Chapter 25

Seeking for Love (Malay version)

Daripada : Myungsoo

Sunggyu, boleh kita jumpa lunch ni?

 

Setiap huruf yang tertera di skrin telefonnya dibaca satu persatu oleh Sunggyu. Tiada satu pun huruf yang tertinggal. Untuk pertama kalinya Myungsoo menghantarkan pesanan kepadanya. Tiada angin tiada ribut, tiba – tiba sahaja. Adakah ini satu petanda bahawa hubungan mereka bakal pulih.

 

Memikirkan kemungkinan tersebut, bibir Sunggyu menyungging tersenyum. Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. Mesej tadi segera dibalas oleh Sunggyu sebelum dia kembali menyambung kerja yang sempat tertangguh tadi. Sejak dia membaca pesanan tadi, bibir Sunggyu tidak henti menguntumkan senyuman. Hatinya berbunga riang.

“Encik?” Lamunan Sunggyu terhenti saat ada tangan yang melambai dihadapan wajahnya. Anak mata Sunggyu menangkap raut wajah bingung Woohyun yang sedang berdiri dihadapan mejanya.

“Ya.”

“Saya panggil nama Encik banyak kali tadi tapi tak menyahut. Apa yang Encik fikirkan?” Soal Woohyun dengan bibir sedikit muncung kerana bengang tidak dilayan. Melihat ekspresi comel Woohyun, mahu sahaja Sunggyu melompat ke Woohyun.

“Maafkan saya. Saya termengelamun tadi. Ada apa awak panggil saya?” Sunggyu bertanya seraya memberi isyarat untuk Woohyun melabuhkan punggung.

“Saya cuma nak ingatkan lagi 15 minit Encik ada mesyuarat. Encik dah bersiap ke?”

! Saya hampir terlupa, nasib baik awak ingatkan. Terima kasih Woohyun.” Dengan itu, Sunggyu segera mancapai segala dokumen yang diperlukan untuk mesyuarat nanti. Woohyun memilih untuk menjadi pemerhati setia dengan senyuman penuh makna, namun tidak terlihat oleh Sunggyu.

Woohyun terkesima seketika saat dia merasakan sesuatu yang kenyal dan lembut menempel pada bibirnya. Mereka kekal dalam posisi tersebut selama beberapa saat sebulam diganggu dengan bunyi deringan telefon bimbit Sunggyu. Dengan penuh tidak rela Sunggyu memutuskan tautan bibir mereka dan meninggalkan Woohyun yang sudah seperti udang dibakar. Kepala Woohyun tertunduk cuba menyembunyikan rasa malu yang meluap.

“Sekejap lagi saya sampai.” Jawab Sunggyu pendek. Telefon pintar tadi kembali diseluk ke poket belakang. Tangannya meraih dagu runcing Woohyun lalu mengangkatnya menghadap dirinya.

“Tak payah tunggu saya tengahari nanti. Saya kena jumpa orang. Jangan lupa makan nanti.” Pesanan Sunggyu tadi berakhir dengan ciuman diubun – ubun Woohyun sebelum dia beredar.

Woohyun memandang kepergian suaminya dengan senyuman tersipu. Ciuman tadi berjaya membuat hatinya berbunga riang. Tipu kalau dia tidak terasa apa – apa setiap kali Sunggyu bersikap romantik kepadanya. Jujur, Woohyun diam – diam menyukainya. Setiap kali Sunggyu bersikap sedemikian, Woohyun dapat mersakan kehangatan dan ketulusan cinta Sunggyu.

Baru sahaja Woohyun mahu berangan lebih, telefon pintarnya berbunyi menandakan satu pesanan ringkas masuk.

Daripada : Sunggyu hyung

Saranghae

Babo. Nado saranghae,”

 

----

“Itu sahaja untuk hari ini. Semua boleh bersurai, terima kasih.” Sunggyu mengakhiri mesyuarat pada hari ini. Kesemua ahli lembaga mula beransur beredar meninggalkan Sunggyu bersendirian. Usai berkemas, Sunggyu menarik telefon pintarnya dari poket belakang lalu menekan simbol telefon.

“Hello L, kita jumpa dekat restoran Garden View. Dalam 20 minit lagi aku sampai.” Perbualan mereka cuma singkat tetapi cukup untuk Sunggyu tersenyum bahagia. Suara L disebarang talian kedengaran ceria.

“L dah berubah.”

 

L tiba restoran yang dijanjikan tepat dua minit selepas Sunggyu tiba. Sebaik sahaja kelibat abang kembarnya menjamah mata, L tersenyum meminta maaf.

Sunggyu terus memanggil pelayan yang terdekat untuk mengambil order mereka. “Dua carbonara dengan dua lemonade, terima kasih.” Pelayan tadi kemudian bertanya jika ada mahu menambah apa – apa lagi.

“L?”

“Tak, terima kasih.” L tersenyum memandang pelayan tadi. Sudah semestinya hati kecil wanita itu terjentik dengan senyuman maut L. Sunggyu hanya tersenyum sinis melihat gelagat adik kembarnya.

“Tak semua berubah.”

