Chapter 28

Seeking for Love (Malay version)

Hari ini merupakan hujung minggu dimana kedua dua mereka cuti. Woohyun sedang memasak untuk tengahari saat Sunggyu mengejutkannya. Terima kasih daun keladi diatas idea tersebut, Woohyun tak sengaja tertuang lebih garam kedalam masakannya. Apabila dimarah, Sunggyu cuma tersengih tergaru – garu tengkuk. Nak tak nak terpaksalah Woohyun masak yang baharu selepas mengusir Sunggyu keluar dari dapur untuk megelakkan kejadian yang sama berulang.

“Makan,” Mangkuk nasi Sunggyu dihidangkan kemudian Woohyun melabuhkan punggung disebelah kanan suaminya.

“Sayang marah ke?” Tanya Sunggyu bila Woohyun meletakkan sayur kedalam mangkuknya. Dari raut muka Woohyun, nampak gaya dia masih lagi kesal.

“Saya tak marah, tapi tolonglah jangan buat lagi. Macam mana kalau saya tercederakan diri saya?” Leter Woohyun panajng lebar. Yang dimarahi pula cuba menunduk macam budak kena marah dengan mak.

“Saya janji saya tak buat lagi.” Sunggyu mengangkat tangannya macam orang nak angkat sumpah. Woohyun cuma tersenyum melihat kepolosan suaminya.

“Iyalah, dah jom makan.”

 

Sunggyu menawarkan diri untuk mencuci pingang mangkuk tadi dan menyuruh Woohyun menunggunya diruang tamu. Katanya nak membantu sebab Woohyun dah masakkan untuk dia. Tanpa disuruh dua kali, Woohyun terus meninggalkan dapur dan memilih untuk bersantai diruang tamu. Sebelum dia pergi, sempat juga Woohyun membantu mana yang perlu.

Slat kawalan jauh yang elok tergolek diatas meja kopi dicapai kemudian ditekan butang on untuk menghidupkan televisyen. Hujung minggu macam ni kotlah ada cerita ke drama yang menarik untuk ditonton.

Bosan.

Tak ada satu pun program yang menarik perhatian Woohyun. Habis semua siatan dotukar tapi tak ada satu pun yang tertarik. Bosan membolak balik siaran akhirnya Woohyun mematikan semula kotak hitam itu. Tak perasan pun Sunggyu menghampirinya.

“Kenapa muka monyok je ni.” Sunggyu memeluk Woohyun disamping lalu mencium kening isterinya. Cepat sahaja refleks Woohyun merapatkan jarak antara mereka.

“Saya bosan.”

On lah TV tu.” Sunggyu membongkok kehadapan mencapai remote bersama Woohyun dalam pelukannya.

“Tak ada cerita menarik.”

Kening Sunggyu tertaut mendengar jawapan Woohyun. Alat kawalan jauh diatas meja dicapai semula. Siaran yang ditayangkan ditukar beberapa kali oleh Sunggyu untuk mencari program yang lebih menarik. Setelah beberapa minit membuang masa, akhirnya nasib Sunggyu sama seperti Woohyun. Remote tadi dicampak ke sisi lalu mengeluh.

Tiba – tiba sahaja Sunggyu menarik tangan Woohyun sampaikan isterinya terjerit kecil. “Jom ikut saya.”

“Kita nak pergi mana?” Soal Woohyun yang terpinga – pinga dengan tindakan Sunggyu.

“Bilik.”

“APA!”

Tautan tangan mereka dileraikan oleh Woohyun. Matanya dilarikan dari memandang Sunggyu dihadapan. Bahang mula menjalar ke seluruh muka Woohyun. Salahkan sahaja Sunggyu yang memberi jawapan sebegitu.

Disebabkan Woohyun meleraikan pegangan tangan mereka, Sunggyu menoleh kebelakang menghadap Woohyun yang berdiri kekok dengan matanya yang tidak memandang Sunggyu. Mulanya Sunggyu keliru mengapa Woohyun berbuat sedemikian sehinggalah matanya menangkap perubahan warna muka Woohyun.

