Chapter 10

Seeking for Love (Malay version)

Woohyun memandang malas skrin telefonnya. Hari ini adalah hari dimana dia sangat berharap tidak wujud. Hari ini Howon mengajaknya untuk keluar. Woohyun terpaksa bersetuju kalau tak Howon akan terus mendesak. Lagipun sekali sekala tak apa kot. Sekali lagi Woohyun memeriksa pantulan dirinya dicermin memastikan penampilannya kemas sebelum Howon tiba lebih kurang lima minit lagi.

 

 

---

 

Sunggyu memandang pasangan dihadapannya dengan mata berapi dan hati yang panas. Howon sengaja mengambil popcorn di tangan Woohyun tanpa izinnya. Woohyun pula masih lagi merajuk dengan Howon kerana dia mengajak Sunggyu dan Soyou sekali. Dan Woohyun sama sekali tidak diberitahu.

 

Honey~ Jom.” Woohyun sumpah dia dapat rasakan telingannya berdarah mendengar suaraa gedik Soyou yang dibuat - buat. Tak lama kemudian Howon datang membawa tiket untuknya.

 

“Howon-shi, awak pergi dulu. Saya nak ke tandas sekejap.” Woohyun meminta diri. Popcornnya diserahkan kepada Howon buat sementara.

 

Sunggyu memandang langkah Woohyun. “Soyou, you ikut Howon dulu. I rasa phone I tertinggal dalam kereta.” Sunggyu mencipta alasan. Yang sebenarnya dia mahu mengikut Woohyun dan nasib baik Soyou percaya.

 

Setelah memastikan Howon dan Soyou telah masuk kedalam, pantas dia mengatur langkah ke arah tandas dihujung jalan. Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan Woohyun. Pintu tandas dikuak oleh Sunggyu dan terserempak dengan Woohyun yang sedang mencuci tangan. Pandangan mereka terpaut dalam pantulan cermin.

 

“Awak nampak comel.” Sunggyu mendekatkan jarak antara mereka. Sweat shirt pink dipadankan dengan seluar putih menampakkan Woohyun seperti marshmellow bergerak. Tambah pula dengan rambut hadapannya sengaja menutup dahi, Woohyun nampak lebih muda dari usia sebenarnya.

 

“Terima kasih.” Pujian Sunggyu membuatkan pipi Woohyun berubah warna. Dia tidak menyangka Sunggyu akan memujinya.

 

Pili air kembali ditutup oleh Woohyun. Kakinya mahu melangkah ke pintu tetapi lengannya ditarik lalu langkahnya terhenti. “Awak buat apa ni?”

 

Stay sekejap. Saya nak bersama dengan awak.” Sunggyu merenung dalam - dalam anak mata Woohyun, menghantar mesej kerinduan kepadanya.

 

“Nanti apa pula diaorang cakap.”

 

Please.”

 

Hati Woohyun mula berbelah bahagi. Dia tidak faham perasaannya sekarang. Ada ketika dia mahu Sunggyu menjauhinya tetapi di saat lain dia mahukan Sunggyu disisinya, seperti sekarang. Badannya dipeluk erat oleh Sunggyu seolah - olah Woohyun akan meninggalkan Sunggyu dan yang mengejutkan Woohyun, dia membiarkan sahaja Sunggyu memeluknya.

 

“Kenapa aku tak rasa marah, malah aku menyukainya. Adakah aku?”

 

“Tolonglah buka hati awak untuk saya Woohyun. Saya ikhlas mencintai awak Woohyun.”

 

 

Woohyun akhirnya kembali menyertai Howon didalam panggung. Kerusi kosong disebelah Howon diduduki Woohyun. Howon bertanya kepada Woohyun mengapa agak lama tetapi hanya dibalas dengan senyuman. Sunggyu tidak masuk sekali bersamanya membuat Woohyun tertanya - tanya kemana dia menghilang.

 

“Awak cari siapa?” Howon bertanya. Dia perasaan Woohyun seperti sedang mencari seseorang.

 

“Tak ada sesiapa.” Jawab Woohyun pendek. Matanya mula menghayati skrin dihadapan.

 

“Kenapa lama sangat.”