“Dah dahlah menggatal dengan semua orang. Jangan bagi diaorang harapan palsu.” Sunggyu memulakan perbualan. L yang mendengar abangnya tidak membalas. Dia hanya diam tersenyum.

“Mana ada aku menggatal. Itu tandanya Kim Myungsoo dah sedia ada handsome, tak perlu buat apa – apa.” Santai sahaja L menjawab mengabaikan Sunggyu yang memerhati.

Whatever.”

 

Kedua lelaki kacak tersebut kemudian hanyut dalam perbualan mereka tanpa langsung mempedulikan mata – mata nakal yang melirik kearah mereka. Ramai juga yang terlihat seperti berminat dengan mereka, ada yang lebih berani sanggup datang kemeja untuk meninggalkan nombor telefon. Manakan tidak, kedua anak lelaki Kim tersebut memiliki raut wajah yang mempesonakan. Mahu semua orang tergila – gila.

“Lega aku L tengok kau dah berubah.” Tiba – tiba suasana bertukar. L tersenyum seraya meletakkan gelas minumnya kembali keatas meja sebelum dia menatap abang kembarnya.

“Aku pun tak sangka akan berubah secepat ni. Rasa bodoh sangat diri bila aku tak fikir sebelum buat sesuatu. Dan paling aku menyesal sekali, disebabkan oleh kebodohan aku tu, aku dah ragut kesucian orang yang tak berdosa.”

Sunggyu mengangguk menyetujui apa yang dicakap oleh L. Memang pada awalnya dia amat marah dengan perbuatan L, tetapi pada hari ini selepas mendengar pengakuan ikhlas L, hati Sunggyu menjadi lembut. Tidak kiralah apa yang pernah berlaku antara mereka dahulu, L tetap selamanya adik kembarnya. Dia tetap akan menyayangi L.

“Kau maafkan aku ke?” Raut wajah L bertukar menjadi ragu – ragu. Dia tahu perbuatannya terlalu berat untuk dimaafkan. Dia faham kalau Sunggyu susah untuk memaafkan dirinya.

“Bodoh. Mestilah aku maafkan kau.”

Senyuman kucing L kembali menghiasi wajah sempurnanya. Jelas terlihat kedua manik coklat L berkaca apabila pandangan mereka bertaut. Hatinya senang melihat Sunggyu ikut tersenyum sampaikan hanya tinggal segaris mata.

“Terima kasih, abang.”

Langsung sahaja senyuman Sunggyu tergantung mendengar panggilan yang diberikan oleh L. Abang? Tak pernah sekali pun L memanggilnya sedemikian selama mereka membesar. Sunggyu sangat terkejut.

“Bolehkan aku panggil kau abang?”

“Mm..mestilah.”

“Kalau macam tu jom kita sambung dating, abang!”

“Oo..okay.”

----

Woohyun sedang tekun menyusun fail dirak semasa Sunggyu kembali ke pejabat. Dia terpaksa menangguhkan kerjanya seketika semata – mata untuk membalas semula pelukan Sunggyu. Melihat senyuman yang tidak pernah putus diwajah Sunggyu, Woohyun jadi tertanya – tanya. Rasanya tak pernah Sunggyu tersenyum simpul lepas balik mesyuarat.

“Kenapa awak senyum – senyum ni?” Soal Woohyun lembut sambil sebelah tangannya mengusap pipi Sunggyu. Namun sebaliknya, Woohyun tidak mendapat jawapan kepada soalannya tadi, Sunggyu hanya tergelak kecil dan kemudian mencium bibir merah Woohyun. Manakala yang dicium bertambah pelik dengan kelakuan suaminya.

“Awak mabuk ke?” Woohyun melekapkan tangannya ke kedua belah pipi Sunggyu, memeriksa jika terdapat bau alkohol pada suaminya.

Seriously Woo, siapa je mabuk tengahari buta macam ni.” Sunggyu membela diri.

“Siapa tahu.”

“Tak lah, saya cuma bahagiaaaaaaaa sangat hari ni.”

“Kenapa?” Woohyun memandang pelik Sunggyu tapi dibalas semula oleh Sunggyu dengan pandangan penuh kasih.

“Nanti awak tahulah.”

“Awak nak kahwin lain ke?!” Tuduh Woohyun. Tubuh Sunggyu yang menempel padanya ditolak jauh sambil menjeling. Kedua tangannya memeluk tubuh sendiri dan memalingkan wajahnya dari memandang Sunggyu.

Melihat reaksi comel isterinya, gelak Sunggyu tidak mampu tertahan. Mendengar suara gelak Sunggyu, hati Woohyun semakin membara. Bibir merahnya bertambah muncung kehadapan. Dengan saki baki gelak yang masih tersisa, Sunggyu menghampiri Woohyun yang masih merajuk lalu menarik tubuh kecil Woohyun kedalam pelukannya.

“Kenapa saya nak kena kahwin lain sedangkan ada awak dekat sini, depan mata saya, hmmm?” Sunggyu memberi alasan, dagunya diletakkan atas kepala Woohyun.

