Chapter 2

Seeking for Love (Malay version)

Lima tahun yang lepas…

 

Jihyun tidak dapat menahan tangisnya setelah dia tahu anaknya mengandung diluar nikah. Ibu mana yang tenang bila tahu anaknya sudah hilang kesucian diri. Jiyoon sedaya upayah menenangkan kakaknya sementara Woohyun menangis seorang diri di penjuru. Air matanya meluncur laju setiap kali mendengar esakan ibunya.

 

“Kak, janganlah macam ni. Tenangkan diri kak dulu.”

 

“Macam mana akak nak tenang, Jiyoon! Satu - satunya anak akak dah conteng arang dekat muka akak. Kau tak faham Jiyoon.” Sela Jihyun di celah tangisnya. Dadanya berombak menahan amarah yang memuncak.

 

“Aku patut mati je Jiyoon.”

 

“Apa yang akak cakap ni! Akak rasa apa yang Woohyun fikir bila dia dengar akak cakap macam ni.” Jiyoon membantah keras. “Jangan jadi bodoh, kak. Setiap masalah ada penyelesaiannya.” Pujukan demi pujukan diberikan Jiyoon. Dalam hatinya dia percaya anak saudaranya tidak mungkin akan buat perkara tak senonoh itu. Pasti ada sesuatu yang desembunyikan Woohyun.

 

Mendengar ucapan ibunya barusan tadi, air mata Woohyun mengalir lebih laju lagi. Bahunya terhenjut - henjut menahan esakan daripada keluar dari mulutnya. Kata - kata ibunya tadi seolah - olah sebilah pisau yang menghiris hatinya. Ibunya tidak tahu bahawa anak tunggalnya merupakan mangsa terhadap nafsu.

 

“Akak percaya ke Woohyun buat ‘benda’ tu?”

 

“Habis! Macam mana boleh ada isi dalam perut dia?!” Bentak Jihyun. “Bila aku tanya, dia tak jawab. Apa maksudnya lagi.” Satu jelingan tajam Jihyun lemparkan ke arah Jiyoon.

 

“Biar saya tanya sekali lagi. Mungkin dia takut nak cakap dengan akak agaknya.”

 

 

---

 

Daun pintu dikuak perlahan. Jiyoon mengintai sedikit sebelum dia memasuki bilik anak saudaranya. Terlihat Woohyun memeluk tubuhnya sambil membenamkan kepalanya ke lutut di penjuru biliknya. Perasaan kasihan menggunung dalam diri Jiyoon. Dia percaya Woohyun tidak bersalah. Woohyun seorang budak yang baik, mana mungkin dia sanggup melakukan perkara bodoh ini dan memalukan keluarganya.

 

Cepat - cepat Woohyun memeluk tubuh Jiyoon tatkala ibu saudaranya menyentuh bahunya. Tanpa segan silu, Woohyun memuntahkan seluruh perasaannya kepada Jiyoon. Melihat keadaan Woohyun yang menyedihkan seperti ini, tembok emosi Jiyoon pecah jua. Didakap erat tubuh Woohyun kedalam pelukannya.

 

“Cuba cakap dengan auntie apa sebenarnya yang berlaku?” Lembut suara Jiyoon memujuk Woohyun. Surai hitam Woohyun dielus lembut dengan penuh kasih.

 

Melihat Woohyun masih mendiamkan diri, Jiyoon memujuk lagi. Dia perlu tahu kebenaran disebalik perkara ini.

 

“Sayang tahukan ibu macam mana? Woohyun mesti tak nak ibu sakit kan?” Satu gelengan kuat dirasakan Jiyoon didadanya.

 

“Kalau macam tu, cakap dengan auntie perkara yang sebenar. Kesian dekat ibu kamu menangis meraung - raung macam tu.” Jiyoon mengusap lembut belakang Woohyun. Dia memberi ruang dan waktu untuk Woohyun bercerita. Jiyoon yakin Woohyun akan berkata benar.

 

“Woohyun kena rogol auntie. Dia rogol.”

 

Terkejut. Beribu perasaan menghentam hati Jiyoon apabila dia mendengar kebenarannya. Rogol. Sungguh dia sangat kasihan dengan Woohyun. Sudahlah menjadi mangsa, sekarang pula ibunya meraung.

 

“Siapa yang buat sayang.” Bergetar suara Jiyoon menahan amarahnya. Tangan Woohyun yang memeluk pinggangnya terasa semakin kuat.

 

“Kim Myungsoo.”

 

---

 

“Penipu! Orang macam kau ni cuma nak harta aku sahaja! Jangan kau pernah berangan, dasar orang miskin!” Bentak Tuan Kim dengan bengis. Bukan simpati yang diperoleh, sebaliknya kata cacian yang diterima.

 

Jihyun berlutut, merayu dengan serendah - rendahnya kepada sang majikan. “Saya merayu kepada Tuan, janganlah buat macam ni. Siapa nak bertanggungjawab dekat anak saya?” Perasaan malu sudah lama dibuang ketepi. Jihyun tidak peduli jika harga dirinya dipijak. Maruah Woohyun perlu dibela.

 

Tuan Kim hanya ketawa sinis mendengar rayuan Jihyun. “Kau yakin anak aku yang buat? Bukan jantan lain?”

 

Penghinaan yang diberikan Tuan Kim hanya dibalas dengan air mata. Jihyun lebih mengenali Woohyun anaknya. Tidak akan pernah sekali Woohyun melakukan perkara yang boleh mencemarkan maruah keluarganya. Anaknya sangat menjaga kehormatannya. Woohyun tidak bersalah. Kim Myungsoo perlu bertanggungjawab.