 

Sorry.” Sunggyu mencuri pandang kearah Woohyun. Perasaan bersalah merayap didalam hati apabila dia melihat mata Woohyun mulai berkaca.

 

 

“Kita makan dulu nak?” Ujar Howon, meminta pendapat yang lain.

 

“Saya tak kot.”Woohyun menolak serentak membuat tiga pasang mata memandang kearahnya.

 

“Awak kena ikut.” Arah Sunggyu dengan tegas.

 

 

Sunggyu memutuskan makan tengahari di restoran makanan segera. Sementara Sunggyu beratur menunggu giliran, Howon meminta Woohyun dan Soyou mencari tempat untuk makan.

 

Soyou mengambil tempat menghadap Woohyun. Tiada perbualan atara mereka. Mata Soyou memerhati Woohyun dari atas ke bawah cuba mencari keistimewaan pada Woohyun yang membuat Sunggyu selalu mencuri pandang kearahnya. Dia perasan perkara itu sejak Woohyun meminta izin untuk ke tandas. Then, tiba - tiba Sunggyu beri alasan telefonnya tertinggal di kereta dimana Soyou nampak dengan mata kepalanya sendiri telefon Sunggyu ada didalam poketnya. Sengaja dia tidak mahu memperpanjangkan kes ini.

 

“Dah berapa lama you kerja dengan Gyu.” Soyou memulakan perbualan atau lebih tepatnya soal siasat. Kepala Woohyun terangkat lalu memandang wanita cantik dihadapannya. Nada Soyou kedengaran seperti sedang menyoal siasat daripada bertanya.

 

“Dah enam bulan.” Jawab Woohyun pendek. Dari gaya Soyou memanggil Sunggyu, Woohyun pasti mesti ada sesuatu antara mereka. Dia tidak pasti hubungan seperti mana yang terjalin.

 

“Saja nak beritahu you yang kami nak bertunang nanti.”

 

Bertunang.

 

Woohyun rasakan seperti langit jatuh menghempap dirinya pabila Soyou menyebut perkataan bertunang tadi. Dia tidak marah pada Soyou, tetapi Woohyun marah akan dirinya sendiri kerana membiarkan dia percaya pada Sunggyu. Dia sepatutnya sedar bahawa Sunggyu tidak akan pernah melihatnya sama seperti dia melihat Sunggyu. Betapa bodohnya Woohyun.

 

“Tahniah saya ucapkan. Awak dan Encik Kim macam pinang dibelah dua.” Woohyun sedaya upaya menelan emosinya. Senyuman palsu dilemparkan kepada Soyou. Woohyun terlepas pandang smirk Soyou selepas dia menunduk.

 

“Makanan dah sampai!” Suara Howon menarik kembali Woohyun ke dunia realiti. Dua dulang penuh berisi makanan diletakkan diatas meja.

 

Honey, lepas ni teman I shopping okay.” Soyou merangkul manja lengan Sunggyu membuatkan si empunya tangan kurang selesa.

 

I dah janji dengan Mommy nak teman dia pergi nursery.” Sunggyu mengelak.

 

You ni kan! Selalu tak ada masa untuk I tapi ada pula untuk Mommy you! I hate you!” Soyou membentak Sunggyu lalu meninggalkan meja mereka. Malu dengan tindakan Soyou, Sunggyu meminta maaf bagi pihak Soyou sebelum mengejar Soyou.

 

Dari dulu lagi dia tak pernah suka dengan perangai mengada - ngada Soyou. Dah lah suka menempel dekat pada Sunggyu. Jujur Sunggyu dah muak dan penat dengan perangai Soyou. Kalau sahajalah Soyou tak emotional, dia mahu makan sekali bersama Woohyun dan Howon. Tetapi dia kenal Soyou. Gadis itu akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian Sunggyu.

 

 

---

 

Dongwoo perasan teman serumahnya seperti sedang jauh mengelamun walaupun matanya memandang ke skrin televisyen. Bukan dia tidak mengenali Woohyun, drama yang sedang ditayangkan adalah kegemarannya. Satu episod pun Woohyun tak pernah terlepas. Melihat keadaanya sekarang, Dongwoo menjadi bingung.