Mulalah akal jahat Sunggyu bekerja. Satu demi satu anak tangga dituruni sehingg dia berjarak beberapa sentimeter dengan Woohyun. Dengan jarak ini, nafas mereka saling bergabung. Senyuman nakal tergantung dibibir merah Sunggyu seraya dia sengaja meniupkan nafasnya ke telinga Woohyun.

“Sayang rasa apa maksudnya bila suami ajak isteri dia ke bilik?”

“Err.. Saya emm.. Saya tak tahu?” Jawapan Woohyun agak terbata – bata. Baru sekarang dia sedikit berani memandang ke wajah Sunggyu dan menghadiahkan pandangan sepolos anak anjing kepada suaminya.

“Mestilah buat macam suami isteri selalu buat…” Sengaja Sunggyu mendalamkan lagi suaranya. Manakala tangan Sunggyu tidak tinggal diam, dia meraba sepanjang tulang belakang Woohyun sehingga ke pangkal. Seronok hati Sunggyu tengok Woohyun menegang dalam pelukannya.

“Hyung buat apa ni?” Butir – butir peluh mula menuruni kening Woohyun bila Sunggyu semakin merapatkan jarak antara mereka. Aroma tubuh Sunggyu kuat menyengat indera Woohyun. Terpaksa Woohyun meletakkan tangannya ke dada Sunggyu untuk mengelakkan Sunggyu terus mendekat.

“Tukar baju.” Akhirnya gelak Sunggyu terburai melihat reaksi Woohyun. Tangannya mencengkam perut yang mula terasa senak sebab ketawa, sampaikan dia terduduk di tangga.

Sakit hati dipermainkan, Woohyun memukul Sunggyu sekuat hati tanpa mempedulikan rintihan Sunggyu. “Bencinya saya!”

Walaupun nampak macam tak kuat pukulan Woohyun, tapi bila berubi – tubi serangan yang dilakukan, boleh lebam jugalah badan. Terpaksa Sunggyu menahan kedua tangan Woohyun yang masih memukul lalu mencium ruas jari Woohyun.

“Saya sayang, sayang. Saya tak akan paksa isteri saya buat sesuatu diluar kehendak awak.” Nada yang digunakan Sunggyu sangat lembut dan penuh dengan rasa cinta. Ibu jarinya mengusap lembut ruas jari Woohyun yang dicium tadi.

Untuk kesekian kalinya Woohyun merasakan mukanya memanas pada hari ini. Kalaulah boleh diukur suhunya, pasti sekarang dah boleh meletup. Dalam hati Woohyun beruntung dia bersuamikan Sunggyu. Walaupun Sunggyu pernah melakukan kesilapan sebelum ini tapi Woohyun terkesan dengan usaha Sunggyu bagi meraih semula kepercayaannya. Iyalah, semua orang buat silap kan?

“Sebenarnya kita nak ke mana?” Woohyun bertanya sambil membantu Sunggyu untuk berdiri.

“Saya ingat nak ajak awak tengok wayang. Sebab tu saya bawa pergi bilik nak tukar baju.” Penerangan panjang lebar yang diberikan Sunggyu dijawab dengan ‘oh’ panjang dari Woohyun.

“Dah, cepat sayang.”

---

 

Pasangan muda tersebut tiba di Crystal Mall selepas 20 minit perjalanan. Woohyun menunggu Sunggyu mengunci kereta sebelum mereka berjalan beriringan ke pintu masuk. Dari jauh mereka nampak begitu serasi digandingkan bersama. Orang yang berselisah tak kurang ada yang cemburu dengan kemesraan mereka.

“Kita beli tiket dulu kemudian jalan – jalan sementara tunggu.”

“Okay je.”

 

Sunggyu mula menggigit jari sementara dia menunggu Woohyun memilih cerita yang bakal mereka tontoni. Kalau dilihat, dah lebih 15 minit mereka berdiri dihadapan mesin tiket tersebut hanya mencari cerita SAHAJA. Kesabaran Sunggyu mula senipis kulit bawang. Bahu Woohyun dicuit.

“Lama lagi ke sayang?”

“Sekejaplah. Saya dilema ni.” Woohyun menggigit bibir bawahnya yang sudah menjadi tabiat bila dia sedang berfikir atau sedang menyiapkan sesuatu. Sunggyu yang melihat cuma menahan geram dari mencium bibir tebal Woohyun.

