TIGA PULUH TUJUH.

Kisah Geng Sekolah.

Kuiz sifir. 13 Mei. Di bilik mesyuarat (di blok pentadbiran). – Cikgu Seohyun. Pukul 1:00 petang.

Geng-geng Gugudan duduk di dalam bilik mesyuarat sementara Cikgu Seohyun mengedarkan helaian kertas kuiz kepada member gugudan.

“Baiklah. Sebelum mula, cikgu terangkan arahan terlebih dahulu. Terdapat sebanyak 50 soalan yang berkaitan dengan sifir. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 1 jam. Jawab dan tunjukkan langkah pengiraan (jika ada) untuk setiap soalan. Sebelum menjawab, pastikan terdapat 12 muka surat bercetak termasuk muka depan. Jika tidak lengkap, sila bagitahu cikgu sekarang,” terang Cikgu Seohyun.

“Jika tiada masalah, kamu boleh mula menjawab sekarang,” kata Cikgu Seohyun.

Setelah satu jam berlalu, Cikgu Seohyun mengarahkan para pelajarnya supaya berhenti. “Baiklah, masa dah tamat. Berhenti menulis dan letakkan pen dan pensel di tepi kertas. Semak nama, kelas dan hantar apabila selesai.”

Member Gugudan berpusu-pusu untuk menghantar kertas soalan. Setelah dikira bilangan dan berpuas hati, Cikgu Seohyun membenarkan pelajarnya keluar dari bilik mesyuarat.

“Macam mana kuiz kali ni? Senang tak?” tanya Sejeong kepada geng-gengnya.

“Senang betul,” ujar Nayoung.

“Yelah. Kalau kita selalu hafal kan senang untuk menjawab soalan,” kata Hyeyeon.

“Dah, jom rehat kat dorm,” ajak Hana.

Kuiz Matematik. 14 Mei. Di bilik ICT. (MONSTA X, GOT7, EXO, TWICE dan LABOUM) (Cikgu Siwon dan Cikgu Hyoyeon) Pukul 1:30 petang.

“Kamu semua duduk dalam kumpulan ya. Cikgu Siwon hendak beri taklimat untuk memberi penerangan tentang kuiz Matematik.”

Arahan Cikgu Hyoyeon didengari tepat oleh para pelajarnya.

“Sebelum mula, pastikan korang tidak membawa apa-apa yang berkaitan dengan Matematik (buku teks, buku nota, buku tulis, dan lain-lain) ke dalam bilik ini. Beg korang simpan di tepi sebelah kiri Cikgu Hyoyeon.”

Apalagi, para pelajar meletakkan begnya seperti diarahkan. Kemudian mereka duduk dalam kumpulan. Cikgu Siwon pun menyambung arahannya.

“Walaupun korang duduk dalam kumpulan, tapi markah diambil secara individu. So, kamu semua buat soalan kuiz itu macam peperiksaan ya. Cikgu Hyoyeon mengedarkan kertas soalan kepada kamu semua. Dah dapat tu, korang tulis nama, kelas dan nama geng. Tak boleh pandang kiri kanan. Kalkulator boleh keluarkan. Tapi, jangan gatal-gatal tangan nak kongsi pulak! Masa korang menjawab adalah 1 ½ jam. Kalau kertas soalan tu ada yang tertinggal muka surat, sila bagitahu sekarang. Kalau ada yang hilang muka surat tu, cepat-cepat bagitahu. Kalau kertas soalan tu okey, korang boleh menjawab sekarang.”

Selepas itu barulah mereka menjawab soalan kuiz tanpa sebarang bunyi. Masa diambil bersesuaian dengan 50 soalan subjektif. Selepas 1 jam 30 minit, Cikgu Siwon menyuruh semua pelajar berhenti menulis.

“Dah! Berhenti menjawab. Letak pen dan pensel di atas meja dan semak nama, kelas dan geng. Pastikan tidak tertinggal tau!” arah Cikgu Siwon.

Selepas selesai, barulah mereka menghantar kertas soalan kepada Cikgu Hyoyeon untuk tujuan permarkahan. Selepas itu, mereka dibenarkan untuk keluar dari bilik ICT.

Di bilik guru – Tempat Cikgu Hyoyeon (baru nak ‘marking’)

“Cikgu,” panggil Chaeyoung.

“Ya.”

“Cikgu boleh tolong tak?” tawar Chaeyoung.

“Tolong apa?” Cikgu Hyoyeon agak hairan.

“Cikgu, boleh tak kalau cikgu mansuhkan markah budak Laboum tu,” permintaan Chaeyoung yang ganjil mengejutkan Cikgu Hyoyeon.

“Haa kenapa?” Cikgu Hyoyeon menyoal.

“Saya bagi cikgu 10,000₩; asalkan cikgu mansuhkan markah mereka tu. Boleh ya? Please…” rayu Chaeyoung dengan ‘puppy eyes’.

“Heh, susahlah budak ni. Yelah yelah yelah,” ujar Cikgu Hyoyeon dengan mengalah. Dia terpaksa menerima wang ‘rasuah’ dari Chaeyoung.

“Kasahaminda,” balas Chaeyoung.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3