 

“Hey, kau ada masalah ke?” Dongwoo menyentuh bahu Woohyun dengan lembut tidak mahu mengejutkan Woohyun.

 

Seolah - olah baru tersedar dari mimpi, Woohyun memandang Dongwoo dengan terpinga - pinga. “Huh, tak ada apalah.”

 

Tapi Dongwoo tidak percaya. Dia pasti ada sesuatu yang disembunyikan Woohyun. “Cuba cerita pada aku. Mmungkin aku boleh tolong.” Pujuk Dongwoo lagi.

 

Woohyun mengeluh. “Kalau aku cerita mesti kau tak percaya.”

 

“Ceritalah dulu. Kitakan kawan.”

 

Woohyun menghirup dalam - dalam oksigen kedalam paru - parunya. Badannya bergerak menghadap Dongwoo. Alat kawalan jauh dicapai kemudian butang on/off ditekan.

 

“Aku dah kahwin.” Mulut Dongwoo ternganga mendengar pengakuan Woohyun. Melihat reaksi Dongwoo, Woohyun hanya tersenyum. Dia sudah menduga reaksi Dongwoo seperti ini.

 

“Kau tak main - mainkan?”

 

“Aku serius.”

 

“Kenapa tak beritahu aku! Kita kawan dah lama kan.” Dongwoo kecewa dengan Woohyun.

 

“Perkahwinan kami tak sama macam orang lain Dongwoo.”

 

“Siapa suami kau?”

 

“Kim Sunggyu.” Lambat Woohyun menyebut nama lelaki tersebut.

 

Mulut Dongwoo ternganga. “Bos baru kau tu?!” “Cuba kau cerita.”

 

Woohyun menyingkap kembali sejarah silamnya bermula dengan dia bekerja sementara di banglo Kim semasa cuti semester. Dia memberitahu Dongwoo disitulah dimana dia mengenali pasangan kembar tidak seiras, Kim Sunggyu dan Kim Myungsoo atau lebih dikenali sebagai L. Terlahir sebagai pasangan kembar tidak seiras, Woohyun mudah untuk membezakan mereka. Selain itu, personaliti mereka macam langit dan bumi. Cumanya, fizikal mereka dari belakang agak mengelirukan.

 

“Siapa je pakai huruf jadi nama.” Kutuk Dongwoo.

 

Woohyun menyambung kembali. Hubungan Sunggyu dan L tidak baik. Hubungan mereka sedingin air batu. Sepanjang bekerja di sana, Woohyun tidak pernah melihat mereka bertergur sapa hatta bersua muka pun jarang. Kalau bertembung pun, mereka tidak pernah melihat sesama sendiri, masing - masing membuang muka. Malah L sendiri pun tidak pernah menegur Woohyun.

 

Sehinggalah satu hari Woohyun perasan L memerhatikannya dari atas ketika dia sedang menyiram pokok bunga. Pada mulanya dia tidak menghiraukan L kerana dia sedia maklum akan perangai L yang suka memerhati orang. Namun semakin lama L semakin berani mengacau Woohyun. L mula menyentuhnya dengan sengaja di tempat - tempat yang tidak sepatutnya malah kerap juga memeluk Woohyun dari belakang. Setiap kali Woohyun menolak L, dia pasti akan memberikan Woohyun senyuman misterinya membuatkan bulu roma Woohyun berdiri. Dia nampak L memandangnya dengan penuh nafsu.

 

Mimpi ngeri Woohyun bermula pada hari dimana ibu Woohyun kurang sihat dan Woohyun terpaksa berangkat ke banglo Kim seorang diri. Rutin Woohyun bermula seperti biasa pada jam 6 pagi dimana dia tiba di banglo mewah tersebut. Puan Kim sudah maklum akan ketidakhadiran Jihyun dan meminta Woohyun untuk terus pulang setelah selesai kerana dia dan Tuan Kim tiada dirumah dan Sunggyu menghadiri makan malam selepas kerja. Puan Kim tahu akan perangai anak bongsunya kerana itu dia meminta Woohyun untuk pulang awal.

