Chapter 35

Seeking for Love (Malay version)

Seluruh ruang banglo mewah itu gelap gelita. Yang terang hanyalah halaman hadapan dan belakang. Sebaik sahaja enjin dimatikan, Sunggyu menuju kearah boot kereta mengeluarkan barang – barang mereka.

 

“Ada apa – apa lagi ke?” Woohyun menjengah sekilas sementara tangannya mengambil satu beg kecil yang dipegang Sunggyu.

 

“Jangan lupa kunci pintu. Saya nak naik dulu.” Sunggyu mengangguk kepala dan terus bergerak kedapur. Pintu peti ais dibuka, mengeluarkan sebotol air sejuk untuk membasahi tekaknya.

---

Sunggyu menarik comforter sebatas dada. Badannya dipaling kekiri menghadap Woohyun lalu mengucup dahi Woohyun, mengucapkan selamat malam. Jarak antara mereka terhapus bila Sunggyu merapatkan badan Woohyun kepadanya.

 

“Selamat malam, sayang.”

 

Woohyun hanya bergumam membalas ucapan Sunggyu dan merapatkan lagi badannya kepada Sunggyu. Rasa kantuk mula menguasai diri serta merta. Tapi baru sahaja Woohyun mahu melelapkan mata, tiba – tiba dia menggigil.

 

“Gyu, tolong tinggikan suhu. Saya sejuk.” Badan Woohyun mengigil membuat Sunggyu terpinga. Alat kawalan diatas meja diambil. Nombor digital yang tertera pada alat kawalan tersebut menimbulakan kerutan didahi Sunggyu tapi dia tetap buat seperti yang diminta.

 

“Sejuk lagi.” Rengekan Woohyun masih kedengaran. Badannya masih menggigil membuat Sunggyu takut. Comforter yang membalut tubuh mereka diselak. Sunggyu meraih tubuh Woohyun ke dalam dakapannya lalu menekap dahi Woohyun. Sebaik sahaja kulitnya bersentuhan dengan Woohyun, mata Sunggyu membesar dua kali ganda merasakan panasnya Woohyun.

 

“Sayang panasnya! Tunggu sini, saya ambilkan ubat sekejap.” Sekelip mata Sunggyu melompat turun dari katil dan meninggalkan Woohyun berbalut dengan selimut tebal sementara menunggu.

 

Kedua mata Woohyun terpejam dengan lengannya diatas dahinya yang panas. Seingat dirinya dia tak pernah lalai menjaga diri, lagipun tadi masa dekat rumah mertuanya elok je diri. Cuma adalah kadang tu dia pening sikit tapi okay lepas dia rehat. Yang peliknya macam mana pula boleh panas tiba – tiba.

 

Bunyi suara Sunggyu yang memanggil memaksa Woohyun untuk membuka matanya. Perlahan Woohyun menduduk dirinya yang lemah menyandar di kepala katil dengan dibantu oleh Sunggyu. Dua biji pil berserta dengan segelas air dihulurkan kepadanya. Dengan penuh terpaksa Woohyun menelan ubat pahit tadi.

 

“Tidur sayang. Nanti panggil je saya kalau nak apa – apa.” Sunggyu membantu Woohyun berbaring semula. Jarinya mengurut lembut kepala Woohyun membantu rasa pening tadi hilang,

---

Woohyun tersentak ditempatnya bila tiba – tiba ada tangan yang menyentuh dahinya. Tapi nasib baik dia mengenali si pemilik tangan tadi. Sunggyu memerhatikan isterinya dengan pandangan risau bila dia merasai hangat didahi Woohyun. Dokumen yang berselerak diatas meja ditolak ketepi lalu mendudukkan dirinya menghadap Woohyun.

 

“Sayang okay tak ni? Pucat je saya tengok. Dahi sayang pun masih panas.” Tanya Sunggyu tapi tak berjawab. Sebaliknya Woohyun mengalihkan tangan Sunggyu.

 

Seulas senyuman dihadiahkan kepada Sunggyu berharap agar dapat membuang rasa risau dalam diri suaminya. Woohyun tahu suaminya mesti tengah risau sekarang. “Saya okay, cuma pening sikit. Tapi saya dah makan painkiller tadi.”

