Forum 'geng by geng' = VIXX

Kisah Geng Sekolah.

Selepas layan grup TVXQ & EXO sekaligus, dapatlah beralih kepada grup kegemaran penaip, iaitu VIXX.  Sebenarnya, malam tadi dah refresh minda untuk forum hari nie. Oh ya, penaip nak ucap selamat hari jadi kepada bias penaip, ketua N yg baru je berusia 29 tahun (Aik? 29 tahun? Bukan 28 tahun ke?) - nak ckp 29 tahun sebab umur orang korea tambah 1 tahun dari umur yang sepatutnya. Jadi, jangan tanya penaip kenapa. Jom mula sekarang!

N: Annyeonghaseyo! Real V!

VIXX: V.I.X.X ibnida!! (jari bentuk 'peace')

N: Terima kasih author! Baik betul awak nie~ (senyum2)

Penaip: Sama2 oppa. Semoga oppa panjang umur, dimurahkan rezeki, cepat cari jodoh dan lagi satu; oppa bakal terpilih untuk masuk tentera (belum tahu lagi).

N: Amboi, banyaknye wish author kepada saya!! Terharu betul...

Penaip: Ye ke terharu? 

Hyuk: Yah, N hyung memang suka orang ber'wish' kat dia.

Penaip: Hmmm suka sangatlah tu~

Ken: Kami nak bagi maklumbalas fanfic awak!

Penaip: Cakap je. Kalau ada yang kurang pun bagitau ya. Nanti penaip usahakan.

Ken: Secara keseluruhan, fanfic awak sangat bagus dari segi jalan cerita dan binaan plot. Termasuk bahagian yang menyayat hati bagi N hyung.

Penaip: Yang tu penaip letakkan N oppa sebagai 'umpan' untuk Dahyun. 

N: Kejap! Ni ketua VIXX nak tanya. Saya!(x3)

Penaip: Apedia oppa?

N: Kenapa author jadikan saya sebagai umpan? Awak nak kenakan bias awak sendiri ke? (Nak marah)

Ravi: Hyung jangan marah. Biar penaip jelaskan. Dia yang buat fanfic nie.

Penaip: Sebenarnya penaip reka situasi dimana Dahyun mengugut cikgu dengan menjadikan awak sebagai umpan supaya tidak laporkan kepada pengetua. (N awal2 melopong)

N: Oh, begitu rupanya.

Hongbin: Hebatlah authornim!!

Penaip: Terima kasih kerana memuji saya.

Leo: Penaip dah update bab fanfic 'Keluarga Strawberi' tak?

Penaip: Belum. Tapi saya dah siapkan bab 1 dalam bentuk deraf.

Ken: Bagus betul awak buat dalam deraf. Buat dalam rangka karangan ke?

Penaip: (ketawa) Takde lah, Ken oppa. Tapi buat dalam esei terus. 

Hyuk: Oh, begitu rupanya. Takpe ke kalau taip semula kat Asianfanfics nie? Larat ke?

Penaip: Taklah larat. Penaip biasa buat 'copy and paste' dari perisian WPS - Writer.

Ken: Ini macam menjimatkan masa jer.

Ravi: Betul. Author sangat suka menjimatkan masa dengan salin semula isi bab2 dengan cara 'copy and paste'. Kalau komputer takde internet, bolehlah dia taip dalam perisian Writer buat sementara waktu.

Leo: Apa yang Ravi cakap tu betul kan?

Penaip: Ha - itulah yang saya sering buat. Saya biasa pakai laptop.

Hyuk: Bijaklah author nie!!

Penaip: (Malunya dipuji begitu)

Ravi: Tak payah malu. Awak layak dipuji begitu.

Penaip: Baiklah. Apalagi soalan, sebelum dismiss?

VIXX: Kejap!!! Jangan dismiss dulu!! Kami nak buat forum di luar tajuk 'Kisah Geng Sekolah'!!!

Penaip: Huh? Betul ke? 

N: Kan author dah lama jadi peminat kami. Kami nak awak bersembang dengan fanfic yang melibatkan VIXX! Saya percaya awak nak kongsikan fanfic yang awak pernah baca. Kan?

Penaip: Awak semua ni suka tahan saya ya? Tahan untuk forum 'Kisah Geng Sekolah' untuk cerita fanfic lain pula.

Ken: Kami nak awak bersembang dengan tajuk fanfic yang melibatkan VIXX.

----------

Penaip: Pernah dengar perkataan 'Haphephobia' tak?

VIXX: (semua mengaru kepala tak gatal. N mengerutkan dahi. Hongbin dan Ravi pula blur. Hyuk tergesa-gesa tanya Ken tapi dia sendiri tak tahu. Leo masih garu kepala.)

Ken: Dari mana awak dapat?

Penaip: Nae~ penaip terjumpa satu fanfic Bahasa Inggeris bertajuk 'Haphephobia' karangan vixxchawir12. Tapi, bila nak baca, terselit rasa kasihan kerana N oppa dilahirkan tanpa kehadiran appa sebab appanya bercerai dengan ommanya. Dah tu, ommanya pula meninggal dunia dan diserahkan kepada neneknya. Neneknya meninggal dunia ketika Hakyeon berusia 7 tahun dan dijaga oleh ibu saudaranya. Nak tahu kenapa?

