LIMA BELAS.

Kisah Geng Sekolah.

Mr. Kim mengetuk pintu bilik anaknya, Yulhee. “Tok! Tok! Tok!” bunyi pintu diketuk. “Yulhee sweetie, ni appa. Boleh appa masuk?” tawar appanya.

Pintu bilik dibuka. Appanya terus masuk, lalu menghampiri anak gadisnya yang menangis dek kerana kejadian siang tadi. “Yulhee, appa kat sini untuk tenangkan kamu, nak,” kata appanya dengan lembut. Dia memeluk anak gadisnya yang kesedihan. “Appa, Yulhee takde kawan lagilah. Geng unnie Laboum dah bencikan Yulhee. Mereka sangat mementingkan diri sendiri,” luah Yulhee sambil tangannya mengusap belakang appanya.

“Dah, dah, sweetie. Appa faham, nak,” pujuk Mr. Kim.

“Yulhee tak sangka mereka benci Yulhee. Pasal Yulhee dapat straight A dalam PT3, mereka tak datang untuk ucapkan tahniah. Cuma Leo oppa sanggup datang. Dia bagi hadiah kepada Yulhee. Dia benar-benar memahami saya dengan mendalam,” luah Yulhee.

“Leo budak baik kan?” tanya appanya. Yulhee mengangguk. Pelukannya dilepas. Appanya memberi sekeping tisu kepada Yulhee untuk mengesat matanya.

“Kan bagus kalau sweetie bawak dia di rumah kita? Bolehlah omma berkenalan dengan dia,” suara omma Yulhee muncul keluar. Dia masuk ke bilik Yulhee.

“Hmm,… lain kali saya jemput Leo oppa untuk perkenalkan kepada omma,” kata Yulhee sambil memandang appanya. “Boleh tak appa?” soalnya.

“Boleh, takde masalah. Sweetie kan tak mahu apply asrama dah,” balas Mr. Kim.

“Yelah, appa. Yulhee dah malas tinggal asrama. Biarlah budak Form 1 apply asrama. Yulhee tak kisah, kan rumah kita tak jauh sangat.”

“Baguslah kalau begitu,” balas Mrs. Kim.

Selepas hari pendaftaran Tingkatan 4…

Yulhee bertembung dengan Leo di koridor Blok C. Ibu bapa Yulhee terperanjat. “Omma, appa. Inilah Leo oppa yang pernah Yulhee ceritakan dulu,” kata Yulhee sambil menarik lengan Leo supaya dia dapat menghadap ibu bapa Yulhee.

Leo menudukkan badannya. “Selamat pagi, pak cik dan mak cik.”

“Selamat pagi. Apa khabar?” Mrs. Kim menyahut sapaan Leo.

“Khabar baik, mak cik,” balas Leo dengan bersopan santun. Ketika itu, Mrs. Jung datang bersama Mr. Jung. “Omma, appa, saya bertemu Yulhee. Dialah orangnya,” kata Leo sambil menunjukkan Yulhee di depan ibu bapanya.

“Anak bujang kami suka dengan anak gadis awak. Sungguh tak sangka,” kata Mrs. Jung.

“Yelah kan. Mari datang ke rumah saya. Bawa Leo sekali, budak ni baik sangat. Kacak betul dia,” ajak Mr. Kim. “Ye, kami mahu,” kata Mr. Jung memandang isterinya. Mrs. Jung pun tersenyum. Leo turut senyum.

Di rumah Yulhee.

“Masuklah, jangan malu-malu,” pelawa Mrs. Kim. Yulhee segera membuat minuman kepada bakal menantunya. “Anak kami tengah buat air, sementara tunggu dia, saya nak tanya Leo dulu,” Mr. Kim membuka ‘temuduga’ kepada Leo. Mereka duduk di ruang tamu.

“Macam mana awak bertemu dengan Yulhee buat kali pertama?”

“Saya terlanggar Yulhee. Masa tu Yulhee datang dengan membawa banyak buku. Tapi saya tak sempat tanya nama dia. Dia terus blah macam tu.”

“Pernahkah awak mendampingi dia?”

“Ya. Dia selalu datang untuk berdating dengan saya. Dia kata kawan-kawannya sibuk dengan hal persendirian dan jarang mendengar isi hatinya. Saya pun menjadi pendengar setia Yulhee. Saya dengar masalah dia. Kemudian saya beri nasihat.”

Ketika itu Yulhee datang menatang teh dan biskut. Kemudian dia menuangkan teh dari teko pada cawan. Kemudian cawan itu diagihkan kepada tetamu.

“Apa yang appa tanya dekat Leo oppa tadi?” soal Yulhee.

“Sejarah pertemuan pertama kamu berdua,” balas Mr. Kim, mengukir senyuman di bibirnya.

