LIMA.

Kisah Geng Sekolah.

Haebin, Soyee dan Mimi sedang duduk mengulang kaji di perpustakaan. Mereka ternampak Hongbin dan Sejeong duduk berdua-duaan di belakang sekali yang berhampiran dengan bilik ICT.

“Mereka berdua nampak mesra kan?” Mimi menarik muka cemburu.

“Yelah. Siang dan malam berdating je kerjanya,” jawab Haebin sambil bukunya dipegang hingga paras matanya.

“Betul tu. Jealous saya tengok,” sampuk Soyee.

Pada masa itu, Yulhee bertembung dengan Leo di sebalik rak buku.

“Eh, awak ke yang langgar saya hari tu?” soal Yulhee.

“Oh, erm… ye…,” gugup Leo menjawab.

“Tak sangka kita bertemu lagi. Nama saya Kim Yulhee. Panggil saya Yulhee,” ucap Yulhee memperkenalkan diri.

“Saya Jung Taekwoon. Panggil saya Leo oppa,” giliran Leo memperkenalkan dirinya.

“Boleh teman saya, Leo oppa?” pinta Yulhee.

“Ke mana?” soal Leo.

“Ikut saya. Jom,” Yulhee menarik tangan Leo ke tempat duduknya. Beberapa buah buku dan alat tulis di atas meja.

“Apa mimpi saya sampai dibawa oleh Yulhee?” bisik hatinya.

“Awak duduk sini,” Yulhee mempersilakan pelajar seniornya duduk. Yulhee sempat menarik kerusi untuk Leo duduk. Kemudian, Yulhee duduk bertentangan dengan Leo.

“Yulhee/Leo oppa,” kedua-duanya cakap serentak. “Emm, awak dulu. Ladies first,” ucap Leo dengan mengenyitkan matanya. Dia betul-betul hormat akan pelajar perempuan. Dia utamakan perempuan sebelum dirinya. (Patutlah Leo sangat popular di kalangan pelajar lelaki)

“Hmm,… awak kelas mana?” soal Yulhee.

“Kelas 4A,” jawab Leo.

“Saya kelas 3C,” celah Yulhee.

“Awak ambil exam PT3 kan?” soal Leo pula.

“Ya. Bulan 10 ada exam PT3. Awak bila ambil exam SPM?” kali ini Yulhee bertanya.

“Tahun depan, bulan 11,” jawab Leo berseri-seri.

“Wah, lama juga. Tapi best, sebab banyak yang kena belajar,” kata Yulhee.

“Yelah tu,” kata Leo sambil membuka bukunya.

Ketika itu, N, Ken dan Ravi datang.

“Leo hyung, itu yeoja yang langgar kau hari tu ke?” tanya Ravi.

“Ye. Namanya Yulhee,” jawab Leo.

“Annyeonghaseyo, saya Kim Yulhee. Selamat berkenalan,” Yulhee berdiri dan menundukkan badan 90°.

“Annyeonghaseyo! Saya Lee Jaehwan, budak kelas 4A yang comel! Panggil saya Ken,” Ken tampil memperkenalkan diri.

“Saya Kim Wonshik. Panggil saya Ravi atau Kim Ravi,” ucap Ravi pula.

“Saya Cha Hakyeon. Sama kelas dengan Leo dan Ken. Panggil saya N,” giliran N pula.

“Korang duduklah. Macam ‘awkward’ je kami berdua saja,” Yulhee mempersilakan ketiga-tiga namja itu duduk.

“Betul ke?” soal Ken pula. N tarik kerusi untuk duduk.

“Kau ni, orang bagi tempat duduk. Duduk jelah. Ke kau nak duduk bersila kat lantai?” sergah N.

“Maaf ye Yulhee. Ken hyung ni macam ni je perangainya. Muka macam tak suka duduk dengan yeoja. Silap-silap cakap nak date,” sindir Ravi sambil menarik kerusinya sekali. Ken akur lalu menarik kerusi di sebelah Ravi.

Yulhee mengangguk sambil tersenyum. “Korang ni bestfriend sejak kecil ke?” soal Yulhee.

“Ya. Kami sekarang tinggal di asrama, tapi N-ssi dan Hyuk tak suka tinggal asrama. Mereka tinggal dengan parents masing-masing,” jelas Ravi.

“Rumah saya dekat jer. Jalan kaki setiap hari. Tak perlu tinggal asrama,” jawab N sambil membuka bukunya.

“Asrama sekolah kita terhad, sebab bilik asrama tidak cukup untuk semua pelajar,” celah Ken pula.

“Saya tinggal di asrama, tapi saya sering ulang-alik ke rumah saya,” kata Yulhee pula.

“Oh, begitu,” kata Ravi.

Sebulan kemudian, Yujeong, Soyeon, ZN, Haein dan Solbin menunggu kedatangan Yulhee untuk pergi beli-belah.

“Sorry, lambat. Korang dah lama sampai?” Yulhee datang ke arah mereka berlima.

“Taklah, kami baru je sampai,” kata Solbin. “Jom, kita pergi,” ajak Haein.

Fantasia Shopping Mall. (Outing cuti sekolah)

Mereka berenam duduk di Latte café setelah penat membeli-belah. Sedang mereka minum, Yulhee ternampak Leo yang duduk bersama geng-gengnya di meja lain.

“Kejap tau, saya pergi sana.”

“Apehal dia ni? Akhir-akhir ni lain macam je Yulhee,” ZN tercenggang melihat Yulhee yang beralih ke tempat Leo.

“Annyeonghaseyo!” tegur Yulhee kepada Leo dan geng-gengnya.

“Wah, tak sangka awak datang,” sapa Leo.

“Ye. Saya beli-belah dengan geng saya, alang-alang dah nampak, saya pun tegurlah,” jawab Yulhee.

“Kami pun jalan-jalan kat sini,” kata Ken pula.

“Eh, hyung. Ni siapa?” tanya Hyuk.

“Namanya Kim Yulhee. Panggil je Yulhee. Dia junior kita,” kata Leo.

“Annyeonghaseyo, saya Han Sanghyuk. Saya juga junior. Kelas saya 3B,” Hyuk memperkenalkan dirinya.

“Nama saya Lee Hongbin. Kelas saya 4D. Panggil saya Hongbin jer. Jangan panggil saya Kong,” Hongbin juga memperkenalkan dirinya. Yulhee tertawa kecil.

“Kalau saya penggil awak Bean, awak okey tak?” kali ni Yulhee tanya Hongbin pula.

“Ya. Bean pun bolehlah. Mr. Bean janganlah,” Hongbin juga tertawa.

“Amboi amboi, banyak songeh jugak Hongbinie,” N juga bersuara.

“Jomlah, makan dengan kami,” pelawa Ravi.

“Eh, takpe. Lagipun saya dah makan dengan geng saya. Saje nak tengok Leo oppa. Itu dah cukup. Ok, saya blah. Jumpa esok, annyeong,” ucap Yulhee.

Setelah Yulhee pergi, Hongbin memandang Leo.

“Hyung, dia tu awek kau ke?” soal Hongbin sambil menghirup secawan kopi susu berkaramel.

“Ya. Dia tu awek aku. Aku tengok dia macam baik je.” Leo mengelap mulutnya dengan tisu.

“Ooh, tak sangka kau suka dia,” sampuk Hyuk.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3