DUA PULUH EMPAT.

Kisah Geng Sekolah.

“Good morning,” sapa Tzuyu sambil mengetuk pintu rumah N. Mrs. Cha pun membuka pintu. “Oh, awak ni yeochin anak saya kan?” teka Mrs. Cha sambil melihat muka Tzuyu serta tag namanya.

“Ya. Saya Tzuyu. N oppa ade?” tanya Tzuyu kepada omma N.

“Ade. Dia tengah bersiap. Kamu masuklah,” pelawa Mrs. Cha. Pada masa itu, N sedang mandi. Takkan Tzuyu nak mengintai N? Tak masuk akal!

“Susah-susah jer, mak cik,” balas Tzuyu sambil melangkah ke rumah N.

Tzuyu melabuhkan punggungnya pada sofa empuk. Mrs. Cha siap menghidangkan secawan teh kepada Tzuyu. “Tumpang tanya, mak cik dan N oppa tinggal kat rumah ni ke?” soal Tzuyu.

“Ye. Kami berdua je tinggal kat sini. Ayah N dah lame meninggal dunia,” balas Mrs. Cha.

“Oh, ayah dia mati sebab apa? Dia sakit apa?” soal Tzuyu sambil meneguk air teh.

“Tidaklah. Bukan sebab sakit. Tapi kemalangan jalan raya. Mase tu N baru je masuk tadika. Lepas dengar berita ayah dia meninggal dunia, kamu tau apa yang N buat mase tu?”

Tzuyu menggeleng tanda tak tahu.

“Dia menangis. Penat-penat je mak cik pujuk dia supaya berhenti menangis. Kadang-kadang mak cik banyak belikan mainan untuk N, tapi mukanya tetap muram. Makan pun takde selera. Mak cik suapkan untuk N, dia terus blah ke biliknya. Dikunci bilik tidurnya siap-siap. Mak cik puas ketuk pintu, tapi N enggan keluar dari bilik. Makin mak cik risau dengan dia tu. Nasib baik mak cik ade kunci spare. Bila mak cik buka pintu dengan kunci spare, N pun terbaring dekat lantai macam tu je. Dahlah tak makan, lepas tu pengsan,” cerita Mrs. Cha.

“Mak cik buat apa lepas ni?” soal Tzuyu. Dia menjadi pendengar.

“Apalagi, terus hantar ke kliniklah. Nasib baik mak cik ade lesen memandu. Bolehlah mak cik bawak N pergi jumpa doktor. Kat klinik, doktor cakap N demam. Badannya terlampau panas. Mak cik jadi susah hati. Lepas dirawat, siap berbekalkan ubat-ubatan untuk dia, mak cik pun jaga dia sampai dia sedar. Lama-kelamaan N pun mencelikkan matanya. Mak cik terus jaga dia, suapkan bubur untuk dia, dan mendodoikannya supaya tidur.”

Tzuyu mengangguk. Dia dengar segala-galanya.

“Lame-lame N terima hakikat bahawa ayahnye dah takde. Selepas ni, mak ciklah yang memanjakan dia,” Mrs. Cha membuat kesimpulan.

“Omma! Ade tetamu ke?” soal N sambil turun dari tangga.

“Tzuyu datang nak pergi sekolah dengan kamu,” balas ommanya.

“Tzuyu, jom breakfast sekali,” kata N sambil begnya diletakkan pada sofa.

“Amboi, oppa, saya dah kenyang. Oppa breakfastlah. Saya teman,” kata Tzuyu dengan langkah mengekori N ke meja makan.

Selepas itu, mereka bersiap-siap untuk pergi sekolah. “Omma, N pergi dulu,” kata N sambil mencium pipi ommanya macam biasa.

“Mak cik, kami pergi dulu. Annyeong,” kata Tzuyu sambil melambaikan tangannya kepada omma N.

“Hati-hati tau,” pesan Mrs. Cha.

Di kelas 5A – Kelas Fizik.

“Cikgu nak kamu tulis jawapan dekat papan tulis siap dengan pengiraan,” arah Cikgu Yeri, guru Fizik.

“Sapa-sapa boleh tulis ke?” kata Baekhyun.

“Mestilah, Baekhyun. Wakil boleh tulis,” kata Cikgu Yeri.

“Tulis kat no. soalan mana?” soal Leo.

“Tulis no. 5 (a) dan (b) masing-masing. Any volunteer?” tawar Cikgu Yeri.

“Saya!!” N dan Ken jawab serentak dengan sukarelanya.

“Saya tulis jawapan untuk 5(a) ; N-ssi pulak jawapan untuk 5(b),” jawab Ken sambil mencapai marker papan putih di depan.

“Tulis kat bawah, Ken. Kalau tinggi sangat orang lain susah nak bace,” kata N sambil membuka penutup marker.

Selepas N dan Ken menulis jawapan…

“Cikgu, jawapan kami betul ke tak?” soal Ken selepas menulis.

“Kejap!” potong N sambil menulis unit pada jawapan Ken.

“Pediaa?” kata Ken. Mesti Ken tertinggal unit. Aduhai!

“Kau lupak tulis unit. Nanti potong markah,” kata N sambil menutup marker dengan penutup.

“Betul ke,… Ruginya satu markah,…” balas Ken.

“Good! Jawapan korang betul!” ujar Cikgu Yeri sambil berdiri dan melihat jawapan mereka di papan tulis.

“Terima kasih, cikgu!” ucap Ken dengan mengukir senyuman.

“Berterima kasih kat N. Dia tolong kamu dapat markah,” kata Cikgu Yeri.

“Inilah kawan. Thanks!!” ujar Ken sambil memegang bahu N dengan kedua-dua tangannya lalu memukul bahu kiri N dengan penumbuknya.

“Adoi! Sakitlah! Bukan kelas Fizik kalau takde bab pengiraan sebijik macam add math ni,” balas N sambil menepis tangan Ken.

Kawan-kawannya turut ketawa.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3