Chapter 11

Seeking for Love (Malay version)

Woohyun memakir keretany di tempat letak kereta di bahagian basement bangunan. Selepas mengunci keretanya, Woohyun berjalan menuju kearah lif di tengah. Pintu terbuka dan Woohyun masuk kedalam. Butang 14 ditekan, dimana ruang pejabatnya berada. Tak lama selepas itu, pintu lif kembali terbuka menandakan ada orang akan masuk. Woohyun bergerak sedikit kedalam untuk memberi ruang kepada penumpang yang baru masuk tadi tanpa melihat kearahnya sehingga penumpang tadi bersuara.

 

“Selamat pagi.” Woohyun sedikit melompat kerana terkejut tiba - tiba ditegur. Suara tadi sepertinya tidak asing bagi Woohyun.

 

Wajah Woohyun berpaling ke kanan dan kemudian disapa dengan senyuman ceria Sunggyu di pagi hari. Untuk seketika Woohyun terpana melihat penampilan Sunggyu pagi ini. Kemeja biru lembut membalut tubuh firm Sunggyu kemudian dilengkapkan lagi dengan tali leher biru nila tergantung kemas dilehernya. Kotnya tidak disarung, sebaliknya dipegang oleh tangan kanannya. Patutlah Sunggyu nampak lebih handsome hari ini, rambutnya digayakan keatas, tidak menutup dahinya seperti selalu.

 

“Awak sepatutnya jawab balik, Woohyun.” Bulu tengkuk Woohyun berdiri merasakan nafas Sunggyu mencium rahangnya. Dia dapat merasakan kehangatan tubuh Sunggyu kerana badan lelaki tersebut begitu dekat dengannya, hampir tiada jarak.

 

“Selamat pagi juga Encik Kim.” Woohyun menegur dengan penuh sopan beserta dengan seulas senyuman manis yang cukup membuat Sunggyu hampir hilang kendali.

 

“Lepas ni masuk bilik saya.” Arahan Sunggyu dibalas dengan sebuah anggukan daripada Woohyun. Sunggyu kurang berpuas hati dengan jawapan Woohyun. Dia mahu Woohyun memandang kearahnya kerana Sunggyu tidak suka bila dia memberi arahan, orang tersebut membalas tanpa memandangnya.

 

“Awak sepatutnya pandang saya Woohyun.” Woohyun menelan air liur sendiri. Dia tahu bila Sunggyu sudah menggunakan nada ini, pasti dia dalam masalah.

 

Sebaik sahaja Woohyun mengangkat mukanya memandang Sunggyu, serta merta pipinya berubah warna. Sunggyu baru sahaja mengerlipkan matanya kepada Woohyun dan membuatnya terdiam seribu bahasa.

 

“Saya tunggu.”

 

Bunyi loceng menandakan mereka sudah sampai di tingkat yang ditekan. Sunggyu melangkah keluar dari perut lif dengan langkah yang ringan. Bibirnya tidak putus mengulum senyuman sebaik sahaja dia mengusik Woohyun sebentar tadi.

 

 

Tujuan Sunggyu meminta Woohyun ke biliknya adalah untuk mengemas rak fail lama dibiliknya. Dia mahu Woohyun melupuskan dokumen - dokumen lama yang ada pada kesemua fail tersebut agar nanti fail itu boleh digunakan semula untuk masa hadapan. Keadaan fail - fail itu masih lagi elok dan boleh digunakan semula. Sementara Woohyun leka mengemas, Sunggyu setia memerhati setiap pergerakan Woohyun. Bila Woohyun kekiri, mata Sunggyu pun ikut ke kiri seperti anak kecil yang memerhatikan ibunya bekerja.

 

Mata Sunggyu tidak lepas dari memandang tubuh indah Woohyun memandang lelaki tersebut sedang membelakanginya. Leher mulus Woohyun menarik perhatian Sunggyu. Lama kelamaan pandangan Sunggyu jatuh ke pinggang kecil Woohyun yang berselindung disebalik kemeja yang dipakai. Punggung bulat Woohyun bergerak seksi seiring dengan langkahnya. Mata Sunggyu hampir terkeluar dari soketnya apabila Woohyun menunduk mengambil sesuatu di bawah, mempamerkan alur punggungnya yang begitu menggugat iman Sunggyu. Nasib baik ada fail terjatuh, kalau tak munngkin Woohyun dalam bahaya sekarang.

 

“Woohyun, kopi ni kurang manis boleh tambah krimer?” Woohyun menghentikan seketika kerjanya dan kemudian menghadap Sunggyu. Mukanya menunjukkan dia menyampah dengan arahan Sunggyu tetapi tetap mengambil mug Sunggyu.

 

“Jangan membantah. Bukan ke awak patut ikut cakap suami?” Semakin panjang muncung Woohyun mendengar usikan Sungggyu manakala si pelaku tertawa kecil melihat reaksi comel Woohyun.

