Chapter 19

Seeking for Love (Malay version)

“En. Kim, ini kopi yang encik minta tadi.” Dengan penuh hati - hati Woohyun meletakkan cawan putih yang berisi air kopi keatas meja kerja Sunggyu.

 

Kehadiran Woohyun sedikit pun tidak diacuhkan Sunggyu. “Ambil ini dan buat salinan.” Sehelai kertas dihulurkan kepada Woohyun tanpa Sunggyu mengangkat mukanya, seperti biasa. Suara mendatar tanpa nada dan penuh dengan kebencian disetiap perkataan yang terluah.

 

Woohyun mengambil kertas yang dihulurkan Sunggyu tadi dan berlalu pergi. Bilangan staf yang tinggal dipejabat boleh dikira pakai jari sahaja kerana sebahagian besar keluar bersarapan, memandangkan waktu sekarang sudah menunjukkan lima minit selepas pukul 10 pagi. Sedang Woohyun leka menanti salinan yang diminta Sunggyu, fikirannya ralit kepada insiden padi tadi. Masih terbayang - bayang lagi dimata Woohyun saat Sunggyu menepis tangannya bila dia mahu menyendukkan mi ke pinggan Sunggyu. Woohyun bukannya apa, dia cuma bersemangat bila melihat Sunggyu buat kali pertamanya selepas perang dingin mereka, duduk di meja makan. Akan tetapi apa yang diperoleh Woohyun sama sekali tidak sama dengan yang dibayangkan.

 

Bunyi beep dari mesin fotokopi berjaya menyedarkan Woohyun dari lamunannya. Segera tangannya menyusun setiap helaian dengan kemas sebelum mengepilkan sekali untuk diberi kepada Sunggyu.

 

Pintu bilik Sunggyu diketuk meminta keizinan.

 

“Ini dokumen yang encik minta tadi. Ada apa - apa lagi ke?”

 

“Tolong pastikan muka kau tak ada dalam radar aku.” Pendek tetapi cukup tajam menusuk kedalam hati Woohyun.

 

Mendengar ayat sinis Sunggyu tadi, air mata Woohyun hampir sahaja gugur. Pintu bilik kerja Sunggyu ditutup perlahan berserta sepasang manik yang bergenang. Woohyun membawa diri ke pantri untuk menenangkan hatinya. Sebiji gelas dan seuncang coklat panas dicapai dari kabinet. Seleranya sudah mati. Woohyun membawa gelas yang berisi serbuk coklat ke mesin air dan menekan butang air panas. Dia terbuai kembali dengan perasannya.

 

“Woohyun!” Suara Howon yang keras serentak dengan bunyi kaca pcah membuat Woohyun seolah - olah tersedar dari lamunan yang panjang. Tidak sempat lagi Woohyun mahu memproses apa yang berlaku, howon terlebih dahulu berlari kesisinya dan menarik tangan kirinya.

 

“Awak okay ke? Kenapa biarkan kan je air panas ke tangan?” Bertubi - tubi soalan Howon utarakan. Raut wajahnya jelas tergambar kerisauan.

 

Howon memang ingin ke pantri, tetapi dia tak tahu pula bahawa Woohyun turut berada disana. Yang mengejutkan lagi ialah apabila Woohyun tidak perasan air panas sudah melimpah keluar dari mug dan mengenai tangannya. Howon tidak berfikir panjang dan terus menarik tangan Woohyun dari air panas yang masih lagi mengalir. Dia tidak faham mengapa Woohyun bersikap sedemikian, tetapi dia takut untuk bertanya. Dari pagi tadi lagi Howon perasan Woohyun seperti dalam masalah. Howon tidak mahu masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka memandangkan dia hanyalah orang luar. Lagipula, Howon sedang cuba untuk membuang perasaanya terhadap Woohyun.

