Chapter 7

Seeking for Love (Malay version)

Kotak hitam dihadapan Sunggyu direnung kosong olehnya. Sedikit pun jalan cerita drama yang ditayangkan dapat menarik perhatian Sunggyu. Fikirannya dipenuhi dengan pelbagai perkara. Terutamanya tindakan Tuan Kim. Dia sangat tidak berpuas hati mengapa Daddy sanggup melakukan bertindak kejam sebegitu. Sekembalinya Sunggyu ke rumah petang tadi tidak menyangka akan dikejutkan dengan pemergian Woohyun.

 

Apa lagi bentuk kekejaman yang Daddynya lakukan. Cukuplah dengan perkahwinan ini, kenapa Daddy masih mahu menyiksa Woohyun. Kemudian lepas ni apa pula? Sunggyu sangat mengenali ayahnya. Sosok itulah yang telah menentukan hidupnya selama 23 tahun dia hidup. Dialah yang bertanggungjawab menentukan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Sunggyu tidak ubah seperti boneka hidup.

 

Bila dia baru mahu mengenali isterinya lebih dekat lagi, mereka dipisahkan. Perasaan aneh yang semakin kuat bertapak dalam hati Sunggyu tak mampu dia nafikan lagi. Sunggyu sudah mula menyayangi Woohyun. Tetapi takdir mempunyai jalan cerita yang lain untuk mereka. Baru saat Sunggyu mahu mendekati Woohyun, Tuan Kim lebih cepat bertindak dengan memisahkan mereka.

 

Sunggyu mahu mereka merasai nikmat pernikahan ini bukannya masing - masing terbeban dengan masa lalu. Untuk siapakah cinta ini? Cinta yang Sunggyu simpan untuk dicurahkan sepenuhnya kepada Woohyun, isterinya yang sah. Sudah terlambat jika ada insan lain yang datang mengetuk pintu hatinya kerana kuncinya sudah terlebih dahulu dicuri oleh Woohyun. Dan Sunggyu berjanji akan menjaga cinta itu sebaik mungkin sehingga dia membawa kembali Woohyun kesisinya, menemani dirinya hingga ke hujung nyawa,

 

 

---

 

Masa sekarang…

 

Hampa hati Howon apabila dia melintas dihadapan meja Woohyun yang masih kosong pagi tadi. Dahi licinnya berkerut memikirkan mengapa Woohyun masih lagi belum masuk ke pejabat. Seingatnya Woohyun tidak pernah lambat. Dia seorang yang punctual. Segera Howon mencapai telefon pintarnya dari poket belakang dan mendail nombor Woohyun. Dia risau jika ada sesuatu buruk menimpa Woohyun.

 

“Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.

 

Suara operator disebarang semakin membuat Howon risau. Jarang sekali Woohyun tidak mengangkat telefonnya. Howon segera melangkah ke biliknya untuk melihat jika Woohyun ada memberi surat ataupun apa - apa memo semalam tentang kelewatannya pagi ini. Sekali lagi dahi Howon berkerut. Atas mejanya bersih. Tiada satu kertas pun berada ditengah.

 

Jam lah kot sebabtu dia lambat.” Howon cuba memujuk hatinya.

 

Enggan terus memikirkan hal tadi, Howon memutuskan untuk breakfast di cafeteria bawah. Dia cuba menanamkan alasan logik dikepalanya kalau tak macam - macam bayangan buruk menerpa. Butang turun ditekan. Howon melihat sebentar peti masuk emailnya jika ada apa - apa urusan penting pada hari ini.

 

Tepat saatnya pintu lif terbuka, muka Woohyun terpacul dihadapan Howon. Seperti biasa, Woohyun akan menghadiahkan senyuman kepada Howon bila mereka terserempak. Baru sahaja Woohyun mahu melangkah pergi, pergelangan tangannya ditarik lembut.

