Chapter 31

Seeking for Love (Malay version)

Pagi mereka disambut dengan siulan nakal dari staf di pejabat. Sejak kaki pasangan tersebut menapak masuk kedalam pejabat 10 minit lepas, semua staf sibuk mengusik mereka tanpa henti. Seronok rasa bila tengok muka bos diaorang yang selalunya berkarisma, hari ni kemerahan sama dengan PA kesayangannya.

“Dah lah tu, sambung balik kerja awak semua.” Sunggyu mengeluarkan arahan seperti mana seorang CEO yang berkarisma. Dengar je nada Sunggyu berubah, berebut staf semua sambung kerja semula. Takut mak usik lebih lagi.

“Woohyun, jom.” Mereka berjalan beriringan ke bilik Sunggyu. Tapi belum sempat sampai, ada suara nakal lain yang berbunyi, melambai tangan kearah mereka.

“Jangan buat benda pelik – pelik dalam bilik tu! Ini pejabat tau bukan rumah!” Suara tadi tersenyum sumbing.

“Lee. Sung. Yeol.” Kalau lah boleh nampak asap yang keluar, dah berkepul – kepul memenuhi ruangan itu. Bukan kata staf je, Sunggyu pun kecut perut tengok Woohyun. Dua – dua tangan Woohuun dikepalkan menahan geram.

Si pelaku tadi cepat – cepat meninggalkan kawasan kejadian takut dipukul Woohyun. Hello! Nampak je Woohyun tu macam tu tau, sekali kena debik dengan dia, ha! Senak ulu hati kau, menyesal seumur hidup.

 

“Pedulikan dia sayang. Sungyeol gurau je tu.” Pujuk Sunggyu setelah mereka masuk kedalam bilik. Woohyun terus menuju ke meja kerjanya lalu meletakkan beg yang dibawa. Tangannya terus mengambil satu fail diatas meja dan menyemak isi kandungannya tanpa mempedulikan Sunggyu.

Sunggyu cuma menggeleng melihat tingkah isterinya. Kerusinya ditarik selepas menghamparkan kot di belakangnya, lalu melabuhkan punggung. Tak lama kemudian, telefon bimbit miliknya berdering. Terangkat kening Sunggyu melihat nama ibunya yang memanggil. Pelik waktu macam ni ibunya menelefon. Ada kaitan dengan ayahnya ke?

“Hello, mom.”

“Hello sayang. Mommy nak beritahu daddy dah sedar.”

“Ya?! Baguslah dah sedar. Tengahari nanti saya datang dengan Woohyun jenguk.”

“Iyalah, mommy letak dulu ya.”

Butang merah ditekan beserta dengan seulas senyuman lebar menenpel dimuka kacaknya. Telefon bimbit pintarnya diletakkan semula ditempat asal. Sekarang pusat perhatiannya berpindah ke Woohyun yang sedang memandang pelik kearahnya.

“Siapa yang telefon awak?”

Mommy.”

“Kenapa? Ada apa – apa ke?” Senyuman Sunggyu mengembang melihat wajah cemas Woohyun.

“Tak adalah. Daddy dah sedar.”

“Iya?! Jomlah kita melawat!” Cepat sahaja Woohyun bangun dari kerusi mahu melangkah, namun sempat dihalang Sunggyu.

“Nantilah tengahari kita melawat. Sekarang apa kata awak bawakan saya semua fail yang perlu ditandatangani.”

Woohyun mengembungkan pipinya tanda kesal tapi dia tetap menurut perintah yang diberikan. Punggungya diangkat bergerak dari kerusi untuk mengambil beberapa fail yang memang sudah diteliti semalam. Dengan langkah berat Woohyun berjalan kearah Sunggyu dengan seberkas fail ditangan.

“Jangan nak muncung sangat, cium nanti.” Usik Sunggyu membuatkan Woohyun tersipu. Senyuman dilemparkan kepada Sunggyu bagi menutup rasa malu yang mula menebal.

“Ni fail yang Encik Kim perlu tandatangan.”

Selepas menandatangani kesemua fail tersebut, Sunggyu meminta Woohyun untuk menghantar kepada unit jualan. Faham dengan arahan yang diberi, Woohyun terus melaksanakan. Baru sahaja tangannya mencapai tombol pintu, namanya dipanggil.

Satu ciuman dilayangkan kepadanya beserta dengan kenyitan mata dari Sunggyu membuatkan Woohyun tergelak kecil. Ingatkan CEO tadi memerlukan bantuan atau mahu mengeluarkan arahan. Rupanya nak menggatal.

“Fokus buat kerja tu.”

“Jangan lama sangat pergi. Rindu.”