 

“Sayang, dah dua hari sayang tak sihat. Kita pergi klinik lepas ni. Siapa tahu serius tak.” Sunggyu masih belum berputus asa memujuk Woohyun. Muka pucat Woohyun menambahkan kerisauannya.

 

Mulanya Sunggyu ingatkan Woohyun cuma demam biasa dan akan sembuh lepas makan ubat, tapi sangkaannya meleset. Tak ada perubahan pun pada Woohyun. Lebih teruk lagi, Woohyun nampak lebih lemah esoknya. Sunggyu ada minta untuk cuti berehat tapi Woohyun kan. Walaupun Sunggyu memujuk, Woohyun tetap berkeras dengan jawapannya.

 

Hati Woohyun luluh juga akhirnya bila dia melihat riak merayu Sunggyu. Nak tak nak, Woohyun setuju juga dengan Sunggyu. Woohyun membasahkan bibirnya sebelum membenamkan mukanya ke perut Sunggyu, menggesek hidung mancungnya ke situ. Perbuatan kekanakan Woohyun membuat Sunggyu terkekeh sendiri, tak langsung dia membawa tapak tangannya menyentuh belakang isterinya mengusap agar dapat membuang ketidakselesaan yang melanda.

 

“Sayang tak bagi jawapan lagi. Kita pergi klinik ya lepas office.” Bukannya jawapan yang diperoleh, Sunggyu menerima rengekan dari balik kemejanya.

 

“Sayang, please?” Saya sakit sekali tengok awak macam ni.” Sunggyu merenggangkan oelukannya lalu membawa wajah Woohyun agar menghadapnya. Bibir merah Woohyun memuncung bila suaminya menarik dia dari posisi tadi. Rasa nak cium muncung tu membuak buak dalam diri Sunggyu dan dia sama sekali tidak menghalang. Sunggyu membiarkan sahaja bibirnya mencium Woohyun.

 

Ciuman mereka bertahan selama beberapa minit sebelum tangan lemah Woohyun menolak dada Sunggyu kerana kehabisan nafas. Penampilan Woohyun saat ini dengan kedua mata tertutup dan bibirnya mulai membengkak betul – betul menggugat iman Sunggyu. Kalaulah Woohyun tak sakit, dah semestinya Sunggyu tidak teragak agak menerkam isterinya sekarang,

 

Semburat merah menjalar ke pipi Woohyun apabila matanya menatap wajah Sunggyu yang seperti putera raja. Bibir nipis Sunggyu terukir smirk membuat Woohyun secara tak langsung merendahkan pandangannya. Walaupun sudah lama berkahwin dan sudahpun kerap berhubungan badan, namun Woohyun masih tidak mampu menatap lama mata suaminya. Sepasang anak mata itu terlalu dominan dan berkuasa bagi Woohyun.

 

“Nanti boleh berjangkit awak cium saya.” Suara Woohyun mengakhiri senyap tadi. Dia melentokkan kepalanya ke riba Sunggyu agar pipi merahnya dapat disembunyikan.

 

“Saya tak kisah kalau sakit sekali dengan awak as long as awak sihat semula.” Cakaplah Sunggyu tergila gilakan isterinya ke apa, dia tidak peduli. Yang menjadi keutamaan pertamanya ialah Woohyun. Ucapan janjinya terhadap Woohyun lima tahun lalu bukankah omong kosong.

 

Woohyun cuma merespon dengan tergelak kecil. Kalau ditanya apa perkara yang paling bahagia berlaku keatasnya, dengan yakin Woohyun akan terus menjawab bertemu dan berkahwin dengan Sunggyu. Lelaki itu telah memberi kehidupan baharu kepadanya selepas dia jatuh. Disaat dia hampir ditelan kegagalan hidup, Sunggyu hadir dan menariknya semula mencurahkan segala kasih sayang yang diperlukan.

 

“Sayang, last saya tanya. Kalau sayang masih tak nak jawab, saya dukung pergi klinik sekarang. Pedulilah awak setuju ke tak. So, kalau tak nak kena dukung baik sayang jawab.”

