DUA PULUH TIGA.

Kisah Geng Sekolah.

“Yulhee, awak free tak malam ni?” tanya Leo kepada Yulhee. Mereka bertemu di luar kelas 4A. “Ye. Saya free malam nanti. Tak banyak homework sangat,” ujar Yulhee.

“Omma dan appa saya mengajak awak makan malam dengan kami,” kata Leo. Kalau ajakan dari namchinnya, dia takde alasan untuk menolak. Terus setuju.

“Okey. Saya mahu. Nanti saya cari baju yang sesuai untuk dinner bila balik dari sekolah,” kata Yulhee.

“Kalau begitu, saya balik kelas dulu. Jumpa malam nanti,” ucap Leo lalu dia meninggalkan kelas 4A.

Sekali lagi Yulhee tersenyum puas. Dia tak sangka namchinnya mengajaknya makan malam bersama. Dia akan menghebohkan hal ni kepada Tzuyu.

“Tzuyu, awak tau tak Leo oppa ajak saya makan dinner dengan keluarganya, saya gembira sangat!” cerita Tzuyu.

“Wah! Bagus betul! Awak terima tak ajakan dia?” Tzuyu pun tumpang gembira.

“Saya terima terus!” jawab Yulhee.

“All the best untuk dinner, okey?” kata Tzuyu sambil tersenyum.

Balik dari sekolah, Yulhee membuka ‘wardrobe’ untuk mencari baju yang sesuai untuk malam nanti. “Hmm… baju yang mana agak cocok untuk malam nanti?” fikir Yulhee.

“Check satu per satu dulu,” katanya sendirian.

Yulhee mengambil gaun yang berwarna kelabu dan sedikit hiasan ‘floral’ di bahagian bawahnya. Dia memegang gaun di hadapan sambil melihat cermin. Kalau tidak cocok, baju itu diletakkan ke tepi. (Pendek kata Yulhee rambang mata – susah nak pilih!)

Hampir 10 jenis gaun yang designnya menarik, tetapi tidak ada satu pun yang cocok. Perbuatan Yulhee dilihat oleh ommanya. “Apa yang sweetie buat?” tanya Mrs. Kim.

“Omma, Yulhee nak cari baju yang cocok untuk pergi dinner bersama dengan keluarga Leo oppa,” kata Yulhee. Di tangannya memegang sehelai gaun biru dengan design ‘bling-bling’.

“Ok. Dah dapat pilih ke belum?” tanya Mrs. Kim.

“Belum, omma. Oh ya, baju ni cocok dengan Yulhee tak?” Yulhee menayangkan gaun biru ‘bling-bling’ di hadapan ommanya. Ommanya berfikir sejenak.

“Dress ni sangat cocok,” jawab Mrs. Kim. Dia berpuas hati. Harap-harap anaknya tidak berubah fikiran.

“Betul ke! Thanks omma kerana tolong pilih untuk Yulhee,” balas Yulhee sambil melihat dirinya pada cermin dengan memegang gaun yang telah dipegangnya tadi.

“Omma tau kamu susah buat keputusan. Bab dress ni kamu rambang mata,” kata Mrs. Kim. “Oh ya, malam nanti kamu bersolek ya sebelum pergi dinner. Gerenti Leo terpukau melihat kecantikan kamu,” pesan Mrs. Kim.

“Okey! Yulhee akan bersolek kali ni,” balas Yulhee sambil tersenyum.

“Dah, dress lain kamu simpan balik,” kata Mrs. Kim.

Pukul 7:00 p.m. Di Gallery Dinner.

“Annyeonghaseyo,” sapa Yulhee kepada Leo dan keluarganya. Mata Leo siap bersinar-sinar.

“Annyeonghaseyo. Awak sangat cantik dan feminin hari ni,” puji Leo. “Duduklah, Yulhee,” pelawa Mr. Jung.

Leo terus berdiri dan menarik kerusi kepada Yulhee. Kemudian Yulhee duduk. Leo turut duduk di tempatnya tadi. “Kamu hendak makan apa Yulhee? Pilihlah apa yang kamu nak,” tawar Mrs. Jung. Sempat dia mendedahkan menu untuk Yulhee siap-siap.

“Ermmm… saya pilih…” Yulhee membelek-belek menu untuk dipesannya. Mata Yulhee tertangkap sesuatu!

“Yulhee nak yang ni – Roasted steak with caramel sauce,” pilihan Yulhee membuatkan ibu bapa Leo tersentak.

“Jinja! Oppa pun suka hidangan ni,” terkejut Leo pula. “Kamu berdua ade citarasa yang sama,” celah Mrs. Jung.

“Yelah kan. Mereka sangat suka stik. Tak rugi kita bawak mereka ke sini,” balas Mr. Jung.

“Uncle dan auntie nak pesan apa?” soal Yulhee. Menu pun didedahkan juga.

“Hmm,… rasanya uncle nak cuba yang ni – Steamed Bass with lemon juice. Apa pendapat honey?” Mr. Jung menoleh isterinya. “Bolehlah. Hidangan tu macam sedap jer,” kata Mrs. Jung.

Tak lama kemudian, mereka memberitahu pelayan untuk memesan hidangan. Selepas dinner, Yulhee dihantar pulang.

Keesokan harinya. – Di Utopia Library.

“Macam mana dinner malam tadi?” tanya Tzuyu sambil membelek buku.

“Sangat istimewa sangat! Leo oppa siap puji saya cantik lagi tu…” kata Yulhee dengan berseri-seri.

“Ye ke?” Tzuyu membeliakkan matanya.

“Kami siap main menyuap sepotong stik masing-masing,” sambung Yulhee.

“Amboi, main menyuap lagi tu. Bertambah sweet hubungan korang ni.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3