TUJUH.

Kisah Geng Sekolah.

Chanyeol, Chen, Baekhyun dan Suho membersihkan kawasan bilik mandi. Baekhyun yang tengah menyapu air memulakan ceritanya.

“Suho hyung, aku sempat melihat Cikgu Sooyoung. Dia nampak budak TWICE membuli budak Laboum. Kejam sungguh kan?” cerita Baekhyun dibalas dengan anggukan kepala Suho.

“Ye. Betul. Padan muka. Tulah buat perangai kat kantin tadi,” Suho yang membetulkan kedudukan baldi-baldi turut bersuara.

“Yelah. Orang jahat bukannya selamat pun,” Chanyeol turut menyampuk.

“Kesian budak Laboum tu. Mereka dibuli oleh geng TWICE yang sombong dan angkuh,” Chen juga mencelah.

Setelah siap berkemas bilik mandi, mereka pun kembali ke bilik dorm dan baring ke katil.

“Lega jugak budak BTS bergaul dengan budak VIXX,” Sehun juga bersuara.

“Yelah kan. Mereka dah jadi kawan baik,” kata Chanyeol.

“Mereka berkawan selepas diberi amaran keras oleh pengetua,” Suho duduk di katilnya.

“Yelah. Mereka takut kalau-kalau mereka dibuang dari sekolah,” D.O. muncul tiba-tiba.

“Yoo hoo!!” satu suara mengejutkan mereka.

“Apa yang kau bawak tu?” tanya Suho pula.

“Ni, ‘potato chips’. Aku belilah sebab ade harga promosi,” Kai menunjukkan 3 kanister ‘potato chips’ kepada mereka. “Wah, kau beli dari mana?” Baekhyun menyoal.

“Aku beli dari kedai Ahad lepas. Tapi aku lupa nak bagitahu,” Kai menjawab sambil tersenyum sinis.

Mereka pun berkongsi potato chips yang dibawa oleh Kai. Mereka mencuba tiga jenis perisa; perisa tomato, lemon dan bawang yang dibawa oleh Kai.

Beberapa bulan kemudian…

Para pelajar tingkatan 3 bakal menghadapi peperiksaan PT3. Mereka bersedia untuk menghadapinya. Yulhee, Sehun, Hyuk, Tzuyu, Jungkook dan V akan menghadapi peperiksaan PT3. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, kawan-kawannya sempat memberi sokongan moral dan kata galakan kepada mereka.

“Hyukkie! Fighting!” sempat N datang untuk memberi sokongan.

“All the best, Hyukkie!” celah Hongbin.

“Yah, jangan berasa nebes. Setakat PT3 tu, kacang jer. Kami yakin kau akan boleh!” Ravi datang untuk menyokong Hyuk.

“Okey, doakan untuk aku tau!” kata Hyuk.

“OK!!” sahut mereka berlima.

Tak lama kemudian, para pelajar pun masuk ke dewan peperiksaan. Selepas Hyuk masuk ke dewan, 5 member VIXX pun kembali ke kelas masing-masing. Mereka bertembung dengan geng BTS yang turut beredar dari luar dewan.

“Korang ade kat sini jugak?” soal Rapmon.

“Ye, kami lima datang untuk sokong Hyuk. Korang pulak?” jawab N.

“Ye, sama jugak. Kami sokong V dan Jungkook,” jawab Jin pulak.

“Harap-harap mereka dapat lulus dalam PT3,” celah Jimin.

“Hei, alang-alang kita kat sini, jom masuk kelas ramai-ramai,” ajak Ravi.

“Jom!!!”

Waktu rehat, di kantin.

Geng BTS sedang beratur membeli makanan. Dia terkejut mendapati barisan pelajar perempuan yang agak bengkok. Tidak teratur. Mata mereka ternampak sekumpulan pelajar perempuan yang memotong barisan itu. Mereka terkejut besar apabila geng TWICE sedang memotong barisan pelajar perempuan lain.