---

Dr. Ai baru sahaja selesai memeriksa Siwon. Sekarang ni, lelaki tersebut sedang berehat selepas makan ubat. Hyunah menarik selimut putih hospital sehingga sebatas dada suaminya. Baru dia mahu duduk, tangannya dipegang Siwon lalu diletakkan diatas dada lelaki terbabit. Kalut Hyunah dibuatnya apabila melihat air mata yang mengalir di pipi Siwon.

“Kenapa abang menangis? Abang sakit ke? Nak saya panggil Dr. Ai semula ke?” Bertubi – tubi soalan yang keluar dari mulut Hyunah. Matanya melilau mencari luka ditubuh Siwon takut terlepas pandang oleh doktor.

“Relaks, saya okay je cuma emosi sikit.”

Lega hati Hyuna mendengarnya, tapi dia masih tertanya – tanya mengapa suaminya menangis. Tak pula dia terus bertanya, takut Siwon masih belum mahu berkongsi. Apa yang dilakukan Hyuna, dia menyapu air mata yang mengalir dan menggantikan dengan ciuman. Apabila esakan tadi bertambah kuat, Hyuna memeluk tubuh suaminya lalu membisikkan sesuatu untuk menenangkan. Selepas benerapa minit, barulah tangisan tadi mulai reda dan Siwon semakin tenang.

“Shhh.. Saya ada dekat sini kalau abang nak berkongsi.”

Siwon berusaha merendam tangisnya apabila rasa nostalgik mula merebak dalam diri selepas matanya bertaut dengan Hyuna. Tiba – tiba sahaja semua kekerasan yang dilakukan terhadap keluarga bermain di ruang mata. Tak pernah sekalipun dia melayan baik isterinya dan juga anak sulungnya, Sunggyu. Dia masih ingat lagi keputusan kejamnya mengahwinkan Sunggyu dengan Woohyun semata – mata mahu menutup kesalahan anak kesayangannya. Siwon tahu Woohyun tidak bersalah, cuma dia takut kebenaran akan terbongkar sekaligus merosakkan nama baiknya.

Yang nampak sempurna dimata Siwon hanyalah Kim Myungsoo. Cakap sahaja apa yang dimahukan, duit, perhatian, kasih sayang, semua dilemparkan kepada L. Layanan pilih kasih inilah yang menyebabkan terciptanya jurang antara Kim Myungsoo dan abang kembarnya, Kim Sunggyu. Sejak kecil lagi Sunggyu jarang mendapatkan apa yang dimahu dan jarang dapat membuat keputusan sendiri. Seluruh hidupnya dipegang oleh Siwon. Hidup Sunggyu tak ubah macam patung bernyawa.

Hyuna.

Wanita ini sentiasa berada disisinya dalam jatuh dan bangun, tetapi Siwon gagal untuk menghargainya. Demi harta dan pangkat, Siwon sanggup mengenepikan isferinya. Dia telah dibutakan dengan kemewahan sampaikan dia lupa pada keluarga. Disebabkan itu juga Siwon memandang rendah orang bawahan. Padanya, mereka cuma mahukan harta yang dimiliki. Sebab itu dia membenci Woohyun.

Maafkan abang sayang. Abang tak hiraukan sayang, abang abaikan keluarga kita. Abang dah gagal sebagai seorang suami dan ayah.”

Hyuna beku ditempatnya mendengar luahan hati Siwon. Apa betul apa yang didengari ini? Telinganya tidak salah dengar kan? Hyuna tersentah apabila namanya dipanggil halus. Matanya melirik kepada Siwon dan terikat dengan pandangan sayu Siwon, memandang Hyuna. Inu jari Siwon yang mengusap pipinya membuat air mata Hyuna berjurai turun.

“Tak pernah sekali pun saya kupa nak doakan abang untuk berubah. Akhirnya doa saya dimakbulkan. Saya dah maafkan abang.”

“Maafkan abang Hyuna. Abang tahu maaf tak akan ubah masa lalu, beri abang peluang untuk betulkan keluarga kita.” Kini mereka saling hanyut dalam perasaan masing – masing tanpa memutuskan tautan mata mereka. Permintaan Siwon dijawab dengan anggukan.

Kembang senyum Siwon melihat jawapan Hyuna. Tangan Siwon terhulur merangkul tubuh ramping milik isterinya kedalam pelukan. Betapa dia merindui kehangatan tubuh ini. Sudah berapa lama dia meninggalkan Hyuna? Entah, dia sendiri tidak pasti.

“Sayang abang.” Jujur Hyuna seraya mengeratkan lagi pelukannya.

“Sayang awak juga.”

 

Potongan epal yang telah dikupas kulit diserahkan kepada Siwon. Pinggannya diletakkan diatas meja sebelum Hyuna hilang ke tandas untuk membasuh pisau. Sekelip mata epal tadi ditelan Siwon tanpa menyisakan sedikit pun.

