ENAM BELAS.

Kisah Geng Sekolah.

Kelas mereka sudah dinaiktaraf. Papan hitam yang digunakan untuk menulis kini sudah bertukar menjadi papan putih. Kapur tidak lagi digunakan. Hanya ‘whiteboard marker’ sahaja digunakan. Meja dan kerusi turut siap dibaiki. Dinding kelas sudah dicat. Tiada lagi kotoran dan kesan contengan pada dinding. Sudut ruangan subjek juga sudah dibaiki. Tingkap kelas pun sudah diganti dengan baru. Langsir yang usang juga sudah ditukar.

Pemadam papan hitam tidak digunakan, sebaliknya diganti dengan ‘whiteboard duster’. Meja guru yang sudah rosak atau mudah digoyang dibaiki semula untuk memperkukuh kedudukan posisi meja guru. Kerusi guru juga ditukar kepada yang baru.

Yulhee dan Tzuyu melangkah ke kelas 4A. Mereka duduk bersebelahan dengan tingkap. Sebelum guru mereka masuk, mereka berbual-bual.

“Awak masih berkawan dengan geng TWICE ke?” tanya Yulhee. Tzuyu terdiam seketika. Kecut perut dibuatnya.

“Susah saya jelaskan, Yulhee. Saya sangat binggung dengan mereka. Selepas tragedi tahun lepas, saya dah serik membuli ahli Laboum. Saya takut dimarahi oleh ayah saya kalau dia tahu perbuatan saya dekat asrama. Ayah saya susah payah mengeluarkan duit yang banyak demi membiayai yuran sekolah dan asrama, saya macam tidak menghargai apa yang dia lakukan,” kata Tzuyu sambil mengeluarkan pencil case. Yulhee terdiam.

“Betul jugak,” Yulhee menatap muka Tzuyu yang jelita. Dia tahu Tzuyu berasal dari keluarga yang berada, tapi kemewahan yang dimiliki membuatkan dia sombong. Selepas kejadian tahun lepas, barulah Tzuyu berubah. Biarlah geng TWICE membenci Tzuyu, asalkan dia patuh nasihat ibu bapanya.

“So, berbalik dengan soalan awak, saya tak tahu sama ada mereka terima saya atau tidak. Kalau mereka tahu saya ni sudah berubah, apa yang akan berlaku? Cuba awak bayangkan, kalau kita hendak berubah, tetapi mereka masih jahat, adakah mereka menerima kenyataan?” kali ini soalan Tzuyu juga diajukan kepada Yulhee.

“Tidak semudah mereka terima kenyataan macam tu je. Barangkali kita dikatakan mereka, sudah kena sumpah ataupun dalam mimpi je,” jawab Yulhee.

“Ya. Saya pun berasa begitu,” kata Tzuyu. Yulhee mengangguk.

“Macam mana awak dengan geng Laboum?” soal Tzuyu.

“Saya tidak lagi berkawan dengan mereka. Mereka tu ‘selfish’ kata omputeh. Sejak berpacaran dengan Leo, mereka tidak suka saya lagi. Bahkan saya tidak membela mereka ketika geng awak membuli mereka. Bukannya apa, saat saya perlukan mereka untuk berkongsi masalah, masing-masing sibuk dengan hal peribadi. Tiada siapa yang boleh tolong. Cuma Leo oppa, senior saya yang menjaga hati saya. Kami dating pun taklah sekadar bersuka-suka. Malah saya dapat meluahkan isi hati dan masalah kepada Leo oppa, itu dah memandai,” luah Yulhee. Tzuyu juga terdiam.

“Oh, begitu rupanya. Tak sangka betul. Saya faham perasaan awak. Ada baiknya kita berkawan. Sejak awak kehilangan unnie Laboum, saya tetap menjadi kawan baik awak. Kalau geng TWICE tidak terima saya, takpe. Saya pasrah jelah. Saya nak tunggu sehingga mereka berubah jadi baik. Itu yang penting,” kata Tzuyu.

“Baiklah. Kalau itu awak mahu, saya ikut saja. Baik mereka berubah sebelum terlambat,” ulas Yulhee.

“Yelah tu. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur pula,” balas Tzuyu.

Keesokan harinya, di kelas 5D.

“Hei! Jangan bising! Kelas sebelah ada cikgu mengajar!” tegur Hongbin kepada geng sekelasnya yang bising tak ubah macam pasar. Hongbin sudah dilantik menjadi ketua kelas. Dia duduk di meja guru.

“Kong-ah! Kami bukannya bising bah, kami just bergurau senda jer, he he he,” balas Changmin sambil ketawa.

“Cis! Jangan panggil saya Kong! Saya bukan King Kong! Panggil saya Lee Hongbin!” marah Hongbin selepas geng Chamgmin ketawa. “Saya ni manusia, bukannya raksasa!!” sambung Hongbin.

“What? Raksasa? Lucunya,…” balas Yunho.

“Ragolas boleh tak?” Bambam bersuara.

“Hish!! Ragolas konon. Dah parents bagi nama sedap-sedap, itu yang kau beri?” perli Hongbin.

“Habis tu apa?” celah D.O pula.

“Apa lagi kalau bukan Hongbin?” balas Hongbin acuh tak acuh.

“Amboi, mamat seorang ni,” balas Suho. “Sabar Hongbin, sabar. Jangan mengamuk, nanti kelas kita macam disambar singa kelaparan pulak,” sambung Suho.

“Yelah. Kawal kelas pun susah,” Hongbin membetulkan tali lehernya sedikit. Tag nama ‘HONGBIN’ juga dibetulkan sikit.

“Lah, baru je 2 hari jadi ketua kelas,” Mark juga bersuara sambil menghampiri Hongbin.

“Yelah, ingat senang je jadi ketua kelas? Tu N hyung jadi ketua geng pun macam ni je rasanya. Kawal kami yang dok-dok 5 orang je pun cukuplah. Ni pulak, kawal classmate yang bising mengalahkan pasar malam tu, aku sabar je,” kata Hongbin.

“Betul jugak,” balas Mark. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3