Chapter 14

Seeking for Love (Malay version)

Ballroom Hotel Grand pearl dipenuhi dengan staf ParadiseLove Mall malam ini. Dari pagi lagi, kesemua staf berhempas pulas menyiapkan persediaan akhir bagi majlis malam ini. Sebagai pencetus idea, Howon sendiri turun padang membantu mana yang perlu. Woohyun hanya menjadi pemerhati memantau setiap tugasan untuk bos mereka kerana Howon kata dia tidak perlu turun padang, cukup sekadar pemerhati.

 

Suara MC pada malam ini mengembalikan semula fokus Woohyun pada majlis. Gelagat kelakar mereka mencuit hati Woohyun dan berjaya memeriahkan suasana majlis. Seketika Woohyun membuang pandangan keseluruh dewan memerhatikan orang lain. Semuanya cantik dan kacak belaka. Memandangkan tema majlis adalah y red, kesemua tetamu mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tema. Dia sendiri tidak terkecuali, kemeja merah membalut tubuhnya bersama sepasang seluar putih.

 

Sedang dia asyik memerhatikan tetamu yang lain, mata Woohyun kemudian menangkap kelibat Sunggyu berjalan berpegangan tangan bersama Soyou memasuki pintu utama. Serentak dengan itu, MC mengumumkan ketibaan bintang utama pada malam ini. Mata Woohyun tidak lepas dari memandang Sunggyu. Malam ini Sunggyu terlihat sangat segak dan handsome.

 

Kemeja hitam membalut tubuh kekarnya, memperlihatkan bahu lebarnya dan dada bidangnya. Hiasan tubuhnya kemudian diserikan lagi dengan bow-tie merah. Tidak lupa dengan rambut hitamnya yang digayakan keatas, membiarkan dahi luasnya jelas terpampang, menyerlahkan lagi aura dominannya.

 

Untuk seketika Woohyun terlupa sebentar akan kehadiran Soyou disamping Sunggyu. Seperti pinang dibelah dua, Soyou juga tidak kalah dengan Sunggyu. Tubuh rampingnya ditutup dengan dress merah menyala separas lutut. Leher jenjangnya terkalung rantai silver dengan rambut perangnya diikat kemas. Hati Woohyun mendadak sedih melihat betapa sapadannya mereka bersama. Siapalad dirinya jika mahu dibandingkan dengan Soyou.

 

Pasangan utama tadi mengambil tempat di meja VIP utama bersama dengan Woohyun. Awalnya, Woohyun menolak untu duduk di meja ini tetapi Howon mendesaknya dengan alasan dia adalah PA kepada Sunggyu, jadi dia perlu berada disana. Mata Woohyun segera ditundukkan apabila dia melihat Sunggyu memandangnya dengan penuh kasih. Woohyun dapat merasakan detak jantungnya lebih kuat.

 

 

Majlis pada malam ini dimeriahkan lagi dengan sorakan daripada tetamu meminta birthday boy untuk menyanyikan sebuah lagu. Woohyun melirik sekilas kearah Sunggyu melihat dia menolak permintaan tadi dengan malu.

 

“Bila lagi nak dengar suara awak. Pergilah nyanyi.” Woohyun tersenyum melihat Howon memaksa Sunggyu untuk menyambut mic dari MC. Merah padam muka Sunggyu melangkah ke pentas.

 

MC tadi ditarik oleh Sunggyu ke tepi pentas, membisikkan sesuatu ke telinganya. Kemudian MC tersebut menuju ke live band barangkali menyampaikan apa yang dibisikan Sunggyu tadi.

 

“Lagu ini saya dedikasikan khas buat seseorang yang semeja dengan saya, memakai baju merah.” Kerusi ditengah pentas tadi diduduki oleh Sunggyu beserta spotlight yang bertumpu kepadanya. Sekilas Sunggyu terlihat seperti seorang putera raja.

 

I’ll deal with all the hurting myself
So just promise me this
Just promise me one thing

Your spot will always stay the same
So if you miss it
Don’t worry about it and come back to me

Come back. Day by day
I’m spending with endless tears
Come back to me, who waits for you
Come back
The waiting is endless inside of me
The only one who can stop it is you

I’ll deal with all the waiting myself
So just remember this
Just remember one thing

I’ll keep my shoulder empty for you
So whenever you need it again
Don’t worry about it and come back to me

Come back. Day by day
I’m spending with endless tears
Come back to me, who waits for you

Come back
The waiting is endless inside of me
The only one who can stop it is you

I won’t ask anything
I won’t ask why you left me alone
Why you left me
Why you did that

Why is that important anyway?
I just need you by my side
Really, that’s all I need

Come back. Day by day
I’m spending with endless tears
Come back to me, who waits for you
Come back
The waiting is endless inside of me
The only one who can stop it is you

Come back
I only have you
Day by day
In my heart
It’s always you

 

Alunan merdu suara Sunggyu perlahan - lahan membawa Woohyun hanyut. Kedua matanya tertutup bagi menghayati suara merdu Sunggyu. Saat alunan tersebut menyapa gegendangnya, Woohyun terasa tenang dan mendamaikan. Seolah - olah dirinya sedang dipeluk. Melodi yang indah dan lirik romantis lagu tersebut disempurnakan lagi dengan suara emas Sunggyu membuatkan Woohyun takut untuk membuka mata. Dia takut semuanya akan berakhir setelah saat ini. Untuk sekali ini sahaja Woohyun mahu menjadi egois kerana realiti akan kembali sebentar sahaja lagi.

 

Bunyi tepukan gemuruh dan siulan nakal dari para tetamu mengejutkan Woohyun dari mimpi indahnya. Dengan segaknya Sunggyu melangkah turun dari pentas dan menuju ke meja utama. Hati Woohyun luluh saat dia melihat Soyou tersenyum manis kearah Sunggyu.

