Chapter 6

Seeking for Love (Malay version)

Sedar tak sedar sudah seminggu sejak Woohyun dibenarkan pulang dari hospital. Kesihatan Woohyun semakin membaik dari hari ke hari. Semenjak pulang dari hospital, dalam senyap Sunggyu meminta Kak Cha menjaga Woohyun. Dia lah yang bertanggungjawab menyediakan makan pakai Woohyun disamping memantau perkembangan kesihatan Woohyun. Walaupun tidak secara langsung, tetapi Sunggyu sangat prihatin terhadap Woohyun dan sisi Sunggyu yang itu berjaya diperasan oleh Woohyun.

 

“Walaupun dia menolak perkahwinan ini tapi dia masih lagi prihatin pada aku. Sesiapa yang jadi ister dia nanti mesti beruntung sebab dapat suami yang penyayang macam Sunggyu.”

 

“Woohyun-shi, ada nak apa - apa lagi ke?” Lamunan Woohyun terhenti. Dia mangalihkan perhatiannya kepada Kak Cha.

 

“Tak ada kak. Terima kasih.” Woohyun tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada wanita lebih separuh abad itu. Dia menghantar pemergian Kak Cha dengan anak matanya sahaja sehingga tubuh Kak Cha hilang disebalik pintu.

 

Baru sahaja Kak Cha mahu menutup daun pintu bilik, suara Woohyun menghentikan pergerakannya. “Kejap kak! Tuan Muda Sunggyu dah pergi office ke?”

 

“Dah lepas dia breakfast tadi. Dia pesan jangan lupa tengok - tengokkan Tuan Muda Woohyun.”

 

Mendengar ayat terakhir Kak Cha tadi berjaya mengukir seulas senyuman dibibir Woohyun. “Terima kasih kak.”

 

Kali ini Woohyun sudah nekad untuk mengakhiri perkahwinan ini. Untuk apa lagi dia pertahankan ikatan ini bila semua orang membencinya. Sebab utama perkahwinan ini dijalankan adalah untuk melindungi bayi yang dikandung Woohyun tetapi kini anaknya sudah kembali ke syurga. Jadi sudah tiada alasan lagi untuk Woohyun meneruskan perkahwinan ini. Dia sudah tidak boleh menerima lagi penghinaan dan ugutan daripada Tuan Kim.

 

Sekaligus juga Woohyun mahu keluar dari tempat dimana mimpi ngerinya bermula. Tempat dimana menjadi saksi kesuciannya diragut oleh manusia yang bertuhankan nafsu. Dia yakin dia boleh berdiri sendiri diluar sana. Peluang lebih kurang lima bulan tinggal di dalam banglo ini banyak mengajar Woohyun, hanya duit boleh membeli semuanya dan menindas orang bawahan,

 

 

---

 

Selepas Woohyun selesai mandi, Woohyun niat untuk mengambil angin malam di balkoni bilik. Fikirannya menerawang jauh memikirkan keputusan nekadnya. Sedikit pun kelibat kereta lalu lintas tidak mengganggu lamunan Woohyun. Dia sudah tidak sabar untuk keluar dari neraka ini. Dia mahu hidup bebas diluar sana.

 

Malam semakin tua. Udaranya juga semakin sejuk menggigit tulang Woohyun. Tidak mahu dirinya jatuh sakit, Woohyun membuat keputusan untuk masuk tidur. Sebelum itu dia memastikan pintu balkoni sudah dikunci barulah Woohyun melangkah ke kati. Elok sahaja kepala diletakkan di bantal, mata Woohyun terus terpejam lena mebiarkan dirinya jauh belayar di lautan mimpi.

 

 

Woohyun sedang lena diulit mimpi tiba - tiba dia tersedar ada orang leka mengelus pipinya. Dengan penuh ketakutan Woohyun membuka matanya untuk melihat siapakah gerengannya. Sebaik sahaja dia melihat ada sosok tubuh asing diatas katilnya, Woohyun mengesot menjauhi sosok tersebut.

