LAPAN.

Kisah Geng Sekolah.

Tiga hari kemudian, Hongbin dan Sejeong berdating dekat taman. Jihyo menghendap di sebalik pokok itu terkejut apabila Sejeong pegang tangan Hongbin. Dia berasa geram dengan tindakan Sejeong. Bagi Jihyo, Hongbin adalah crushnya. Dia berasa marah apabila Sejeong berdua-duaan dengan Hongbin.

“Cis, perempuan kotor rampas crush aku! Aku tak boleh berdiam diri. Aku harus putuskan hubungan mereka. Tapi, macam mana?” rungut Jihyo dalam hati.

Jihyo berfikir sejenak. “Besok aku fitnah Sejeong. Kononnya Hongbin oppa ade kekasih. Pasti dia tidak berani dekat dengan Hongbin, he he he~,” kata Jihyo sambil mengukir senyuman jahat di bbirnya.

Keesokkan harinya. Hari Jumaat, di kelas 4D.

“Sejeong, aku nak bagitahu ni,” tutur Solbin kepada Sejeong.

“Nae. Apadia?” Sejeong ingin tahu,

“Si Jihyo tu menfitnah kau. Aku dan ZN sempat mendengar perbualan Jihyo dan geng-geng sekepala. Mereka sebarkan fitnah, kononnya Hongbin ade GF baru,” cerita Solbin.

“Betuk ke?” terkejut Sejeong dibuatnya. Riak wajahnya turut berubah.

“Ye. Kami berdua terkejut selepas curi dengar. Dah tu, barulah nak inform kat kau,” sampuk ZN tiba-tiba.

“Apa korang cakap?” suara garau Hongbin muncul keluar.

“Eh, Hongbin-ah, Si Jihyo tu fitnah dekat Sejeong,” kata ZN.

“Ha? Biar betul?” Hongbin terkejut.

“Yelah. Aku rasa, Sejeong difitnah oleh Si Jihyo yang bengis. Kononnya, kau ade gf baru,” cerita Solbin pula disampaikan kepada Hongbin.

“Aku tak percaya cerita bohong Jihyo tu,” terus Hongbin tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Solbin.

“Baru cerita sekali cakap tak percaya?” ZN hairan.

“Yelah. Aku mane ade gf lain. Sesedap je dia tu. Aku ada Sejeong sorang. Tak nak orang lain. Perangai dia tu, korang faham-faham ajelah,” kata Hongbin dengan panjang lebar.

Hongbin membelai belakang badan Sejeong. “Jangan percaya dengan fitnah Jihyo, Sejeong. Kita tetap lanjutkan hubungan kita. Bila orang lain bersikap dengki, kita terus melawan dengan cara yang baik,” pujuk Hongbin untuk menenangkan Sejeong.

“Okey, oppa. Saya tak akan percaya. Promise?”

“Yes. Promise.”

“Harap-harap hubungan intim korang ni berlanjutan sampai bila-bila,” ujar ZN.

“Ye. Bersabarlah menerima dugaan,” celah Solbin.

Hongbin tersenyum lebar. ZN dan Solbin menarik nafas lega. Kalau tidak, sampai bila Sejeong difitnah begitu. Nasib baik ada kawan yang sedia membantu.

Di kelas 4A.

“N-ssi, pinjam buku chemist kau,” pinta Kihyun.

“Huh? Buku apa? Buku teks ke buku latihan?” soal N sambil menulis.

“Hish, buku latihanlah. Soalan pebenda kau ni,” desak Kihyun.

Apalagi, N keluarkan buku latihan Kimia dalam begnya. Lalu dihulurkan kepada Kihyun. “Kau nak tiru ke?” soal N lagi sambil tangan kanannya pegang pen.

“Aniya. Saje nak pinjam. Nak bandingkan dengan jawapan aku ni. Bab pasal molekul apa semua. Bukan nak tiru. Kenapa? Takut tak cun jawapannya,” balas Kihyun sambil membelek-belek buku Kimia milik N.

“Kau tengok sendiri je. Aku tak pasti jawapan aku ni betul atau tak,” balas N dengan selamba.

“Oi~ pinjam tempat kau, Ken-ssi,” Shownu datang ke tempat Ken.

“Buku aku ni berlambak-lambak kau nak pinjam ke. Bawak meja kau, sambung dengan meja aku sekali. Kan luas?” kali ni cadangan Ken membuatkan Shownu melopong. “Betul jugak. Alang-alang kau duduk belakang aku, aku sambung je meja aku sekejap. Lepas tu baru susun balik,” ujar Shownu sambil mengangkat kerusinya ke tepi meja N. Shownu menyambung mejanya sehingga mencecah meja Ken. Shownu mengambil semula kerusinya ke tempatnya.

“Aik? Bila masa kau sambung meja?” ujar Chanyeol.

“Ape? Tak boleh ke?” kata Shownu sambil membuka pencil case untuk mengambil pen hitam. Dia membuka buku tulisnya untuk menulis nota.

“Oh, boleh boleh,” kata Chanyeol sambil tersengih-sengih.

“Taekwoon-ah,” panggil Xiumin.

“Nae~” Leo menoleh Xiumin. “Pinjam correction tape kau. Aku punye dah habis,” pinta Xiumin.

“Nah,” terus Leo menghulurkan correction tape kepada Xiumin.

“Thanks, love you,” ujar Xiumin sambil berseri-seri.

“Tak perlu basa basi, eee…” Leo tersenyum sinis. Xiumin tersipu-sipu malu.

“BOOM!!” bunyi yang mengegarkan seluruh warga sekolah dan para pelajar. Bunyi letupan yang kuat tak ubah macam bunyi meriam. Nasib baik para pelajar berada dalam kelas.

“Kamu semua sila bertenang!” suara nyaring pengetua kedengaran di kawasan sekolah. “Berkumpul di lokasi kecemasan sekarang!” sambung pengetua itu. Pengetua umumkan melalui megaphone yang dipasang di blok-blok sekolah.

Para pelajar berkumpul di lokasi kecemasan seperti diarahkan. Semua guru, tak kira berada di kantin, bilik guru dan kelas-kelas turut berkumpul. Tepat pukul 11:00 pagi, lokasi kecemasan seluas 55 ekar persegi dipenuhi oleh para pelajar dan guru sekalian.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3