“Yang mana satu?”

“Entahlah. Saya tak tahu nak pilih romantik ke komedi.” Woohyun menoleh kearah Sunggyu bersama pandangan anak anjingnya yang hampir memberi Sunggyu serangan jantung.

“Sayang, simpan sikit muka tu sebelum saya ‘sentuh’ awak.”

Sunggyu menelan kasar air liur lalu mengalihkan pandangannya ke mesin tiket. “Err.. Apa kata kita tengok cerita kelakar?”

“Tapi saya nak tengok cerita romantik.” Suara Woohyun terdengar manja. Hampir sahaja bibir Sunggyu menyentuh lantai kalau hatinya tidak kuat.

“Dah tu buat apa lama – lama kita diri dekat sini sayangku. Penat saya berdiri macam Statue of Liberty lastly sayang dah ada jawapan.”

“Dah, kita tengok yang itu je. TITIK.”

---

“Hyung, nak ais krim boleh?” Lengan baju Sunggyu ditarik lembut oleh Woohyun selepas dia menangkap kedai ais krim yang dilalui. Mereka berpatah balik ke kedai tadi untuk menunaikan permintaan Woohyun.

“Sayang nak yang mana?” Tanya Sunggyu.

Chocolate chips.” Woohyun menyebut pesanannya.

“Ini sahaja ke?” Tanya juruwang sebelum dia menyiapkan pesanan. Woohyun memandang Sunggyu sebelum suaminya menjawab soalan pemuda tadi.

“Hyung tak nak ke?”

“Saya tak minat sangat manis.”

“Oh,”

“Tapi satu je manis saya boleh terima.”

“Apa?”

“Sayanglah.”

Mata Woohyun terkebil – kebil mendengar jawapan Sunggyu. Pipinya mula memanas. Ada je mulut manis Sunggyu setiap hari.

“Pesanan encik dah siap.” Perhatian Woohyun teralih semula ke realiti selepas mendengar suara juruwang tadi. Dia perasan smirk Sunggyu elok menempel pada muka kacaknya. Rasa nak lempang je Sunggyu yang santai bersandar pada meja dengan dua – dua tangan menyeluk poket.

“Terima kasih.” Selepas menyambut ais krim yang dihulur, Woohyun lekas meninggalkan Sunggyu dibelakang. Suara Sunggyu yang memanggil namanya tidak dihiraukan.

“Comelnya dia.”

Cepat je kepala Sunggyu menoleh kearah juruwang tadi. Tajam matanya memandang pemida tersebut. Apa sahaja yang bersangkut paut dengan Woohyun, serta merta sikap posesif dalam diri Sunggyu bangkit.

“Dia ISTERI saya.” Sunggyu menekankan setiap perkataan yang diucapkan. Selepas melihat raut wajah takut pemuda tadi, barulah Sunggyu dapat meninggalkan tempat itu dengan senang hati. Segera dia mengejar langkah Woohyun yang sudah kehadapan.

“Babo hyung.” Gumam Woohyun sambil menjilat ais krim. Dia berhenti duduk di kerusi yang ada sementara menunggu Sunggyu. Malu Woohyun dibuatnya bila Sunggyu berlagak romantik. Bukannya Woohyun tak suka cuma dia masih belum biasa lagi, nak nak pula dekat tempat awam macam tadi.

Dicelah – celah lautan manusia yang membanjiri ruang lejar itu, mata Woohyun menangkap kelibat Sunggyu yang sedang berjalan kearahnya sambil tersengih. Senyuman itulah setiap kali Sunggyu buat, Woohyun rasa nak lempang je muka suaminya. Rasa macam kena ejek.

“Cepatnya sayang jalan.” Sunggyu mengambil tempat disebelah Woohyun.

“Kenapa hyung cakap macam tu.”

“Cakap apa?” Sunggyu buat – buat tak faham. Jari telunjuknya mengurut – ngurut dagu seperti sedang berfikir. Geram dengan sikap suaminya, Woohyun mencubit kuat sisi pinggang Sunggyu sampaikan suaminya sedikit terlompat.

