Chapter 5

Seeking for Love (Malay version)

Hari ini genap seminggu Tuan Kim dan Puan Kim ke Jepun untuk urusan perniagaan. Dalam tempoh masa ini jugalah WOohyun memilih untuk mengunci diri didalam bilik dan hanya akan keluar apabila Sunggyu sudah berangkat ke pejabat dan kembali mengunci diri apabila Sunggyu pulang. Dia cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada bertembung dengan Sunggyu. Lagi pula mereka sudah tidak sebilik, memudahkan lagi kerja Woohyun.

 

Kadang - kadang untuk menghilangkan rasa bosan, Woohyun membantu para pembantu melaksanakan kerja rumah walaupun mereka berusaha menghalang keras Woohyun daripada membantu, namun seperti mencurah air ke daun keladi sahaja. Dia tidak selesa hanya duduk goyang kaki dirumah tanpa melakukan sebarang pekerjaan.

 

Disebabkan pasangan Kim tiada dirumah, Woohyun bebas untuk mengemas dimana - mana ruangan didalam banglo mewah tersebut. Rasa rindu ada sedikit menyelinap dalam hati Woohyun untuk mengemas dan membersih. Biasa pada waktu pagi, Woohyun akan menyiram pokok - pokok bunga di halaman. Kemudian, dia akan menyapu daun - daun kering yang bertaburan. Dengan peluang yang ada ini jugalah Woohyun berborak dengan para pembantu yang lain sementara pasangan Kim belum pulang lagi.

 

Semenjak Woohyun kerap melakukan kerja rumah, dia perasan yang bahagian bawah abdomennya selalu sakit. Mulanya dia abaikan sahaja rasa tersebut, tapi rasa sakit itu mula menjadi lebih teruk selepas Woohyun mengangkat pasu bunga pagi tadi. Abdomennya rasa nyeri dan berdenyut - denyut. Kadang - kadang Woohyun terpaksa berkurung dalam bilik air bagi meredakan sakit dimana dia fikir perutnya memulas. Tapi setelah menunggu tiada apa pun yang keluar

 

 

---

 

Rasa sakit yang kuat dibahagian abdomen bawahnya membangkitkan Woohyun dari lena. Badan Woohyun bergulung bagi meredakan rasa nyeri tersebut tapi masih lagi terasa. Beberapa erangan lolos dari mulut Woohyun setiap kali rasa sakit itu muncul. Seketika kemudian apabila rasa tersebut sudah berkurangan, Woohyun menggagah diri untuk ke tandas.

 

Suis lampu terus dipetik bila dia sudah sampai ke tandas. Namun, baru sahaja Woohyun mahu melangkah ke dalam, dia terkejut melihat darah pekat mengalir dari pahanya. Panik mula meguasai diri. Dia perlukan bantuan sekarang.

 

Fikirannya hanya teringat kepada Sunggyu. Perlahan - lahan Woohyun manapak keluar dari biliknya menuju ke bilik Sunggyu dengan tangan menggenggam erat abdomennya. Dia tidak peduli dengan pakaian tidurnya. Doa dipanjat agar Sunggyu sudi untuk menolong.

 

*Pintu diketuk*

 

Woohyun bermati matian menahan rasa sakit yang semakin menggila. Tangannya yang menggigil masih lagi belum berhenti mengetuk pintu Sunggyu.

 

“Arghh!” Satu erangan yang berat lolos dari mulut Woohyun. Kakinya sudah tidak kuat lagi untuk menampung tubuhnya. Perlahan tubuh Woohyun menggelongsor jatuh di pintu Sunggyu.

 

 

Sunggyu mendengus melihat jam masih baru menunjukkan angka tiga. Dalam hatinya, dia menyumpah sesiapa sahaja yang mengetuk pintu biliknya pagi buta macam ini. Sesiapa pun orang itu, dia perlu nyatakan alasan yang kukuh kepada Sunggyu jika tidak mahu dimarahi.

 

“Siapa yang memekak pagi buta ni. Pastikan sesiapa yang ketuk ni bersebab kalau tak siap dia.”

 

Mahu tak mahu, Sunggyu terpaksa juga bangun dari katil. Masih dalam keadaan mamai Sunggyu buka pintu biliknya dan kemudian berkerut melihat tiada siapa diluar. Baru sahaja dia mahu menutup semula, matanya menangkap sosok Woohyun yang terbaring di lantai dalam kesamaran malam.

 

“Kenapa dia tidur dekat sini? Apa tilam dia tak empuk ke?”

 

Pelik mula menyelubungi diri. Sunggyu berjongkok disebelah Woohyun untuk mengejutkannya. Nama Woohyun dipanggil berkali - kali namun tidak disambut oleh sang pemilik. Pipi chubby Woohyun ditepuk perlahan berkali - kali namun masih juga tiada jawapan.

 

“Woohyun, bangun. Tidur atas katil.” Sunggyu mencuba sekali lagi.

 

“Kenapalah kau pakai baju singkat ni. Habis nafsu tengok kau.” Bermati matian Sunggyu berperang dengan perasaan sendiri. Mana kan tidak, Woohyun hanya mengenakan t- oversize yang nipis. Habis nampak segala galanya.

 

Penat menunggu respon daripada Woohyun, Sunggyu berniat untuk mengangkat sahaja tubuh tersebut kembali ke biliknya. Tangan Sunggyu mengambil posisi di tengkuk Woohyun dan di pahanya akan tetapi Sunggyu terbantut untuk berdiri. Dia merasakan sesuatu cecair di paha Woohyun. Dia mengarahkan tangannya ke hidung dan menangkap bau macam iron.

