SEMBILAN.

Kisah Geng Sekolah.

Pihak sekolah menghubungi pihak bomba kemudian. Tepat pulul 11:15 pagi, sekolah mereka didatangi oleh pihak bomba. Sebanyak 6 orang pasukan bomba datang ke sekolah mereka.Pihak sekolah menasihati pelajar supaya jangan panik. Hanya bertenang dan bersabar. Pihak bomba segera pergi ke tempat kejadian. Setelah seminit berlalu, punca bunyi letupan dijumpai di padang bola sepak seluas 10 meter persegi. Api jelas kelihatan membarak di tempat letupan itu.

Api terus dipadam sebelum membarak lebih besar lagi dan melibatkan kemudahan lain. Tepat pukul 11:25 pagi, api sudah dipadamkan. Masih jelas rumput terbakar.

“Encik, punca letupan bom sudah dikenal pasti. Jadi korang semua tak payah risau. Kami sudah padamkan api secepat mungkin,” kata seorang pegawai bomba, Mr. Leeteuk.

“Terima kasih,” ucap Mr. Kwang Soo.

“Sama-sama. Nasib baik para pelajar tidak mengalami sebarang kecederaan. Baiklah, kami pergi dulu,” kata Mr. Leeteuk.

Balik dari sekolah – rumah Ken.

“Macam mana sekolah,” tanya Lee Jaekwang, abang kepada Ken.

“Ada letupan, hyung!” Ken terus keluar dari bilk selepas menukar pakaian.

“Apa?” Jaekwang terkejut.

“Betul, hyung. Bom itu dijumpai dekat padang bola sepak. Nasib baik dekat padang. Kalau tak matilah jadinya,” luah Ken. Dia turun ke bilik ruang tamu.

“Yelah tu. Nasib baik takde cedera apa-apa,” balas Jaekwang sambil mengemas pasu bunga.

“Awak tahu tak hyung?” tanya Ken.

“Apadia?” tanya Jaekwang pula. Soalan berbalas dengan soalan.

“Kami sekelas bincang pasal bom itu. Semua orang dekat kelas kami heboh pasal tu,” cerita Ken.

“Ade orang letakkan bom kat situ ke?” tanya Jaekwang. Ken duduk di sofa memerhatikan abangnya.

“Itulah yang saya rasa, hyung. Kalau tak, macam mana bom ade kat situ? Nasib baik Ravi tak pengsan dek kerana letupan itu. Kesian dia tu. Asyik terkejut je,” balas Ken.

“Ade ke patut orang kat sekolah ni meletupkan bom kat tempat luas? Macam tak masuk akal je,” celah Jaekwang sambil duduk di sofa bertentangan dengan Ken.

“Ye tak ye jugak,” balas Ken.

“Kawan awak yang sorang tu terperanjat ke bila dengar bom tu?”

“Maksud hyung, Ravi?”

“Ya.”

“Jooheon-ssi cakap Ravi terkejut apabila dia tengah menulis pada papan tulis bila dengar bunyi bom kedengaran. Mereka semua dekat 4C terkejut tengok Ravi sekaligus terdengar bunyi bom. Cara Ravi terkejut tak ubah macam orang terkena kejutan elektrik. Terpaksalah Jooheon dan Jackson papah Ravi keluar dari kelas,” cerita Ken.

“Aigoo~ pasti jantung Ravi macam nak gugur je,” balas Jaekwang.

“Yelah tu. Jackson juga cakap kapur yang Ravi pakai untuk menulis terpatah dua,” sambung Ken.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3