“Kenapa cubit saya?” Sunggyu mengurut tempat dicubit tadi.

“Tak payahlah nak cheesy sangat dekat public. Malulah saya.” Woohyun mengaku dengan muka merah. Kepalanya tertunduk malu mengelak dari pandangan Sunggyu.

Kalaulah sekarang ni diaorang dekat rumah, dah lama Sunggyu cium Woohyun dan bersetubun. Nasib dekat public kalau tak siaplah Woohyun. Tidak betah dengan telatah comel Woohyun, Sunggyu hanya mampu mampu mencubit pipi hidung mancung Woohyun.

“Sayang isteri saya kan, saya tak nampak pun isu dekat situ.”

“…”

“Dah cepat habiskan ais krim, lepas tu kita jalan – jalan sekejap.”

---

Jarum jam ditangan Sunggyu sudah menunjukkan 10 minit lagi pukul 4. Sunggyu memberitahu Woohyun agar mereka mula bergerak masuk ke panggung wayang sekarang sebelum cerita bermula. Memandangkan panggung wayang berada ditingkat teratas, pasangan tersebut memilih lif bagi menuju ke destinasi mereka.

“Sayang nak apa – apa ke? Popcorn ke air?” Tanya Sunggyu sebelum mereka masuk ke dalam.

“Tak.”

Sunggyu mengangguk lalu menggenggam tangan Woohyun untuk jalan beiringan kedalam. Langkah mereka berhati – hati kerana keadaan bilik yang gelap. Woohyun yang sememangnya tak suka gelap menempelkan badannya serapat mungkin kepada Sunggyu. Ini membuatkan Sunggyu melonjak gembira didalam hati.

“Sini tempat kita. Sayang masuk dulu.”

Woohyun buat seperti yang disuruh dan membenarkan posisinya. Sebaik sahaja punggung Sunggyu menyentuh kusyen kerusi, terus sahaja tangannya mencapai tangan Woohyun lalu menautkan bersama. Woohyun cuma tersenyum akan perbuatan Sunggyu dan membiarkan sahaja suaminya bermain dengan tangannya.

“Sayang awak,” Bulu tengkuk Woohyun merinding saat Sunggyu mengucapkan perkataan keramat tadi ke telinganya. Nafas hangat Sunggyu menyentuh kulitnya.

“Hyung janganlah kacau saya. Dah nak mula ni.” Woohyun menolak lembut pipi Sunggyu. Dia mendengar suaminya gelak kecil namun dibiarkan sahaja.

 

Cerita tadi belum pun sampai klimaks tapi Sunggyu dah mula terasa bosan. Matanya melilau kekiri kekanan memerhati setiap orang didalam panggung tersebut. Masing – masing hanyut dalam jalan cerita terbabit fan tak kurang juga ada yang menangis. Mahunya dia bermain telefon tetapi takut mengganggu yang lain pula.

Sunggyu menoleh kesamping dan melihat Woohyun sedang mengalirkan air mata. Hampir sahaja dia terjatuh kerusi kerana cuak melihat Woohyun menangis. Nasib baik dia sedar, kalau tak sia – sia je buat drama.

“Sayang kenapa nangis?” Sunggyu separa berbisik.

“Mana ada saya nangis. Saya tengah potong bawang kan.” Balas Wwohyun sinis. Baru sahaja dia mahu menghayati cerita tersebut, Sunggyu menganggu.

Kecut perut Sunggyu mendengar. Dia faham maksudnya Woohyun tidak mahu diganggu. Daripada dia dimarahi nanti lebih baik Sunggyu senyap. Kepalanya disandarkan semula ke kerusi. Perlahan – lahan mata Sunggyu terkatup sehinggalah Sunggyu sudah berlayar jauh.

 

“Hyung bangun.” Mata Sunggyu terbuka perlahan – lahan. Jarinya menggosok mata bagi membuang rasa kantuk yang masih tersisa. Terlihat ruangan sudah mulai kosong. Para penonton sudahpun bergerak keluar dari panggung tersebut.

“Habis dah ke?” Woohyun mengangguk menjawab soalan Sunggyu. Mereka tunggu sebentar sehingga Sunggyu benar – benar sudah sedar barulah mereka keluar.

