Chapter 27

Seeking for Love (Malay version)

Woohyun tinggal seorang didalam bilik selepas Sunggyu bergegas ke mesyuarat dengan klien pagi tadi. Katanya penting memandangkan muka Sunggyu tegang dan serius sejak pagi tadi selepas menerima panggilan dari klien. Belum sempat Sunggyu melabuhkan punggung, suaminya terus bergegas ke lokasi mesyuarat.

Beg bimbit kerja diletak disisi meja sebelum Woohyun duduk dikerusinya. Elok sahaja punggungnya menyentuh kerusi, mata Woohyun terus menangkap gambar yang diletakkan di hujung meja kerjanya. Gambar dia dan Sunggyu saling tersenyum sesama sendiri menjadi tumpuan Woohyun sekarang. Kalau tak silap gambar tersebut diambil senyap – senyap oleh Sunggyu semasa mereka dating minggu lepas. Semalam Sunggyu berkeras mahu Woohyun meletakkan gambar di mejanya, takut kalau Woohyun merindui dirinya

Bunyi deringan telefon Woohyun mengalihkan perhatiannya dari gambar tadi. Nombor tidak dikenali terpamer di skrin telefon membuat dahi Woohyun berkerut. Pada mulanya dia biarkan sahaja berdering, namun selepas beberapa kali Woohyun membuat keputusan untuk mengangkat takut ianya penting.

“Hello,”

“Hello jalang. Ingat aku lagi.” Kelu lidah Woohyun untuk berkata kata. Seluruh tubuhnya terasa sejuk tatkala mendengar suara yang cukup dikenali diseberang talian. Suara milik…

“Cik Soyou?”

Yang diseberang talian cuma tergelak beberapa saat sebelum kembali tenang.

“Tahniah! Kau masih kenal aku walaupun kita jarang berjumpa.”

“Cik nak apa lagi?” Woohyun tidak berbasi – basi. Banyak lagi kerja yang dia perlu selesaikan selain melayan perempuan gila ni.

“Kim Sunggyu.”

Badan Woohyun menegang mendengar jawapan Soyou. Dia terasa seperti disambar petir mendengar nama suaminya disebut Soyou. Manakala perempaun gila tadi masih lagi tergelak seperti mengejek Woohyun.

“Biar aku teka, sekarang ni mesti kau tengah melalak kan? Awww, janganlah nangis, kau masih lagi isteri Sunggyu. Baik tak aku sanggup berkongsi suami dengan kau. Baik kan?”

“Dah lah Cik Soyou. Lupakanlah Sunggyu, kami dah kahwin.”

“Persetan dengan kahwin! Sunggyu dah janji nak kahwin dengan aku dulu, eh tak pasal kau datang dan rampas dia pula. Dasar jalang!” Tempik Soyou. Woohyun terpaksa menjarakkan telefonnya sedikit bagi menyelamatkan telinganya.

“Saya tak pernah rampas Sunggyu dari Cik. Kami dah kahwin sebelum Cik kenal Sunggyu lagi.

“AKU TAK PEDULI KAU FAHAM TAK!!! Aku nak dia!” Tup! Talian dimatikan. Woohyun merenung semula telefon ditangan. Tindakan berani mati Soyou menyerang Woohyun membuat hatinya tidak tenteram. Soyou boleh berbuat apa sahaja untuk memastikan hasratnya tercapai.

“Apa lagi sekarang? Kenapa aku dengan Sunggyu tak boleh bahagia macam pasangan lain?” Woohyun membenamkan kepalanya dalam lipatan tangannya. Habis air mata merembes mengeluarkan isi hatinya. Perasaan takut suaminya dirampas menyelubungi diri Woohyun.

---

“Masuk.” Jawab Woohyun tanpa mengangkat muka dari kertas yang dipegang. Tanpa diberitahu dua kali, pintu bilik terbuka dan terus menuju kearah Woohyun.

“Awak ke Sungyeol. Ada apa?”

“Encik Kim mana? Rasa pagi tadi saya nampak dia.”

“Dia ada mesyuarat. Lepas sampai je pagi tadi Encik Kim terus keluar. Kenapa awak datang sini?” Woohyun mengubah topik mereka. Sungyeol mengambil tempat dihadapan Woohyun tanpa menunggu dipelawa.