 

Woohyun hanya diam seribu bahasa semasa Howon membawa tangannya ke sinki untuk dilalukan dengan air sejuk yang mengalir. Lidahnya kelu untuk mengungkapkan perkataan, otaknya seolah - olah sudah jammed. Woohyun tidak mahu membuka aib rumah tangganya sendiri kepada orang luar. Nanti apa pula pandangan Howon terhadap dirinya. Biarlah masalah rumah tangga mereka menjadi rahsia dia dan Sunggyu.

 

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi pintu dikuak dan serentak dengan itu Sunggyu muncul. Pandangannya tajam membunuh bila dia menyaksikan tangan mereka berpegangan. Howon mengikut arah mata Sunggyu dan melapaskan tautan tangan mereka setelah mengenalpasti punca kemarahan Sunggyu. Tidak mahu menimbulkan isu lain, Howon meninggalkan tempat kejadian dengan sepotong maaf kepada Sunggyu.

 

Satu keluhan berat terlepas dari mulut Woohyun selepas dua insan tadi meninggalkan tempat kejadian. Belum lagi selesai satu masalah, tambah pula satu masalah lain. Masih jelas diingatan Woohyun akan pandangan tajam Sunggyu tadi.

 

“Tolonglah beri saya peluang untuk menerangkan segalanya.”

 

 

---

 

“Dah apahal Howon nak pegang tangan dia pula!” Sunggyu melampiaskan kemarahannya dengan menghentak tangan ke meja. Dada bidangnya berombak - ombak menahan marah.

 

Sunggyu sedikit tersentak apabila pintu dibuka. Kelibat Woohyun berjalan ke mejanya tidak dihiraukan Sunggyu. Hatinya masih lagi membara dengan insiden tadi. Tetapi apabila nafsu menguasai akal, Sunggyu tewas. Pintu biliknya dikunci dari dalam sebelum dia menuju kearah Woohyun.

 

Woohyun sedang memeriksa fail dari unit kewangan bila dia perasan Sunggyu berada dimejanya. Kepalanya didongak menghadap Sunggyu dengan penuh tanda soal kerana sejak perang dingin antara mereka meletus, Sunggyu tidak pernah sekali pun mencemar duli ke mejanya. Sunggyu hanya diam tidak bersuara menyebabkan Woohyun sedikit takut.

 

Air mata yang mengalir dipipi Woohyun tidak dipedulikan Sunggyu. Pandangannya tetap lagi tajam menikam Woohyun. Pantas tangannya menarik tubuh Woohyun untuk berdiri dalam dakapannya. Sebaik sahaja tubuh kecil Woohyun berada dalam dakapannya, Sunggyu mengeratkan lagi kedua tangannya yang melilit tubuh Woohyun menimbulkan rasa tidak selesa buat Woohyun. Semua rayuan dan rontaan Woohyun tidak dihiraukan oleh Sunggyu.

 

Woohyun terdiam dan tergamam apabila Sunggyu tanpa rasa malunya meramas bahagian bawahnya sambil tangannya satu lagi bebas merayap di belakang tubuhnya sebelum berhenti tepat di punggungnya. Woohyun semakin kuat meronta untuk membebaskan diriya daripada Sunggyu. Sungguh dia malu akan dirinya sekarang kerana dia membiarkan Sunggyu memijak maruahnya dan mengambil kesampatan atas status dia sebagai suami kepada Woohyun,

 

“Encik Kim, tolong lepaskan saya. Tolong jangan buat saya macam pelacur…” Rayu Woohyun dengan suara yang sedikit bergetar. Mukanya sudah dibasahi dengan air mata.

 

“Bila suami kau sendiri sentuh, kau cakap aku buat engkau macam pelacur. Tapi bila L ‘sentuh’ kau tak apa pula, Howon pegang tangan kau boleh. Kenapa aku tak boleh buat sama macam diaorang?” Ejek Sunggyu sinis.

