Chapter 4

Seeking for Love (Malay version)

Sedar tak sedar sudah hampir tiga jam sejak Sunggyu dan Woohyun disatukan. Tiada majlis dilakukan. Hanya ada dia, Sunggyu, Tuan Kim, Puan Kim dan auntie Jiyoon di gereja. Sebaik sahaja mereka rasmi bergelar suami isteri, Woohyun terus dibawa ke kediaman Kim untuk menetap disana.

 

Woohyun membuang pandangan ke arah Sunggyu yang sedang serius menaip sesuatu di laptop. Sekali sekala terdapat kerutan di dahinya ketika sedang bekerja. Cliché. Tapi Woohyun tetap merasa bersalah kepada Sunggyu kerana terpaksa terbabit sekali dalam masalah ini. Kasihan. Pasti Sunggyu sudah ada perancangannya sendiri.

 

Kembali dia menyandarkan diri di kepala katil sambil fikirannya ligat memikirkan kronologi nasib dirinya. Semua yang berlaku terlalu pantas dan diluar kuasanya. Bermula dengan hari dimana L meragut kesucian dirinya sehingga dia mengandung benih lelaki tersebut, kemudian pemergian ibunya dan sekarang perkahwinannya dengan Sunggyu.

 

Tidak perlu kata dari Sunggyu untuk Woohyun tahu dia tidak bersetuju dengan perkahwinan ini. Cukup dengan Sunggyu membelakanginya Woohyun sudah mengerti. Dari gaya dia duduk, Woohyun sudah maklum yang Sunggyu tidak peduli dengan kehadirannya. Namun Woohyun tidak menyalahkan Sunggyu. Dia sendiri terkejut bila tahu Sunggyu yang mengganti posisi adik kembarnya.

 

Senyuman pahit terukir kekok dibibir Woohyun. Dia sedar bahawa dia tidak akan pernah menjadi isteri idaman Sunggyu.

 

“Saya minta maaf.” Woohyun memecahkan keheningan antara mereka. Sunggyu sudah pun berhenti menaip tetapi dia masih membelakangi Woohyun.

 

“Untuk?” Hanya sepatah yang keluar dari mulut Sunggyu. Kemudian dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala.

 

“Untuk semuanya. Terutamanya sebab awak ikut terheret dalam masalah ni.” Suara Woohyun semakin mengendur sehingga ayatnya habis dituturkan. Untung Sunggyu dapat mendengarinya.

 

“Lepas semua ni berlaku dia masih lagi nak minta maaf.’ Monolog Sunggyu dalam hati. Alasan Woohyun hanya dibalas dengan seyuman yang sinis.

 

“Saya dah biasa.” Jawapan Sunggyu membuatkan Woohyun mengangkat wajahnya memandang Sunggyu.

 

“Tapi saya tak bersalah. Adik kermbar awak yang -” Belum sempat Woohyun menyempurnakan ayatnya, dia sudah dipotong.

 

Just stop it okay! Maaf tak akan dapat putarkan balik masa.”

 

Woohyun tersentak bila Sunggyu menghempas pintu bilik mereka dengan kuat. Serentak dengan itu, berderai air mata Woohyun jatuh membasahi pipi mulusnya. Dia tidak faham mengapa orang selalu membuat seperti dia yang bersalah sedangkan dirinya yang menjadi mangsa. Kenapa orang lain tidak faham perasaannya? Pintanya hanya orang lain hormat dirinya sebagai manusia yang ada hati dan perasaan bukannya seperti seketul batu.

 

“Kenapa hidup ini tak pernah adil dengan aku. Tolonglah Tuan, kuatkanlah aku untuk terus menghadapi semua ini. Anak Mama, Mama janji bila kamu lahir nanti, Mama akan jaga kamu, kita tak perlukan orang lain. Mama minta maaf sebab Mama tak dapat nak berikan kamu hidup yang lebih baik dan seorang Papa untuk kamu. Maafkan Mama sayang.”

 

 

---

 

Bunyi pintu dibuka berjaya mengejutkan Woohyun dari tidurnya. Sosok Sunggyu yang memasuki bilik tanpa sedikit menoleh kerarahnya menjamah pandangan Woohyun. Setiap gerak geri Sunggyu menjadi pemerhatian Woohyun. Tanpa membuang masa, Sunggyu mengambil semua kerjanya dan menyumbat kedalam satu beg sebelum dia bergegas semula keluar.