Serentak dengan itu wajah Woohyun berubah warna, mukanya tertunduk malu bila Sunggyu bicara sedemikian. Tangan yang berlingkar di pinggangnya juga terasa semakin erat membuatkan Woohyun tidak kuat untuk memandang suaminya sekarang. Dia yakin Sunggyu pasti sedang memandangnya.

“Manisnya mulut awak.”

“Salah ke saya puji isteri saya sendiri?” Sunggyu berpura – pura sedih.

“Dahlah hyung, pergi sambung kerja. Saya nak siapkan kerja ni.” Tubuh Sunggyu ditolak perlahan oleh Woohyun dengan senyuman nakal terukir dibibirnya. Dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala tadi meninggalkan Sunggyu yang merajuk dibelakang.

“Baiklah isteriku sayang,” Dengan penuh keterpaksaan, Sunggyu membawa kakinya ke meja kerja untuk menyambung kembali kerja yang sempat tergendala tadi. Melihat kelakuan Sunggyu, Woohyun ikut ttersenyum.

“Kesian hyung, nanti malam saya masakkan sedap sedap okay.”

 

----

 

You jangan nak bergurau dengan I okay!” Suara tinggi Seolhyun sempat menarik perhatian beberapa orang berhampiran mereka. Soyou terpaksa menekup mulut kawannya daripada suara tadi semakin meninggi.

You dah gila ke?!” Kali ini suara Seolhyun tidak meninggi tetapi masih kedengaran keras. Soyou tidak langsung membalas Seolhyun sebaliknya dia memilih untuk meneguk minuman keras ditangannya.

“Nampak macam I bergurau ke. I serius nak Sunggyu.”

“Tapi dia dah kahwin.” Jawapan Seolhyun tadi cuma menaikkan darah Soyou. Dia sedar akan fakta tersebut tetapi dia tidak peduli. Dia mahukan Sunggyu. Dia nak kahwin dengan Sunggyu.

Selepas Sunggyu memutuskan hubungan mereka, Soyou seperti hilang arah. Dia tidak dapat memerima kenyataan tersebut. Berhari – hari juga Soyou mengurung diri didalam bilik menolak bertemu dengan sesiapa. Setiap hari itu jugalah Soyou terus menangisi akan nasib hubungan mereka. Soyou tidak dapat menerima alasan bodoh Sunggyu.

Hati kecil Soyou mendesak diri untuk mengetahuinalasan sebenar disebalik keputusan Sunggyu. Dia telah mengupah seorang mata – mata bagi mengekori setiap gerak geri Sunggyu dan melaporkan kepadanya setiap hari. Setelah hampir sebulan mengintip, akhirnya Soyou dimaklumkan bahawa Sunggyu sudahpun berkahwin dan isterinya adalah Woohyun. Lelaki dimana bekerja sebagai setiausaha peribadi Sunggyu dan lelaki yang sama juga dimana Sunggyu sering curi – curi memandang.

Berita mengejutkan itu cuma menambah lagi api kemarahan Soyou. Tetapi dia tidak terus menyerang Sunggyu kerana dia tahu Sunggyu pasti menolak untuk melayan. Sejak saat itu juga Soyou bersumpah untuk menyingkirkan Woohyun dari sisi Sunggyu. Soyou bersumpah akan menjadikan Sunggyu miliknya walau apa pun terjadi.

I tak peduli.”

“Soyou,” Seolhyun cuba memujuk namun tidak diendahkan. Dia kenal sangat perangai Soyou. Kalau dah A yang dikata, maka A lah yang akan dibuat. Seolhyun nampak api kebencian terpantul dalam manik hazel Soyou.

 

----

Bau haruman masakan terus menerpa masuk ke hidung Sunggyu sebaik sahaja dia melangkah keluar dari bilik air selepas pulang dari pejabat. Tidak tahan dengan godaan bau makanan, cepat – cepat Sunggyu menyarung baju sebelum melangkah menuju ke dapur.

 

 

Woohyun sedang leka menata hidangan diatas meja semasa Sunggyu tiba didapur. Kehadiran suaminya tidak disedari Woohyun. Sambil Woohyun leka menata, Sunggyu turut leka memerhati setiap gerak geri Woohyun dari sebalik peti sejuk. Sepasang senyum kebahagiaan menguntum dibibir Sunggyu saat dia mengenangkan betapa beruntungnya dirinya memperisterikan Woohyun sebagai peneman hidup. Jika sebelum ini dia menolak perjodohan ini, tetapi sekarang Sunggyu amat menghargai ikatan mereka. Dia mahukan ikatan ini kekal tersimpul selamanya.

“Hyung! Terkejut saya!” Woohyun mengurut dada menenangkan jantungnya yang berdegup laju setelah melihat Sunggyu berdiri tersenyum seorang diri.

Sorry sayang. Saya tak ada niat pun nak terkejutkan awak, saya terleka tengok awak. Saya rindu sayang.” Ucap Sunggyu bersahaja seraya menuju kerarah Woohyun lalu menarik tubuh kecil isterinya kedalam pelukannya. Satu kucupan mendarat elok diatas hidung mancung Woohyun menyebabkan siempunya hidung tersipu malu.