 

“Puan Kim, Puan mesti fahamkan, kita sama - sama seorang ibu. Puan mesti percaya yang anak saya tak bersalahkan, Puan?” Kali ini Jihyun merayu pula kepada Puan Kim. Dipeluknya kaki Puan Kim erat.

 

Puan Kim tidak mampu menahan perasaannya. Tubuh Jihyun diraih kedalam pelukannya. Air mata seorang ibu tumpah menangsi nasib malang Jihyun dan Woohyun. Puan Kim memerhatikan Woohyun yang diam berdiri memeluk tubuhnya sambil mukanya dibasahi dengan air mata.

 

Tidak tahan diperlakukan seperti pengemis hina, Woohyun menerpa ke arah ibunya dan menarik paksa ibunya daripada pelukan Puan Kim. Cukup dirinya sahaja yang dihina tetapi bukan ibunya. Kesabaran Woohyun semakin menipis. Dia tidak sanggup melihat maruah dan harga diri Jihyun dipijak - pijak oleh Tuan Kim yang bongkak.

 

Perasaan bersalah perlahan - lahan merayap ke tangkai hati Woohyun. Dengan depenuh kudrat Woohyun menarik tubuh ibunya keluar dari banglo mewah itu walaupun Jihyun meronta - ronta. Biarlah dia menanggung sakit ini seorang.

 

“Lepaskan ibu Woohyun!”

 

 

“Jihyun! Nanti kejap!” Suara Puan Kim mematikan langkah kedua beranak tadi. Menantikan peluang ini, Jihyun lolos daripada pegangan Woohyun. Kedua ibu tadi saling berpelukan sambil menangisi nasib mereka.

 

“Saya janji dengan awak JIhyun, maruah Woohyun akan terbela. Saya akan pastikan anak saya bertanggungjawab terhadap apa yang dia sudah lakukan kepada Woohyun.” Sempat Puan Kim menyeka air matanya yang meluncur. “Saya minta ampun sangat atas perbuatan anak saya. Saya betul - betul minta maaf.”

 

Senyuman tawar menghiasi wajah Jihyun. Sekilas dia memandang wajah Woohyun di belakang. Woohyun memalingkan wajahnya daripada terus memerhatikan waris pelaku.

 

“Benda dah jadi Puan. Masa tak boleh diputarkan cuma satu sahaja permintaan saya. Tolonglah tunaikan janji Puan.”

 

Hyunah mengangguk lemah. Dia cuma memerhatikan sahaja dua sosok tubuh insan malang tadi perlahan - lahan hilang dari matanya. Rasa bersalahnya terhadap Woohyun menggunung.

 

Dia kenal anak pekerjanya itu. Woohyun seorang anak yang baik dan periand. Senyuman ikhlas selalu terukir dibibir menghiasi wajah mulusnya tatkala dia menyapa semua orang. Tidak pernah sekalipun Hyunah melihat Woohyun melakukan perbuatan tidak senonoh selama dia mengenali insan baik hati tersebut.

 

Kini semua itu menjadi kenangan. Woohyun tidak lagi menjadi angel yang sentiasa tersenyum. Sebaliknya, kini dia telah menjadi angel yang menangisi nasib dirinya.

 

 

---

 

“L kenapa kamu tak nak bertanggungjawab. Kamu kena bertanggungjawab dengan setiap tindakan kamu. Tak kesian dekat Woohyun lepas apa yang kamu buat pada dia?” Hyunah masih tidak berputus asa memujuk anak bujangnya. Perangai degilnya saling tak tumpah macam perangai Siwon, Daddynya. Kalau A katanya, maka A lah jadinya.

 

Lelaki yang digelar L tadi hanya diam tidak mengendahkan rayuan si Mommy. Perhatiannya lebih tertarik pada benda empat segi hitam di tangannya. Sesekali dia tertawa bersahaja apabila melihat perkara lucu di skrin telefon pintarnya.

 

Kebaikan Hyunah disalah gunakan L. Dia tahu Mommy tidak akan sesekali meninggikan suara atau melayangkan tangannya kepada dirinya. Mendengar keluhan berat Hyunah membuat L tertawa suka. Itu tandanya Mommy tidak akan memaksa si anak. L tahu Mommy tidak akan memaksa dirinya seperti sekarang. L maklum Mommy merayu dia untuk mengahwini Woohyun.

 

Mommy, macam mana Mommy yakin yang dia tu mengandung anak L? Boleh je dia suruh mana - mana jantan ‘buat’ dengan dia then datan dekat kita merayu bagai. Dia cuma nak harta kita Mommy.”

 

“Kenapa dengan kamu ni L. Cuba bertanggungjawab dengan perbuatan kamu.” Hyunah mula bengang dengan kelakuan bersahaja L.

 

“Tak ada yang salah pun dengan L. Tapi L tetap tak akan kahwin dengan makhluk murah tu. FULLSTOP!.” Tepat dengan itu bunyi pintu dihempas kasar kedengaran.

 

Sebelum L pergi, dia sempat mengemas bagasinya, menyumbat beberapa helai pakaian dan benda - benda yang penting. L menepis kasar tangan Hyunah yang cuba menghalang perbuatannya. Tubuh Hyunah yang mengahalang pintu ditolak kasar L hinggakan wanita tua tersebut jatuh terjelopok di tepi.

 

Hyunah menangis. Bukan menangisi kesakitan di kakinya, tetapi menangisi apa salahnya dia dalam membesarkan L dahulu. Cukup degil sekali. Sejak hari ini, L sudah rasmi melarikan diri dari masalah yang diciptanya kerana dia tahu akan ada orang yang akan menyelesaikan masalahnya sejak dahulu lagi.

 

 

 

Beberapa chapter lepas ni akan flashback lima tahun lepas.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?