 

“Kena lambat?” Tanya Howon lembut seraya matanya redup memandang wajah Woohyun.

 

Pelik. “Bukan saya dah cakap dengan Encik Lee saya masuk lambat sikit pagi ni? Saya ada appointment dengan doktor.” Terang Woohyun.

 

“Ya ke? Saya lupalah kot.” Sengih Howon sambil menggaru tengkuknya yang tak gatal.

 

“Selalu macam ni.”

 

“Itu sebabnya saya perlukan awak disisi sepanjang masa. Sentiasa ada untuk ingatkan saya sesuatu.” Tanpa segan silu Howon confess pada Woohyun. Memang dia menyukai Woohyun dan tidak pernah menyembunyikan perasaannya. Dah berbagai cara Howon guna untuk memikat hati Woohyun, tapi semuanya tidak berjaya. Woohyun sangat keras kepala.

 

Serta merta rasa awkward muncul diantara mereka. Tidak mahu terus dihimpit kejanggalan, Woohyun cuba menukar topik. “Encik Lee nak ke mana ni?”

 

“Saya nak breakfast, jom ikut sekali.”

 

“Tak apalah, saya nak makan dah tadi.”

 

“Woohyun, saya bos awak. Jadi bila saya suruh sesuatu awak kena ikut, faham?”

 

Mahu tidak mahu terpaksa jugalah Woohyun membuntuti Howon ke bawah sekali. Dia sangat tidak selesa setiap kali hormon gatal bosnya mula keluar. Memanglah Howon tak ada pegang mana - mana ataupun buat sesuatu diluar kerelaannya, tapi tetap juga Woohyun tidak selesa. Dia masih lagi ragu - ragu dengan status dirinya. Adakan dia masih isteri sah Sunggyu ataupun mereka sudah berakhir.

 

 

“Teh je?” Howon mengangkat keningnya bila pelayan hanya meletakkan secawan teh hangat di hadapan Woohyun.

 

“Saya dah cakapkan yang saya dah makan on the way tadi.”

 

“Okay.”

 

Tiada suara antara mereka. Masing - masing hanyut dalam perihal sendiri. Howon terus melahap mee goreng dihadapannya selepas pelayan meletakkannya. Merasa bosan menunggu Howon habis makan, Woohyun membuka aplikasi game di telefonnya. Tanpa Woohyun sedari, dalam diam Howon memerhatikan Woohyun. Kadang - kadang dia ikut tersenyum bila melihat bibir Woohyun muncung kehadapan.

 

“Woohyun,” Suara Howon memecahkan kesunyian antara mereka. “Awak tahukan mall kita merge dengan diaorang akan membatalkan atau menukar beberapa post?”

 

“Maksud Encik?” Woohyun masih belum jelas lagi dengan maksud Howon.

 

“Saya dah bincang dengan Encik Kim yang post awak sebagai secretary saya akan dibatalkan.”

 

Mata Woohyun membulat dengan sempurna. “Habistu saya macam mana?”

 

“Yang itu jangan risau. Saya dah bincang dengan Encik Kim pasal post awak.”

Then?”

 

“Lepas ni saya akan membantu Encik Kim, jadinya saya dah tak perlukan secretary lagi.” Sengaja Howon mahu mengusik Woohyun. Masakan tidak Woohyun sudah seperti cacing kepanasan. Mukanya yang gelabah nampak sangat comel dimata Howon. “Alahai comelnya kau Woohyun.”

 

“Kejap, saya masih tak faham. Kenapa awak tak perlukan sekretari? Lepastu saya akan dipindahkan ke?” Woohyun memiringkan sedikit kepalanya, keliru.

 

“Awak akan jadi Personal Assistant Encik Kim.” Merasa kasihan melihat muka Woohyun seperti kucing hilang anak, Howon akhirnya berterus terang sahaja.

 

“Apa! PA dia?!”

 

“PA lama dia nak berhenti ikut husband dia ke oversea. Sebab tu dia perlukan PA baru.”