 

“Baiklah suamiku tersayang, kita pergi klinik lepas office nanti. Tapi sekarang boleh tak suami saya tinggalkan sekejap kerja dia and duduk dengan saya. Tiba – tiba pula rasa nak bermanja.” Woohyun melancarkan serangan puppy eyesnya yang tak pernah gagal meluluhkan hati Sunggyu. Tak biasanya Woohyun bermanja dengan Sunggyu masa waktu pejabat. Selalunya Sunggyu yang gigih nak perhatian Woohyun.

 

Jadi bila Woohyun tiba – tiba minta bermanja Sunggyu jadi keliru. Bukanlah dia menolak cumanya dia tak habis fikir lagi kenapa Woohyun tiba – tiba request. Woohyun seorang yang mementingkan profesional dalam bekerja walapun Sunggyu berkali – kali meminta Woohyun untuk menghapus formaliti antara mereka. Tetapi permintaan Sunggyu sering kali ditolak Woohyun dengan alasan Sunggyu adalah majikannya.

 

“Kenapa isteri saya manja shangat ni? Shayang rindu shaya ke?” Sunggyu meniru suara kanak – kanak sambil menarik tubuh kecil isterinya kedalam pelukan lalu dia menyelesakan diri di kerusi Woohyun. Tanpa melengah, Woohyun cepat – cepat merapat ke dada Sunggyu dan merehatkan matanya sambil terbuai dengan bunyi degupan jantung Sunggyu.

 

“Gyu, jangan guna suara tu boleh tak? Saya cubit baru tahu.”

 

“Kenapa? Kan comel.”

 

“Nak muntah tahu. Saya bukannya baby.”

 

“Tapi sayang kan baby saya. Baby besar saya yang manja.”

 

“Berhenti.” Jari Woohyun dah bersiap sedia nak melancarkan serangan ketam dipinggang Sunggyu. Takut dicubit, Sunggyu terus diam membungkam. Hei, cubitan maut Woohyun tu boleh meninggalkan bekas berhari – hari tau. Sakit dia tu tak boleh bawa bincang.

 

“Iyalah, tidurlah sayangku.” Sunggyu mengeratkan lagi pelukannya dipinggang Woohyun sebelum dia mencium dahi Woohyun. Sunggyu bersenandung kecil membantu Woohyun untuk terlena dan mengusap belakang badannya seperti anak kecil. Selepas Sunggyu merasakan nafas Woohyun sudah mula teratur, Sunggyu menyamankan lagi posisi mereka.

 

Dengan jarak sedekat ini, Sunggyu dapat melihat wajah tenang isterinya yang terlena didadanya. Dada Woohyun bergerak turun naik menghirup oksigen sama seperti dirinya. Sunggyu tak pasti sama ada matanya menipu atau Woohyun memang nampak glowing semenjak dua ni. Kulit putihnya semakin halus dan berseri seperti disuluh dengan spotlight. Cantik sangat.

 

“Saranghae.”

---

Butang simpan tertera diskrin kompiter diketik oleh Woohyun sebelum dia menutup fail tadi dan mematikan komputernya. Tangannya sibuk mengemas segala fail dan kertas yang bersepah diatasnya. Kesemua itu disusun rapi oleh Woohyun didalam almari dibelakang mejanya. Baru sahaja Woohyun mahu menyimpan fail terakhir ditangannya, tiba – tiba pandangannya menjadi gelap seketika. Dia menggelengkan kepala mengusir jauh rasa pening yang menyerang.

 

“Sayang, awak okay ke?” Suara cemas Sunggyu menjengah Woohyun. Dia menoleh lemah kepala kesamping melihat Sunggyu bergegas kearahnya lalu membawa tubuhnya diantara tangannya.

 

“Taklah okay sangat tapi okaylah daripada tadi. Mungkin sebab badan saya panas kot saya macam ni.” Terangnya. Woohyun sendiri berasa kekok mendengar suaranya yang terlalu lemah. Dia terpaksa menggagahkan diri juga menyimpan fail tadi dan terus menghamburkan diri ke dada suaminya.