“Kita baru terpisah 30 minit hyung. Rindu apanya?”

“Satu minit terpisah pun dah cukup nak buat saya rindu tau.”

“Manisnya mulut dia bercakap.”

“Eksklusif untuk sayang.”

Woohyun menundukkan wajahnya cuba menyembunyikan rona merah yang menjalar diserata muka. “Dah lah tu, jom kita makan. Nanti sejuk pula.” Woohyun menarik Sunggyu ke meja makan. Sebaik sahaja Sunggyu duduk, tangannya terus menghidangkan bahagian Sunggyu.

Serta merta air liur Sunggyu mengalir deras melihat lauk pauk yang terhidang dihadapannya. Dah lama juga Sunggyu tak merasa masakan seperti ini selepas Woohyun menghilang dulu. Mi segera menjadi hidangan utama Sunggyu bagi mengisi perut kosong. Sungguh dia merindui air tangan isterinya.

“Hyung?” Suara Woohyun memanggil Sunggyu semula dari lamunannya.

“Saya rindu masakan sayang.” Pengakuan Sunggyu membuat Woohyun tergelak kecil. Mendengar gelak dari isterinya, Sunggyu jadi bingung.

“Kenapa?”

“Salah awaklah selalu makan luar je. Bila saya nak masak, awak cakap tak payah. Alasan awak selalu ‘Woohyun-ah, tak payah masaklah. Kita makan luar je, tak pun Woohyun-ah, tak payah masak untuk sayalah, lepas office nanti saya makan terus.’ Woohyun mengajuk Sunggyu dengan penuh perasaan.

“Bila saya buat muka macam tu!” Sunggyu membela diri. Pipi tembam Woohyun mahu dicubit tetapi sempat dielak Woohyun.

“Dah cepat makan.” Woohyun menghulurkan sepasang chopstik kepada Sunggyu.

“Terima kasih Woohyun.”

 

Usai makan malam tadi, Woohyun kembali ke ruang tamu bersama dengan segelas jus epal segar untuk Sunggyu. Sepotong terima kasih diberikan Sunggyu saat gelas tadi bertukar tangan. Lengan kanan Sunggyu langsung dipeluk Woohyun saat dia melabuhkan ounggung disebelah suaminya.

“Awak tengok apa?” Woohyun memulakan perbualan.

American Gag Show.” Soalan Woohyun dibalas pendek oleh Sunggyu dan secara tidak langsung membuat muncung Woohyun menjadi panjang.

“Berani dia tak layan.”

“Woohyun,”

“Ya.”

Siaran tadi dimagikan oleh Sunggyu. Sekarang, Sunggyu mengalihkan badannya agar duduk menghadap Woohyun disebelah kanan. Manik coklat Woohyun dipandang kejap. Sungguh kecantikan yang ada dihadapannya tidak dapat diungkap dengan kata – kata. Dari hujung rambut sehingga hujung kaki, keberadaan Woohyun adalah cukup sempurna di mata Sunggyu.

Melihat sepasang manik polos yang menatapnya, Sunggyu jadi teringat semula masa pahit mereka seketika dahulu. Dia pernah sekali menyakiti hati insan suci ini membuatkan dia hampir kehilangan Woohyun. Untung sahaja takdir masih mahukan mereka bersama, jika tidak maka berakhirlah kisah mereka.

“Maafkan saya.” Sepotong maaf meluncur laju dari mulut Sunggyu. Kepalanya tertunduk malu saat kata tadi diungkapkan.

Woohyun tahu maksud disebalik permohonan maaf tadi. “Saya dah lupakan perkara tu.” Hati kecil Woohyun seperti disiat melihat emosi suaminya. Lantas tangannya meraih pipi Sunggyu lalu menangkup kedua belah pipi tersebut dan membelai rahang tegas milik Sunggyu.

“Saya bodoh meragui kejujuran awak sayang.” Akhirnya setelah sekian lama memendam, benteng emosi Sunggyu runtuh jua. Berjurai air mata membasahi muka kacaknya tanpa sedikit pun timbul rasa malu dihadapan Woohyun. Perkataan maaf beribu kali diucap.

Jika dilihat kembali kisah lalunya, Woohyun mengaku dia pernah terfikir untuk mengakhiri hubungan mereka. Namun kerana cintanya terhadap Sunggyu yang menggunung, dia tidak mampu melepaskan Sunggyu. Woohyun percaya suatu hari nanti Sunggyu akan sedar akan kesilapannya dan kembali semula. Daripada Woohyun memilih untuk pergi, dia percaya pada cinta mereka.

“Tak hyung. Siapa pun yang ada di tempat awak akan buat benda yang sama.”

“Tak! Awak tak faham saya Woohyun. Saya dah khianati janji suci saya untuk menjaga kepercayaan awak,”

“Hyung, berkahwin dengan awak dah cukup untuk mengubah hidup saya. Awak dah beri saya peluang kedua untuk terus hidup dan memberi saya peluang untuk rasa bagaimana mencintai dicintai. Awak tak pernah gagal dalam melindungi saya dari L. Saya sentisa berasa selamat dengan awak…” Suara Woohyun semakin lirih dihujung. Kesedihan mula mengawal diri.