 

Pegangan dipinggang Woohyun melonggar dan ini memberi peluang untuk Woohyun berundur beberapa tapak. Woohyun memeluk tubuhnya ketakutan seraya mengelak anak matanya dari bertentanf denfan Sunggyu. Apa yang lelaki ini mahukan? Tidak cukupkah penyeksaan yang diberikan?

 

“Jawab aku kenapa aku tak boleh sentuh kau!”

 

“...”

 

“Kenapa senyap? Dah bisu ke?”

 

“Saya tak semurah itu Encik Kim.”

 

“JANGAN INGAT AKU BODOH NAM WOOHYUN!” Bentak Sunggyu tepat dihadapan muka Woohyun sebelum dia pergi meninggalkannya.

 

Sebaik sahaja tubuh Sunggyu menghilang disebalik pintu, lutut Woohyun jatuh menyembah bumi, tidak mampu lagi untuk berdiri. Esakan semi esakan lolos sari mulut Woohyun sambil tangan kanannya mencengkam dada kirinya yang terasa amat menyesakkan. Tidak pernah terlintas difikiran Woohyun bahwa suaminya sendiri akan memijak maruahnya. Woohyun tidak sangka Sunggyu meyamakan martabatnya dengan pelacur. Woohyun hanya mampu menangisi kekecewaanya dan berharap ianya dapat mengurangkan bengkak dihatinya.

 

 

---

 

Waktu pejabat sudah pun tamat 15 minit yang lalu. Setelah selesai pekerjaannya, Woohyun segera meninggalkan bangunan pejabat tersebut. Dia tidak terus memandu, sebaliknya Woohyun memilih untuk duduk termenung didalam kereta memikirkan masalah antara dia dan Sunggyu. Sedang dia asyik tenggelam dalam lamunannya, Woohyun tidak perasan Kibum berselisih dengan keretanya.

 

Pantas air mata yang jatuh diseka apabila Woohyun terdengar bunyi tingkap diketuk perlahan. Separuh tingkap diturunkan untuk melihat siapakah gerangan yang datang. Sebaik sahaja mata Woohyun menangkap sosok tubuh Kibum, serta merta dia sedih. Diri Woohyun sendiri tidak dapat menjelaskan mengapa. Kalau dahulu Kibumlah yang bertanggungjawab meringankan bebanannya, tetapi sekarang semuanya hanyalah memori. Tiada lagi hubungan antara mereka kerana Kibum adalah masa lalunya.

 

Woohyun tidak sempat berkata apa - apa, kibum lebih pantas. Lelaki berambut perang itu membuka pintu Woohyun dan menarik bahu Woohyun agar menghadapnya.

 

“Kenapa awak menangis, Hyunie?” Kedua tangan Kibum menangkup pipi Woohyun, memeriksa jika lelaki yang dicintainya ini ada terluka.

 

Selepas perjumpaan tidak sengaja mereka di food court tempoh hari, Kibum tidak lagi terserempak dengan Woohyun dimana - mana. Tidak ada satu pun informasi yang berkaitan dengan Woohyun. Sungguh Kibum mahu memulakan buku baharu untuk hubungan mereka.

 

“Woohyun?”

 

Woohyun menggeleng tidak menjawab. Tangan hangat Kibum yang menangkup pipinya lembut dilepaskan.

 

“Maaf.” Woohyun kembali menutup pintu kereta dan menghidupkan enjin. Pintu terus dikunci takut Kibum cuba untuk membuka semula. Memang tak dinafikan Woohyun sedikit tersentuh dengan perhatian Kibum, tetapi dia masih sedar status dirinya sekarang.

 

Kereta merah Woohyun yang meluncur laju meninggalkan tempat parkir dipandang dengan penuh tanda tanya oleh Kibum. Dia tidak faham akan tindakan Woohyun. Sebelum ini Woohyun hilang tanpa khabar berita, namun setelah kembali bertemu, Woohyun tidak lagi sama seperti dahulu. Woohyun sudah berubah 180 darjah.