 

Petang itu, Woohyun terlupa untuk memasak makan malam untuk L kemudian dia berpatah balik ke banglo untuk memasak. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam dan L biasanya akan pulang pada jam 10 atau keatas. Sewaktu Woohyun kembali semula ke banglo Kim, dia mendapati L masih belum lagi pulang. Satu nafas kelegaan meluncur dari mulut Woohyun. Dia segera ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk L. Usai memasak, Woohyun masuk kedalam bilik khas untuk dia dan ibunya untuk membersihkan diri. Sengaja Woohyun tidak membuka lampu biliknya kerana lampu bilik air sudah cukup untuk menerangi. Tuala yang tergantung segera dicapai. Tanpa Woohyun sedari, L sebenarnya sudah pulang tetapi dia parking keretanya diluar. Setiap gerak geri Woohyun diperhatikan oleh L

 

L bersembunyi disebalik almari setelah berjaya menyelinap masuk ke bilik Woohyun. Dia keluar dari tempat persembunyian apabila dia mendengar bunyi air mengalir. Aroma sabun dan syampu dari dalam bilik air telah membangkit ghairah L. fikirannya mula membayangkan imej tidak senonoh Woohyun mendesah namanya. Membayangkan perkara itu sahaja sudah cukup membuat milik L mengeras.

 

Beberapa minit kemudian, Woohyun keluar dari bilik air dengan hanya bahagian bawahnya terbalut tuala. Riak terkejut jelas terpancar di wajah Woohyun apabila dia melihat L didalam biliknya yang sedang bermain phone dengan santai. Pantas tangannya mencapai apa sahaja yang boleh menutup tubuh atasnya melihat seringai menyeramkan diwajah L. Woohyun mengundur ke belakang apabila L maju kearahnya. Takut mula menguasai diri.

 

Baru dia mahu berlari, L lebih tangkas menarik tangannya. Tuala yang membalut tubuh bawahnya direntap kasar oleh L. Tubuh Woohyun dihempas kasar ke atas katil sambil kedua tangannya dikunci L. Dengan rakus L mencium Woohyun walaupun dia meronta dengan kuat. Tangannya tidak tinggal diam, menjalar ke seluruh tubuh Woohyun merasai kelembutan kulitnya. Pipi Woohyun dilempang kuat apabila rontaannya semakin kuat sehingga tanpa sengaja tangannya terpukul L. Kesemua rayuan dan rintihan Woohyun diabaikan oleh L.

 

“Waktu tu aku takut sangat sebab aa..aku ttahu apa aakkan jadi sseterusnya.” Woohyun cuba untuk menahan emosinya. Tubuhnya bergetar hebat mengingati semula detik hitam itu. Dongwoo menggenggam tangan Woohyun bagi memberi kekuatan.

 

Setelah bergelut dengan L, Woohyun berjaya melepaskan diri tetapi belum sempat dia sampai di pintu, L dapat menariknya semula dan mengikat kedua tangannya di katil. Air mata Woohyun merembes deras melihat mata L yang sudah dikaburi nafsu serakah. Ketakutannya sampai ke puncak apabila L melucutkan seluar yang dipakai dan mengukung tubuh Woohyun dibawahnya.

 

“Akhirnya aku dapat juga ‘rasa’ badan kau.”

 

Woohyun hanya mampu menjerit saat L memasukkan miliknya kedalam. Seluruh tubuhnya seperti dipatah dua, kesakitannya tidak mampu digambarkan dengan kata - kata. Cecair hangat mengalir di daerah bawah Woohyun menandakan dirinya sudah tidak lagi suci. Setiap tusukan L dibalas dengan jeritan oleh Woohyun. Nafsu L mengalahkan binatang. Dia tidak peduli sedikit pun keadaan Woohyun, hanya kepuasan yang dicari.

 

Woohyun akhirnya lelah untuk melawan. Sesungguhnya dia membenci dirinya sendiri kerana tidak berjaya mempertahankan maruah dan harga dirinya. Kehormatannya dirampas tanpa perikemanusiaan. Woohyun membiarkan sahaja L ‘meratah’ tubuhnya sehingga lelaki berhati binatang itu puas. Dia sudah tidak berdaya.