 

Berat betul hati Woohyun nak menerima jawatan tersebut. “Tapi saya tak biasa.”

 

“Ala, lama - lama nanti awak biasalah. Awakkan cepat tangkap, jadi no problem lah.”

 

Woohyun mengeluh perlahan. Bukannya sebab dia tak biasa, sebabnya dia harus bekerja dengan Kim Sunggyu. Dah bertahun - tahun dia tidak berjumpa dengan Sunggyu, tiba - tiba mereka disatukan semula. Dapatkah Woohyun survive?

 

 

Howon dan Woohyun masih lagi di cafeteria. Mereka masih berbincang mengenai isu penggabungan kedua - dua mall yang terlibat. Banyak perkara yang perlu dihalusi memandangkan Woohyun bakal bertukar posisi. Takut nanti ada salah faham antara kedua - dua belah pihak.

 

“Howon-shi,” Serentak Howon dan Woohyun memalingkan kepala kearah pemilik suara tersebut. Riak terkejut tidak dapat disembunyikan oleh Woohyun apabila matanya menangkap tubuh seseorang yang dia sangat mengelak untuk bertembung.

 

“Sunggyu-shi, duduklah sekali.”

 

Woohyun segera melarikan anak matanya daripada bertembung dengan Sunggyu. Dia melihat dengan ekor matanya Sunggyu berjalan kearah mereka dan berhenti di sisi Howon.

 

“Apa yang korang bualkan. Macam serius je tengok.”

 

“Tak ada apa. Saya terangkan dekat Woohyun tentang post baharu dia. Woohyun nervous sikit kena kerja dengan orang baru, maklumlah dah terbiasa kerja dengan saya.”

 

Sunggyu tergelak mendengar lawak Howon. Sekilas matanya mengerling ke arah Woohyun. Dilihatnya Woohyun menunduk memandang cawannya. “Jangan risau Woohyun-shi, saya tak makan orang. Nanti saya ajar awak satu - satu, okay?”

 

Woohyun hanya mengangguk tidak menjawab. Cawan teh dihadapannya lebih menarik perhatian daripada mengangkat wajahnya. Dia tahu Sunggyu pasti sedang melihat kearahnya.

 

“Dah berapa lama awak bekerja dengan Encik Lee?” Tanya Sunggyu, sengaja mahu memulakan perbualan dengan Woohyun.

 

“Hampir tiga tahu,” Jawab Woohyun pendek. Kalau boleh dia tidak mahu memperpanjangkan perbualan ini.

 

“Latar belakang awak? Dah kahwin?” Sengaja Sunggyu menduga dan dia tersenyum sedikit apabila melihat perubahan air muka Woohyun.

 

Howon peka dengan ketidakselesaan Woohyun. Dengan sopan dia menjawab pertanyaan Sunggyu bagi pihak Woohyun. “Suami dia dah meninggal sebab accident. Saya rasa kita tak perlu kot cakap tentang ni.”

 

“Iya? Saya minta maaf.” Sunggyu memberikan pandangan penuh makna kepada Woohyun.

 

Woohyun semakin gelisah di kerusinya. Dia dapat merasakan mata Sunggyu seolah - olah menembusi kepalanya, cuba untuk membaca apa yang ada difikirannya. Masih jelas lagi dimata Woohyun smirk Sunggyu bila dia mengucapkan takziah selepas Howon beritahu ‘suaminya’ kemalangan. Emosi mula mencengkam diri Woohyun. Rasa seperti mahu menangis sahaja.

 

Howon menepuk perlahan paha Sunggyu sebagai signal untuk menutup topik ini. Dia tahu topik ini sentiasa menjadi isu sensitif buat Woohyun. Sunggyu mengangkat kening kearah Howon meminta penjelasan tetapi hanya dibalas dengan satu gelengan kecil yang penuh makna. Dapat maksud tersirat disebalik pandangan Howon, Sunggyu mengalah walaupun dia mahu bertanya sudah berapa lama ‘suami’ Woohyun meninggal.