“Apa masalah geng TWICE yang suka potong barisan pelajar lain?” rungut J-Hope sambil menggelengkan kepalanya.

“Entahlah,” Jimin membuat aksi ‘mengangkat bahu’.

“Eleh, takut makanan habis dijual gamaknya,” ujar Suga pula.

“Betul kan. Mereka tu kuat makan,” Rapmon turut menyampuk.

Selepas itu, mereka ternampak ‘kemalangan’ yang terjadi. Ketika geng BTS sedang menjamu selera, ada ‘kemalangan’ di kantin. Jihyo yang tergesa-gesa membeli semangkuk sup daging masak lemak dan ketika dia keluar dari tempat membeli makanan, supnya tertumpah keluar dan terkena baju Soyee. Sana dan Momo membeli nasi goreng, pinggan mereka berdua terkena lengan Mimi dan Nayoung. Jeongyeon pun berlari selepas membeli, tiba-tiba dia terlanggar badan N yang kebetulan lalu di situ untuk cuci tangan. Bunyi yang sangat ‘mengegarkan’ berlaku di kantin.

“Kau ni kenapa? Habis baju aku basah sebab sup kau tu!” marah Soyee.

“Eh, kau yang salah!” Jihyo membela diri, padahal dia yang salah sebab langgar Soyee.

“Hei, kau ni jalan pakai apa?” Sana marah.

“Apahal? Kami bukan kacau kau pun, yeoja keji!” bentak Mimi. Nayoung pun cucuk lengan Sana dengan garpu.

“Aduh sakit! Berani kau ya!” jerit Sana. Momo menangkap lengan Nayoung, tapi lengan Momo turut dicucuk. “Adui! Berani kau!!” Momo menjerit.

“Ha - itulah. Main tuduh je,” balas Nayoung. Sana dan Momo bergaduh dengan Mimi dan Nayoung.

“Kau ni kenapa? Kenapa jalan tak tengok kiri kanan?” Jeongyeon memarahi N.

“Eh, aku pulak. Aku jalan pun tengok kiri kanan. Yang kau langgar orang apesal?” N pula pancing Jeongyeon dengan kata tanya.

“Oh, berani kau ya, budak hodoh! Potong line betullah!! Grr!!” Jeongyeon mula geram.

“APA!! KAU PANGGIL AKU BUDAK HODOH!!?” kali ini paku keras N datang kepada Jeongyeon. Serta merta Jeongyeon menyimbah air sirap kepada muka N. Apalagi, N pun serang Jeongyeon dengan mencekik lehernya. Lepas itu, pinggan Jeongyeon diambil dan ditekap ke muka Jeongyeon.

4 member VIXX tercenggang melihat gelagat N. Geng BTS juga tersentak. Jimin yang makan mi itu terkejut sehingga dia tergigit chopsticknya.

“Lain kali, hati-hati. Lepas kena langgar cakap minta maaf!” sergah N lalu dia pergi meninggalkan Jeongyeon.

“N-ssi okey ke? Ade cedera?” tanya Ravi. N kembali ke tempatnya tadi selepas cuci muka.

“Takde. Dia langgar aku tapi dia biadap,” ujar N sambil meminum segelas banana milk yang menjadi kegemarannya.

“Maksud kau?” Jin mencelah di sebelah N.

“Dia terus marah aku, bukannya mintak maaf. Ingat susah ke mintak maaf,” luah N.

“Oh, begitu,” Rapmon bersuara.

“Ganas doh,” sampuk Ken sambil mengigit sandwich bakon.

“Popular je lebih. Muka mereka cantik, tapi hati busuk macam stoking,” kutuk Hongbin.

“Yelah tu,” Jimin bersuara.

“Nasib baik kau tak diapa-apakan,” celah Leo. “Aku risau je tadi,” sambung Leo.

Terus N senyum dan membelai bahu Leo.

“Kring!! Kring!!” Loceng sekolah berdering menandakan masa rehat pun tamat.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3