 

“Tolong jangan dekat Tuan Muda L.” Woohyun menarik selimut yang menutup tubuhnya lebih tinggi. Peluh dan air mata menjadi satu. Basah pipi Woohyun dengan air mata yang deras mengalir.

 

Melihat Woohyun yang ketakutan, Sunggyu jadi salah tingkah. Dia tiadak ada niat buruk atas Woohyun. Dia cuma terlanjur menyentuh Woohyun.

 

“Maafkan saya. Saya bukan L, saya Sunggyu.”

 

“Tolong jangan buat apa - apa dekat saya Tuan Muda. Tolong,” Lirih suara Woohyun merayu. Hati Sunggyu jadi tersiat mendengar rayuan Woohyun. Sampai begitu sekali trauma Woohyun.

 

Menghormati Woohyun, Sunggyu bangkit menjauhi Woohyun. Dia tahu kehadirannya cuma menakutkan isterinya sahaja. “Jangan takut. Saya tak akan buat apa - apa pada awak.

 

“Saya minta maaf.” Ucapan terakhir Sunggyu sebelum dia keluar meninggalkan Woohyun. Sungguh dia ingin memeluk tubuh itu tetapi keadaan Woohyun tidak mengizinkannya.

 

Usai Sunggyu menutup pintu bilik, Woohyun duduk bersandar di kepala katil dengan selimut masih membalut diri. Air mata yang mengalir laju dibiar sahaja tidak dilap. Tindakan Sunggu sebentar tadi sangat menakutkan Woohyun. Semenjak kejadian itu, Woohyun menjadi paranoid terhadap sentuhan mana - mana lelaki.

 

 

---

 

Masa terus berjalan. Sudah hampir dua minggu Tuan Kim dan Puan Kim kembali dari business trip di Jepun. Woohyun rasa masa untuk dia mengutarakan keputusannya sudah tiba. Dia sudah fikir semasak - masaknya. Dia cuma akan berbincang dengan Puan Kim tentang ini kerana hanya wanita itu sahaja sudi untuk mendengar.

 

Woohyun turun ke bawah setelah dia selesai mandi. Biasa waktu seperti ini Puan Kim akan duduk bersantai diruang tamu sambil membaca majalah atau menonton televisyen. Dia sudah hafal jadual harian Puan Kim dirumah kalau wanita itu tidak keluar.

 

“Maaf, boleh saya bincang sikit dengan Puan?” Woohyun bertanya tepat sahaja dia tiba disebelah sofa yang diduduki Hyunah. Setelah menerima anggukan dari Hyunah, Woohyun mengambil tempat di sebelah kanan yang kosong.

 

Majalah yang dibaca terus ditutup oleh Hyunah dan diletakkan di atas meja. Hyunah tersenyum menyapa Woohyun. Meskipun sudah berkali - kali dipesan agar memanggil dirinya Mommy, Woohyun masih lagi memanggil dirinya Puan Kim. Dia tahu Woohyun masih belum selesa dengan keadaan semasa.

 

“Ya sayang.” Hyunah memulakan perbualan.

 

“Saya nak bincang tentang hubungan saya dan Sunggyu.”

 

“Kenapa? Sunggyu tak layan kamu dengan baik ke?” Perasaan tidak enak mula menguasai diri Hyunah. Dia dapat merasakan sesuatu buruk bakal berlaku.

 

“Puan tahukan perkahwinan ini tidak diterima Sunggyu. Saya rasa tak adil bagi Sunggyu kalau dia terus diikat dengan perhubungan ini. Dia ada hak untuk tentukan masa depan dia sendiri.”

 

Then?” Tanya Hyunah dengan penuh debaran. Dia seolah tahu kemana halatuju perbincangan mereka.

 

Woohyun menghirup dalam - dalam nafas sebelum dia menyambung kembali. Tangan wanita tersebut diraih dan digenggam kemas.