“Saya nak hantar laporan pada Encik Kim. Semalam dia minta sebelum pukul 11 hari ni. Kalau saya pass pada hyung boleh?” Seraya itu Sungyeol menghulurkan sekeping fail jernih kepada Woohyun. Isi kandungan laporan tersebut disemak sepintas lalu sebelum diletakkan di bahagian important document holder.

Sungyeol masih lagi diam dihadapan Woohyun tidak menunjukkan tanda – tanda dia akan segera beredar. Sebaliknya dia memandang Woohyun lama seperti sedang cuba merungkai sesuatu.

“Ya Sungyeol.” Pandangan Sungyeol membuat Woohyun sedikit cuak. Mana taknya, kalau boleh mata Sungyeol tu korek lubang, dah lama berlubang dahi Woohyun dikerjakannya.

“Hyung, awak dengan Encik Kim ada hubungan apa – apa ke?” Soalan maut Sungyeol membuat jantung Woohyun berhenti bekerja. Nyaris sahaja dia membalas, namun sempat ditahan.

Sejak tadi lagi Sungyeol tidak mengalihkan pandangannya. Sekarang dengan santai Sungyeol menyandar ke belakang kerusi menunggu jawapan Woohyun. Seronok pula dia melihat Woohyun seperti cacing kepanasan.

Kenapa awak cakap macam tu? Saya dengan Encik Kim cuma sebatas majikan-pekerja, tak lebih.” Woohyun cuba berdalih walaupun suaranya sedikit bergetar.

“Yakin?” Mata Sungyeol memincing tajam. Peluh sejuk mula membasahi dahi Woohyun. Satu gelak dihasilkan oleh Woohyun bagi menutup kegusarannya.

“Mestilah.”

“Kalau macam tu kenapa saya selalu terserempak dengan korang berdua. Kalau selalu sangat bukan kebetulan kan.”

“Kebetulan je tu. K-E-B-E-T-U-L-A-N. Kami selalu terserampak bila nak naik lif pagi – pagi, sebab tu nampak macam kami pergi pejabat sekali. Saya tak rasa apa – apa pun.”

Jari telunjuk Sungyeol digoyang kekiri kekanan tanda diantidak menyetujui alasan Woohyun. “Okay, kenapa Encik Kim risau gila masa hyung M.I.A? Dia lost gila sampailah hyung balik semula. Adakah itu kebetulan juga?”

Okay sekarang Woohyun semakin terhimpit. Dia sudah kehabisan akal untuk menepis tanggapan Sungyeol. Nampak gayanya Sungyeol sudah mula menghidu sesuatu antara dia dan Sunggyu. Nasib baik tadi Woohyun sempat simpan gambar tu dalam laci, kalau tak bersorak Sungyeol.

“Errr.. Hyung boleh terangkan…” Fuhhhh! Bunyi pontu diketuk berjaya menyelamatkan Soohyun daripada suasana genting sekarang. Jutaan terima kasih diberikan kepada sesiapa sahaja yang mengetuk pintu tadi.

“Maaf Encik Nam, boleh tak kalau saya nak bincang dengan Sungyeol. Ada perkara sikit nak minta tolong dia.” Seorang sfat perempuan meminta izin.

Tanpa berfikir dua kali, Woohyun terus sahaja memberi izin dan menyuruh Sungyeol meninggalkan ruangan kerjanya. Pemergian Sungyeol diiringi dengan senyuman kecil dan kemudian dibalas dengan pandangan tajam Sungyeol yang membawa maksud masih belum selesai. Selepas pintu ditutup, barulah Woohyun menarik nafas kelegaan.

“Tak tahu pula dia menakutkan.” Tiba – tiba sahaja bulu roma Woohyun merinding teringat kembali situasi tadi. Terasa badannya menggigil sedikit dek ulah Sungyeol

---

“Hai,”

Woohyun nyaris sahaja terjatuh dari kerusi bila satu suara tiba – tiba berbisik ke telinganya. Selepas mengetahui si pelaku, barulah jantung Woohyun berdegup normal. Sang pelaku pula cuba tersengih tanpa rasa berdosa.

“Hyung! Terkejut saya. Kalau ada sakit jantung, dah lama saya mati tau.”