 

“Janganlah jadi bodoh Woohyun. Dah tentu lagu tadi Sunggyu dedikasikan khas untuk Soyou. Siapalah kau untuk mendapat perhatian Sunggyu.”

 

Lamunan Woohyun terhenti apabila dia merasakan tangannya dipegang oleh seseorang. Woohyun terkejut bila dia menyedari bahawa Sunggyu yang memegang tangannya. Bila saatnya Sunggyu mengambil tempat disebelahnya, seingat Woohyun Sunggyu duduk setentangnya bersebelahan Soyou. Matanya memerhatikan yang lain. Baru dia perasan Howon dan Soyou tiada dimeja, hanya tinggal mereka berdua sahaja.

 

“Lagu tadi saya nanyi untuk awak.” Bisik Sunggyu lembut ditelinga Woohyun. Degupan jantung Woohyun bertambah laju apabila jarak mereka semakin dekat. Haruman maskulin Sunggyu menyengat derianya.

 

Seketika kemudian kelibat Howon dan Soyou berjalan ke arah meja ditangkap anak mata Woohyun. Segera tangannya dilepaskan dari genggaman Sunggyu. Dia tidak mahu majlis ini rosak kerananya. Tetapi Woohyun tidak terlepas melihat kesedihan dalam mata Sunggyu saat dia memutuskan genggaman tadi.

 

 

---

 

Keesokkan harinya…

 

Woohyun perasan yang Sunggyu tidak memanggilnya sejak dia masuk pagi tadi. Pelik. Biasanya Sunggyu akan terus meminta Woohyun ke bilik tepat selepas dia datang untuk Woohyun memberitahu jadualnya pada hari ini dan juga secawan kopi. Tetapi tidak untuk hari ini. Mungkin Sunggyu terlalu sibuk menyiapkan kerjanya sehingga tidak perasan Woohyun telah tiba. Akhirnya, setelah puas berperang dengan diri sendiri, Woohyun memutuskan untuk masuk ke bilik Sunggyu membawa kopinya sekaligus memberitahu jadualnya pada hari ini.

 

Pintu kayu bilik tersebut diketuk dengan penuh kesopanan. Setelah mendapat izin barulah Woohyun menolak daun pintu tadi dan meloloskan diri kedalam ruangan tersebut. Mug ditangan diletak berhati - hati diatas meja kerja Sunggyu, taku tertumpah mengenai dokumen penting. Seperkara lagi yang menimbulkan keraguan dihati Woohyun adalah mengapa Sunggyu duduk membelakanginya. Sunggyu tidak pernah begitu.

 

“Encik Kim, saya dah bawakan kopi.” Tiada balasan yang diterima Woohyun.

 

“Saya mula dengan jadual Encik Kim ya untuk hari ini.” Buku hitam yang dibawa tadi dibuka ke helaian yang sepatutnya dimana dia menulis setiap perkara penting untuk Sunggyu. Setelah 10 minit bercakap, Woohyun menutup kembali buku tadi dan menganagkat semula kepalanya.

 

“Kalau tak ada apa - apa saya minta diri dulu, Encik Kim.” Woohyun mahu melangkah tetapi dihentikan oleh gesture tangan Sunggyu.

 

“L-shi?!” Mata Woohyun terbeliak ketakutan setelah kerusi tadi berpusing menghadapnya. Patutlah aura yang dirasakan Woohyun lain pada hari ini. Rupa - rupanya dia bukan Sunggyu, dia ialah L.

 

“Hai Woohyun.” Sapa L dengan senyuman sinis. Dia tahu Woohyun pasti ketakutan sekarang. L bangkit dari kerusi dan berjalan kearah Woohyun kemudian berhenti tepat dibelakangnya.

 

“Strawberi, masih sama macam dulu.” Hidung mancung L menggesek tengkuk Woohyun langsung membuat siempunya diri ketakutan. Sengaja L meninggalkan ciuman ringan disana membuat Woohyun mengepalkan tangannya.

 

“Apa Encik buat dekat sini?” Woohyun bertanya dalam ketakutan.

 

“Oh, maafkan saya. Lupa pula nak cakap yang mulai dari hari ini saya akan gantikan tempat Encik Shin.”

 

Woohyun sedaya upaya menjaga jarak antara mereka walaupun L akan mendekati semula dirinya. Belakang badan Woohyun mengenai dinding batu, tandanya dia sudah kehabisan langkah. Tiada tempat untuk dia lari kerana L sudah menghimpit dirinya, jarak muka L sangat dekat dengannya.

 

“L semua okay ke?” Suara yang sangat dikenali Woohyun berjaya membuat dirinya kembali bernafas.

 

“Aku cakap hai dekat abang ipar aku.”

 

Bukan Sunggyu tak mengerti agenda L. Dia sudah masak dengan perangainya. “Aku rasa kau patut balik tempat kau.” Keras kedengaran suara Sunggyu.

 

Ajaibnya L tidak membantah perintah Sunggyu. Sebelum L meninggalkan bilik Sunggyu, sempat dia mengerling nakal kepada Woohyun. Sunggyu tahu Woohyun takut. Dia meraih tubuh kaku Woohyun kedalam pelukannya bagi meredakan getaran di badan Woohyun.

 

“Awak okay?” Tanya Sunggyu setelah Woohyun semakin tenang.

 

“Saya takut.” Balas Woohyun lirih. Keadaannya sekarang sangat meluruhkan hati Sunggyu. Serta merta rasa protektif menjalar dalam diri.

 

“Jangan risau, saya akan lindungi awak.” Dengan berani Sunggyu mendaratkan sebuah ciuman didahi Woohyun. Tubuh kecil Woohyun dirapatkan kedadanya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?