 

“Saya nak kami bercerai. Saya nak minta Sunggyu lepaskan saya.”

 

Serta merta Hyunah rasa seperti darahnya disedut keluar dari badan. Kaki dan tangannya sejuk mendengar permintaan Woohyun. Dia tak sangka Woohyun akan ambil keputusan drastik macam ini.

 

“Kamu dah fikir masak - masak ke?”

 

“Dah Puan. Perkahwinan ini tak akan berjaya kalau kami hanya peduli dengan hal masing - masing sahaja. Lagipun Sunggyu boleh hidup normal semula.

 

“Tapi sayang, macam mana dengan Sunggyu? Kamu dah bincang dengan dia ke?” Hyunah masih lagi meletakkan harapan pada isu ini. Demi Tuhan dia tak mahu Sunggyu dan Woohyun bercerai.

 

“Saya yakin dia akan setuju nanti.”

 

 

“Jadi betullah kau gunakan anak aku untuk tutup salah kau.” Suara sinis Tuan Kim bergema diseluruh ruang tamu. Woohyun tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya.

 

“Lepas kau dah bunuh anak tu, sekarang kau nak lari pula? Hebat sungguh permainan kau. Jijik!”

 

“Yeobo! Awak lupa ke anak tu cucu awak juga, anak L.” Hyunah bengang dengan tuduhan tak berasas Siwon.

 

Woohyun menelan kesemua penghinaan Tuan Kim dengan kepayahan. Matanya sudah bergenang. Bila - bila masa sahaja empangan tersebut akan pecah.

 

“Tak pernah terdetik pun dalam hati saya nak bolot harta Tuan. Saya cuma kesian pada Sunggyu. Dia terpaksa menjadi pak sanggup.

 

Siwon ketawa dengan angkuhnya. Berderai tawanya mendengar alasan Woohyun. Kesian? Very funny.

 

“Bukankah dulu kau yang terhegeh - hegeh nak sangat masuk dalam keluarga ni? Kenapa sekarang nak keluar pula?” Siwon mengejek. Namun Woohyun tidak mudah melatah.

 

“Kau jangan pernah mimpi aku akan izinkan Sunggyu ceraikan kau. Langkah mayat aku dulu! Aku yang paksa Sunggyu kahwin dengan kau dan aku akan buat kau digantung tak bertali, faham!” Jerkah Siwon membuat Woohyun tersentak.

 

Gugur juga air mata Woohyun yang dia berusaha menahan bila dia mendengar kata - kata Tuan Kim. Biarkan dirinya digantung tidak bertali? Itu malah lebih kejam dari diceraikan tanpa sebab.

 

“Pastikan sebelum pukul tiga aku dah tak nampak lagi muka kau dekat sini. Berambus!”

 

Siwon tersenyum puas bila dia melihat Woohyun menunduk menangis. Kemenangan berpihak padanya. Selagi hayat dikandung badan, Siwon akan terus menyiksa hidup Woohyun. Ya, Woohyun boleh tinggalkan Sunggyu tapi dia akan terus memegang status sebagai isteri Sunggyu sampai bila - bila walaupun mereka terpisah beribu batu dan bertahun lama.

 

Tiada kata yang bisa diungkapkan Woohyun sekarang. Biarlah air mata yang berbicara. Sampai begitu sekali Tuan Kim membencinya. Tuan Kim memang sengaja menyiksanya dengan menggantungnya tidak bertali. Dengan cara itu, Woohyun tidak boleh mencari cinta sejatinya dan mencapai kebahagian yang dicari. Kim Siwon sangat licik orangnya.

 

“Apa aku terlalu murah di mata Tuan Kim? Tak bolehkah aku merasai kebahagian walaupun sementara? Aku takut untuk terus berada dekat dengan Sunggyu. Aku takut aku akan jatuh cinta kepadanya. Tuhan, tolonglah aku.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?