“Nak buat macam mana, isteri saya comel sangat buat kerja. Lagi satu saya dah ketuk pintu tadi tapi awak je yang tak dengar.” Sunggyu membidas. Cepat sahaja tangannya mencubit pipi tembam Woohyun sampai isterinya terjerit kecil.

Woohyun menepis tangan nakal Sunggyu kemudian mengusap tempat dicubit sambil bergumam sesuatu tidak jelas. Walaupun perlahan tapi sakit okay cubitan tadi.

“Macam mana mesyuarat tadi?”

“Semua okay je, terkawal. Salah faham je tadi tu.”

Usai bertanya, Woohyun menyambung kembali tugasnya sambil setia mendengar Sunggyu bercerita tentang harinya. Biasanya Woohyun akan meninggalkan kerjanya sebelum dia mendengar celoteh Sunggyu, tetapi tidak saat ini. Hampir separuh kerjanya perlu disiapkan hari ini, kalau tidak pihak atasan akan bising.

“Sayang,” Woohyun cuma menyahut perlahan tanpa mengangkat muka.

“Boleh tak kalau berhenti sekejap? Saya ada perkara nak cakap sikit.” Lembut sahaja Sunggyu meminta dan langsung ditunaikan Woohyun. Butang save ditekan sebelum Woohyun memberikan sepenuh perhatiannya kepada Sunggyu.

“Ya hyung?”

Dahi Woohyun berkerut melihat Sunggyu yang diam menunduk memainkan jarinya. Tadi bukannya dia nak cakap sesuatu. Tak pernah pula Woohyun tengok Sunggyu teragak agak macam ni. Selalu confident je. Bila Sunggyu macam ni Woohyun risau kalau ada sesuatu yang mengganggu fikiran suaminya.

Anak mata Sunggyu dilarikan agar tidak bertembung dengan Woohyun. Hanya senyuman kekok diberikan Sunggyu. Dia cuba mengumpulkan keyakinan dalam dirinya sebelum perkara ini diusulkan kepada Woohyun. Ini bersangkut paut dengan hubungan mereka.

Memandangkan sudah bertahun mereka bergelar suami isteri, tetapi para staf syarikat ini masih tidak tahu akan hubungan mereka. Jadinya Sunggyu terfikir sudah tiba masanya untuk mereka menghebahkan perkara ini kepada semua. Mana taknya, Sunggyu tidak boleh menyembunyikan posesifnya setiap kali dia melihat staf lelaki cuba menggatal dengan Woohyun. Mahu melenting mereka tidak tahu akan status mereka.

Satu keluhan terlepas dari bibir Sunggyu sebelum dia membuka mulut. “Urmm, sayang tahukan kita dah kahwin.” Kali ini Sunggyu memberanikan diri menatap mata Woohyun yang kebingungan. Satu alis Woohyun terangkat cuba mengaitkan status mereka dengan apa yang cuba disampaikan Sunggyu.

“Maksud saya, memanglah kita dah kahwin tapi masalahnya orang tak tahu yang kita dah kahwin. Jadi KALAU awak setuju, saya nak umumkan tentang kita, KALAU awak setujulah.” Setiap perkataan yang dilontarkan disusun dengan penuh hati – hati takut tersalah cakap. Dah lama pun sebenarnya Sunggyu nak umumkan, cuma dia tidak pernah mengusulkan kepada Woohyun. Kalau isterinya masih belum bersedia, terpaksalah Sunggyu menghadap lagi lelaki – lelaki yang tak tahu malu menggatal dengan Woohyun.

Apabila mengetahui Sunggyu berasa cemburu setiap kali staf lelaki dekat dengan Woohyun, entah mengapa hati Woohyun mengembang seiring dengan senyuman diwajahnya. Seperti mana Sunggyu mahukan, begitu juga Woohyun. Rasa cemburu tidak dapat dielakkan setiap kali matanya menyaksikan mana – mana lelaki atau perempuan sengaja menggoda suaminya. Bukan sekali dua Woohyun melihat, ada tu sentuh biasa je, ada yang lebih berani pandai sentuh tempat – tempat private Sunggyu.