 

Sudah kesekian kalinya L mencapai ‘nikmatnya’. Tubuh Woohyun yang lemah dicium semula dengan nafsu. L mengutip semula baju dan seluarnya sebelum dia meninggalkan Woohyun yang sudah tidak berjaya. Bunyi pintu ditutup membuat air mata Woohyun semakin deras mengalir. Dengan saki baki tenaga yang ada, Woohyun menggagahkan juga kakinya untuk ke bilik air untuk membersihkan diri walaupun badannya seperti baru lepas dihempap batu. Dia tidak mahu ada jejak perogol di badannya.

 

Keesokkanya Jihyun berjumpa dengan pasangan Kim bagi membela nasib Woohyun walaupun kesihatannya belum membaik. Dia tidak sanggup terus melihat ibunya dihina dan dimaki oleh Tuan Kim seperti tidak punya harga diri. Woohyun dituduh sengaja perangkap anaknya semata - mata mahu membolot harta keluarga Kim. Namun, Puan Kim telah berjanji akan memastikan anaknya akan bertanggungjawab terhadap Woohyun.

 

Episod sedih Woohyun baru sahaja bermula. Kesihatan ibu Woohyun semakin memburuk semenjak kejadian malang itu. Tidak lama selepas itu, Jihyun telah pergi meninggalkan Woohyun buat selama - lamanya. Dan Woohyun telah dikahwinkan dengan Kim Sunggyu, bukannya si pelaku.

 

Selepas berkahwin, Sunggyu tidak pernah menegur Woohyun. Masing - masing hidup dalam dunia sendiri tanpa campur tangan dalam urusan masing - masing. Woohyun sebenarnya terkejut apabila dia mengetahui bahawa Sunggyu yang menggantikan tempat L dan mengambil tanggungjawab menjadi bapa kepada anak yang dikandungnya. Mereka terpaksa bersetuju dan meneruskan perkahwinan tersebut sehinggalah pada hari dimana Woohyun keguguran.

 

Woohyun merasakan tanggungjawab Sunggyu sudah berakhir, dia mahu mengakhiri hubungan mereka. Namun, niatnnya disalah ertikan oleh Tuan Kim dan kemudiannya dia dihalau keluar. Itu bukanlah pengakhirannya. Woohyun telah digantung tidak bertali. Tuan Kim tidak membenarkan Sunggyu menceraikan Woohyun. Dengan cara ini dia dapat menyeksa Woohyun secara halus. Woohyun umpama burung yang diikat kakinya. Dia masih boleh mengepakkan sayapnya tetapi tidak kemana.

 

“Aku digantung tidak bertali.” Selesai sahaja Woohyun menghabiskan ayatnya, Dongwoo terus memeluk Woohyun untuk meyalurkan kekuatan.

 

Dongwoo tidak tahu disebalik keceriaan Woohyun tersimpan 1001 kisah pahit masa lampau Woohyun. Begitu tabah dan cekal hati Woohyun dalam meneruskan hidupnya. Dongwoo sendiri tidak pasti kalau dia ditempat Woohyun, mampukah dia terus berdiri seperti Woohyun. Kini barulah Dongwoo sedar mengapa dia tidak pernah melihat Woohyun keluar dengan mana - mana lelaki ataupun perempuan selama ini dan menolak lamaran Howon. Rupa - rupanya dia menjaga statusnya sebagai isteri kepada Kim Sunggyu.

 

“Aku tak tahu wujud lagi lelaki macam Sunggyu dalam dunia ni.”

 

“Kan, dia baik sangat. Sampai sekarang aku masih rasa bersalah sebab libatkan dia dalam masalah ni. Dia tak bersalah.” Woohyun mengesat air matanya.

 

“Ya dia terlalu baik dan sempurna untuk aku. Aku tak layak untuk dia, banyak lagi orang dekat luar sana lebih layak berada di posisi aku contohnya Soyou. Aku tak sepatutnya sedih bila dia bersama dengan Soyou, seharusnya aku bahagia kerana dia telah menjumpai pasangannya. Soyou mampu memberikan kebahagian kepada Sunggyu, dia akan menjadi ibu yang baik untuk anak - anak Sunggyu kelak. Mungkin dia patut usulkan penceraian kepada Sunggyu.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?