 

Kelam kabut Sunggyu segera menghidupkan lampu dan sangat terkejut bila dia mellihat banyak darah pekat mengalir dari Woohyun. Peha mulus Woohyun penuh dengan warna merah. Tanpa membuang masa lagi, Sunggyu segera mencempung tubuh Woohyun dan membawa Woohyun ke hospital.

 

Sekilas muka pucat Woohyun direnung Sunggyu sebelum keretanya meluncur laju keluar dari perkarangan banglo mewah Kim. Pedal minyak ditekan kuat agar mereka sempat tiba di hospital. Hati kecil Sunggyu tidak berhenti berdoa agar Woohyun tidak apa - apa.

 

 

Sudah agak lama Woohyun berada di dalam bilik kecemasan. Sunggyu tidak senang duduk selagi tiada khabar tentang Woohyun. Kakinya mundar mandir di hadapan bilik Woohyun menanti dengan penuh debaran. Masih segar lagi diingatan Sunggyu darah di paha Woohyun. Dia takut sesuatu yang buruk menimpa Woohyun.

 

Hatinya dihambat kerisauan yang teramat walaupun dia tidak melihat Woohyun sebagai isternya, namun Sunggyu tidak pernah sekalipun membenci Woohyun. Dia tahu nasib mereka adalah sama. Kedua - duanya hanyalah mangsa keadaan. Lagipula Woohyun adalh isterinya, sudah menjadi tanggungjawab Sunggyu untuk menjaga Woohyun.

 

Langkah Sunggyu akhirnya terhenti apabila telinganya menangkap bunyi pintu dibuka. Seorang lelaki pertengahan 40-an keluar dari bilik Woohyun sambil diiringi seorang jururawat wanita. Entah kenapa hati Sunggyu tidak sedap melihat riak mendung doktor lelaki tersebut.

 

“Awak penjaga kepada Nam Woohyun ke?” Tanya doktor tersebut setelah dia menurunkan penutup mulutnya.

 

“Ya, saya Kim Sunggyu suami kepada Woohyun.”

 

Sejenak tiada suara kedengaran antara mereka.

 

“Saya harap awak banyak bersabar bila saya beritahu berita ini.” Bahu Sunggyu digenggam lembut seolah - olah dia sedang menyalurkan kekuatan.

 

“Apa maksud doktor?” Sunggyu dapat rasakan jantungnya berdegup laju.

 

“Maafkan saya Encik Kim, kami tak dapat selamatkan bayi yang dikandung isteri anda. Kami sudah cuba sedaya upaya tetapi sayangnya anak tersebut lebih disayangi Tuhan.”

 

Sunggyu terdiam seribu bahasa setelah diberitahu doktor. Lututnya lemah apabila dia mendengar berita malang tersebut. Terus hatinya terdetik adakah Woohyun sudah mengetahui perkara ini atau belum? Jika belum bagaimana Woohyun mahu menerima berita ini. Adakah dia kuat untuk menghadapinya?

 

Sunggyu tidak tahu bagaimana perasan Woohyun setelah ini. Sudahlah dipaksa berkahwin dengannya kemudian sekarang dia kehilangan anak yang dikandung. Jujur Sunggyu bersyukur kerana anak tidak berdosa tersebut sudah pergi ke tempat yang lebih baik untuk dirinya kerana Sunggyu tidak sanggup melihat anak suci itu membesar dalam dunia yang tidak adil. Dia yakin orang luar akan mengutuk dan menghina anaknya nanti jika mereka tahu anak tersebut adalah hasil daripada luar nikah. Sebagai seorang ayah, Sunggyu mahukan yang terbaik buat anaknya.

 

 

Setelah dapat menenangkan diri, Sunggyu masuk kedalam ruangan rawat Woohyun. Wajah pucat Woohyun menjadi pusat pemerhatian Sunggyu. Dengan penuh kelembutan Sunggyu mengelus rambut Woohyun. Tanpa dia sedari, air matanya jatuh menangisi keadaan Woohyun yang terbaring lemah.

 

Satu keluhan berat dihasilkan oleh Sunggyu. Tangan Woohyun yang dicucuk jarum IV diraih kedalam genggaman. Bagaimana nasib insan baik seperti Woohyun teraniaya sebegini. Mengapa Woohyun tidak diberikan kesenangan seperti orang lain?

 

Diberi peluang melihat wajah Woohyun sedekat ini sekaligus menimbulkan satu perasaan aneh dalam diri Sunggyu. Walaupun pucat, tetapi wajah Woohyun masih lagi mempunyai serinya yang tersendiri. Mungkin dia tidak pernah menyakiti orang lain sepanjang hidupnya sebab itu dia kekal berseri walaupun sedang sakit.

 

Sunggyu berasa tidak adil kerana mengenepikan perasaan Woohun diawal perkahwinan mereka. Apalah sangat ketidakadilan kepada dirinya jika mahu dibandingkan dengan Woohyun. Penderitaan Woohyun jauh lebih perit darinya. Kehormatan yang dipelihara telah diragut oleh seorang lelaki yang bukan kekasihnya mahupun suaminya. Tidak cukup dengan itu, benih si pelaku hidup didalam rahim Woohyun. Belum sempat Woohyun redha dengan kejadian yang menimpanya, sekali lagi dia diuji dengan kehilangan anak yang dikandung.

 

“Maafkan saya Woohyun. Saya keliru dengan perasaan saya. Sekejap saya marah dengan situasi kita tapi kemudian satu perasaan aneh mula menjalar ke tangkai hati saya. Saya tak faham Woohyun. Maafkan suamimu wahai isteriku.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?