“Kenapa pula hyung rasa saya akan cakap no? Mestilah saya setuju.” Woohyun tergelak kecil bila melihat muka terkejut milik Sunggyu. Ni kalau ditunjukkan muka hodoh suami dia ni mesti kena bunuh dengan Sunggyu.

“Serius ke sayang?” Sunggyu bertanya semula untuk memastikan jawapan yang didengari. Takut dia sahaja yang melebih sedangkan Woohyun lebih selesa berahsia.

“Saya dah beri jawapan saya. Dan saya setuju dengan idea hyung.”

“Okay kalau macam tu apa kata kita beritahu masa majlis makan malam syarikat hujung bulan ni?”

Woohyun berfikir seketika sebelum memberi kata putus. Sedikit pengiraan berlaku dalam otak Woohyun dan kemudian baru dia perasan majlis tu lagi seminggu. “Cepatnya!”

“Kenapa hyung beriya nak umumkan status kita.” Duga Woohyun.

Muncung Sunggyu panjang sedepa selepas mendengar soalan Woohyun. “Saya jealous.” Satu perkataan sahaja jawapan Sunggyu. Dia kembali memandang Woohyun yang kini terlihat bingung.

“Ulang sekali lagi.”

“Saya mengaku saya cemburu tengok sayang dengan staf lelaki. Memanglah sayang tak buat apa – apa, tapi diaorang tu yang nafsu menggunung. Sayang kan isteri saya, jadi wajarlah kalau saya cemburu dan posesif.”

Woohyun cuma tergelak mendengar alasan Sunggyu sehingga suaminya memandang pelik kearahnya. Sedar akan perkara itu, Woohyun menghentikan tawanya yang masih tersisa. Sunggyu berpeluk tubuh membuang muka ke kanan, tidak mahu memandang Woohyun. Merajuk.

Tidak tertahan melihat muncung itik suaminya, Woohyun bangun dari kerusi menuju kearah Sunggyu. Dia berhenti betul – betul dekat dengan Sunggyu, Woohyun menunggu Sunggyu berpaling menghadapnya. Tetapi Sunggyu tetap tidak bergeming ditempatnya.

Terpaksa juga lah Woohyun menjajarkan dirinya setinggi Sunggyu. Tangan suaminya digenggaam. Rahang tegas milik Sunggyu dibelai lembut. “Hyung marah saya ke?” Woohyun tidak menerima balasan. Muncung suaminya malah bertambah panjang.

“Hyung,” Kali ini Woohyun berdiri di belakang Sunggyu dan memeluk tubuh atas suaminya, beserta ciuman di pipi kanan Sunggyu. Nasib baik kedudukan mereka sekarang tidak membuatkan Sunggyu dapat melihat Woohyun, kalau tak mesti Sunggyu akan mengusik muka merahnya.

“Saya minta maaf. Saya janji lepas ni saya akan lebih menjaga perasaan awak sebagai suami saya.”

Sunggyu cuma diam berusaha menahan bibirnya dari menguntumkan senyuman. Tak tahu pula Woohyun berani peluk dan ciumnya. Kalau dia tahu dari awal tadi, Sunggyu boleh berlakon beriya sekit tadi. Siapa tahu dapat lebih.

“Hyung,” Suara Woohyun mula bergetar dihujung tetapi tidak Sunggyu perasan.

“…”

“Okay! Saya tak nak cakap dengan hyung lagi.” Woohyun menghentak kaki lalu membelakangkan badannya. Melihat kelakuan Woohyun, Sunggyu jadi salah tingkah. Terus dia pergi mendapatkan Woohyun.

Oh my God! Matilah nak! Aku niat nak gurau je.”

“Hyung ingat hyung sorang je ke yang cemburu. Habis apa perasaan saya bila tengok bergilir – gilir perempuan peluk hyung. Nak nak Soyou. Saya ni isteri hyung tahu, tapi kenapa dia yang dapat sentuh hyung lebih. Ada hyung fikir tak perasaan saya?” Woohyun meluahkan isi hatinya yang terpendam sambil berjurai air mata. Bila Sunggyu cuba menghampiri, Woohyun mengelak.

Rasa macam nak pukul je diri sendiri bila tengok Woohyun menangis. Saat itu juga Sunggyu bersumpah dia tak akan benarkan wajah isterinya dibasahi dengan air mata melainkan air mata bahagia. Wajah Woohyun sekarang merobek – robek hari Sunggyu.