“Tengahari nanti Sunggyu datang.” Mula Hyuna sebaik sahaja punggungnya menyentuh kerusi. Siwon memiringkan kepala sejurus dia mendengar perkara itu.

“Macam mana kalau dia benci abang?” Tanya Siwon lirih. Jarinya bermain dengan hujung baju bagi menghilangkan kegusaran yang mula timbul. Dia malu berhadapan dengan Sunggyu setelah apa yang dia lalukan.

“Dia tak akan benci abang. Sunggyu anak yang baik.” Hyuna cuba mengubah persepsi Siwon terhadap sunggyu. Walaupun Siwon dah buat macam – macam pada Sunggyu, dia tetap menghormati ayahnya.

“Macam mana awak yakin?”

“Sebab dia Kim Sunggyu.”

Siwon keliru. Wajahnya penuh dengan tanda tanya. Apa yang isterinya maksudkan? Siwon tidak nampak kaitannya.

“Abang tertinggal banyak anak kita membesar. Kalau abang nak tahu, Sunggyu tu anak yang taat. Semua permintaan abang dia patuh tak banyak bunyi. Bila saya tanya, dia cakap itu cara abang tunjukkan kasih sayang dan dia terima. Walaupun L dingin dengan dia, Sunggyu tetap sayang adik kembar dia.”

Selepas mendengar luahan Hyuna, Siwon tergamam. Sangkanya Sunggyu akan memberontak seperti mana orang lain. Tetapi Siwon silap. Sunggyu menganggap itu caranya memberi kasih sayang.

“Betul ke?”

“Ya, sebab tulah saya yakin dia tak pernah benci abang. Dia sayangkan abang.

“Knock..knock..”

Bunyi ketukan diluar menghentikan perbualan Siwon dan Hyuna, serentak dengan itu kepala mereka menoleh. Dua orang lelaki dengan pakaian pejabat masuk beriringan ke dalam. Terus Siwon terasa cuak bila matanya tak sengaja memandang Sunggyu, anaknya cuma tersenyum.

Daddy apa khabar?” Siwon menundukkan pandangannya bila Sunggyu menghulurkan tangan untuk bersalam.

Sedikit teragak agak, Siwon menyambut salam yang dihulurkan dan menyahut Sunggyu. Mulutnya masih terlalu kaku untuk bergerak. Kemudiannya mata Siwon menangkap sosok tubuh dibelakang Sunggyu bergerak kehadapan dan membungkuk.

“Tuan Kim apa khabar?” Daripada memanggil Siwon dengan sebutan daddy seperti mana disuruh suaminya, Woohyun lebih selesa memanggilnya dengan panggilan sebegitu. Dia takut Siwon marah kalau dipanggil daddy. Woohyun tak nak disebabkan dia, kesihatan Siwon memburuk.

Hyuna pula memilih untuk berdiam diri disisi Siwon seolah – olah memberi peluang kepada mereka untuk bermuhasabah. Pandangan teduh Siwon terisi dengan kerinduan yang membuak – buak, meyakinkan Hyuna terhadap kata hatinya. Kalau benar seperti yang difikirkan, tak lama lagi dia bakal mendapat semula keluarganya yang pernah hilang.

Daddy. Panggil daddy.

Diam. Tak ada satunsuara pun yang menyusul selepas Siwon bersuara. Ketiga mereka terkejut terutamanya Woohyun. Orang yang berkeras mahu memastikan hidupnya merana telah berubah. Apa yang mengejutkan Woohyun lagi, lelaki tua itu memintanya memanggil daddy. Panggilan yang paling dibenci Siwon.

 

“Siapa izinkan kau panggil aku daddy?! Aku tanya kau siapa yang izinkan! Sedar diri tu sikit!”

“Maaf, Tuan Kim.” Woohyun mencicit takut. Kepalanya tertunduk. Amarah Siwon begitu memuncak. Tak berani Woohyunmahu bertentang mata.

“Kau tak ada hak dan tak akan pernah berhak! Aku haramkan kau panggil aku dengan nama tu, faham!”

“Bbbaiklah Tuan Kim.”

 

“Woo,” Sunggyu menyenggol lembut sisi Woohyun, menarik semula perhatian Woohyun. Sentuhan tiba – tiba itu membuat Woohyun sedikit tersentak.

“Maaf, saya terleka.” Senyuman kekok mengembang diwajah Woohyun menutup malu. Woohyun dapat merasakan tatapan Sunggyu melubangkan sisi kepalanya tapi diabaikan Woohyun. Sunggyu mesti sedang mengagak apa yang bermain difikirannya.