“Kita makan sini jelah.’ Cadang Sunggyu semasa mereka melintasi deretan restoran.

“Okay. Hyung masuk dulu, saya nak pergi tandas sekejap.”

Sunggyu menangguk. Namun, baru sahaja badannya berpaling dan hendak melangkah ke dalam restoran, kelibat Sungyeol berada dalam radar Sunggyu. Tiba – tiba tu juga kaki Sunggyu kaku tak tahu nak kemana, nak tak nak terpaksa dia tersengih pada Sungyeol. Dah lah kaku. Nampak sangat fakenya.

“Hai Sungyeol, buat apa dekat sini?” Tegur Sunggyu kekok. Rasa macam nak pukul diri sendiri je dengar suara sendiri.

Senyuman kekok Sunggyu nyaris sahaja terhapus melihat smirk dari Sungyeol. “Sepatutnya saya yang tanya Encik Kim buat apa dekat sini. Dengan siapa?”

“Er.. Saya jalan – jalan je. Erm sorang je.” Sunggyu berusaha meneutralkan riak wajahnya walaupun dia terasa kaku.

 

Disisi yang lain, Woohyun dalam perjalanan ke restoran tadi bila dia ternampak suaminya sedang bercakap dengan Sungyeol. Terkejut dengan kehadiran Sungyeol, pantas refleks Woohyun menyorok dibalik dinding mengintip mereka. Melihat dari ketidakselesaan Sunggyu, Woohyun dapat menyimpulkan pasti Sungyeol bertanya sesuatu pelik.

“Dah apa pula budak tu buat dekat sini. Macam mana pula boleh bertembung dengan Sunggyu. Punyalah besar mall ni terserempak juga.”

“Tadi rasa saya ada perasan Woohyun sekali dengan Encik. Mana dia pergi?” Sungyeol menoleh kekiri kekanan mencari kelibat Woohyun tetapi tidak menjumpai.

“Eh, mana ada. Awak tersilap orang ni.”

“Baru je saya nampak dia cakap dengan Encik tadi.”

Peluh sejuk berebut membasahi dahi Sunggyu. Tiba – tiba tekak terasa kering mendengar statement Sungyeol. Walaupun hatinya berdebar tetapi Sunggyu tetap mengekalkan ekspresi tenang mengelakkan dihidu oleh Sungyeol.

Random people tu awak nampak. Dia terlanggar saya tadi pastu meinta maaf. Dah pergi dah pun orang tu.” Sunggyu berharap sangat Sungyeol mempercayai alasannya. Lega sikit hati Sunggyu tengok muka Sungyeol dah macam mula percaya.

Sungyeol mereneung majikannya. Biasanya manik musang majikannya akan merenung kembali matanya tetapi tidak untuk hari ini. Sunggyu banyak kali melarikan pandangannya sari bertemu dengan Sungyeol.

“Okay, tak apalah saya minta diri dulu.” Sungyeol membungkuk hormat kepada Sunggyu lalu berlalu meninggalkan dia. Namun begitu Sungyeol masih belum berpuas hati dengan jawapan Sunggyu.

Sungyeol tidak sengaja menangkap sosok pasangan tadi semasa dia sedang window shopping. Mulanya Sungyeol takut matanya salah melihat tapi setelah ditenung lama Sungyeol yakin mereka adalah Sunggyu dan Woohyun. Dari mula Sunggeol terserempak dengan mereka sampailah ke restoran tadi. Walaupun Sunggyu beriya – iya menafikan, Sungyeol yakin dengan apa yang dilihat. Dia sendiri nampak dengan mata kepalanya Woohyun bercakap dengan Sunggyu.

“Pelik.”

 

Bila nampak Sungyeol telah berlalu, barulah Woohyun berani keluar dari tempat persembunyiannya dan menghampiri Sunggyu. Langkahnya dipercepatkan takut – takut Sungyeol masih ada lagi disekitar ini. Kalau tak nahaslah diaorang nak nawab apa dengan Sungyeol.

“Sayang tahu tak tadi saya terserampak dengan Sungyeol.” Cepat sahaja Sunggyu memberitahu Woohyun selepas isterinya tiba disisi.