“Awak juga mengajar saya bahawa kepercayaan boleh musnah walaupun ianya tidak benar.”

“Saya minta maaf sangat.”

“Tak, saya pun salah. Kalau saya tak ikutkan ayah awak, benda ni tak akan berlaku. Mungkin sekarang kita dah hidup bahagia.” Perlahan sebutir air mata Woohyun menuruni pipi mulusnya.

“Kita berdua bersalah dalam hal ni.”

Woohyun menggangguk lalu menghamburkan dirinya ke dada Sunggyu, meluahkan emosinya yang terpendam lama. Aroma tubuh Sunggyu menambah lagi nostalgia buat Woohyun. Dia tidak mahu kehilangan lelaki ini sekali lagi, cukuplah perpisahan mereka seketika. Itu sudah cukup menyiksa batin Woohyun.

Tubuh kecil Woohyun yang teresak – esak dipeluk erat Sunggyu. Ubun – ubun isterinya dikucup penuh kasih, menyalurkan rasa cintanya buat Woohyun. Seperti mana yang diharap Woohyun, begitu juga buat Sunggyu. Dia tidak mahu kehilangan sosok ini sekali lagi

“Saya cintakan awak Woohyun. Hanya awak yang bertakhta dalam hati saya selamanya.” Sunggyu mengakhiri janjinya dengan mencium kening Woohyun. Doanya didalam hati, dia mahu memulakan semua semula dan mencipta lebih banyak lagi memori indah mereka bersama sebelum maut datang menjemput.

Perpisahan mereka mengajar Sunggyu banyak perkara. Pengalaman itu jugalah yang mematangkan Sunggyu. Dari situ Sunggyu belajar untuk tidak menelan bulat – bulat apa yang matanya melihat kerana belum tentu ianya adalah benar. Disebabkan kebodohan itulah, dia hampir sahaja kehilangan Woohyun. Dari pengalaman ini juga Sunggyu belajar untuk tidak sesekali menghukum orang tanpa mendengar penjelasan mereka dahulu. Kebenaran bukan hanya dari satu pihak.

 

CHAPTER 26

Cahaya mentari pagi malu – malu menyelit dicelah tirai bilik. Sedikit sebanyak cahaya tersebut mengenai Sunggyundan Woohyun tetapi tidak cukup untuk membangunkan mereka. Mereka masih lagi lena diulit mimoi dengan tangan Sunggyu memeluk erat pinggang Woohyun seolah – olah isterinya akan pergi meninggalkan dirinya.

Tak lama kemudian, ketenangan milik Woohyun terganggu dek bunyi telefon yang berdering. Haba terus menjalar ke segenap pelosok tubuhnya selepas dia sedar akan begitu dekat posisi mereka dengan mukanya menempel pada dada Sunggyu yang tidak terbalut apa – apa. Memang dah menjadi tabiat Sunggyu kadang – kadang tidur malam tidak memakai baju.

“Hello,” Woohyun menyapa sopan setelah melihat kontak si pemanggil. Ianya daro nombor yang tidak dikenali.

“Sunggyu! Daddy kamu jatuh terhentak kepala. Mommy dekat hospital besar sekarang.” Mendengar berita malang tersebut, Woohyun jadi tergamam.

“Teruk sangat ke Mommy?”

“Oh, kamu ke Woohyun. Mana Sunggyu?”

“Sunggyu tidur lagi. Mommy tukar nombor ke?”

“Taklah, phone mommy habis bateri. Ni mommy guna public phone.”

“Okay lah Mommy, saya kejutkan Sunggyu. Nanti kami datang sana.” Panggilan tadi dimatikan segera lalu Woohyun duduk menghadap Sunggyu yang masih tertidur pulas. Dengan sedikit sentuhan di bahunya, mata Sunggyu mula mengerjap perlahan.

“Kenapa muka sayang macam ada sesuatu berlaku.” Soalan pertama Sunggyu sebaik sahaja rasa kantuknya menghilang.

“Ayah awak masuk hospital tadi. Dia terhantuk kepala jatuh.”

“Oh,” Pendek sahaja jawapan Sunggyu. Melihat dari nada suaranya, sepertinya Sunggyu tidak peduli.

“Dia ayah awak hyung.” Mata Woohyun melirik ke arah Sunggyu yang duduk bersandar di kepala katil.

“Ayah akan izinkan anak dia untuk mencorakkan sendiri masa depan anaknya. Sepanjang 28 tahun saya hidup, tak pernah sekali pun saya rasa.” Balas Sunggyu dengan nada datar.

Memang betul hubungan bapa dan anak tersebut tidak begitu baik. Keadaan bertambah buruk selepas kejadian tempoh hari. Woohyun tidak terus menyalahkan Sunggyu kerana bapa mertuanya turut bertanggungjawab. Tetapi yang membuatkan Woohyun kesal, sebagai seorang anak, Sunggyu tidak seharusnya bersikap sedemikian. Sejahat mana pun Siwon, walau apa pun yang berlaku, Siwon akan tetap selamanya ayah kepada Sunggyu. Fakta itu tidak akan pernah berubah.