N: (geleng kepala sebab tak tahu.)

Penaip: Takde sesiapa yang jaga dia lepas neneknya mati.

N: Fanfic itu melibatkan saya sorang je?

Penaip: Ada Leo sekali. (Tetiba Leo jeling kat penaip. Tertelan air liur pulak penaip nie...)

N: Apa ulasannya?

Penaip: Dalam fanfic dia, Hakyeon didera oleh mak cik dan pak ciknya. Di sekolah, Hakyeon turut dibuli oleh beberapa orang pelajar. Dah tu, siap diberi amaran supaya tidak lapor kat cikgu. Adakah cikgu percaya Hakyeon tidak dibuli kalau rakan sebayanya membuli?

Ken: Wah, kejam sungguh dorang! Haish!! Kalaulah saya sama sekolah dengan Hakyeon hyung, dah lama saya lindungi senior saya daripada dibuli.

Hongbin: Kesian Hakyeon hyung pulak~

N: Saya tak sangka ada juga penaip yang taip fanfic yang menakutkan dengan nama Hakyeon. (Minta2 tak akan terjadi di masa depan kalau saya berkahwin dan mempunyai anak.)

Leo: Dia ada update tak? Saya nak tengok jalan penyelesaiannya.

Penaip: Entahlah. Yang tu, awak tanya sendiri kat si penaip yang buat ff nie. Buat masa sekarang, dia langsung belum update bab baru. Dia sendiri yang reka cerita kejam tu. Namun, tak sampai hati hendak membuang fanfic biarpun bersusah payah. Tapi, penaip tak sengaja langgan ff dia... (Eleh! Mentang2 ada bias VIXX dlm fanfic kejam pun nak langgan!)

Ravi: Macam kejam je cerita nie. 

Penaip: Memang kejam pun.

N: Apa penyebabnya saya sebagai mangsa buli?

Penaip: Luka dan kesan calar timbul akibat didera atau dibuli, tapi kadang-kadang lambat sembuh ibarat penyakit diabetes. Kalau awak kerap didera atau dibuli sehingga parah, lagilah lambat sembuh. Dah tu, kepala terasa pening. Jalan pun bagai itik pulang petang. Boleh trauma kalau berlanjutan. Demam pun mesti ada. Dan lagi satu, amat takut untuk disentuh, rasanya ada kaitan dengan tajuk fanfic dia.

Hyuk: Saya faham. Kalaulah Hakyeon hyung bagitau saya sekiranya dibuli, boleh juga saya inform kat appa saya sebab dia kan 'principal'. Appa saya tahu segalanya tentang Hakyeon hyung. Dahlah kes buli sukar ditangani.

Penaip: Bukan senang kerja guru memastikan sekolah selamat dari kes buli. Di Malaysia ada juga kes buli melibatkan pelajar sekolah menengah. Tapi macam sukar dikawal.

Ravi: Pihak sekolah harus bertindak supaya kes nie tidak berlanjutan.

Penaip: Idea dia lebih kurang sama dengan saya punya. Tapi ini melibatkan geng Laboum dan TWICE. Dan penaip sentiasa update untuk membuat jalan penyelesaian. Saya buat penyelesaian sendiri melalui sequel. Cikgu Wendy membuat keputusan untuk menghantar geng TWICE ke pusat pemulihan anak muda.

Leo: Awak pandai buat penyelesaiannya. Sebab tu awak buat sequel.

Ravi: Ada berapa bab yang dia karang?

Penaip: 8 bab.

Ken: Berapa banyak patah perkataan?

Penaip: 9970 patah perkataan.

VIXX: Boleh tahan.

Penaip: Dia pandai berimaginasi aje.

Ken: Ye ke. Baguslah kalau begitu. Pandai imaginasi itulah yang menyebabkan banyak bab dikarang. Macam awak!

Penaip: Apalagi soalan pasal fanfic nie?

Hongbin: Hakyeon ada kawan tak dalam fanfic dia?

Penaip: Ada. Dalam bab 6.

Hongbin: Ye ke... Siapa nak kawan dengan dia? Boleh cerita tak?

Penaip: Taekwoon terserempak dengan Hakyeon. Pada masa itu, Hakyeon selesai membeli barang dari kedai. Apabila Taekwoon hampir dilanggar kereta, Hakyeon selamatkan dia. Mujur dorang berdua tak diapa-apakan. Siku Hakyeon pula berdarah gara-gara nak selamatkan dia. Dah tu, Taekwoon menawarkan diri untuk membantu Hakyeon. Tapi, Hakyeon menolak tatkala dia terbiasa dengan luka tu. Dan barulah Hakyeon meminta Taekwoon jadi kawan pertama. Beginilah kisahnya.

VIXX: (semua melopong)

Ken: Wah, tak sangka betul.

Penaip: Apa lagi soalan sebelum tutup forum? 

N: Takde lagi. Itu aje. 

Penaip: Kalau begitu, sampai sini saja forum kita ini. Kasahaminda kerana sudi meluangkan masa di sini.

N: Jigeumkkaji, Real V!

VIXX + Penaip: V.I.X.X yeossseubnida!! (Jari bentuk 'peace')

Ken: Saranghaeyo, penaip!!! Annyeong!! (aegyo)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3