TIGA PULUH SATU.

Kisah Geng Sekolah.

Seminggu kemudian. Di pondok sekolah. Geng EXO sedang berkumpul.

“Macam mana kalau kita sertai kuiz Matematik? Korang setuju tak?” tanya Suho kepada geng-gengnya. (Macam minta pendapat je)

“Hmm… kuiz tu macam best jer,” kata Sehun.

“Kami on jer,” celah Chanyeol pula. Yang lain pun mengangguk.

“Aku dengar kuiz tu ade syaratlah. Tak macam dulu. Kuiz Matematik masa tu secara individu. Tapi kali ni berubah. Kuiz itu melibatkan geng-genglah,” jelas Chen.

“Betul jugak. Aku pun dengar budak Monsta X, GOT7, dan Laboum pun daftar nama mereka dekat Cikgu Siwon dan Cikgu Hyoyeon,” ulas Xiumin.

“Kita rasa boleh kalahkan mereka tak?” soal Chen pula.

“Tentulah. Kan kita menang dalam kuiz tahun lepas. Tahun ni gerenti kita menang tau!” balas Baekhyun.

“Boleh ke kita menang, Baekhyun-ssi?” soal D.O meluahkan ketidakyakinannya.

“Haish, kau ni. Kita pasti menanglah! Mujur budak BTS tak sertai kuiz ni. Mereka nak join sudoku ikut budak VIXX tu!” balas Baekhyun sambil menepuk paha D.O.

“Betul jugak cakap kau. Mereka tu bukannya minat dengan kuiz tu,” sampuk Kai.

“Pasangan TVXQ pun ikut budak VIXX jugak,” sampuk Suho.

“Yelah kan. Tu budak yang minat bermain dengan nombor aje,” celah Chen.

Keesokan harinya. Di kantin. – VIXX’s table. (No leader)

“Eh, mana N hyung?” soal Hyuk kepada hyungs. Pinggan Hyuk baru saja mendarat di atas meja yang diduduki oleh geng VIXX.

“Entah. Dia puasa hari ni,” kata Hongbin sambil mulutnya penuh dengan makanan.

“Puasa? Ceh! Badan kecik tapi puasa? Biar betik?” jerkah Hyuk.

“Yelah. Aku puas pujuk dia supaya ikut kita. Tapi dia degil. Masih juga tenung buku sudoku tu. Entah apa-apalah,” balas Ken sambil mengigit burger.

“Leo-ssi pula hampir naik angin tengok N-ssi tak ikut kita. Dan N-ssi pergi ke library. Siap bawak buku sudoku lagi,” balas Ravi sambil mengigit telur gulung.

“Selama ni dia ikut kita rehat kat kantin. Kali ni lain jadinya,” balas Leo sambil memakan spagheti.

“Lepas makan kita ke library,” kata Hyuk.

Di perpustakaan.

5 geng VIXX sedang dalam perjalanan ke perpustakaan. Leo siap tapau makanan kepada N. Dalam kalangan geng VIXX, dialah paling risau. Dia takut apa-apa yang berlaku terhadap N.

Sampai di perpustakaan…

“Korang masuk dan check dulu, aku letak makanan ni kat loker,” kata Leo sambil memasukan makanan untuk N ke dalam loker. (Makanan tidak boleh dibawa masuk)

Yang lain pun melangkah ke dalam perpustakaan. Mereka dapati N duduk di ruang bacaan untuk menyiapkan ‘puzzle’ sudoku. Mereka segera menghampiri ketua geng, termasuklah Leo.

“N-ssi, esok-esok ajelah main sudoku tu,” ujar Ken.

“Yelah. Kami datang nak pujuk kau makan,” celah Ravi.

“Aku ade bawak makanan untuk kau. Makanlah,” pujuk Leo.

“Aku tahu sudoku tu susah sangat dan banyak fikir, tapi kau pun kena buat perkara kau jugak,” Hongbin juga memujuk.

“Dahlah tu, hyung. At least makanlah. Buat ape nak berdiet? Kau bukannya gemuk pun. Badan hyung kan kecik. Perlu ke berpuasa? Berhenti main benda tu dulu. Sabtu dan Ahad tu bolehlah hyung main puas-puas, iye tak boys?” kata Hyuk sambil menoleh hyungsnya.

“Ade kau dengar cakap Hyuk?” soal Hongbin kepada N yang masih ‘membisu’ dan masih dalam konsentrasi menyelesaikan ‘puzzle’ sudoku yang susah.

Sebaliknya N tidak respon apa-apa. Leo mula hilang sabar. Rasa nak rampas buku sudoku N.

“CHA HAKYEON!!! Kau dengar ke tak ni!!!” marah Leo sambil tapak tangannya menghentak meja. Pelajar lain tercenggang melihat kelakuan Leo yang sangat ‘dingin’.

“Wah, Leo-ssi! Kawal kemarahan kau. Sini perpustakaanlah!” pujuk Hongbin untuk menenangkan Leo.

Leo rampas buku sudoku N. Lepas itu N buat bodoh selepas bukunya dirampas. Lalu dia pengsan dan terjatuh dari kerusi.

“Waaahhh” jerit mereka. “Hakyeonnie! Mianei! Aku tak bermaksud nak rampas buku kau! Bangun!!” jerit Leo sehingga orang lain terkejut. Leo memegang bahu N lalu digoncangnya.

“Hantar dia ke bilik kesihatan. Jom!” ajak Hyuk dengan mengarahkan hyungs menghantar N ke bilik kesihatan.

Di bilik guru.

“Cikgu Taeyeon-ssi, anak murid awak panggil,” kata Cikgu Hyoyeon kepada Cikgu Taeyeon. Ketika itu, Cikgu Taeyeon tengah bersembang dengan Cikgu Seohyun.

“Siapa?” soal Cikgu Taeyeon sambil menoleh kepada Cikgu Hyoyeon.

“Ken,” jawab Cikgu Hyoyeon sambil memanggil Ken.

“Nak apa Ken?” tanya Cikgu Taeyeon kepada Ken.

“Cikgu, N-ssi pengsan dan kami hantar dia ke bilik kesihatan. Cikgu ade kelas tak masa ni?” umum Ken. Terkejut Cikgu Taeyeon.

“Eh, adelah. Kelas koranglah, subjek Bio. Tapi, kenapa dengan N? Dia sakit apa?” soalnya.

“Itulah saya nak bawak cikgu ke bilik kesihatan. N-ssi pengsan lepas buku sudokunya dirampas oleh Leo. Dia sangat marah sampai hentak meja kat library tadi,” cerita Ken. Terkedu Cikgu Taeyeon selepas mendengarnya.

“Okey. Kalau begitu, bawak cikgu ke sana untuk lihat keadaan dia. Mianei, Cikgu Seohyun-ah, unnie nak ikut Ken pergi ke bilik kesihatan. Ada kecemasan. Unnie kena cepat,” sempat Cikgu Taeyeon memaklumkan kepada Cikgu Seohyun.

“It’s okey, unnie. Lagipun saya pun nak masuk kelas nanti,” kata Cikgu Seohyun.

“Betul tu. Saya pun sama,” celah Cikgu Hyoyeon.

“Annyeong~” ucap Cikgu Taeyeon sambil mengikut Ken keluar dari bilik guru.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3