EMPAT PULUH TIGA.

Kisah Geng Sekolah.

2 minggu kemudian, sekolah pun dibuka semula. Semua pelajar berasa teruja dan dapat bertemu kembali setelah 2 minggu bercuti. Kelas pun bermula seperti biasa. Cikgu Hyoyeon pun kembali mengajar anak muridnya seperti biasa. Keretanya siap dibaiki. Macam kereta baru beli. Cikgu Hyoyeon paling gembira. Guru-guru lain pun tumpang gembira.

“Cikgu, kereta cikgu dah siap baiki ke?” tanya Hongbin. Dia baru perasan guru kelasnya tidak bermenung. Dia kembali cergas ketika dia mengambil kehadiran anak muridnya.

“Ya. Macam kereta baru rasanya. Yang bahagian digores tu ditukar kepada yang baru. Kesan contengan itu sudah hilang. Badan kereta siap disembur. Cermin depan turut diganti dengan yang baru. Tu yang cikgu excited sangat nak mengajar korang semua,” balas CIkgu Hyoyeon.

“Baguslah, cikgu. Taklah kereta kesayangan cikgu dibiarkan rosak macam nie saja,” kata Bambam.

“Hmm… bagus juga. Sekarang cikgu tak sedih lagi. Bolehlah kita teruskan pembelajaran dalam kelas,” celah Sejeong.

“Yelah. Cikgu kene ajar korang topik-topik yang masih bernasi di balik kerak itu. Tak lama lagi korang menghadapi percubaan SPM. Jadi kena cepat habis, sebab ada masa untuk korang membuat ulang kaji,” jelas Cikgu Hyoyeon sambil menutup buku rekod kedatangan kelas.

“Ya!!” sahut pelajar yang lain.

“Hmm… kalau begitu, baiklah. Kita kene teruskan topik sebelum terlambat.”

“Woi! Hongbinie!! Sinilah!! Takkanlah sesat pulak,” jerit N sambil melambaikan tangannya ke arah Hongbin.

“Ne ne ne, kejap!! Haiya!” kata Hongbin sambil menghampiri meja yang selalu diduduki oleh geng VIXX.

“Ingatkan kau sesat pulak,” balas Hyuk dengan tangannya memegang cakar ayam goreng.

“Eleh, kat situ crowded lah. Tu yang aku cari jalan alternatif. Hish! Tu pun nak tanya jugak ke?” balas Hongbin sambil makanannya selamat mendarat di meja.

“Yelah tu,” balas N sambil menghirup banana milk.

10 minit kemudian…

“Woi, guys! Ade ‘bencana alam’ kat sini ke?” tanya Leo sambil menunjukkan bahagian luar kantin yang terlibat. Beberapa orang pelajar berkumpul di situ.

“Hmm… ‘Bencana alam’ yang kau maksudkan adalah ini?” Ravi menundingkan jarinya ke arah bahagian luar kantin.

“Ape kes? Orang tengah makan pun tak senang,” rungut Ken sambil tergigit chopsticknya.

“Haish!! Kacau daun betulla!” N marah. Mereka segera berdiri. Hilang selera makan!

“Jom kita pergi tengok! Aduh! Ada-ada je!” ajak Ravi.

Mereka berenam datang untuk melihat geng Laboum dipukul dengan teruk oleh geng TWICE. “Rapmon sunbaenim, pahal ni?” tanya Ken.

“Tu, orang tak tahu malu pukul geng Laboum macam nie,” balas Rapmon sambil mengeleng.

“Ada inform kat cikgu tak?” tanya Leo.

“Rasanya tak boleh kot. Nanti mereka bertambah marah,” sampuk JB berhampiran dengan mereka.

“Eh kejap – bukan budak TWICE tu dah kena bagi warning ke? Kenapa masih berbuat jahat? Tak macam korang dulu?” soal Hongbin kepada Rapmon.

“Kami lain, diorang lain, Hongbin-ssi. Mereka tu diberi nasihat dan teguran pun didengar ada, dipakai tidak. Adeh, sampai bila berlanjutan nie?” balas Rapmon dengan mengeluh.

“Kalau tak bagitahu cikgu, biar macam tu je? Ini dah masuk kes jenayah macam nie,” celah Ravi.

“Kami bersumpah akan menamatkan riwayat korang yang miskin!!!” jerit Jihyo sambil melayangkan dulang yang berukuran 50cmx70cm dan hinggap di badan Yujeong yang kesakitan pada rumput. Kawan-kawan yang lain turut memukul geng Laboum tanpa ‘mercy’ di mata mereka.

“Jangan tercegat di situ aje! Jomlah tolong budak Laboum tu!!” jerit Chanyeol sambil tangannya dikepalkan penumbuk.

“Jangan hyung! Mereka mungkin bawak pisau tau!” sergah Sehun.

“Kau biar betulla. Diorang tu ganas dan berbahaya. Kalau mereka bawak pisau nanti  haa, kena kelar leher pulak,” sampuk D.O.

“Adeh! Nak buat cam mana?” tanya Kai.

“Haa, aku ada idea. Kita tangkap gambar budak TWICE yang belasah orang. Dah tu kita sebarkan dekat guru-guru termasuk cikgu pengetua,” cadang Jackson.

“Nanti budak TWICE terperasan tu macam mana?” soal Bambam.

“Betullah, nanti tak pasal-pasal Iphone kau tu dilenyekkan macam buat ayam penyet,” kata Leo. Jackson mengeluh.

