninggalkannya bila matanya kembali terbuka.

 

“Pindah rumah kita lepas. Kita mulakan mulakan hidup baru.”

 

“Nanti saya pindah.”

 

Sunggyu mencium dahi Woohyun dengan penuh rasa cinta. Rasa syukur tidak terhingga kerana akhirnya Tuhan telah mengabulkan permintaannya walaupun mengambil masa yang lama. Sunggyu pasti akan memberi tahu ibunya tentang perkara ini. Dia mahu ibunya tahu bahawa dirinya sudah menemui kembali kebahagiaan yang telah hilang.

 

“Woohyun, boleh saya tahu kenapa dia datang?” Sunggyu menimbulkan semula topik tadi. Tangannya setia mengusap surai hitam Woohyun.

 

“Dia cakap saya rampas Encik Kim dari dia. Dia suruh saya jauhkan diri dari Encik Kim.”

 

Sunggyu tersenyum mendengar penjelasan Woohyun. Tak kira macam mana Woohyun cuba untuk berlagak kuat, dia masih tidak mampu menyembunyikan sisi lemahnya. Sunggyu menggenggam kedua tangan Woohyun lalu menciumnya.

 

“Saya kahwin dengan awak dulu, bermakna dia yang rampas saya dari awak. Dan saya, Kim Sunggyu tak pernah sikit pun mencintai Soyou.”

 

Pipi Woohyun memanas melihat pandangan Sunggyu yang penuh dengan rasa cinta dan kejujuran. Tanpa disedari, Woohyun membawa tangannya menyentuh pipi Sunggyu, mengelus lembut tulang pipinya. “Terima kasih.”

 

“Sekarang giliran awak pula cerita tentang Howon dan Kibum.”

 

“...”

 

“Woohyun,”

 

“Howon ada lamar saya TAPI saya tolak.” Woohyun merendahkan pandangannya. “Awak tak marah?” Polos muka Woohyun bertanya melihat Sunggyu hanya tersenyum.

 

“Untuk apa. Betullah apa yang awak buat. Lepastu, Kibum?”

 

Woohyun menarik nafas dalam - dalam sebelum menjawab Sunggyu. Ini pertama kali dia membuka kisah silamnya kepada Sunggyu.

 

“Dia bekas kekasih saya.”

 

Sunggyu pura - pura tidak tahu menahu sedangkan Kibum sudah menceritakan padanya tempoh hari. Sengaja dia mahu melihat sama ada Woohyun percaya tidak kepadanya untuk menceritakan kisah lalunya.

 

“Masa waktu kami masih belajar tapi lepas kejadian tu saya hilang.”

 

“Sekarang ni, antara saya, Howon, dan Kibum, siapa yang awak sayang.” Soalan Sunggyu cuma membuat Woohyun bertambah malu. Sunggyu tersenyum sinis melihat reaksi Woohyun. Dia sudah ada jawapannya.

 

“Encik Kim.” Pendek tetapi cukup membuat Sunggyu tersenyum.

 

“Saya tak dengar.”

 

“Saya sayang Encik Kim.” Woohyun menguatkan lagi suaranya.

 

“Sekali lagi?”

 

Woohyun memberanikan diri memandang tepat kearah mata Sunggyu. “Saya sayang sangat Encik Kim. Tolong jangan pernah tinggalkan saya.” Woohyun mahu Sunggyu dapat merasai kerinduan dan cintanya menerusi pandangannya tadi.

 

“Lepas ni jangan panggil saya Encik Kim.” Perintah Sunggyu. Woohyun terkebil - kebil mendengar arahan Sunggyu.

 

“Habis tu saya nak panggil apa. Encik Kim kan bos saya.” Dengan polosnya Woohyun membalas.

 

“Bila waktu kerja awak panggilah Encik Kim, tapi bila kita berdua, saya nak awak panggil nama saya, Sunggyu, boleh?” Sunggyu berdiri membawa sekali tubuh Woohyun. Tangannya dilingkarkan pada pinggang Woohyun.

 

“Kalau saya panggil hyung boleh?”

 

“Ikut awak, saya tak paksa.”

 

“Terima kasih, hyung.”

 

Sunggyu hampir hilang kata - kata bila Woohyun memeluk erat tubuhnya. Tubuh Woohyun seolah - olah memberitahu Sunggyu agar dia melindungi isterinya. Perlahan Sunggyu membalas pelukan Woohyun sama sepertinya, meyakinkan Woohyun bahawa dia akan menjaga dan mencintainya selagi nyawa dikandung badan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?