“Apa kata, kamu berdua jadi kekasih. Kamu dah terbiasa dengan Leo. Kami sangat rekomen kalau kamu bercinta dengan dia. Selepas Leo mencapai umur 20 tahun, mintalah restu tau!” cadang Mrs. Jung.

“Betul. Sokong cadangan bakal mentuamu,” kata omma Yulhee.

“Ya. Saya mahu,” balas Yulhee.

Hari pertama masuk sekolah,…

Para pelajar berpusu-pusu datang ke dewan sekolah seluas 60 ekar persegi. Pengetua sekolah pun memulakan ucapan pertama sinonim dengan hari pertama.

Selepas perhimpunan, sekali lagi Leo bertembung dengan Yulhee. Leo tengah berjalan bersama geng VIXX yang lain. “Apa khabar semua,” sahut Yulhee dari belakang.

“Khabar baik. Awak kelas mana?” tanya Ken.

“Kelas 4A! He he,” balas Yulhee.

“Kelas 4A? Kenapa tak nak kelas lain?” soal Hongbin.

“Nak samakan dengan subjek Leo oppa. Selain itu saya nak jadi doktor,” kata Yulhee dengan gembira.

“Bagus pilihan awak. Kelas 4A merupakan aliran kelas Sains. Awak jadi doktor, memang patut awak ambil Biologi, Kimia dan Fizik,” celah N sambil tersenyum. Tapi senyuman N sangat berseri-seri hingga hati orang boleh cair – melting!

“Yulhee, awak masih tinggal kat asrama?” tanya Hyuk.

“Tak lagi. Sekarang saya bebas dari mereka,” kata Yulhee.

“Bebas? Apa maksud awak?” tanya Ravi, cuak.

“Saya keluar dari geng Laboum. Mereka sangat pentingkan diri sendiri,” balas Yulhee dengan muram.

“Oh, patutlah Taekwoonie cerita kat saya yang awak putuskan hubungan dengan mereka,” sampuk N.

“Bila?” tanya Hongbin.

“Lepas dapat result PT3 hari tu. Mereka tak datang. Cuma Leo oppa datang dengan menghadiahi saya sejambak bunga dan ucapkan tahniah. Tak caya? Tanya Hyuk jelah. Dia saksikan masa tu.”

“Betul hyung. Aku, V dan Kookie terjerit-jerit masa tu. Sangat romantik,” sampuk Hyuk.

“Kesian betul. Kalau Sejeong berada di tempat awak, pasti dia membuat perkara yang sama macam yang awak alami sekarang. Dia sanggup keluar dari geng Gugudan semata-mata untuk jadi yeochin saya,” jelas Hongbin.

“Tak akan berlaku punyalah,” sampuk Ken.

“Taklah. Just bayangkan jer,” celah Hongbin sambil meletakkan tangan kiri pada bahu Ken.

“Yelah tu,” balas Ken sambil tersenyum.

“Hai Yulhee!!” sapa Tzuyu dari belakang.

“Hai Tzuyu! Apa khabar?” Yulhee menyahut sapaan Tzuyu.

“Baik. Awak kelas mana?” soal Tzuyu juga.

“Kelas 4A. Awak pulak?” Yulhee turut menyoal. Tzuyu terus terkejut.

“Eh, samalah! Saya juga kelas 4A,” balas Tzuyu dengan gembira.

“Wah, kita sama kelaslah. Tak sangka betul,” kata Yulhee. Mereka terus gembira.

“Bila masa awak dan Tzuyu berkawan?” tanya Ravi apabila melihat 2 yeoja berada dalam dunianya sendiri.

“Hello! Kami sama kelaslah, 3C dulu. Kami berkawan baik dan hanya saya tak pernah buli dia,” jelas Tzuyu.

“Boleh percaya ke?” celah Ken.

“Saya tak mahu terikut-ikut dengan unnie TWICE yang menjadi geng buli. Masa mereka belasah geng Laboum tu, saya baru bangun dari katil selepas tidur selama 3 jam. Jadi saya terdengar suara mereka dan pergi ke gelanggang bola jaring. Tapi Cikgu Fany dan Cikgu Sooyoung sudah datang, dan saya sempat melihat mereka yang agak ‘kotor’ itu,” terang Tzuyu.

“Jadi, awak dah insaflah ni?” tanya Hongbin.

“Betul. Puas saya nasihati mereka, tapi berdegil. Jadi saya letih untuk menasihati mereka. Biarlah mereka menjahati orang. Saya tak libatkan diri lagi dah. Ayah saya kata begitu. Katanya lebih baik sarang tebuan jangan dijolok,” kata Tzuyu.

“Baguslah awak dah bertaubat,” celah Ravi.

“Ya. Yang penting masa depan,” balas Tzuyu sambil merangkul bahu Yulhee.

“Mari masuk kelas, Yulhee,” ajak Tzuyu. “Hei, jom masuk kelas jugak,” ajak Ravi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3