“Tahu. Saya nampak tadi masa nak ke sini. Sebab tu saya lambat, saya menyorok.”

“Nasib. Baik dia dah pergi. Dah jom kita masuk.” Sunggyu memandang sekilas sekeliling mereka sebelum dia menarik tangan Woohyun memasuki restoran.

---

Keadaan bilik yang gelap gelita terus sahaja bertukar terang selepas Sunggyu memtik suis dan terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Tak lama lepas tu, Woohyun pula masuk ke bilik dan terus menghempaskan diri ditengah katil empuk mereka. Baru niat nak lelap sekejap Sunggyu sudah pun selesai mandi.

“Woo, pergi mandi.” Bahu Woohyun ditepuk perlahan. Selepas memastikan isterinya sudah duduk barulah Sunggyu bergerak ke almari untuk memakai baju.

 

“Woo…” Sunggyu mencium sepanjang potongan leher Woohyun dan mengalungkan tangannya dipinggang ramping Woohyun. Tubuh Woohyun yang hanya terbalut dengan jubah mandi berjaya memancing birahi Sunggyu.

Tipu kalau Woohyun tak terasa apa – apa dengan perbuatan Sunggyu. Kesemua rambut halus dipermukaan kulitnya habis berdiri tegak. Ada sesuatu rasa yang bergelojak dalam diri Woohyun yang mahukan lebih dari sentuhan itu.

“Hhyunngh…” Woohyun menggigit keras bibir bawahnya bagi mengelakan desahan terkeluar apabila tangan nakal Sunggyu menyelinap masuk kedalam jubah mandinya seraya membelai kulitnya menggoda.

 

Sunggyu diam tidak membalas panggilan Woohyun, sebaliknya dia meneruskan lagi sesi menggoda isterinya. Dapat memeluk Woohyun seromantik ini merupakan perkara yang diidam – idamkan Sunggyu dari dahulu lagi. Tak jarang juga Sunggyu bangun dengan morning wood tapi Sunggyu pastikan Woohyun tak perasan. Sebagai lelaki yang sihat, Sunggyu sudah berada pada limit untuk hubungan seksual. Dia memerlukan Woohyun untuk menuntaskan hasratnya.

 

“Sayang percaya saya tak? Sunggyu menghentikan seketika belaiannya. Dia memalingkan badan Woohyun menghadap dirinya tanpa memutuskan rangkulan di pinggang. Matanya merenung jauh kedalam manik coklat Woohyun dengan pandangan redup sambil kedua dahi mereka bertaut. Bibirnya terus mencari daging kenyal milik Woohyun dan melumatnya lembut.

 

Woohyun malu – malu menganggukkan kepalanya. Senyuman terukir dibibirnya sambil dia menyusupkan muka ke dada Sunggyu. Woohyun tak mampu untuk menangkat mukanya menghadap Sunggyu selepas dia merasai pipinya mula menghangat.

 

“Saya tak dengar lagi jawapan sayang.”

 

Woohyun menghirup dalam – dalam nafas sebelum dia menjawab soalan Sunggyu. “Saya percaya hyung lebih dari saya percaya diri saya. Saya serahkan semuanya pada hyung sebab saya tahu hyung boleh jaga.”

 

Sunggyu tersenyum. “Saya nak sayang tahu hanya awak yang bertakhta dalam hati saya. Saya sayang awak lebih dari diri saya sendiri, lebih luas dari lautan.”

 

“Terima kasih hyung sebab beri saya peluang untuk mencintai dan menjadi isteri awak.”

 

“Tak, saya yang sepatutnya berterima kasih pada awak. Walau besar mana sekalipun dugaan yang kita lalui, sayang tetap pilih untuk jadi Kim Woohyun. Hati sayang sangat suci.”

 

Pipi Woohyun bersemu merah mendengar pengakuan jujur Sunggyu. Degupan jantungnya menjadi laju dibalik rangkanya sehingga Woohyun rasakan mahu meletup. Setiap kali Sunggyu melakukan perkara romantis kepada Woohyun, dia dapat merasakan kehangatan cinta Sunggyu yang tersalur. Pilihan yang dibuat bertahun lalu tidak sia – sia buat Woohyun. Serentak dengan itu beberapa butir air mata keluar dari tubir mata Woohyun. Kisah silam mereka membuatkan rasa cinta mereka bertambah kuat.