 

“Kita pergi klinik sekaranglah. Saya dah tak tahan tengok sayang lemah macam ni.” Sunggyu bertegas. Kesemua barang Woohyun dikutip oleh Sunggyu sementara tangannya satu lagi memeluk posesif pinggang Woohyun. Melihat keprihatinan yang ditunjukkan Sunggyu, hati Woohyun menghangat bahagia.

 

“Saya masih boleh jalan sendiri, Gyu.” Woohyun menolak untuk dibantu oleh Sunggyu. Memanglah waktu pejabat sudah berakhir 20 minit lalu, tapi masih ada beberapa orang lagi yang belum pulang dan Woohyun tidak mahu menjadi buah mulut esok. Hanya bercerita tentang itu sahaja pipi Woohyun sudah memanas apatah lagi kalau ada gosip nanti.

 

Nak tak nak terpaksalah Sunggyu ikutkan sahaja permintaan Woohyun tapi dia tetap setia disisi, takut nanti kalau apa – apa berlaku. Woohyun malas mahu membantah lagi, biarlah Sunggyu macam tu selagi dia tak terlebih protektif. Lagipun Woohyun memang perlukan Sunggyu pun sebab pening tadi dah mula datang balik. Sekurang kurangnya dia boleh berpegang pada Sunggyu.

 

Pintu disebelah oemandu dibuka oleh Sunggyu menunggu Woohyun untuk memasukinya barulah dia bergegas ke bahagian pemandu. Tanpa membuang masa lagi, Sunggyu terus menghidupkan enjin dan mengundurkan kereta mewahnya untuk terus meluncur ke tengah bandar metropolitan Seoul.

 

Sepanjang perjalanan itu, Woohyun tidak bercakap seperti biasa, dia hanya diam dengan mata terpejam menyandarkan kepala ke tingkap. Dia cuba untuk melelepkan mata sementara dalam perjalanan ke klinik. Kerap juga Sunggyu melirik ke samping memerhati Woohyun. Hatinya seperti dihiris setiap kali matanya melihat wajah pucat Woohyun. Dalam hatinya dia berdoa agar Woohyun akan pulih seperti sediakala.

 

 

Bunyi brek tangan ditarik berjaya mengejutkan Woohyun dari lenanya. Sunggyu membantu Woohyun menanggalkan tali pinggang keselamatannya dan menunggu sehingga Woohyun sedar sepenuhnya. Selepas kembali sedar, Woohyun bersama dengan Sunggyu berjalan beriringan memasuki klinik tersebut.

 

“Ya encik?” Seorang jururawat perempuan menyambut mesra mereka dimeja pendaftaran sebaik sahaja mereka melangkah masuk. Bau ubatan didalam klinik tersebut sedikit sebanyak memberi ketidakselesaan buat Woohyun. Hampir sahaja bau itu membuat Woohyun termuntah nasib baik Woohyun masih mampu menahannya. Sejak kecil lagi Woohyun tidak terlalu menyukai bau hospital mahupun yang seangkatan dengannya.

 

“Saya nak buat pemeriksaan kepada isteri saya. Dah dua tiga haru dia tak sihat.” Terang Sunggyu kepada jururawat yang sedang mencatat butirannya. Sunggyu meminta Woohyun untuk duduk diruangan menunggu sementara dia menguruskan hal itu. Tanpa berbunyi Woohyun ikut sahaja seperti mana yang diarahkan.

 

“Baiklah, encik tunggu sebentar sehingga nama dipanggil. Terima kasih.” Sekali lagi ucapan terima kasih diberikan kepada jururawat itu sebelum Sunggyu menghampiri Woohyun yang sedang duduk. Sebaik sahaja punggungnya menyentuh kerusi, Sunggyu menarik kepala Woohyun agar menyandar dibahunyandan memeluk pinggang Woohyun.

 

“Sayang rasa macam mana sekarang?” Tanya Sunggyu prihatin. Dari nadanya ada terselit kerisauan yang menggunung.

 

“Lebih baik dari tadi tapi demam tu masih ada lagi.” Tapak tangan Woohyun melekat pada dahinya sendiri untuk merasa haba yang membakar badannya. Suhunya tidaklah terlalu tinggi tapi cukup untuk memberi rasa tidak selesa kepada Woohyun.