 

“Ada apa - apa lagi Encik.” Sunggyu menyilangkan kedua tangannya didada dan mengurut dagunya, seolah - olah sedang berfikir. Dia mahu mengusik Woohyun lagi.

 

“Tak ada, sambunglah kerja.”

 

 

Hanya bunyi pad kekunci laptop dan bunyi mengemas sahaja kedengaran selain daripada bunyi pendingin hawa. Baik Sunggyu mahupun Woohyun sibuk dengan kerja masing - masing. Sesekali kedengaran bunyi Sunggyu menghirup kopi sambil buat kerja. Woohyun sudah pun selesai mengemas bahagian bawah rak, kemudian dia berehat seketika sambil memikirkan bagaimana cara untuk mengemas di bahagian atas. Tiada kerusi yang boleh digunakan Woohyun untuk memanjat. Takkan pula dia mahu menggunakan sofa? Mahu dimarahi Sunggyu nanti.

 

Woohyun sudah kehabisan idea. Mahu tak mahu terpaksa juga dia bertinjit dan memegang para dibawah untuk mengimbangi badan. Sedaya upaya Woohyun merenggangkan kesemua otot tangan dan badan untuk mengeluarkan fail - fail yang berada didalam desikit. Tetapi semakin dicapai, semakin kedalam pula, jari Woohyun tidak sampai untuk mencapai sehinggalah tiba - tiba dia rasa ada sebidang dada menempel pada belakangnya beserta dengan bau minyak wangi yang sangat dikenali menusuk hidungnya. Woohyun tidak perlu melihat ke belakang untuk mengetahui siapakah gerangannya. Jarak minimum antara mereka membuat Woohyun menjadi malu.

 

“Kenapa tak minta tolong je.” Fail di tangan Sunggyu bertukar tangan kepada Woohyun tanpa Woohyun memandang kearah Sunggyu.

 

“Kalau jatuh tadi macam mana.” Keprihatinan dalam nada Sunggyu berjaya mencairkan hati Woohyun. Akan tetapi dia masih belum bersedia untuk memandang Sunggyu.

 

“Saya tengok Encik Kim sibuk, sebab tu saya tak panggil.”

 

“Lain kali panggil je. Awak tu tanggungjawab saya dan kerja saya adalah memastikan awak sentiasa selamat, Woohyun.” Woohyun mengangguk dan Sunggyu kembali semula ke mejanya selepas memastikan Woohyun okay.

 

Sunggyu sedang membaca laporan yang dihantar oleh bahagian pemasaran sambil bersandar di tepi meja, kemudian tiba - tiba Woohyun menerpa dan membenamkan mukanya ke dada Sunggyu menyebabkan kertas yang dipegang tadi terjatuh. Untuk seketika Sunggyu terpempan sebelum tangannya memeluk pinggan Woohyun dan menghirup dalam - dalam aroma tubuh isterinya.

 

“Seronok peluk saya?” Seperti tersedar dari mimpi, Woohyun dengan refleksnya menarik mukanya daripada dada Sunggyu namun tangannya masih lagi memeluk erat. Warna muka Woohyun sudah seperti sebiji tomato merah yang ranum.

 

Sunggyu tersenyum bahagia. Peluang hanya datang sekali. “Tapi saya tak complain. Rasa bahagia dapat peluk awak.” Tangan Sunggyu semakin erat merangkul tubuh kecil Woohyun. Pelukan Woohyun semakin longgar, jari telunjuknya menunjuk keaeah rak tadi.

 

Dahi Sunggyu berkerut cuba memahami maksud Woohyun. “Apa?”

 

“Labah - labah.”

 

Jawapan pendek Woohyun berjaya memecahkan perut Sunggyu. Satu badannya bergetar, ketawa sampai air mata keluar. Woohyun hanya memandang sebal kearah Sunggyu. Kalau ikutkan hati mahu saja dia memukul Sunggyu.

 

Sedar Woohyun sedang memandang kearahnya, Sunggyu cuba untuk memperlahankan tawanya. Dia membawa kakinya menuju ke rak tadi. Labah - labah kecil sebesar kuku kelingking diambil kedalam tapak tangan.

 

“Kecil je pun. Tak bahaya.” Sunggyu menunjukkan tapak tangannya kearah Woohyun namun segera dia bersembunyi dibelakang Sunggyu, takut. Labah - labah tadi dibuang kedalam tong sampah.

 

“Kalau Encik Kim nak apa - apa, saya ada dimeja.” Woohyun mengundur diri. Segera dia meninggalkan bilik Sunggyu tanpa menunggu balasan dari bosnya. Sunggyu hanya melihat Woohyun berlari dengan senyuman yang hangat.