“Kau gila ke?” bentak Jooheon. (Tapi memang betul cakap Leo)

“Betul jugak. Iphone aku bukannya murah macam beli buku rujukan add math,” kata Jackson. Terbatal idea Jackson serta-merta.

“Eh, tu Cikgu Taeyeon,” sergah Chen sambil melambaikan tangannya kepada Cikgu Taeyeon.

“Cikgu!! Datang sini!!” jerit N dengan mengesa guru kelasnya datang ke tempat mereka.

“Apa jadi? Apa jadi?!” tanya Cikgu Taeyeon kepada geng-geng mereka.

“Mereka belasah budak Laboum! Cepat hentikan!!” arah Ravi dengan panik.

“Sabar, sabar. Bagitahu cikgu, apa sebenarnya yang berlaku?” tanya Cikgu Taeyeon.

“Kami nampak budak TWICE membelasah budak Laboum tanpa belas kasihan, cikgu. Dan kami datang ke sini tengok kejadian itu,” cerita JB. Cikgu Taeyeon mengangguk.

“Okey. N, pergi jumpa Cikgu Wendy. Cakap yang Cikgu Taeyeon panggil. Dia ada dekat ofis. Kalau nak bawak kawan untuk teman pun boleh,” arah Cikgu Taeyeon.

“Takpe, cikgu. N kan lelaki. Biarlah saya pergi jumpa Cikgu Wendy. Kejap tau!” balas N dengan langkahnya menuju ke blok pentadbiran untuk pergi ke pejabat Cikgu Wendy. (Cepatlah!)

Di pejabat HEP.

“Tok! tok!” pintu pejabat diketuk. “Nae~ masuk,” arah Cikgu Wendy. N pun membuka pintunya untuk masuk.

“Annyeonghaseyo, cikgu. Ada kejadian yang berlaku di luar kantin. Cikgu Taeyeon suruh saya panggil cikgu,” N buat aduan sambil duduk berhadapan dengan Cikgu Wendy.

“Apa? Ada kejadian ke, N?” tanya Cikgu Wendy sambil terkejut. Wanita yang bersanggul tinggi dan berpakaian tak ubah macam kerani (blaus lengan panjang dan skrit paras lutut berwarna coklat) begitu tidak percaya dengan aduan yang N buat.

“Yelah, cikgu. Masa tu Cikgu Taeyeon tengah leraikan situasi dan saya perlu bawak cikgu ke sana. Jomlah!” ajak N. Cikgu Wendy segera memakai kasut tumit tinggi dan mengekori N ke tempat kejadian.

Ketika N dan Cikgu Wendy baru keluar dari pejabat HEP, mereka berdua ditegur oleh Cikgu Seulgi. “Nak ke mana kamu berdua? Apesal rushing-rushing?” tanya dia.

“Budak ni cakap ada kejadian kat luar kantin. Tu yang saya rushing sangat ni bah,” jawab Cikgu Wendy.

“Cikgu Taeyeon suruh saya bawak Cikgu Wendy ke sana. Lapan budak TWICE sedang membelasah lima budak Laboum di sana,” sempat pula N maklumkan kejadian tadi. Berganda kejutan dari gurunya.

“Cikgu nak ikut?” tanya Cikgu Wendy.

“Alang-alang saya dekat sini, saya ikut jelah. Tu pun kalau N tak kesah, iye tak N?” balas Cikgu Seulgi dengan menoleh muka N (pelajar yang comel).

“N tak kesah pun. Lagi senang kerja Cikgu Taeyeon nanti. Jomlah, nanti dia tertunggu-tunggu,” ajak N dengan mengesa 2 orang gurunya ke tempat tadi.

“Hah, Cikgu Taeyeon-ssi! Apahal?” soal Cikgu Wendy yang baru sampai. Dia bersama dengan Cikgu Seulgi dan N. (Budak VIXX sudah balik kelas; tinggal N)

“Saya tengah larang mereka, tapi mereka melawan cakap cikgu!” balas Cikgu Taeyeon dengan marahnya.

“Ya rabbi!!! Makin berleluasa je perangai korang nie! Tengok perbuatan korang, tak ubah macam samseng jalanan lagi tu. Ikut cikgu ke bilik pengetua! Ppalli!!” desak Cikgu Wendy sambil menarik tangan Jihyo.

“TAK NAK! CIKGU! KAMI TAK NAK!!!!!” jerit yang lain. Para pelajar sudah kembali ke kelas. (Kecuali budak Laboum kerana dibawa oleh budak EXO ke bilik kesihatan.)

“Sudah!! Jangan nak berdegil!!! Ikut sekarang!!” desak N dengan marahnya.

“TAK NAK!!!!” jerit Dahyun sambil mengacukan pisau kepada N. “Watch out!!!” Cikgu Wendy memberi ‘amaran’ kepada pelajar comelnya. Sampai N terkedu dibuatnya.

“Wah, berani kamu ya!” Cikgu Taeyeon bercekak pinggang. Dia tak sanggup melihat N jadi mangsa seterusnya.

“Kalau cikgu hantar kami, namja hodoh ni kami bunuh!!” bentak Dahyun sambil menangkap N dan pisau diacukan tepat pada leher N.

“Alamak, macam mana ni, cikgu,” balas Cikgu Taeyeon sambil menoleh ke arah 2 rakan seperjuangannya dan anak muridnya yang seorang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3