SEPULUH.

Kisah Geng Sekolah.

Selepas seminggu berlalu, peperiksaan PT3 sudah tamat. Mereka semua sudah lega selepas peperiksaan ini. Selepas itu, pasca PT3 bermula selepas hari pengembalian buku teks pada hari Rabu. Banyak aktiviti dijalankan semasa pasca PT3. Namun, kisah letupan bom masih hangat diperkatakan walaupun seminggu berlalu. Hal beginilah yang dikatakan orang, rumah sudah, pahat berbunyi.

“Kami semua terkejut masa tu. Kami sibuk membuat tugasan yang diberi oleh cikgu, ada letupan bom kat padang bola sepak,” ceria Baekhyun kepada geng EXO yang lain.

“Oh, nasib baik kami cuti masa tu,” celah Sehun.

“Yelah, sehari cuti kan,” D.O. juga mencelah. Sehun mengangguk.

“Kami kesian tengok Kim Ravi. Dia tengah tulis kat papan hitam, dia terjelopok macam tu je. Dia tu mudah terkejut biarpun hanya letupan bom. Sekarang ni, dia balik ke rumah. Leo-ssi cakap dia demam,” luah Kai.

“Ye ke? Patutlah geng VIXX hanya berlima je,” celah Chanyeol.

“Teruk sangat ke demam Ravi tu?” tiba-tiba Xiumin bersuara.

“Entahlah. Leo-ssi tak cakap pun demam Ravi teruk atau tak, yang penting dia berehat,” jawab Kai.

“Yelah. Pasti dia trauma akibat letupan bom kan,” Chen turut bersuara.

“Betul jugak. N-ssi juga cakap begitu,” celah Xiumin.

“Lepas pihak bomba padamkan api kat padang bola sepak tu, kami semua balik ke kelas untuk sambung buat homework, tapi kami tengok Jooheon dan Jackson membawa Ravi ke bilik kesihatan,” terang D.O.

“Kenapa, hyung?” Sehun ingin tahu.

“Jooheon cakap Ravi macam lemah je. Ravi kata dia pening kepala dek kerana bunyi bom itu. 4 mamat VIXX turut datang ke bilik kesihatan untuk tengok keadaan Ravi,” jelas D.O.

 “Oleh kerana dia demam, jadi dia boleh balik ke rumah untuk rehat,” kata Kai.

“Yelah tu,” celah D.O.

Di pondok sekolah.

“Aku bawa Kim Ravi ke bilik kesihatan sebab dia cakap dia pening kepala. Dia hampir rebah, mujur Jackson selamatkan dia. Kami papah dia. Aku suruh Wonho pergi inform kat geng VIXX, cakap Ravi pening kepala,” jelas Jooheon.

“Oh, kesiannyer mamat seorang ni. Kalau bunyi letupan tak kuat, taklah Ravi terkejut hngga pening kepala. Ini lebih kuat dari bunyi senapang patah appa aku ni!” kata Minhyuk.

“Masa cikgu tengah jelaskan itu dan ini, bom meletup hingga dia terkejut besar. Hyungwon dan Junior terkejut hingga botol mereka terjatuh, kah kah kah!!” I.M ketawa terbahak-bahak disertai oleh gengnya. Hyungwon pun mencebik.

“Eleh, nasib baik botol tak pecah, kalau tak, terpaksalah beli yang baru. Apa susah? Bukannya mahal pun. Botol air tu harga taklah mencecah sehingga 2,000₩,” perli Hyungwon.

“Yelah tu,” I.M pun bersuara.

Di rumah Ravi.

Ravi cuma mampu berbaring di atas katil sahaja. Dia berasa lemah dek kerana letupan bom yang sangat kuat. Ketika itu, Mrs. Kim (omma Ravi) datang ke bilik Ravi dengan menatang semangkuk bubur dan segelas air suam.

“Ravi sayang, omma ade masakkan bubur untuk kamu, nak. Bangun ya,” kata Mrs. Kim. Ravi mencelikkan matanya lalu dia bangun. Dia duduk bersila atas katil.

“Omma buatkan bubur untuk Ravi ke?” kata Ravi dengan suara yang perlahan.

“Ye~ makanlah, sayang, Nanti cepat sejuk,” ujar Mrs. Kim sambil meletakkan dulang di atas meja Ravi di sebelah katilnya. Mrs. Kim duduk di tepi katil, mengangkat mangkuk dan mengambil sudu. Apabila dia baru sahaja mencedokkan bubur ke mulut Ravi, dia berkata, “Omma suapkan untuk kamu, baby.”

“Lame omma tak suapkan Ravi kan,” lembut bicara Ravi.

“Ye. Lame sangat, sejak kamu tinggal asrama, kamu jarang memakan masakan omma,” kata Mrs. Kim lalu dia menyuapkan sesudu bubur ke mulut Ravi. Apalagi, Ravi terlalu suka apabila ommanya menyuapkannya. Memang dah lama Ravi tidak menikmati layanan istimewa ommanya sejak dia menetap di asrama. Jadi, inilah peluang Ravi yang tidak ingin dilepaskan begitu sahaja.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3