 

Jarak muka mereka hanya beberapa sentimeter setelah Woohyun memajukan wajahnya ke Sunggyu sehingga bibir mereka saling bersentuhan. Woohyun membawa tangannya ke pipi Sunggyu lalu mencium bibir Sunggyu. Ciuman berani Woohyun mengejutkan Sunggyu. Bila Sunggyu terasa lidah Woohyun memasuki gua hangatnya, menyesapi segenap ruang mulutnya barulah Sunggyu kembali tersedar dan membalas ciuman Woohyun.

 

Satu demi satu kain terlicit dari tubuh mereka. Suhu bilik yang tadinya sejuk kini telah bertukar menjadi panas sebagaimana kelakuan mereka. Suhu dari pendingin hawa tidak mampu menurunkan kehangatan nafsu mereka. Desahan dan ciuman silih berganti mengisi ruangan bilik pasangan terbabit.

 

Sunggyu memutuskan tautan bibir mereka menyisakan benang air liur antara mereka. Raut wajah Woohyun yang terengah dengan mata sayu memandang Sunggyu. Di kesempatan ini Sunggyu mengambil peluang menulusuri setiap keindahan di wajah Woohyun. Rambut hitam Woohyun yang menutup dahi diselak Sunggyu kemudian menghadiahkan ciuman disitu.

 

“Boleh ke?”

 

“Saya isteri hyung. Awak ada hak keatas saya.”

---

Nafas kedua insan tadi terengah – engah cuba meraup sebanyak mungkin oksigen ke paru – paru. Tubuh kedua mereka tidak tertutup sehelai benang selepas persetubuhan tadi. Sunggyu menjatuhkan badannya perlahan keatas Woohyun tanpa menyakiti isterinya lalu menyamankan kepala di ceruk leher Woohyun menghirup aroma sensualnya. Hampir sahaja Sunggyu hilang kendali dan kembali menyerang tubuh tersebut sehingga mereka mencapai klimaks lagi dan lagi.

 

“Yeobo~ Bangunlah, beratnya.” Rengek Woohyun manja sambil berusaha menolak bahu Sunggyu lemah. Tenaganya sudah berada ditahap kritikal selepas aktiviti panas tadi. Mengingatkan semula aktiviti mereka tadi pipi Woohyun kembali memanas.

 

“Tadi masa kita ‘buat, sayang panggil saya Gyu, sekarang yeobo pula. Lepas ni apa pula nama manja sayang nak bagi saya.” Usik Sunggyu selepas dia membaringkan diri disebelah Woohyun. Matanya tidak terlepas melihat rona merah di kedua pipi Woohyun semasa dia menarik selimut menutupi tubuh polos mereka.

 

“Diam.”

 

“Tak payah lah sayang nak tutup bagai. Saya dah nampak semuanya lekuk badan sayang.” Sunggyu meniup tengkuk Woohyun.

 

“Hyung dahlah. Saya penat.” Tangan Sunggyu yang merayap di daerah sensitifnya ditepis Woohyun. “Oh God! Manusia ke apa suami aku ni?! Tak cukup ke 5 round tadi. Nak bunuh aku ke apa?”

 

Memdengar rengekan Woohyun, Sunggyu tak jadi untuk menyambung kembali aktiviti panas mereka. Mesti Woohyun kepenatan sekarang selepas menyerahkan tubuhnya. Tapi Woohyun tak boleh lah menyalahkan Sunggyu sepenuhnya. Kalau tak Woohyun meminta lebih, tak adanya Sunggyu jadi lebih bersemangat tadi. Jadi kesimpulannya, dua – dua bertanggungjawab.

 

“Iyalah, tidurlah sayangku. Sini rapat lagi, saya peluk.” Sisi Sunggyu semakin mendalam saat Woohyun menghampiri. Sebaik sahaja tubuh hangat Woohyun merapat, Sunggyu terus memeluk erat Woohyun membuang jarak antara mereka. Tak lama kemudian, kedua mereka bersama berlayar di lautan mimpi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?