 

“Tak apalah, nanti biar doktor check sayang.” Lembut suara Sunggyu memujuk berhasil mengalihkan rasa sakit Woohyun seketika. Senyuman dibibirnya mengembang lebih lebar lagi bila suaminya mencium dahinya dan membelai pipinya.

---

“Kim Woohyun,” Suara lelaki dalam lingkungan 40-an menyapa mereka sebaik sahaja pasangan tersebut memasuki bilik rawatan selepas nama Woohyun dipanggil oleh jururawat. Woohyun menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan doktor itu.

 

“Boleh saya tahu masalah awak?” Tanpa berbasi lagi doktor itu terus bertanya. Kaca mata yang terlorot dibatang hidungnya ditolak semula sementara menanti jawapan Woohyun.

 

“Dah dua hari saya demam then pening kepala sampai saya tak boleh nak buat kerja. Mula tu saya ingat lepas makan unat dan rehat, akan okay tapi sama je.”

 

Sunggyu disebelahnya mengangguk setuju tapi dia tidak bersuara biarlah Woohyun sahaja memandangkan isterinya yang tidak sihat bukan dirinya. Mata Sunggyu diam memerhati doktor menulis segala simptom yang diberitahu Woohyun. Tak lama lepas tu, doktor lelaki tadi melakukan pemeriksaan ringan kepada Woohyun untuk mendapatkan suhu badannya dan nadi.

 

“Selain daripada demam, saya tak detect ada masalah lain. Tapi untuk memastikan, saya nak sample darah dengan air kencing awak.”

 

Woohyun mengangguk selepas doktor itu melepaskan balutan untuk memeriksa tekanan darahnya. Dia menunggu jururawat untuk memberinya sample botol air kencing. Setelah itu, Woohyun meminta izin ketandas bersama dengan botol itu. Sunggyu melemparkan senyuman kepada Woohyun sebelum Woohyun keluar dari bilik itu.

 

“Dia okay ke?” Kerisauan dalam hati Sunggyu semakin memuncak. Masa doktor tadi cakap Woohyun okay, Sunggyu rasa lega sampailah doktor meminta Woohyun memberi sample darah dan air kencing.

 

Doktor lelaki tersebut tidak terus menjawab Sunggyu, sebaliknya dia bertanya pula. “Kamu berdua dah kahwin ke?” Tanyanya sambil tersenyum membuat Sunggyu terpinga – pinga cuba mengaitkan status mereka dengan masalah kesihatan Woohyun.

“Ermm.. kami dah kahwin?” Jawapan Sunggyu lebih berbunyi kepada soalan berbanding penyata. Sunggyu hanya diam melihat doktor itu tergelak mendengar jawapannya.

 

“Kami berdua aktif berhubungan badan ke?”

 

“Perlu ke soalan tu?”

 

 

Woohyun kembali semula ke ruangan tadi selepas hampir 30 minit. Doktor memberitahu hasil pemeriksaan akan keluar dalam sejam lagi. Maka, Sunggyu dan Woohyun memutuskan untuk makan malam di restoran berhampiran sementara menunggu hasil pemeriksaan. Bagi Woohyun, penantian ini sangat membunuh. Bagaimana kalau dia diaognis dengan penyakit yang membawa maut seperti kamser? Bagaimana kalau doktor cakap dia hanya ada beberapa bulan sahaja lagi tinggal? Apa yang boleh dia lakukan?

 

“Gyu, saya takut.” Tiba – tiba Woohyun bersuara. Sunggyu yang tadinya asyik menyudu makanan jadi terhenti. Matanya merenung Woohyun membuat Woohyun terpaksa menundukkan pandangannya dari langsung menatap mata Sunggyu yang tegas.

 

Sunggyu bangun dari tempatnya dan beralih ke sebelah Woohyun. Tubuh Woohyun dirangkul sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya. Sunggyu memeluk erat isterinya cuba memberikan semangat kepadanya. Ubun – ubun Woohyun dicium dengan penuh kasih. “Percayalah semuanya akan okay. Sayang ada saya.”

 

“Kalau saya ada penyakit yang akan berakhir dengan kematian, awak masih akan ada disisi saya ke?