 

“Kalau saya tahu awak takut labah - labah, saya sanggup ternak dalam bilik ni untuk cari alasan dapat peluk awak, sayang.”

 

Interkom Woohyun berbunyi. “Makan tengahari dengan saya.”

 

“Baik Encik Kim.”

 

Jawapan pendek Woohyun berjaya mengubah Sunggyu kepada model ubat gigi. Sejak pagi tadi Woohyun menjadi punca senyuman tak pernah pudar dari bibirnya. Semua staf menegur kerana mood bos mereka lebih ceria daripada selalu. Dan kredit sepenuhnya Sunggyu berikan kepada Woohyun disebalik senyumannya sepanjang hari ini.

 

 

Suasana hingar di restoran ini langsung tidak mengganggu Sunggyu. Perutnya yang berkeroncong dari tadi minta segera diisi dan sekarang tangan dan mulut Sunggyu sedang sibuk bekerja untuk memenuhkan perut. Woohyun hanya memandang bosnya dihadapan yang sedang sibuk menyumbat makanan kedalam mulut sehingga mukanya mirip hamster. Makanan di hadapan Woohyun tidak disentuh, hanya jus epal sahaja tinggal separuh.

 

Sunggyu baru perasan Woohyun tidak menyentuh makanannya. “Kenapa tak makan?” Tanya Sunggyu.

 

“Saya tak ada rasa nak makan.”

 

“Awak tak suka saya orderkan ke?” Woohyun diam tidak menjawab. Kemudian pinggannya diambil Sunggyu.

 

“Itu sisa saya Encik Kim.” Woohyun cuba menahan.

 

“Sisa isteri saya, apa salahnya.” Jawapan bersahaja Sunggyu dibalas dengan gelengan lemah oleh Woohyun. Kadang - kadang penat juga dia melayan perangai Sunggyu.

 

“Pilih menu awak sendiri. Saya panggilkan pelayan.” Woohyun tak sempat untuk menolak bila Sunggyu lebih cepat memanggil pelayan ke meja mereka. Woohyun memesan nasi ayam kalau tak Sunggyu akan membebel.

 

Makanan Sunggyu sudah pun habis semasa Woohyun baru mahu memulakan suapannya. Disebabkan Sunggyu habis awal, dia memilih untuk memandang Woohyun sehingga membuat PAnya berasa kurang selesa. Suapannya menjadi kekok kerana pandangan Sunggyu masih tidak beralih.

 

Sebenarnya Sunggyu bukanlah sepenuhnya memandang Woohyun, sebenarnya dia lebih kepada mengelamun. Mengingati semula kejadian tadi membuatkan Sunggyu tersenyum kembali. Hangat tubuh Woohyun masih lagi terasa pada Sunggyu, haruman tubuh Woohyun yang memabukkan membuat Sunggyu semakin hanyut. Tadi merupakan jarak mereka yang paling dekat selepas insiden Woohyun keguguran. Dia tidak menafikan Woohyun mempunyai wajah yang sangat menawan yang mampu mencairkan hati mana - mana pihak.

 

Sunggyu teringat kembali semasa Woohyun masih bekerja di banglo keluarga Kim. Memang mereka jarak terserempak tetapi Woohyun pasti akan membungkuk hormat kepadanya dan melemparkan senyuman manisnya kepada Sunggyu. Andai L tidak melakukan perkara tersebut kepada Woohyun, pasti Sunggyu dan Woohyun dapat memulakan perkenalan mereka dengan lebih baik. Disebabkan perkara itu juga hubungan Sunggyu dan Woohyun sedikit merenggang.

 

Tidak pernah sekalipun Sunggyu membenci Woohyun. Dia tahu isterinya tidak bersalah, cuma waktu itu dia sedikit mengikut hatinya yang memberontak kerana dia dipaksa berkahwin dengan bukan pilihannya. Sunggyu kecewa kerana ayahnya membuat keputusan bagi dirinya tanpa bertanya kepada dia terlebih dahulu. Bukan hanya itu sahaja, Sunggyu malu akan perbuatan tidak bermoral adik kembarnya. Bukannya bertanggungjawab, malah dosanya ditolak kepada Sunggyu. Disebabkan fikirannya yang bercelaru waktu itu, Sunggyu tidak sengaja menghamburkan emosinya kepada Woohyun. Tapi itu semua dahulu, sekarang Sunggyu sudah lebih matang menguruskan emosinya.

 

 

---

 

Jari Siwon mengetuk tangan sofa sambil sesekali jam tangan dikerling melihat waktu. Sudah hampir 30 minit Siwon menanti tetapi batang hidung masih belum kelihatan lagi. Katanya mahu berjumpa untuk berbincang sesuatu.

 

Sorry Daddy.” Suara L menghentikan penantian Siwon.