 

 

---

 

Nombor digital yang terpancar di jam tangannya dikerling kasar oleh Sunggyu. Sejak pulang dari pejabat tadi lagi dia sudah mundar mandir di ruang tamu. Amarah Sunggyu semakin memuncak apabila Woohyun masih lagi tidak sampai dirumah walaupun waktu bekerja sudah tamat hampir empat jam yang lalu. Selalunya Woohyun akan tiba dirumah pada am 6 tetapi hari ini dia masih lagi belum balik. Jam sudah pun mula menghampiri ke angka 10.

 

Penantian Sunggyu akhirnya berakhir selepas telinganya menangkap bunyi deruman enjin di perkarangan banglo. Segera dia mengambil tempat di sebiji sofa dan menyilangkan kaki sementara menanti Woohyun untuk masuk kedalam. Sebaik sahaja Woohyun merapatkan pintu, Sunggyu pantas berdiri dan menuju ke arah Woohyun.

 

Kekiri langkah Woohyun, kekiri jugalah Sunggyu beranjak dan diam seperti patung dihadapan Woohyun. Sejujurnya Woohyun tidak mahu bergaduh malam ini tetapi dia bengang bila Sunggyu sengaja bergerak sama arah dengannya. Tidak kiralah berapa kali pun, hasilnya tetap sama.

 

“Encik Kim, saya nak mandi dan saya penat.” Woohyun masih tetap bersopan walaupun hatinya sakit. Tetapi dia tidak langsung memandang kearah Sunggyu.

 

“Bila dengan Kibum, kau tak penat pula?” Sunggyu menjawab. Dia tidak sengaja terserempak dengan Woohyun saat mereka bergerak pulang. Sangkanya Woohyun sendirian, tetapi tak lama kemudian Kibum datang. Siap pegang pipi bagai. Itu sebab Sunggyu berangin.

 

Woohyun pilih untuk berdiam diri. Tak guna juga kalau dia membalas, dia tahu Sunggyu sudah keras hati. Mengambil kesempatan ini, Woohyun segera melangkah pergi menuju ke tangga. Badannya memerlukan rehat sekarang. Bukan sahaja fizikalnya, malah emosi Woohyun turut kepenatan. Tetapi baru sempat empat anak tangga didaki Woohyun, pergelangan tangannya ditarik paksa oleh Sunggyu sehingga dia terkebelakang.

 

“Aku cakap dengan kau!”

 

“Apa lagi yang Encik Kim nak!” Suara Woohyun hampir sama tinggi dengan nada Sunggyu tadi. Dia sudah muak dengan sikap Sunggyu yang kurang ajar.

 

“Aku. Nak. Engkau.” Setiap perkataan yang diucapkan diberi penekanan oleh Sunggyu.

 

Entah dari mana Woohyun mendapat kekuatan untuk menjawab Sunggyu, dia merentap semula tangannya sebelum dia berdiri dihadapan Sunggyu. “Kenapa Encik Kim buat saya macam ini?”

 

“Kau dah tau jawapan tu.”

 

“Masalahnya, saa tak bersalah.”

 

“Aku dengar sendiri dengan mata kepala aku kau mengaku!”

 

Woohyun terdiam seketika. “Baiklah kalau itu yang Encik Kim fikir, saya tak boleh buat apa.” Woohyun kembali mendaki anak tangga.

 

“Aku tak habis lagi!” Sunggyu meretap semula tangan Woohyun. Kali ini pegangannya lebih kuat.

 

“Apa lagi sekarang!” Teriak Woohyun.

 

“Aku nak engkau puaskan aku macam mana kau ‘layan’ L dulu.”

 

“Aku nak engkau puaskan aku macam mana kau ‘layan’ L dulu.” Permintaan Sunggyu bermain - main diminda Woohyun.