“Kalau macam tu, awak dengan ayah awak sama je.”

“APA?!” Suara Sunggyu sedikit meninggi.

“Kalau awak anak yang baik, pergi melawat dia. Saya boleh temankan.” Woohyun cuba memujuk. Dia tidak mahu perkara yang berlaku diantara dia dan Siwon memutuskan hubungan Sunggyu dengan ayahnya.

Woohyun tidak menunggu jawapan Sunggyu. Dia terus berlalu masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri. Sunggyu hanya memerhatikan sahaja langkah Woohyun sehingga tubuh isterinya menghilang disebalik pintu.

Satu keluhan berat dihembus Sunggyu. Fikirannya memutar kembali ucapan Woohyun. Bukannya dia membenci sosok ayahnya, cuma Sunggyu kecewa dengan tindakan ayahnya yang membuta tuli. Cuma seketika ini Sunggyu memilih untuk tidak berjumpa dengan ayahnya. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Tapi mungkin Woohyun betul.”

 

---

 

Butang tingkat lima ditekan Sunggyu sebaik kakinya melangkah masuk kedalam perut lif. Keputusan yang dibuat ini memerlukan perang ego yang lama sebelum dia memutuskan untuk mengalah dan menuruti nasihat Woohyun. Isterinya betul, jika dia memilih ego, sama sahaja dia dan ayahnya. Pentingkan diri sendiri.

“Hyung kita dah sampai.” Lengan Sunggyu ditepuk lembut mematikan lamunannya. Bersama mereka melangkah keluar dari perut lif lalu menuju ke ruangan VIP dimana Siwon sedang dirawat.

“Gyu!” Kelibat seorang wanita lebih separuh abad yang sedang menangis menjamah pandangan mereka. Serentak dengan itu, Woohyun memutuskan pegangan mereka dan membiarkan Sunggyu merangkul tubuh ibunya.

Sayu hati Woohyun melihat momen ibu dan anak dihadapannya. Betapa beruntungnya Sunggyu masih memiliki kedua orang tuanya, dimana kedua orang tua Woohyun sudah pergi terlebih dahulu saat dia amat memerlukan mereka.

“Macam mana keadaan Daddy?”

Kepala Woohyun terpusing kearah suara yang dikenalinya.

Mommy ingatkan L tak datang.” Kali ini Hyunah berpindah dari pelukan Sunggyu ke pelukan L. Tubuh kekar L dipeluk lama menghirup aroma khas anak lelakinya yang amat dirindui.

“Doktor cakap Daddy kami koma sebab terjatuh.”

Sebutir cecair bening mengalir dari tubir mata Hyunah. Woohyun yang menyaksikan perkara tersebut langsung menyalurkan semangat buat ibu mertuanya. Di tahu hagaimana rasa takut akan kehilangan orang yang tersayang. Walaupun Siwon sudah berbuat jahat kepadanya, dia tetap ayah mertua Woohyun. Dia mahukan yang terbaik untuk Siwon.

“Saya yakin Tuan Kim akan selamat.”

Mommy harap benda yang sama juga.”

Ekor mata Woohyun menangkap sosok suaminya yang berdiri tegak tanpa secalit emosi merenung kearah tubuh Siwon yang terbarig lemah. Manik musang Sunggyu langsung tidak menggambarkan apa – apa emosi sekarang, mereka seolah – olah kosong. Woohyun mengalihkan semula perhatiannya kearah Siwon yang dipenuhi dengan wayar berselirat di badan. Hati kecil Woohyun meruntun melihat keadaan ayanh mertuanya.

 

Jarum jam sudah pun menginjak ke angka 12. Keadaan di kafeteria hospital juga semakin sesak dengan orang yang mahu mengisi perut. Kesemua kaunter yang dibuka dipenuhi dengan barisan manusia. Baru sahaja Woohyun berniat untuk mengalas perut tetapi selepas melihat kesesakan di kaunter, niatnya terbatal. Sementara menunggu orang reda, Woohyun memilih untuk duduk di kerusi kosong di satu sudut kafe.

“Boleh duduk sini?”

Woohyun terkesima sebentar dengan teguran tadi. Serta merta dia seperti cacing kepanasan. “Bboleh.”

“Terima kasih.” Kerusi kosong dihadapan Woohyun ditarik oleh sang penegur tadi. Satu lagi soalan dikemukan seolah – olah mereka sudah saling mengenali lama.

“Awak apa khabar?”

“Ssihat,”

Seketika senyap menyelubungi mereka, membiarkan masing – masing tenggelam dengan perasan sendiri.

“Saya minta maaf.” L memecahkan kesunyian antara mereka.

“Untuk apa?”

“Untuk semuanya yang saya pernah lakukan keatas awak.”

“Saya dah-“

“Saya betul – betul minta maaf Woohyun. Saya faham kalau awak susah untuk terima maaf saya, tapi saya nak awak tahu saya sangat menyesal dengan perbuatan saya. Saya janji ini akan jadi pertemuan terakhir kita.” Tanpa ucapan selamat tinggal, L bangun meninggalkan Woohyun yang masih terpinga – pinga. Langkah L mati selepas mendegar sayup suara Woohyun memanggil.