 

“Sunggyu, mana Woohyun nak? Dia masih belum makan lagi tu.” Hyunah bertanya kepada Sunggyu saat dia terserempak dengan Sunggyu yang sepertinya terburu - buru mahu keluar.

 

Kening Hyunah berkerut melihat Sunggyu menjinjit beg kerja sambil tangannya sebelah lagi memegang beberapa fail. “Kamu nak kemana? Jangan cakap nak ke office?”

 

“Gyu nak keluar kejap. Kerja ni kena settle depat.”

 

“Habis tu Woohyun macam mana?”

 

“Menantu Mommy tu dah besar. Dia pandai lah jaga diri.” Tanpa menunggu Hyunah membalas, Sunggyu menyegerakan langkahnya.

 

Telatah anaknya disambuut dengan gelengan dari Hyunah. Dia tahu Sunggyu sedang memberontak sebab perkahwinan ini, tapi apa yang boleh dia lakukan? Tiada pilihan lain yang boleh diambil.

 

Hyunah terlalu sibuk melayan perasaannya sehingga kehadiran Woohyun tidak dirasai. Melihat Puan Kim menerawang jauh, Woohyun berniat untuk menegur beliau.

 

“Puan fikirkan apa. Nampak macam lost je.” Woohyun menyapa.

 

Sedikit terkejut dengan suara lain, Hyunah memalingkan wajahnya ke arah sumber tersebut. Dia berjalan ke arah Woohyun sambil tersenyum. Hyunah mengajak Woohyun untuk makan malam dan dirinya menemani Woohyun sehingga habis. Hyunah perasan masih ada lagi kejanggalan antara mereka.

 

“Woohyun, mulai sekarang saya bukan lagi majikan awak.”

 

Woohyun tersenyum tawar. “Maaf Puan Kim. Saya tak biasa buat masa ni. Saya minta maaf sangat.” Matanya segera dilarikan ke pangkuannya takut untuk melihat kekecewaan wanita tersebut. Dia masih lagi belum biasa dengan kehidupannya sekarang. Dia memerlukan masa untuk semuanya.

 

“Tak apa Mommy faham. Ambilah masa kamu, Mommy tak paksa.”

 

 

---

 

Usai makan alam, Woohyun meminta izin ke bilik. Tiba sahaja di bilik, Woohyun membuka pintu gelongsor, membenarkan angin malam menjamah tubuhnya. Sedikit sebanyak ia membantu memberi ketenangan kepada jiwa Woohyun. Lampu warna warni yang menghiasi kepekatan malam menarik perhatian Woohyun.

 

Lamunan Woohyun terhenti apabila dia melihat kelibat kereta Sunggyu meluncure mamasuki perkarangan banglo. Matanya mengekori arah kereta tersebut dipandu sehingga ia berhenti di dalam garaj. Sunggyu melangkah keluar dari perut kereta dengan wajah yang sedikit kusut. Mungkin disebabkan kerjanya tadi.

 

Kim Sunggyu dan Kim Myungsoo tersangatlah berbeza meskipun mereka terlahir sebagai pasangan kembar tidak seiras. Keperibadian mereka umpama langit dan bumi. Kim Sunggyu, si abang lebih penurut dan gentleman manakala si adik, Kim Myungsoo adalah sebaliknya. Woohyun sangat maklum dengan pasangan kembar ini. Seperkara lagi, Myungsoo sangat menyukai warna hitam manakala Sunggyu pencinta warna putih.

 

Tidak pernah sekalipun Woohyun menyalahkan Sunggyu dalam perkahwinan ini. Dia tahu situasi Sunggyu tidak jauh beza seperti dirinya. Tidak pernah terlintas dalam hati Woohyun untuk memaksa Sunggyu menggantikan posisi adiknya. Woohyun sudah menyiapkan mentalnya untuk menerima perlakuan Sunggyu. Dia sudah bersedia untuk dibenci oleh Sunggyu. Cuma dia berharap Sunggyu masih melihatnya sebagai seorang manusia jika dia tidak mampu untuk melihat Woohyun sebagai isterinya.

 

 

 

Bagi para pembaca sekalian, silalah tinggalkan sepatah dua kata sebelum anda semua pergi. Komen anda memberikan saya semangat untuk menulis lagi. Lagipun anda boleh mengutarakan pendapat anda terhadap penulisan saya. Siapa tahu kalau ada yang kurang ke. Terima kasih^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?