 

Sunggyu terdiam. Dia tidak menyangka ayat seperti itu boleh keluar dari mulut Woohyun. Apa yang difikirkan isterinya sekarang? Tak pernah terlintas pun dalam benak Sunggyu mahu meninggalkan Woohyun, sekalipun ianya berlaku, hanya maut sahaja berkuasa memisahkan mereka. Selagi hayatnya dikandung badan, Sunggyu bersumpah tidak akan meninggalkan Woohyun. Cintanya buat Woohyun terlalu kuat.

 

“Saya janji perkara tu tak akan berlaku. Saya percaya sayang okay. Kalau pun betul sayang tak lama, saya tak akan tinggalkan sayang. Saya janji sayang. Hanya maut sahaja boleh memisahkan kita.”

 

Air mata Woohyun tidak tertahan lagi selepas mendengar janji setia suaminya. Dada tegap Sunggyu menjadi sasaran Woohyun menghamburkan air matanya sepuas hati. Tangisnya teresak – esak deras. “Terima kasih Gyu. Saya sayang awak sangat.”

 

Tautan mereka dilepas oleh Sunggyu. Kedua tangannya memegang pipi bulat Woohyun yang sudah dibasahi dengan air mata, menghapusnya dengan ibu jari. “Saya pun sayang, sayang. Cepat habiskan makanan sayang lepastu keta pergi klinik semula okay?”

 

Woohyun menurut sahaja dan menyambung semula makan seleoas tangisnya berhenti. Sunggyu setia menemani Woohyun disisinya sehingga isteri kesayangannya itu selesai makan.

---

Tombol pintu bilik rawatan itu dipulas Sunggyu dengan penuh debaran dihati. Manakala Woohyun tidak kurang nervousnya memegang erat lengan suaminya. Sunggyu tersenyum memujuk Woohyun cuba menghilangkan nervous didalamnya. Kedua mereka dipersilakan untuk duduk bagi mendengarkan keputusannya.

 

“Saya dah dapat keputusan akhir. Tapi sebelum tu kamu berdua ada nak tanya apa – apa?” Pandangan doktor silih berganti antara Sunggyu dan Woohyun. Beliau tidak menerima sebarang soalan, jadi beliau menyambung semula penerangan.

 

“Encik Kim, isteri anda sihat tanpa sebarang komplikasi.” Pengesahan yang diberikan doktor itu melegakan hati Sunggyu. Dia melirik kesamping melihat Woohyun turut menghembus nafas kelegaan sepertinya.

 

“Tapi kenapa saya kurang sihat? Demam pening kepala semua tu?” Woohyun menyoal pula.

 

Sang doktor tadi hanya tersenyum. Beliau menegakkan badan lalu merapatkan kerusinya ke meja dan mengambil sehelai kertas yang mengandungi hasil pemeriksaan Woohyun. Matanya membaca sekilas isi kandungan kertas terbabit sebelum beliau mengalihkan semula perhatiannnya kepada pasangan dihadapannya.

 

“Tahniah encik Kim. Isteri anda disahkan hamil empat bulan.” Seluruh bilik diam tidak berkutik. Suasana ini membawa kebingungan kepada Doktor Yoo. Kebiasaanya setiap pasangan yang diberitahu khabar gembira ini akan menangis kegembiraan atau bercium sakan. Tapi berbeza dengan pasangan ini, mereka diam membatu.

 

“Betul ke doktor?” Sunggyu kembali tersedar dari senyapnya.

 

“Ya encik Kim. Awak bakal menjadi seorang ayah.” Sekali lagi Dr. Yoo mengulang jawapannya. Sebaik sahaja mendengar buat kali kedua, Woohyun terus sahaja menangis. Dia memeluk erat tubuh suaminya, menumpahkan air mata kegembiraannya di dada Sunggyu.

 

“Saya mengandung Gyu. Saya mengandung anak awak.” Woohyun berhasil menuturkan ayat tersebut disela tangisnya. Walaupun tidak begitu jelas, tapi Sunggyu mendengarnya dengan jelas. Woohyun biarkan sahaja bahunya dipeluk Sunggyu. Bahunya terasa basah dengan air mata Sunggyu.

 

“Terima kasih sayang. Terima kasih.”

