DUA PULUH LAPAN.

Kisah Geng Sekolah.

“Eh, boys! Tengok tu,” kata Leo. Mata mereka ternampak sesuatu yang mengejutkan.

“Pertandingan isi air dengan botol? Tak naklah!!” balas Hongbin. Dah trauma agaknya.

“Eleh kau ni. Acara ni kacang tau,” celah Ravi.

“Ye ke? Kacang kau cakap? Amboi! Nanti kau campak span yang ada air tu!” kata Hyuk dengan marah sekali.

“Betul tu! Ada hati nak main tipu je!” sampuk Ken.

“Kau tak ingat ke tahun lepas,…”

Flashback # Pertandingan isi air dengan botol besar, 30 liter. (VIXX ‘disqualified’ sebab main tipu! – kesian…)

“Ok, ke garisan, sedia! Shi~jak!!!” laung Cikgu Hyoyeon sambil meniup wisel. Apabila wisel berbunyi, maka secara automatiknya acara ini bermula.

Para pelajar yang terlibat termasuk geng VIXX yang beria-ria nak menyertai pertandingan itu. Riuh rendah dibuatnya, tetapi konsep ‘main tipu’ sentiasa terawang-awang dalam otak member VIXX. Pasti mereka gunakan akal belut supaya menang!

“Hyuk-ah, cepatlah!” jerit Leo sambil menunggu Hyuk datang dengan span kecil.

“Nah, ambik ni,” kata Hyuk lalu span itu diserahkan kepada Leo. Kemudian Leo mencelup span pada air dalam baldi (diameter berukuran 50 cm). Kemudian, Leo pula berlari dengan membawa span. Macam bukan senang acara ni. (Takut Leo tergelincir pulak macam temasya ISAC tahun - tahun lalu!)

Beberapa minit berlalu,…

“Woi! Kim Ravi! Basah baju aku nanti kang!” Hyuk marah sebab spannya terkena bahu Hyuk. Ravi lemparkan span itu kepada botol, mana tahu tiba-tiba terkena bahu Hyuk! Aduh!

Hongbin siap membawa baldi. Bodoh betul! Tak ikut arahan! Mana boleh bawa baldi! Span sahaja dibenarkan.

“Nah, banyak isi air, cepat habis!” katanya sambil menuangkan air pada botol yang dipegang oleh N. Tapi Hongbin macam nak ‘mandikan’ N! Tidak!!!

“Apa ni, Hongbinie!! Kau isi air ke kau mandikan aku hah!!” marah N. Basah kuyup N dibuatnya. Alamak!!

“Alamak! Mian hyung! Aku tak sengaja!” rayu Hongbin sambil baldinya terlepas dari tangannya.

“HAKYEONNNIIIEEEE!!!!” jerit Leo sambil berlari mendapatkan N.

“Apehal ni? Kenapa bawak baldi haa? Cikgu cakap bawa span, bukan baldi!” tegur Cikgu Hyoyeon selepas mendengar Leo menjerit. Dia segera datang ke tempat N.

“Hongbin bawak baldi, tapi air tertumpah dan sengaja ‘mandikan’ N, cikgu!” Leo mengadu. (Hati siapa tak marah bila Leo ternampak ‘lifelong friend’nya sudah basah habis!!!)

“Kau okey? Jangan nangis! Nanti aku ambik tuala dari asrama!” ujar Leo kepada N. Apa yang bagus kalau N basah kuyup dan nampak benda yang tak sepatutnya! Adeh!

“Ah choo!!!” N mula selsema. Nak mengeletar badannya. Satu sebab N disiram dalam air yang bercampur dengan ais, terlalu sejuk giler! Dua sebab N basah kuyup macam kena hujan tanpa berpayung atau baju hujan (poncho).

“Kamu semua keluar! Disqualified! Main tipu je korang ni!” marah Cikgu Hyoyeon.

Flashback ends…

“Sebab akulah, N pulak selsema. Aku berasa bersalah pulak,” kata Hongbin.

“Hanya kerana Hongbin hyung, kita semua pulak ‘disqualified’. Itulah kata orang, bagai limau masam sebelah,” ujar Hyuk.

“Takpe, Hongbinie. Benda dah jadi,” pujuk N.

“Kali ni, kalau sertai mana-mana acara, jangan gunakan akal belut agar menang! Kalau kalah pun takpe. Terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka,” nasihat Ravi.

“Kita main pun sekaligus kita nikmati bersama,” celah Ken.

“Betul!” sahut Hyuk.

“Kita main dengan jujurlah. Jangan main kotor macam tahun lepas!” pesan N.

“Ok! Tukar topik! Kita masuk acara apa? Bosanlah asyik jadi penonton jer!” soal Ken.

“Kita main ni,” balas Leo. Mata mereka tertangkap dengan apa yang ditunjukkan di jari Leo.

“Sudoku? Permainan nombor ke?” kata Hongbin.

“Yang tu bolehlah. Taklah acara yang kita main tu sebijik dengan budak tadika! Kita dah dewasa, acara tu dah lapuklah orang cakap!” celah Ravi.

“Permainan sudoku tu ade syarat tak hyung?” soal Hyuk.

“Biar aku baca syaratnya,” kata N pula sambil membaca syarat pertandingan sudoku.

Pertandingan Sudoku.

Penyertaan: Terbuka.

Syarat pertandingan:

  1. Individu.
  2. Tak perlu bawa buku sudoku. (Pihak sekolah ade sediakan – so jangan risau)
  3. Alat tulis sahaja dibenarkan. Peralatan lain seperti kalkulator, telefon pintar, dan seumpamanya tidak dibenarkan.

Jika berminat, daftar nama anda dan kelas kepada Cikgu Joy sebelum 8 Mei. Sekian, terima kasih.

“Amacam, boys!” kata N sambil memandang geng-gengnya.

“On jer!” balas Ken sambil menayangkan ibu jarinya tanda bagus.

“Apalagi, jom kita jumpa Cikgu Joy!” ajak Hongbin.

“Ok. Jom!!” balas yang lain.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3