 

“Oh ya, Howon-shi, kalau awak tak keberatan, boleh saya bawa Woohyun ke office saya? Nak brief dia sikit tentang kerjanya.”

 

“Boleh tak ada masalah. Kalau macam tu saya pergi dulu ya. Woohyun saya bagi awah cuti hari ni. Bye.”

 

Woohyun menghantar pemergian Howon dengan hati yang resah. Sekarang tinggal mereka berdua, lagilah rasa menyesakkan pada Woohyun. Lepas apa yang Howon cakap sebelum itu, Woohyun yakin Sunggyu pasti kecewa dengannya dan akan ditanya dengan pelbagai soalan. Sedikit pun Woohyun tak berganjak dari tempatnya. Dia hanya melihat Sunggyu bangun ke kaunter untuk membayar bil.

 

 

Senyap sahaja sepanjang perjalanan ke pejabat Sunggyu. Hanya bunyi radio sahaja mengisi kejanggalan mereka. Masing - masing hanyut ke masa lalu mereka. Woohyun lebih memilih memandang ke luar tingkap melihat pemandangan daripada tegak. Dia tahu Sunggyu sesekali melihat kearahnya.

 

“Awak apa khabar?” Woohyun sedikit tersentak mendengar suara Sunggyu.

 

“Sama je.”

 

“Sama macam dulu tapi awak semakin menarik sekarang.” Sebuah senyuman ikhlas dilemparkan Sunggyu beserta pandangan yang redup namun tidak dibalas oleh Woohyun. Dia lebih selesa mengunci mulut.

 

“Kenapa awak pergi?” Pandangan Sunggyu kembali terarah ke jalan raya. Namun dia masih fokus kepada Woohyun.

 

“Tuan Kim halau.”

 

“Kenapa tak tanya saya dulu?”

 

“Tuan Kim benci saya. Untuk apa saya tinggal lama lagi.”

 

“Awak kahwin dengan siapa? Saya atau Daddy?”

 

Mata Woohyun terasa basah bila dia mengenang kembali masa silamnya. “Saya tak nampak perbezaan pun.” Bisik Woohyun perlahan.

 

“Awak tak pernah tanya saya. Macam mana awak boleh tahu?” Desak Sunggyu lagi. Dia mahu tahu alasan mengapa Woohyun pergi lima tahun lepas. Sunggyu ada hak untuk tahu kerana dia masih lagi suami Woohyun yang sah.

 

Woohyun penat untuk menjawab. Dia yakin air matanya akan tumpah kalau dia bersuara dan pastinya Woohyun tidak mahu Sunggyu melihat dirinya menangis. Senyap menjadi pilihan utama Woohyun. Soalan Sunggyu dibiarkan tergantung tanpa jawapan.

 

“Lama lagi ke nak sampai office Encik Kim?” Woohyun mengalihkan topik perbualan mereka. Bercerita tentang masa lalunya hanya merobek kembali luka lama.

 

“Lima minit lagi kita sampai.”

 

Sunggyu mengerling sekilas kearah Woohyun. Hatinya seperti dihiris apabila melihat manik coklat milik isterinya bergenang dengan air mata. Sepasang manik itulah yang berjaya memikat hati Sunggyu. Membuatkan dia tenggelam dalam perasaannya buat Woohyun. Sunggyu perasan Woohyun mengelap matanya dengan hujung baju. Dia tidak mahu memaksa lagi. Dia akur jika Woohyun memillih untu berdiam diri. Biarlah masa yang menentukan bila Woohyun akan kembali membuka kisah lalunya kepada Sunggyu. Pintanya cuma satu. Sunggyu mahu Woohyun tahu bahawa dia ikhlas memperisterikan Woohyun.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?