“Kenapa?”

“Saya nak mulakan hidup baharu. Saya nak cari semula diri saya sebelum saya kembali ke sisi keluarga.”

Kelu lidah Woohyun mendengar alasan L. Dia tidak mampu untuk menghalang L dari membuat keputusan. Woohyuj hanya mampu menghantar pergi kelibat L sehingga dia tenggelam didalam lautan manusia. Keputusan L untuk pergi membuat Woohyun terfikir. Mengapa disaat ayahnya terbaring kaku, bertarung antara hidup dan mati L memilih untuk pergi.

 

---

 

“Woohyun?”

“Ya?” Woohyun tersentak sedikit selepas mendengar suara Sunggyu memanggil. Tidak perasan pula dia hanyut dalam perasaanya sendiri meninggalkan suaminya bercakap sendiri.

“Ada apa – apa yang menggangu awak ke? Nampak macam jauh berfikir.” Lembut suara Sunggyu memujuk. Tangannya terhulur untuk mengenggam tangan munggil Woohyun. Matanya masih kekal fokus kehadapan memandu sambil menunggu jawapan isterinya.

Woohyun menggeleng lemah lalu membuang mukanya menghadap Sunggyu. Seketika matanya melusuri setiap lekuk indah di muka suaminya, menikmati pemandangan indah ini. Woohyun masih ragu – ragu sama ada dia patut memberitahu tentang L atau tidak kepada Sunggyu.

“Saya handsome sangat ke sampai awak kelu lidah?” Usik Sunggyu. Sekilas dia megerling kearah Woohyun yang berusaha menahan malu.

“Taklah, tadi saya jumpa L.”

Kali ini Sunggyu tidak menyampuk. Dia mendengar cerita Woohyun kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali dek perbuatan bodohnya. Biar dia mendengar sehingga ke pengakhiran barulah dia bersuara.

“Dia minta maaf dan mengaku menyesal dengan perbuatannya. Lagi satu yang buat saya runsing, dia kata ini akan jadi kali terakhir pertemuan kami.”

“L akan tinggalkan keluarga Kim.”

Nampaknya berita L meninggalkan Kim tidak begitu terkesan buat Sunggyu. Suaminya masih lagi kekal dengan ekspresi tenang semasa dia memberitahu tentang perkara tersebut. Menilai dari reaksi Sunggyu, Woohyun merasakan suaminya sudah tahu terlebih dahulu sebelum orang lain.

“Saya dah tahu.”

Muka Woohyun terkejut. “Bila?”

“Ingat tak haritu saya pesan tak payah tunggu saya lunch?” KakinSunggyu kembali menekan pedal minyak selepas lampu isyarat bertukar hijau. Matanya sekilas memandang Woohyun yang sedang berkerut dahi berfikir.

“Saya dengan L jumpa untuk selesaikan masalah antara kami. Lepas dah selesai tu, tiba – tiba dia bagitahu saya dia akan membawa diri seketika.

“Apa yang awak cakap?” Woohyun cuba meneka jawapan Sunggyu walau dia tahu.

“Mestilah saya tak setuju. Tapi L tetap dengan keputusannya. Sama dengan L yang saya kenal untuk 28 tahun.” Sunggyu tersenyum sendiri mengenangkan keperibadian adik kembarnya. Melihat Sunggyu tersenyum, Woohyun jadi ikut tersenyum sekali. Lega hatinya pasangan kembar tersebut sudah berbaik.

“Biarlah dia. Sekarang pun dengan keadaan Daddy macam ni dia tetap dengan keputusannya. Saya tak boleh nak buat apa. L seorang yang berpegang pada kata – kata.

“Tak apalah hyung. Kita doakan sajalah agar semuanya dipermudahkan.”

“Terima kasih sayang.” Pipi Woohyun merona merah mendengar panggilan manja untuknya. Pinggang Sunggyu dicubit lembut meminta suaminya berhenti manis berkata – kata. Sunggyu cuma tergelak melayan telatah Woohyun.

“Sayang awak sangat.” Belakang tapak tangan Woohyun dicium lama bagi menyalurkan rasa cintanya. Biar Woohyun tahu jantungnya berdegup hanya untuk dirinya.

“Hyung, baik awak fokus memandu kalau tak kita dua – dua masuk hospital.” Woohyun mengingatkan Sunggyu. Tautan tangan mereka dileraikan oleh Woohyun. Kemudian kedua – dua mereka kembali senyap. Woohyun memegang kedua pipinya yang mulai memanas dek kata – kata Sunggyu.

 

----

Untuk kali terakhirnya L membuang pandangan melihat gelagat manusia yang memenuhi Lapangan Terbang Antarabangsa Seoul sebelum kakinya melangkah masuk ke balai berlepas. Buku pasport yang dipegang diseluk masuk ke poket belakang lalu menyandang semula beg galasnya selepas diperiksa oleh pegawai kastam. Tanpa menoleh kebelakang lagi L terus melangkah jauh meninggalkan bumi Korea Selatan.