 

“Kenapa lambat. Daddy ada kerja lain tau.”

 

Kedua beranak tadi mengambil tempat masing - masing saling berhadap. Tiada salam ataupun pelukan. Mereka seolah seperti client yang sedang berbincang mengenai projek usahasama yang dilaksanakan.

 

“Jalan jam tadi.”

 

“Kenapa jumpa kat sini, kenapa tak dekat rumah je? Mommy rindu L.” Tanya Siwon tanpa berbasi - basi. Memang Hyunah merindui anak bongsu mereka.

 

“Belum masanya lagi. Nanti kirim salam L pada Mommy.” Lanjut L. Duduknya dibetulkan sedikit sebelum dia membuka topik utama mereka membuatkan Siwon hampir menjerit mendengarnya.

 

“Kamu bergurau ke L?!”

 

“L serius Daddy. L nak dia semula.” Nada L tidak kedengaran seperti bergurau. Siwon tahu anaknya tidak main - main dengan permintaannya tadi. L akan dapatkan apa yang dia mahukan.

 

Daddy ingat kamu cuma nak ’main’ dengan dia je.” Siwon memerli.

 

“L nak kahwin dengan dia.” Tegas L lagi sekali. Selepas dia berjumpa dengan Woohyun kelmarin di office, L telah jatuh hati kepadanya. Semenjak hari itu, fikirannya tidak habis memikirkan Woohyun.

 

“Dia dah kahwin dengan Sunggyu.”

 

“L tak peduli. Suruh Sunggyu ceraikan Woohyun.” Permintaan L membuat Siwon terdiam, kelu lidah untuk berbicara.

 

“Kenapa kamu lepaskan peluang dulu?”

”Dulu lain Daddy, sekarang L nak dia.”

 

“Kamu dah cakap dengan Sunggyu?”

 

L menggeleng. “L nak Daddy tahu dulu.”

 

Siwon mengangguk faham. Dia sudah masak dengan perangai L. Kalau dia mahukan sesuatu barulah dia datang kepada Siwon, kalau tak jangan haraplah. Siwon tidak berani untuk menolak permintaan L atau L akan lakukan perkar yang jauh lebih bahaya.

 

 

Perjumpaan mereka berakhir tidak lama kemudian. Langkah Siwon dihantar dengan pandangan tajam L sehingga tubuh tua tadi hilang dari pandangan. Kali ini L pastikan dia mendapatkan kembali Woohyun. Dia tidak peduli kalau ayahnya melarang, dia akan melakukan apa sahaja asalkan Woohyun menjadi miliknya.

 

Wajah manis Woohyun terus memenuhi fikiran L semenjak pertemuan mereka kelmarin. Tiada perubahan yang ketara menurutnya, cuma Woohyun terlihat lebih menawan dan matang. Dia menyesal kerana telah membuang peuangnya dahulu dan sekarang dia lebih menyesal kerana Woohyun telah berkahwin dengan abang kembarnya sendiri.

 

 

---

 

Waktu bekerja sudah pun tamat. Woohyun sudah pun selamat tiba dirumah sewanya setelah hampir satu jam terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tadi. Keadaan rumah yang gelap menandakan Dongwoo masih belum pulang lagi. Suis lampu dipetik menerangi ruang tamu selepas Woohyun membuka pintu. Beg kerja dan kotnya diletakkan di bahu kerusi kemudia dia mencampakkan diri di atas sofa bagi menghilangkan penat lelah berkerja. Badannya yang sedikit berpeluh menandakan Woohyun perlu segera membersihkan diri kalau tidak dia pasti akan terlelap. Lagipun Woohyun masih belum makan malam.

 

Woohyun menyambung kembali sesi bermalasan diatas katil empuknya setelah selesai mandi. Tuala kecil menutupi kepala selepas Woohyun mengeringkan rambutnya kemudian dia biarkan sahaja kain tersebut disitu. Serentak dengan kepalanya menyentuh bantal, fikiran Woohyun melayang kepada insiden siang tadi dibilik Sunggyu. Pipinya terasa memanas bila dia teringat kembali bagaimana tangan kekar Sunggyu memeluk tubuhnya. Sukar untuk Woohyun melupakan kehangatan tubuh Sunggyu saat dirinya memeluk erat tubuh suaminya. Terasa dirinya selamat dan tenang berada dalam pelukan Sunggyu.

 

Woohyun terus berangan tentang dirinya dan Sunggyu. Senyuman manis tidak lepas dari bibir merah Woohyun. Sesekali terdengar gelak kecil terlepas dari mulut Woohyun bila dia memikirkan sesuatu yang sedikit memalukan. Tak lama kemudian perut Woohyun berbunyi mematikan angan - angan Woohyun. Dengan penuh keterpaksaan Woohyun bangkit dari katil dan menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam yang ringkas buat dirinya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?