EMPAT PULUH ENAM.

Kisah Geng Sekolah.

Setelah 3 hari, ommanya menjemput N balik ke rumah. Selepas melunaskan bayaran bil hospital, N dihantar pulang ke rumahnya untuk berehat. Ommanya terpaksa menutup kedai jahitnya demi menjaga anaknya. Dia tahu anaknya belum sembuh sepenuhnya. Luka pun belum pulih.

Dua hari berehat, N kembali ke sekolahnya. Pasti dia rindukan anak buahnya, geng VIXX. Begitu juga dengan geng-gengnya yang lain. Geng Laboum kembali selamat dengan tidak dibuli lagi oleh geng TWICE. Mereka dapat meneruskan pembelajaran mereka. Geng TWICE (termasuk Dahyun) pula dihantar ke pusat pemulihan anak muda untuk mengubah kelakuan mereka.

“Semoga budak TWICE tu berubah. Kalau tak, tak tahulah nak cakap apa,” kata Cikgu Taeyeon selepas mengambil kedatangan anak muridnya macam biasa.

“Yelah, cikgu. Semoga mereka kembali ke sini dengan good girl, bukan bad girl,” kata Baekhyun.

“Harap-harap mereka berubah,” sampuk N dengan tersenyum lebar.

“Yang penting, ketenteraman sekolah tidak akan diganggu lagi,” kata Xiumin.

“Baiklah. Jumpa lagi kat kelas Bio, annyeong~” kata Cikgu Taeyeon sambil melangkah keluar dari kelas 5A. Cikgu Seulgi menunggu di luar kelas 5A. Dia segera bertanya dengan Cikgu Taeyeon.

“Macam mana dengan keadaan N? Dah pulih ke?” tanya Cikgu Seulgi.

“Ya. Dia dah sembuh. Katanya taklah lama-lama duduk kat rumah jer. Takut ketinggalan kot. Trial SPM tinggal kurang sebulan, so dia perlu bangkit untuk terus belajar,” jelas Cikgu Taeyeon.

“Bagus. Cikgu gembira sangat,” balas Cikgu Seulgi dengan gembira.

“Cikgu pergi dulu,” kata Cikgu Taeyeon.

Sebulan kemudian, peperiksaan percubaan telah tiba. Para pelajar Tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan percubaan SPM. Mereka menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan tanpa gangguan.

“Macam mana exam, boys! Ok ke tak ok?” tanya Suho kepada geng-geng EXO.

“Bolehlah. Tapi ada susah sikit,” balas Xiumin.

“Yelah. Tu barulah trial. Belum lagi exam SPM betul-betul,” celah Chen.

“Betul. Tapi, masih ada peluang untuk belajar tau,” kata Kai.

Masa berlalu, peperiksaan SPM sebenar telah tiba. Para pelajar Tingkatan 5 pasti akan menduduki peperiksaan yang paling penting. Ini melibatkan penentu masa depan mereka selepas meninggalkan alam persekolahan. Tiada gangguan lagi, dan sekolah kembali selamat.

TAMAT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3