“Selamat tinggal L, selamat datang Kim Myungsoo.” Kata – kata terakhir L sebelum pesawat yang dinaikinya berlepas membelah dada langit membawa bersama memori ke tempat baharu. Ke tempat dimana dia bakal menjumpai dirinya yang sebenar.

 

----

 

“Sunggyu!” Suara nyaring seorang perempuan cukup memusnahkan ketenangan Sunggyu. Tanpa menoleh pun Sunggyu sudah tahu siapakan pemilik suara tersebut. Tak lain tak bukan Kang Soyou.

Tetapi Sunggyu tetap menghadiahkan gadis cantik tadi dengan sebuah senyuman. Sunggyu berharap sangat Soyou tidak berniat untuk berbual lama, bukannya apa Woohyun sedang menunggu didalam kereta.

“Hai,”

You buat apa dekat sini?” Tanpa segan silu Soyou merangkul lengan Sunggyu dan menggesekkan dada sintalnya dengan sengaja pada lengan Sunggyu membuatkan sang lelaki berasa tidak selesa.

Soyou tersenyum sungging bila melihat Sunggyu tidak selesa. Dalam hatinya dia bersorak gembira dapat memancing birahi Sunggyu. “I akan pastikan you terangsang Gyu.”

I stop sekejap je ni nak beli air. Nak cepat sebab isteri I tunggu dalam kereta. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi.” Cepat sahaja Sunggyu meleraikan pautan Soyou dilengannya. Baki segera diambil lalu berlalu pergi tanpa menunggu balasan Soyou. Kelibat Sunggyu yang perlahan menghilang membuat Soyou merungut kesal. Hampir sahaja dia dapat memancing Sunggyu.

“Takkan semudah tu aku lepaskan kau Sunggyu. Aku akan dapatkan kau semula.” Soyou memerhati sahaja kereta mewah Sunggyu meluncur laju meninggalkan kedai itu. Sorot matanya dipenuhi dengan kebencian dan amarah.

 

“Kenapa lama?” Tanya Woohyun sebaik sahaja Sunggyu masuk ke kereta.

“Beratur panjang tadi dekat cashier.”

“Oh, ingatkan kenapa tadi.”

“Sayang, malam ni kita makan luar nak?” Usul Sunggyu. Jam ditangan direnung sekejap sebelum Woohyun bersetuju dengan cadangan Sunggyu. Lagipun sekarang dah nak dekat pukul 7, lewat nak memasak.

“Awak pilihlah nak makan mana.”

“Okay.”

---

Seulas senyuman mesra dilemparkan Sunggyu buat pelayan tadi selepas mengambil pesanan mereka. Langsung matanya memandang Woohyun yang berada dihadapannya. Dalam diam Sunggyu khayal merenung keindahan wajah tenang milik isterinya yang leka memerhati ragam orang sekeliling.

“Sayang,” Panggil Sunggyu separa berbisik. Tangannya terhulur mencapai tangan Woohyun dan mengusap kulit lembutnya.

Woohyun memusatkan perhatiannya kepada Sunggyu selepas tangannya diraih. Ternyata suaminya diam – diam memerhatikan dirinya. Panas pipi Woohyun melihat pandangan teduh Sunggyu.

“Kenapa awak pandang saya macam tu?”

“Salah ke saya nak tengok muka isteri saya?”

“Tak, tapi kan ramai orang ni. Malu.”

“Biarlah orang tengok pun.”

Malas Woohyun mahu beradu mulut dengan Sunggyu. Kalau dilayan makin mangada ngada suaminya nanti. Kadang – kadang perangai Sunggyu macam budak – budak pun ada.

“Sayang bahagia ke sekarang?” Tiba – tiba sahaja soalan itu muncul. Kening Woohyun terangkat mendengar soalan tersebut.

Randomnya soalan.”

“Awak bahagia ke?” Kali ini Sunggyu mengulang semula soalannya dengan lebih serius.

“Hyung, awak tak tahu perasaan saya sekarang. Saya tak jumpa lagi perkataan yang sesuai nak gambarkan perasaan saya sekarang. Bila awak kembali semula, saya seperti diberikan nyawa baharu untuk meneruskan hidup. Saya lebih dari gembira dapat bersama semula dengan hyung.”

“Terima kasih sebab beri saya peluang yang ketiga sayang. Orang cakap peluang kedua selalu akan datang lepas yang pertama dan harus dihargai kerana yang ketiga belum tentu akan hadir.” Sunggyu membuka isi hatinya.

“Hati saya seperti dikoyak lepas awak tinggalkan saya. Saya rasa dunia ni runtuh hempap diri saya. Waktu tu saya fikir saya tak akan dapat lagi memiliki diri sayang. Tapi Tuhan dah tetapkan jalan cerita kita. Walau jauh mana sekalipun kita terpisah, akhirnya kita tetap akan bersama.”

“Terima kasih, Kim Woohyun.”

Woohyun tersenyum mendengar Sunggyu. “Terima kasih juga hyung sebab sudi terima saya semula.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?