---

“Tapi doktor, kalau dah empat bulan kenapa saya tak pernah ada morning sickness? Maksud saya macam ibu mengandung lain, biasanya mual dan penat tapi saya tak pula.”

 

“Saya setuju doktor. Selama empat bulan ni juga isteri saya okay je. Demam tu baru je dalam dua hari lepas. Elok je dia buat kerja berat semua.”

 

D. Yoo tersenyum kecil melihat pasangan ini yang keliru. Lain orang lain pula simptomnya. Dalam kes Woohyun kali ni, beliau simpulkan Woohyun mungkis tak perasan perubahan dirinya ataupun dia sendiri terlalu sibuk berkerja sehingga lupa akan kesihatannya.

 

“Mungkin baby dah penat tunggu Mama dia perasan.” Seloroh Dr. Yoo. Sunggyu dan Woohyun ikut tertawa sekali. Dalam diam Sunggyu meraih tangan Woohyun lalu menautkan jari mereka. Dari ekor matanya, Sunggyu melihat jelas warna pipi Woohyun berubah kemerahan.

 

“Baiklah, saya berikan awak beberapa vitamin. Lagi satu bulan depan awak kena ke sini lagi untuk check baby.” Sehelai kertas kecil dihulurkan Dr. Yoo kepada Sunggyu. Disamping itu, beliau juga mengingatkan mereka tarikh appointment untuk pemeriksaan akan datang.

 

“Terima kasih doktor.”

---

Sejak keluar daripada klinik tadi, Sunggyu masih setia lagi tersenyum. Bukan itu sahaja, dia dari tadi setia merangkul pinggang Woohyun membantu isterinya ke kereta. Woohyun cuma berterima kasih selepas Sunggyu membantunya membukakan pintu kereta.

 

“Awak tak penat ke?” Tanya Woohyun. Sunggyu memalingkan mukanya menghadap Woohyun seketika sebelum dia kembali fokus mengundurkan kereta.

 

“Apa dia?”

 

“Saya tanya, awak tak penat ke tersengih je dari tadi? Awak seronok ke?”

 

Sunggyu menjawab dengan meletakkantapak tangannya ke perut Woohyun yang masih lagi berlapik dengan baju lalu mengusapnya dengan lembut membuat Woohyun tersipu. Tidak mahu membahayakan keselamatan mereka, Sunggyu memarkir kereta dibahu jalan kemudiannya menarik brek tangan. Dia mengubah sedikit kedudukannya agar menghadap Woohyun tapi tangannya masih lagi setia di perut Woohyun.

 

“Tak ada perkataan yang sesuai dapat menggambarkan perasaan saya sekarang, sayang. Saya bakal jadi Papa. Impian saya akhirnya tercapai.” Sunggyu menggenggam kedua tangan isterinya dan mencium keduanya. Kemudian, Sunggyu mencondongkan sedikit badannya untuk mengecup bibir merah Woohyun lama bagi meyalurkan kebahagiaanya.

 

Terbuai dengan perasaannya, Woohyun menarik tengkuk Sunggyu memperdalam lagi ciuman mereka. Sehingga paru – parunya kehabisan oksigen barulah Woohyun memutuskan tautan bibir mereka, membiarkan dahi mereka bersentuhan sesamanha. “Saya sayang awak.”

 

Sekali lagi Woohyun menghapuskan jarak antara mereka dan tenggelam dalam asmara kasih mereka. Sunggyu hampir sahaja hilang kendali mengingatkan mereka masih lagi didalam kereta. Matanya melirik kebawah dan disajikan dengan pemandangan sensual dari Woohyun yang terngah – engah cuba mengisi  peparunya dengan kelopak mata tertutup.

 

Sunggyu mengusir jauh imaginasi nakal di fikirannya. Dia menunduk kearah perut Woohyun lalu menghadiahkan satu ciuman disana. Sentuhan tiba – tiba di perutnya membuat Woohyun membuka matanya dan tersenyum melihat Sunggyu mencium perutnya. Tanpa disedari tangannya terhulur membelai pipi suaminya.

 

“Saya sayang awak Woohyun. Anak dalam kandungan ini adalah bukti cinta saya.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?