 

Hati Woohyun terasa seperti disiat selepas mendengar permintaan Sunggyu. Dia merasakan seolah - olah langit jatuh menghempap dirinya. Woohyun dapat merasakan matanya menghangat dengan air mata yang mengugut mahu jatuh sebentar lagi.

 

Tanpa berfikir semula, Woohyun membuka satu persatu butang kemejanya sebelum dia melepaskan kain tersebut dari menutup tubuh atasnya. Kulit putih Woohyun kini sudah terdedah dan dijamah oleh mata Sunggyu yang dipenuhi nafsu. Kemudiannya Woohyun menanggalkan pula seluarnya dan meninggalkan hanya boxer. Tangan Sunggyu ditarik untuk dibawa bersama kebiliknya tanpa sebarang kata - kata. Esakan halus tetap kedengaran walaupun Woohyun berusaha untuk menahannya daripada keluar.

 

Langkah mereka terhenti setelah tiba didalam bilik Woohyun. Badannya dipaling agar menghadap Sunggyu. Woohyun menghirup nafas dalam sebelum dia menuturkan ayat dengan muka yang penuh dengan air mata.

 

“Cepat, ambil apa yang awak nak dari saya.”

 

Woohyun sudah tidak kuat lagi untuk menerima penghinaan daripada Sunggyu. Kalau memang Sunggyu meminta ‘itu’ daripadanya, Woohyun akan tunaikan walaupun Sunggyu meminta dengan kurang ajar. Dia adalah isteri sah Sunggyu. Sudah menjadi tanggungjawabnya memuaskan Sunggyu.

 

Tak ada lagi perbezaan antara Sunggyu dan L sekarang pada mata Woohyun. Kedua - duaya sama, mengambil kesempatan keatas dirinya. Menggunakan tubuhnya untuk melampiaskan nafsu serekah mereka.

 

 

Sunggyu tergamam dengan tindakan berani Woohyun. Tetapi akal dan badannya tidak mahu bekerjasama. Hatinya menjerit meminta dia menghentikan Woohyun tetapi dia biarkan sahaja tangannya ditarik Woohyun. Sehinggalah dia melihat air maya Woohyun, barulah Sunggyu sedar dia sudah melampau batas. Disebabkan api cemburu, dia sudah melakukan tindakan yang bodoh.

 

Tanpa sebarang kata, Sunggyu berlalu pergi meningggalkan Woohyun dan terus ke biliknya. Sunggyu masih lagi tergamam. Serta merta wajah Woohyun yang dibasahi air mata menjengah fikirannya. Surai hitamnya diraut kasar bagi membuang imej tersebut dari fikirannya. Sunggyu merasakan dia tidak ubah seperti adik kembarnya sendiri. Sepatutnya mereka tidak sama. Tetapi insiden tadi berjaya menyedarkan Sunggyu bahawa dia perlahan - lahan menjadi L.

 

 

Woohyun mendudukkan dirinya ditengah katil dengan selimut membalut tubuhnya yang hampir telanjang. Kepalanya dibenamkan diantara kedua lututnya. Woohyun berasa amat kecewa dengan Sunggyu. Orang yang dia anggap berbeza daripada L rupanya sama sahaja. Malah, Sunggyu lebih membahayakan kerana dia bijak menyembunyikan sisi gelapnya disebalik mukanya.

 

Woohyun tidak faham mengapa Sunggyu pergi meninggalkan dia begitu sahaja selepas dia mengizinkan Sunggyu untuk melakukan ‘itu’. Apa kerana Sunggyu bukanlah yang pertama menyentuhnya? Atau Sunggyu terlalu jijik untuk menyentuhnya?

 

Air mata dibiarkan sahaja berlinangan jatuh tanpa Woohyun berniat untuk mengelapnya. Ada juga pernah Woohyun terfikir untuk menmatkan sahaja riwayatnya agar dia dapat bersama dengan ibubapanya di syurga. Tetapi entah mengapa Woohyun tidak pernah mencubanya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?