Beg kertas yang dipegang mengingatkan Woohyun untuk diberikan kepada Siwon. Dengan keberanian yang ada, Woohyun maju kehadapan dan berhenti tepat disisi katil Siwon.

“Saya bawakan Tuan Kim epal sikit. Mommy cakap Tuan suka.” Ucap Woohyun penuh hati – hati takut disalah ertikan Siwon. Tangannya terhulur memberi beg kertas kepada Siwon, menanti bapa mertuanya untuk menyambut. Penantian itu membuat peluh sejuk memercik didahi Woohyun.

“Dia marah ke?”

Tak disangka, jari Siwon memegang kemas pergelangan tangan Woohyun yang terhulur lalu memandang tepat kedalam anak mata Woohyun. Manakala Woohyun yang sedang bertarung dengan debaran, takut – takut membalas pandangan Siwon. Namun setelah dia menjajarkan pandangan, hari Woohyun menjadi sayu melihat pandangan sedih dari Siwon. Kalau matanya tak menipu, Woohyun nampak sepasang mata tua itu digenangi dengan air mata.

“Maafkan daddy, Woohyun. Daddy minta maaf atas apa yang daddy buat pada kamu.” Jeda seketika memberi peluang pada Siwon untuk mengambil nafas ditengah senggukannya.

Daddy tahu perbuatan daddy tak layak dimaafkan. Tapi daddy merayu sangat, maafkanlah daddy.” Habis ego dan pangkat dibuang jauh semata demi sebuah kemaafan. Dosanya terlalu besar. Dia takut nyawanya ditarik sebelum dia sempat meminta ampun.

Tiada perkataan terkeluar dari mulut Woohyun. Seluruh tubuhnya kaku berdiri. Maaf? Wujudkah perkataan itu dalam kamus hidup Siwon?

Hyuna dan Sunggyu masing – masing berdebar menanti reaksi Woohyun. Sunggyu mahu membantu tetapi segera dibatalkan niatnya. Biarlah Woohyun berfikir sendiri sebelum membuat keputusan. Dia percaya pada Woohyun.

“Lepas apa yang terjadi, saya susah untuk berdiri semula. Kalau boleh diputarkan balik masa, saya berharap sangat saya tak pernah mengenali keluarga ini. Selepas dirogol, saya mengandung pula benih si perogol. Rentetan daripada itu, mak saya jatuh sakit dan pergi meninggalkan saya selama – lamanya. Tak lama lepas tu, anak saya pula pergi sebelum sempat saya pegang dia. Tapi itu semua bukan pengakhirannya. Tuan gantung saya tak bertali.”

Sunggyu mahu memeluk Woohyun tetapi dihalang ibunya dengan membisik, “Jangan ganggu. Biar diaorang selesaikan sendiri. Biar Woohyun lepaskan apa yang terbuku dihati dia.” Tak rela Sunggyu kembali semula ditempatnya berdiri dan kekal diam walaupun hatinya meronta – ronta mahu memeluk Woohyun yang sedang menangis sekarang.

“Selepas bertahun terpisah, kami dipertemukan semula. Tetapi itu cuma permulaan kepada keperitan hidup saya. L muncul semula disaat kami mahu memulakan buku baharu dan yang paling teruk, Tuan desak saya sampaikan suami saya salah faham dan meragui kejujuran dan cinta saya. Sekali lagi Tuan memisahkan kami disaat saya dan Sunggyu baru sahaja mengenali erti cinta.”

Air mata yang mengalir diseka perlahan oleh Woohyun dengan hujung jari. Terasa seperti sebiji batu berat diangkat dari bahunya selepas dia meluahkan isi hati. Lega.

“Tapi eomma selalu pesan kalau nak hidup yang bahagia, kunci dia ialah kemaafan.” Esakan Woohyun semakin mengecil.

“Saya maafkan daddy.”

Terkejut. Terharu.

Perasaan Siwon bercampur baur. Terselit satu perasaan aneh saat Woohyun memanggilnya dengan sebutan daddy. Sangkanya Woohyun akan membenci dirinya dan menolak untuk kemaafan. Selepas melihat rapuhnya Woohyun, Siwon baru sedar dia telah menghancurkan jiwa seorang yang tulus.

Dia memaksa tubuhnya menghampiri Woohyun lalu merengkuh tubuh tersebut ke dalam pelukannya. Berulang kali ucapan maaf bermain dilidah Siwon. Pemandangan yang meruntun jiwa itu disaksikan oleh Sunggyu dan Hyuna. Air mata yang mula terhasil diusir cepat oleh Sunggyu sebelum dia memeluk sekali membawa ibunya bersama untuk melengkapkan keluarga tersebut.

“Kalaulah Myungsoo ada, keluarga ni mesti sempurna.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?