SEBELAS.

Kisah Geng Sekolah.

Tiga hari kemudian. Ravi kembali ke asrama. Appanya, Mr. Kim. Menghantar Ravi petang Ahad. Dia menghantar Ravi hingga perkarangan asrama. Barang-barang dan bagasi Ravi juga dibawa.

“Appa, Ravi check-in asrama dulu. Gomawo, appa,” ucap Ravi sambil mengalas beg sekolahnya.

“Ye. Appa balik dulu. Jaga diri, baby,” ucap Mr. Kim sambil mencium dahi anaknya sebelum dia meninggalkan perkarangan asrama.

“Annyeong~,” ucap Mr. Kim sambil melihat anaknya balik ke asramanya. Selepas itu, Mr. Kim pun meninggalkan perkarangan asrama.

Selepas check-in, Ravi terus masuk ke tingkat 3 Blok A-1. Setelah sampai, Ravi hairan melihat dormnya kosong. Tidak ada seorang pelajar yang berada di dalam bilik itu. Barang mereka ada, manusia pun tiada!

“Peliknya. Kenapa barang mereka bersepah semacam tapi seekor mamat pun takde kat sini?” kata Ravi sendirian. Dia terus menuju ke arah katilnya. Nasib baik katil Ravi tidak diusik. Apalagi, Ravi pun mengemaskan barang-barangnya di almari berkuncinya. Lepas itu, dia menukar baju pula.

Setelah selesai, Ravi pun pergi ke dorm-dorm yang lain. Sama seperti dorm tadi, dorm-dorm lain pun lenggang. Ravi bertambah hairan. Tiba-tiiba dia terdengar bunyi orang macam bergaduh.

“Bunyi apa tu? Dengarnya macam bergaduh je. Baik aku pergi tengok,” katanya lagi.

Ravi terus turun tangga untuk mencari punca bunyi itu.

Di gelanggang bola jaring.

“Huish, bising betul dekat gelanggang bola jaring ni. Tapi, siapa yang bergaduh? Hah! Baik aku tanya Ken hyung atau Hongbin jelah,” kata Ravi.

Ravi terus mencari Ken atau Hongbin. Kalau Ken tak jumpa, Hongbin pun boleh. Hongbin dan Ken ternampak Ravi di luar gelanggang bola jaring. “Eh, itu Ravi. Dia dah balik,” kata Ken kepada Hongbin.

“Ravi-ssi! Sini!!” teriak Hongbin sambil melambaikan tangannya ke arah Ravi. Serta-merta Ravi pergi ke arah Ken dan Hongbin.

“Apa yang berlaku, Hongbin-ah?” soal Ravi.

“Geng TWICE sedang ‘berperang’ dengan geng Laboum. Tapi aneh betul,” cerita Hongbin sampai di situ saja. Hanya Tzuyu tidak kelihatan. Dia masih berada dalam dorm.

“Apa yang aneh?” tanya Ravi, resah sebab Hongbin tidak menyudahkan ceritanya.

“Laboum cuma berlima je. Yulhee tak ikut sebab dia berdating dengan Leo di tempat lain,” jelas Ken.

“Yelah. Dia bukannya tolong geng-gengnya,” sokong Minhyuk di depan mereka bertiga.

Sebentar kemudian Leo bersama Yulhee tiba di gelanggang bola jaring. “Eh, apa yang berlaku ni? Kenapa bising macam pasar malam ni?” soal Yulhee kepada mereka.

“Ni, para kakak awak berperang mulut dengan 8 ahli TWICE, tapi mereka bergusti pulak,” cerita Minhyuk.

“Alamak! Macam mana boleh jadi macam ni?” soal Yulhee sambil menepuk dahinya.

“Tulah pasal. Disebabkan Momo sengaja menumpahkan air pada seluar Solbin, jadi ZN marah Momo. Sebaliknya Momo pula menumbuk dada ZN. Jadi mereka yang lain turut menyerang geng awak,” cerita Jooheon sambil memakan sneknya.

“Korang dah bagitahu cikgu ke?” tanya Ravi pula.

“Dah. Tak lama lagi Cikgu Fany dan Cikgu Sooyoung tiba kat sini. Mereka tengah sibuk,” ujar Yerin yang berhampiran dengan mereka.

“Boleh saya mempertahankan mereka?”

“Jangan! Nanti awak turut menjadi mangsa,” larang Sowon, senior mereka.

“Betul tu. 5 mangsa je dah cukup. Takkanlah awak turut terlibat sekali?” Ken menyokong larangan Sowon.

“Biarlah cikgu settle mereka semua. Kita tak payah masuk campur. Sekadar pemerhati aje cukuplah,” ulas Eunha sambil menjilat aiskrim vanilla yang baru dibelinya. Yulhee mengeluh tetapi akur dengan nasihat dan larangan seniornya.

“Kalau begitu, okeylah. Saya tengok je jadilah,” balas Yulhee dengan perlahan.

“Awak tunggu sini,” celah Leo. Yulhee terlopong. Eunha masih menjilat aiskrim.

“Aik? Oppa pergi mana?” soal Yulhee.

“Oppa pergi ke tandas kejap. Oppa dah tak tahan lah nie,” kata Leo.

“Pergilah, jangan lame,” kata Yulhee dengan selamba. Leo pun pergi ke tandas. Selepas itu, Cikgu Tiffany dan Cikgu Sooyoung tiba dan menghampiri Sowon dan rakan-rakannya.

“Cikgu, itu mereka. Ppalli!!” seru Yerin dengan menggesa warden dan penyelia.

“Beri laluan kepada cikgu,” kata Cikgu Sooyoung.

“Hei! Beri laluan!!” seru Yulhee sambil memerhati warden dan penyelia asrama berjalan ke arah bahagian tengah.

“BERHENTI!!!!” tempik Cikgu Tiffany.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3