“Sayang, saya minta maaf. Saya tak ada niat pun.” Akhirnya badan Woohyun berjaya dirangkul walaupun isterinya protes. Dia biarkan sahaja Woohyun memukul dadanya sehingga isterinya puas.

“Saya benci hyung.” Woohyun bergumam kecil tetapi dapat ditangkap oleh Sunggyu. Dia tahu Woohyun tidak memaksudkannya. Rambut hitam Woohyun dielus lembut untuk menenangkan emosinya.

“Saya tahu. Maafkan saya boleh?”

Woohyun menarik tubuhnya menjauhi dada Sunggyu lalu merenung kedalam mata Sunggyu. Woohyun cuba mencari keraguan dalam manik tersebut, tetapi yang dijumpai hanyalah rasa cinta dan kejujuran.

Yakin dengan apa yang dirasai, Woohyun tidak perlu menunggu lama. Badannya dihamburkan kembali ke pelukan Sunggyu. “Saya maafkan.”

“Terima kasih sayang. Cuma sayang je yang bertakhta dalam hati saya. Tak ada orang lain. Sekalipun diberi pilihan lain, cuma sayang sahaja akan menjadi yang pertama dan yang terakhir.” Sunggyu mengakhiri kata – katanya dengan sebuah ciuman di bibir Woohyun, sedikit melumat daging kenyal tersebut bagi mengekspresikan lagi perasaanya.

Mata Woohyun terpejam rapat membiarkan suaminya bermain dengan bibir merahnya. Dalam diam Woohyun suka dipeluk dan dicium oleh Sunggyu kerana dia dapat merasai kehangatan cinta Sunggyu mengalir ke badannya.

“Tuhan, izinkan kami bersama sehingga ke ahir hayat.”

---

“Isteri kesayangan saya dah makan belum?” Tanya Sunggyu selepas drama mereka selesai. Saat ini, Woohyun tengah touch up mukanya dengan pelbagai make up untuk menyembunyikan mata sembabnya. Soalan Sunggyu tadi dibalas dengan anggukan tanpa memandang Sunggyu.

“Dengan siapa?”

“Sungyeolie.”

“Budak tu asyik melekat dengan sayang je. Sayang tak rasa ke?”

Foundation yang dipegang Woohyun diletakkan semula, matanya memandang Sunggyu tajam. “Hyung nak mula lagi ke?”

Sunggyu menggeleng laju menafikan tuduhan Woohyun. “Tak, saya cuma rasa dia tu macam ada udang disebalik batu. Gaya dia macam dia tahu sesuatu pasal kita.”

Woohyun mengeluh. Sedikit sahaja lagi sentuhan terakhir dimukanya, barulah Woohyun memandang Sunggyu. “Saya rasa dia tahu. Sebab pagi tadi masa hyung keluar, dia ada datang tanya. Tergamam saya dibuatnya.”

Perasaan terkejut menguasai diri Sunggyu. “Macam mana dia tahu?”

Mulalah Woohyun bercerita dari awal sampai akhir. Menurut cerita Woohyun, Sungyeol dah lama memerhatikan mereka. Kedekatan mereka sebagai majikan-pekerja menimbulkan syak wasangka dalam diri Sungyeol. Pemuda tinggi lampai tadi ada mempersoalkan kekerapan mereka tiba di pejabat bersama hampir setiap pagi dan juga balik pejabat pun sama – sama.

“Habis jawapan sayang apa?”

“Tak sempat nak jawab, nasib baik ada staf datang. Terselamatlah saya dari soal siasat tadi.”

“Wow, beraninya dia.”

“Ya, sebab tu masa hyung cadangkan tadi saya terus setuju. Rasa kita dah tak boleh rahsiakan lagi, nak – nak Sungyeol tu mulut kepoh.”

“Jangan risau, suami awak ni bijaksana.” Sunggyu tersenyum sungging. Woohyun tidak menghiraukan suaminya dan menyambung semula kerjanya.

“Bijaksana lah sangat.” Bisik Woohyun perlahan takut didengari Sunggyu.

“Sayang ada cakap apa – apa ke?”

“Tak ada. Pergi siapkan kerja Encik Kim.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?